Thursday, July 22, 2010

Air sememangnya dari langit!

Tengkarah mengenai kecukupan bekalan air untuk negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, terutama antara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, telah reda berikutan timbulnya isu lombong pasir.

Jika diteliti secara halus, isu lombong pasir lebih merupakan 'perebutan' antara dua orang tokoh Umno Selangor yang bercita-cita menjadi Menteri Bessar, itupun jika BN/Umno menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Daripada dua isu berkenaan, isu bekalan air jauh mengatasi isu melombong pasir kerana ia (air) adalah keperluan hidup manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ketiga-tiga makhluk tuhan itu akan mati jika tiada air. Begitulah penting dan gentingnya isu air.

Bercakap mengenai isu bekalan air, saya tertarik melihat sebuah arca paip besar atau paip gergasi di atas sebuah tangki air di Cheras yang dapat dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah Dua atau MRR2.

Paip gerasi yang kelihatan seolah-olah mendapat bekalan air dari langit untuk disalurkan ke dalam tangki berkenaan, memberi ingatan bahawa air datangnya dari langit (awan).

Apa yang perlu diingati ialah air yang diturunkan dari langit (hujan) akan hilang sekiranya air yang ada dibumi menjadi kering kontang. Oleh itu, putaran alam seperti yang sedia kala perlu dijaga, dilindungi dan dipertahankan untuk menjamin putarannya tidak terhenti.

Oleh itu, isu lombong pasir, isu menarah bukit dan menebang pokok di hutan mesti dikawal dan diselia agar ia tidak menjejas putaran alam yang boleh mengakibatkan berkurangnya hujan yang membekal air untuk kehidupan.



3 comments:

d'enricher said...

Tuan Syed,

Setuju sangatlah komen ni. Nak tambah sikit bab air ni, kalau Air kat selangor ni diurus dengan betul, dan Kerajaan Negeri berusaha nak beri rakyat selangor harga yang baik apa masaalah nya.

saya fahamlah, yang Syabas nak kena bayar kos buat paip gergasi tu, nak bayar gaji besar pada Tan Sri, tapi yang saya paling tak faham ialah kenapa Kerajaan Persekutuan beriya-iya nak hentam usaha ini.

Bila baca Signboard Besar disekitar Selangor tentang Kroni Air ni, saya rasa hanya rakyat yang bacul aje tak Sokong usaha ini.

Satu lagi, saya sebenarnya taklah suka sangat Kerajaan Negeri bagi air free (lebihkurang RM10.00) tu. Saya rasa ramai yang mampu, tapi kalau Kerajaan Negeri gunakan dana tersebut sebagai Dana Anak Negeri, ia akan lebih baik. Contohnya, adakan mekanisma untuk membantu anak negeri Selangor yang memerlukan bantuan dalam berberapa perkara asas seperti pelajaran dan keperluan asas (air & api boleh yang daif sangat), dan juga mulakan perniagaan.

Tapi cara dan prosesnya perlu betul-betul telus.

A.Alshukor

PS
Saya nak pinjam gambar paip gergasi tu untuk satu artikel yang saya hendak tulis dalam blog saya http://shahalam-mycity.blogspot.com.

Mohon izin ya.

d'enricher said...

Saya dah tulis artikel tu, http://myshahalam-city.blogspot.com.

Sudi-sudilah komen manalah tau, dapat idea ini boleh dimanafaatkan bersama.

A.Alshukor.

Unknown said...

Terima kasih.