Apa tujuan mantan MB Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menuding jari kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim apabila dia memperkatakan mengenai tragedi Bukit Antarabangsa.
Saya melihatnya sebagai satu sandiwara yang ada kaitan dengan pemilihan UMNO Mac tahun depan.
Khir Toyo tidak boleh sama sekali menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berkuasa tidak sampai setahun sedangkan pembangunan Bukit Antarabangsa dimulakan 15 tahun lalu.
Siapa atau parti politik mana yang berkuasa ketika itu? Bukankah Barisan Nasional (BN). Oleh itu, kenapa persalahkan kerajaan yang ada sekarang?
Khir Toyo seharusnya menujukan rasa kurang senang atau lakonannya itu kepada mantan MB Selangor Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib dan bukan Khalid Ibrahim. Khir tidak boleh memisahkan tanggungjawab pembangunan Bukit Antarabangsa daripada tangan Mat Taib, calon timbalan presiden UMNO.
Pentadbiran Negeri Selangor yang meluluskan pembangunan di Bukit Antarabangsa mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Siapa yang memerintah atau mentadbir Selangor 15 tahun lalu? Dialah yang bertanggungjawab.
Apakah pengajaran yang dapat dipelajari daripada tragedi Bukit Antarabangsa?
1. Jangan usik bukit, iaitu jangan tebang pokok, jangan gondolkan bukit dan jangan bangunkan apa jenis rumah sekalipun di atas bukit.
2. Jangan beli rumah yang dibina di atas bukit.
Itu saja.
8 comments:
Tuan Syed,
Maafkan saya kerana tersasar sedikit daripada tajuk asal. Semalam saya ada hantar komen tambahan mengenai isu penyeludupan pasir (opppsss silika)di JB tapi belum disiarkan.
Walau bagaimana pun, hari ini ada sedekit berita tambahan yang saya ingin nyatakan di sini.
Tadi(5.00pm)saya baru balik dari Singapura... kelihatan deretan puluhan lori-lori besar di Tambak Johor beratur untuk pulang ke JB selepas selesai menghantar SILIKA ke sana. Untuk perhatian Tuan Syed, sekarang ini bukan lori yang khusus untuk mengangkut pasir sahaja menghantar pasir tetapi lori trelar 14 tayar yang biasanya untuk mengangkut barang-barang lain pun digunakan untuk urusan menghantar SILIKA... Saya percaya hasilnya mesti lumayan, kalau tidak takkan mereka menggunakan trelar panjang untuk urusan tersebut.
Kadang-kadang kita dapat lihat pihak-pihak tertentu menyalahkan Singapura apabila melibatkan isu-isu sedemikian. Sebenarnya kita tidak patut langsung menyalahkan Singapura KERANA dalam hal ini kita harus melihat Singapura sebagai seorang BISNESMAN...
Adat bisnesman ialah beli sesuatu produk daripada pihak yang menawarkannya dengan harga yang murah dan jual dengan mengambil kira keuntungannya.
Jika sesuatu produk contohnya "SILIKA" yang mereka perlukan sangat di tawarkan dengan harga termasuk kos penghantaran a) RM10 oleh Malaysia B) RM20 oleh Indonesia c) RM40 Thailand. Tuan Syed, pada pandangan anda tawaran yang manakah akan dipilih oleh "Bisnesman" tersebut?.
Di sini, "bisnesman" tersebut tidak patut dipersalahkan langsung sebaliknya pembekal tersebut yang harus dipersalahkan kerana a) Menjual Produk Yang Dilarang b)Menjual dengan harga yang murah c)Disebabkan aktiviti ini melibatkan "kuasa besar", kesemua PBT kita lumpuh dan gagal melaksanakan tanggangjawab mereka.
Apa pandangan Tuan Syed?
Sekian dan terima kasih
Sepatutnya bila dah jadi bencana alam seperti tanah runtuh ni, kita tidak boleh terus menuding jari menyalahkan sesiapa. Selesaikan dulu apa yang dah terjadi. Ambil iktibar dari kejadian tersebut...
isu macam ni pun ada yang cuba ambil kesempatan untuk mempolitikkannya.Khir Toyo tak perlulah menuding jari pada sesiapa.dia,Khalid dan Taib kena bersama dalam hal ini sebab masing-masing ada pengalaman menjadi MB Selangor.kalau nak menuding jari sampai ke sudah la tak abis-abis.
Khir sedang bercakaran dengan Khalid.masing-masing mengeluarkan hujah yang mereka tidak bersalah.
tapi Khir nampak macam cuba memanipulasikan isu ini untuk menjadi "hero".dia tak boleh kata dia tidak terlibat sebab dia sendiri pernah jadi Menteri Besar Selangor.hal dalam Selangor mesti dia tahu.the same goes to Taib.
Taib,Khir dan Khalid kesemuanya jangan nak lepas tangan.tunjukkan tanggungjawab sebagai orang yang ada pengalaman sebagai MB Selangor.
1. Bumi Malaysia ni memang berbukit bukau.
2. Kawasan landai hanya tertumpu pada CBD -Central business district. Tentulah harganya sesuai utk pembangunan commercial-bukan untuk kediaman. Kalau Tn syed kaya, bolehlah tinggal di apartment sebelah KLCC...landai tidak bercerun.
3. Jadi tentulah membina kediaman di kawasan paling dekat dgn CBD adalah antara pilihan sedikit yang ada. Termasuklah di kawasan lereng bukit. (cuba berdiri di tengah KL, dan lihat keliling Tuan, Bukit Bukau bukan?)
4. Untuk di'ban'kan terus pembangunan di kawasan berbukit ini adalah kurang bijak dari segi penggunaan tanah. Atau kita sanggup menempatkan hampir 60% dari mereka di KL, untuk tinggal di luar Lembah kelang spt seremban, bentong, kuala senalgor dan sebagainya.
5. Dalam percaturan kejuruteraan, pembangunan di kawasan berbukit adalah selamat bergantung kepada rekabentuknya. Kaedah yang digunapakai adalah yang diterima mengikut standard dunia. Bukan main hentam keromo saja.
6. Saya yakin semua jurutera awam dan struktur tempatan tahu dalam menilai rekabentuk mereka sebelum mengambil tanggungjawab membina strucktur di lereng bukit.
7. Kalau nak jadi juga tanah runtuh, itu diluar kuasa kita. Bukannya salah manusia. Itu kuasa Allah Taala.
8. Tiada siapapun bersalah. Semua menjalankan tugas.
9. Kecuali PBT tempatan yang lembab bertindak bila mendapat aduan dari awam.
10. Kenapa kita melompat menyalah orang itu dan orang ini?
11. Cerun yang runtuh di Bukit antaranbangsa itu Tn tahu kah darjah kecerunannya? 45 darjah. Lebih dari selamat untuk diduduki. Tapi runtuh jugak.
12. Bolehkan kita menjamin yang cerun kurang dari 45 darjah tidak akan runtuh? Kriteria kejuruteraan apa yang kita pakai?
13. Tuan syed pun bercakap main hentam ikut sedap jugak. Sama macam politikus2 lain jugak daaa....
Kuda,
Allah jadikan bumi lengkap dengan bukit bukau ada tujuannya. Manusia mengubah apa yang dijadikan oleh Allah maka manusia kena terima padahnya.
Inilah kebenaran.
ALLAH mencipta gunung-ganang ,bukit-bukau sebagai PASAK BUMI...DALAM SOAL INI PEMERINTAH ADALAH BERSALAH.
FIKIRKAN-LAH.
Kerajaan sekarang (Selangor) perlu selesaikan masalah terlebih dahulu. Tak perlu tunding menunding. Settle problem first, then we bring out new procedures & ruling. Bukan ke itu lebih baik?
Post a Comment