Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.
Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.
Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.
SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.
Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.
SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.
Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.
Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:
113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.
Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.
Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
7 comments:
oh begitu rupanya.. saya ingatkan jika PM kata bubar maka semua negeri kena ikut... terima kasih atas info ini
Mr EDZ,
Sarawak telah beberapa kali tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya persekutuan. Dewan Negeri Sarawak tidak dibubarkan serentak dengan Parlimen. Kita harus ingat kedua-duanya di kuasai BN.
Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan yang pembubabaran Parlimen dan DUN mesti serentak. Itulah hakikatnya.
Tuan Syed,
Sebagai TPM sepatutnya berhati-hati lah sedikit bila bercakap.
Sekarang apa jadi, nak mengaku salah ker tidak?
1 M/sia
Lazimnya mereka tidak akan mengaku buat silap. Media yang selalunya dipersalahkan... yakni media dijadikan kambing hitam.
Saya dapati ramai pemimpin BN yang begitu mudah 'mempersalahkan' lawan politik, dalam hubungan ini Pakatan Rakyat, apabila timbul sesuatu masalah atau perkara tertentu. Sebagai contoh, isu beberapa buah kampung Melayu di Pulau Pinang yang dipersalahkan kepada pentadbiran PR pimpinan DAP sedangkan ianya adalah kesan tindakan pentadbiran BN terdalu pimpinan Gerakan.
Pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO harus sedar bahawa tindakan sedemikian hanya akan menikam diri.
Adui,basic knowledge gitu kalu dok tahu macammana nok jadi ahli politik lagi lagi kalu nok memimpin.
Ini lah akibatnya orang yang dah ada kuasa tapi lupa yang kuasa tersebut tidak mutlak.
Dah lama sangat ingat yang Malaysia ni hak mereka sampai lupa ada undang-undang tertentu dalam setiap perkara.
Seronok juga kalau election dapat diadakan pada tarikh yang tertentu dan kerajaan baru selepas PRU pada tarkh yang tertentu. Saya tengok cerita "West Wing" tentang proses tukar "Presiden Amerika", rasanya sungguh teratur.
Bukan apa teringat, cerita masa Terengganu tukar kerajaan tahun 1999 dan Selangor 2008. Tapi kat Penang ok pula ... teratur.
Sekarang ni Tun Ling dah dihadapkan ke mahkamah ... harap-harap, pendakwaan dah ada cukup bukti untuk menang. Kalau tidak ... buang masa aja.
A.Alshukor
Rakyat dah bijak, woi.
Tak boleh lagi dicucuk hidung.
Muhyiddin ni buat stateman ikut sedap mulut aje.
Tak buat rujukan.
Padan muka.
Kan dah kena balun.
Dia tau, selama ni Sarawak buat pilihanraya berasingan.
Kini hentam Amerika pulak.
Nanti kena sondol baru tau.
Kalau perbicaraan Anwar dibuat adil, mereka pun tak ingin nak desak.
Ini makhamah macam kangroo, koner sana koner sini.
Tentulah Gore dan Wolfowitz tak senang hati.
Kan Anwar tu kawan baik mereka.
Ekonomi Malaysia dah merudum.
Kalau Amerika bertindak tak tau apalah nak jadi.
Ingat, Obama pun gerun dengan mereka berdua ni.
Bukan Amerika aje, Australia pun desak.
Agaknya, tunggu Peranchis campurtangan.
Baru terkedu.
Kalau Muhyiddin ni ada teman baik kena bicara tak adil diluar negara, dia tengok aje ke.
Tak mau campurtangan.
"Apa punya dol," kata Ahmad Nisfu.
- Cucu Dol Said.
Post a Comment