Kesatuan Pekerja-Pekerja Bernama-1974 (KPPB) pada Jumaat 28 November telah memfailkan writ saman terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Mahkamah Tinggi Malaya (Bahagian Sivil), Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Melalui writ saman itu, KPPB menuntut satu deklarasi (perisytiharan undang-undang) bahawa pemberhentian 13 orang pekerja oleh pengurusan Bernama adalah salah dan menyalahi undang-undang; menuntut gantirugi; menuntut faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; menuntut kos atas dasar peguamcara anak guam; dan apa-apa relief lain dan selanjutnya sepertimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.
Writ saman itu difailkan oleh tetuan Abdul Aziz & Associates bagi pihak KPPB.
Selaku salah seorang veteran Bernama, saya agak terperanjat dengan writ saman itu kerana setahu saya KPPB belum pernah bertindak sedemikian kerana sebarang masalah atau pertikaian yang dihadapi dapat diselesaikan melalui rundingan dan secara baik.
Sebelum ini dan semasa saya berkhidmat hampir 27 tahun dengan Bernama, saya tahu bahawa KPPB selalunya bertindak mengikut rasional dan lebih suka berunding untuk menyelesaikan sebarang masalah. Setahu saya KPPB tidak mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh ahli-ahlinya dan sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undang terutama yang berkaitan kesatuan sekerja.
Jadi, apabila KPPB, bagi pihak ahlinya yang juga pekerja Bernama menyaman majikannya sendiri, sudah tentu ada sebab yang kukuh kenapa mereka berbuat demikian.
Menurut dokumen yang menyokong writ saman itu, pada 21 Ogos 2003, Bernama (Defendan) mengeluarkan surat tawaran kepada 13 orang pekerja dari Unit Teknikal di bawah Jabatan Sumber Manusia dengan mengarahkan mereka untuk bekerja di Bernama Systems and Solution Advisor Sdn. Bhd. (BESSAR), iaitu anak syarikat milik penuh Bernama.
Pekerja-pekerja berkenaan diberi opsyen (pilihan) sama ada untuk menerima tawaran itu dengan syarat mereka mesti meletak jawatan secara serentak di Bernama ataupun jika mereka memilih untuk menolak tawaran tersebut, Defendan berhak untuk menukar mereka secara pinjaman BESSAR dan mereka akan terus kekal di bawah perkhidmatan Bernama tanpa perubahan kepada syarat-syarat dan terma-terma pelantikan asal.
Pekerja-pekerja tersebut memilih untuk menolak tawaran itu dan Defendan pada 26 September 2003 mengeluarkan surat pinjaman ke BESSAR berkuatkuasa pada 1 Oktober 2003 dan pekerja-pekerja berkenaan masih kekal sebagai kakitangan di bawah Skim Komersil Bernama dan tanpa perubahan kepada terma dan syarat-syarat asal.
Selepas itu, pada 5 Mac 2004 KPPB (Plaintif) menulis surat kepada Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran Defendan untuk memohon penjelasan mengenai status pinjaman pekerja-pekerja tersebut dan Defendan, melalui sepucuk surat bertarikh 26 Mac 2004, menjelaskan status pekerja-pekerja tersebut yang menjadi pertikaian oleh pihak Plaintif.
Pada 21 Mac 2006 BESSAR memaklumkan melalui sepucuk surat kepada pekerja-pekerja tersebut bahawa mereka telah dipulangkan semula kepada Defendan dan Defendan, melalui sepucuk Memo bertarikh 31 Mac 2006 memaklumkan bahawa perkhidmatan pekerja-pekerja tersebut di BESSAR telah ditamatkan berkuatkuasa 1 September 2006.
Di bawah peruntukan undang-undang, Bernama perlu dalam tempoh lapan hari selepas penyampaian writ saman berkenaan, untuk mengamil tindakan sewajarnya.
21 comments:
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang mengalami management dysnfunction yang amat teruk. Kes 13 petugas dibuang kerja tanpa domestic inguries ini merupakan salah satu daripada kepincangan yang berlaku.Pengurusan Bernama BEBAS memperlakukan apa sahaja tanpa rasa segan silu. (ketika ini kuasa Eksekutif ditangan pemangku Pengurus Besar yang hanya boneka Pengerusinya ketika ini) Pak Syed sendiri sedia maklum mengenai ini. Kepincangan ini bukannya bermula 3 tahun atau 5 tahun yang lalu...malahan merupakan hasil "snowball effect" yang melanda untuk sekian lama. Tiada siapa yang benar2 mempersoalkan keberkesanan agensi ini---yang kini, hidup segan mati tak mahu!
Board Bernama pula(tanpa kuasa eksekutif) tidak boleh melakukan apa-apa, kerana kedudukan Bernama itu sendiri sebagai agensi kerajaan. Mungkin sudah tiba masanya, Bernama dijadikan "jabatan kerajaan" sepenuhnya ataupun sebagai sebuah identiti korporat yang sebenarnya. Akta Bernama perlu dikaji semula untuk memberi keadilan kepada petugas komersil dan petugas kerajaan yang wujud dalam agensi kerajaan ini. Lembaga Pengelola Bernama perlulah mempunyai kuasa eksekutif untuk mengimbangi sistem pentadbiran. Ketika ini, kuasa eksekutif terletak di atas ubun-ubun Pengurus Besar Bernama, yang, tentunya amat mudah untuk disalahgunakan, mengikut teori personaliti dan juga kepimpinan Pengurus Besar tersebut. Tiada siapa yang menyoal tindak tanduk Pengurus Besar ini. Anak syarikat Bernama, Bessar Sdn Bhd, ternyata merupakan liabiliti dan bukan aset bagi Bernama. Ia merupakan "titik punca" untuk menjalankan aktiviti yang "diharamkan" oleh akta bagi Bernama tetapi "menjadi halal" oleh anak syarikat ini. Antaranya, melobi projek2 dalaman serta projek2 yang berkepentingan.
Siapakah yang akan melihat kepada keberkesanan dan halatuju Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ini sekarang? Lembaga Pengelola Bernama? Kementerian Penerangan? Menteri Penerangan? Disebabkan kedudukannya yang tidak "solid" maka agensi kerajaan ini makin terumbang-ambing. Pengurusan Bernama sekarang perlu melihat kepada pelan strategik jangka panjang Bernama. Perlu kajian oleh badan PROFESIONAL dan DIIKTIRAF untuk melihat kedudukan agensi ini, itupun, sekiranya kerajaan masih memerlukan perkhidmatan agensi ini. BERNAMA perlu melakukan paradigm shift...jika tidak, satu masa nanti, Bernama hanya akan menjadi salah satu koleksi dalam Arkib Negara sahaja.Wallahualam.
Saudara Azman Ujang dan Visvakumar Sangiah sila jawap..
Jangan nak lepas tangan...!!
Anda yg suka sangat ikut cakap DSP tu...!!
Azman Ujang tak ada kekuatan nak jawab. Mungkin kena tanya hantu raya. Visva tu faham-faham sajalah.
Pak tuan,
saya pun rasa geram juga dgn kesatuan ni ...kami yang dah lama menongkat dagu kat bernama ni pun ada banyak masalah ..tapi keasatuan dok pandang sepi saja ...tapi tak pa kita tengok nanti depa punya perkembangan..
Saya rasa saman oleh Kesatuan itu senang ditolak oleh mahkamah apabila Peguam Bernama memfailkan Permohonan mengenepi writ saman. Pihak kesatuan tidak ada locus standi (legal standing) untuk membuat tuntutan mewakili 13 orang yang diberhentikan kerja kerana mereka secara otomatik tidak lagi menjadi ahli kesatuan apabila mereka diberhentikan kerja oleh Bernama.
Sepatutnya 13 org itu boleh membuat representasi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk dikembalikan bekerja.
mintak check balik org-org yang ada dekat HR tu. ada kelayakan ke tidak. semua polisi yg dibuat, ikut suka hati dan menyebelahi pihak pengurusan. cuba tengok balik, masa pelarasan gaji yg dibuat oleh pengurus sumber manusia tu. kenapa ada yg dapat lebih sgt termasuk dia (HR Manager)? tak ke tu salahguna kuasa..?? mintak BPR siasat. dan yang penting, yg mentadbir kena ada kelayakan. kalu stakat diploma perkeranian elok jadi kerani shj. siasat juga kenapa ada kes manager yg dipromoted tapi tak perform masih boleh kekalkan jawatan & tukar unit bila tak boleh buat kerja.SILA SIASAT..!!!
Salam,
Sepatutnya 13 org itu boleh membuat representasi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk dikembalikan bekerja.~~~
Kami pekerja bernama tv pun sedang menghampiri masalah seperti 13 org rakan2 kami.Kami sedang menunggu tawaran daripada pihak Bernama Synergy.
Ramai dikalangan kami yg berstatus komersil bersatu untuk tidak menerima tawaran mereka ini. Insyallah kalau pihak tuan Syed dapat menyampaikan kisah ini kepada pihak yang bertanggungjawab insyallah.... pihak yg rakus kuasa ni tidak boleh berbuat apa2.
Kami mempunyai hampir 150 pekerja komersil berstatus tetap dan kami adalah nadi kepada BERNAMA TV .
Dan berharap peralihan kuasa kepada Bernama Synergy ni tidak akan berlaku.
Pak Tuan Syed,
Tindakan KPPB74 itu adalah tindakan yang tidak dapat dielakkan lagi memandangan perbincangan meja bulat dan JCC (Majlis Mesyuarat Bersama Majikan dan Kesatuan) tidak dapat mengatasi masalah itu.
Biarlah mahkamah membuat keputusan.
Apa yang KPPB nak buktikan kepada umum, bahawa BERNAMA kini didalangi oleh seorang pengerusi yang gila kuasa dan rangkus.Pelantikan Pegawai-pegawai kanan termasuk Pemangku Pengurus Besar, Ketua Pengarang, Pengurus-pengurus kanan adalah terdiri daripada kumpulan "Yes man" kepada Pengerusi. Pengerusi BERNAMA adalah juga Pengerusi kepada BESSAR, anak syarikat BERNAMA dan pegawai-pegawai kanan ramai dilantik sebagai Exco BESSAR. BESSAR pula mencari projek-projeknya di dalam BERNAMA sendiri. Kos yang dikenakan ke atas BERNAMA amat tinggi, tidak siapa boleh mempertikaikan kerana ia dipersetujui oleh EXCO BESSAR yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan BERNAMA sendiri. Dengan lan perkataan tidak ada check and balance. Sebagai contoh BERNAMA medapat peruntukan RM15 juta daripada kerajaan untuk projek mengemaskinikan sistem komputerisasi Bilik Editorial.Beberapa syarikat membuat tawaran projek itu denga kos yang lebih murah tetapi BERNAMA berikan kepada BESSAR yang menawarkan kos yang lebih tinggi, sunguhpun BESSAR TIDAK MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KAKITANGAN. BESSAR pula subkan projek itu kepada syarikat lain dengan kos yang lebih rendah.BESSAR buat untung atas angin berjuta-juta ringgit.
No question asked.
Pengerusi yang tidak mempunyai kuasa Eksekutif mengikut Akta BERNAMA, kini lebih berkuasa daripada Pegawai-pegawai yang mempunyai kuasa Eksekutif. INI BERLAKU KERANA KAKITANGAN YANG TIDAK PERNAH BERMIMPI/LAYAK UNTUK JADI PEGAWAI KANAN DILANTIK SE BAGAI PEGAWAI KANAN contohnya, Pengurus Harta gred N43, dilantik sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia ke Gred N 54 dan dilantik pula Pemangku Pengurus Besar dengan gred JUSA A. Bayangkanlah dari Pengurus Harta menjadi Pemangku Pengurus Besar dan Setiausaha kepada Lembaga Pengelola BERNAMA. YES SIR all the way.Bagitu juga, Ketua Pengarang hanya kelulusan SPM, dinaikan kepada JUSA C.
Salam kepada semua,
Saya adalah salah seorang daripada G13. Alhamdulillah, pihak mahkamah menerima kes kami untuk dibincangkan selanjutnya pada 6/3/09.
Terima kasih kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja BERNAMA (KPPB) kerana membela nasib kami. Semenjak saudara Minggu memegang jawatan YDP, KPPB telah beberapa kali berbincang dengan BERNAMA tentang perkara ini.
Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang diambil setelah segala perbincangan gagal. Soalan yang tidak dapat dijawab akan dijawab dengan "Itu hak pengurusan". Tidak ada disebut langsung hak pekerja.
Kami telah pergi ke JPA untuk mengadu masalah kami. Oleh kerana status kami sebagai Petugas Komersial dan nama kami tiada dalam senarai JPA, kami dinasihatkan untuk pergi ke Pejabat Buruh. Apabila pergi ke pejabat buruh, mereka juga tidak menerima kerana BERNAMA adalah agensi kerajaan. Tidak ada agensi kerajaan lain termasuk Biro Pengaduan Awam (BPA) Putrajaya, yang mahu membela nasib kami.
Telalu banyak kepincangan yang telah berlaku di BERNAMA. Tidak perlu disebutkan di sini kerana ianya nanti akan digunakan di mahkamah dan dikhuatiri pihak defendan akan menutup lubang-lubang sebelum perbicaraan. Cukup saya katakan bahawa terdapat "Mala Fide" dalam kes kami.
Kepincangan di BERNAMA disebabkan oleh pengurusan BERNAMA sendiri. Pengurusan BERNAMA tidak tahu akan fungsi dan kuasa jawatan masing-masing. Yang mereka tahu, orang itu baik dengan Perdana Menteri dan segala arahannya mesti dilaksanakan atau gelap masa depan. Dan apa yang saya tahu, orang tu hanya menggunakan nama Perdana Menteri sahaja. Kalau dilihat pada blog ini (http://alyaannuar.blogspot.com/2008_10_01_archive.html), ianya hanya akan memalukan Perdana Menteri sendiri..
Di BERNAMA, mana-mana pengurusan tertinggi yang membangkang BESSAR akan dilantik sebagai Pengarah dengan elaun yang bukan sedikit. Jadi, ikut sahajalah kata mereka. Kalau tak ikut nanti tak dapat duit.
Kepada petugas-petugas di BERNAMA TV, saya nasihatkan supaya "BERSABAR" dan "SAIN JE LA" (saya cuma ulang kembali ayat mereka sebelum ini apabila bertemu dengan kami). Dan kepada petugas lain, kerjalah rajin-rajin kerana anda juga boleh dipecat bila-bila masa mereka suka.
Kepada rakan-rakan G13, syabas dan tahniah saya ucapkan kerana kecekalan kita dalam membenteras penyalahgunaan kuasa dan rasuah di BERNAMA sehingga sanggup hilang pekerjaan. Andalah sahabat yang tiada tolok bandingnya di dunia ini.
All for One, One for All.
Lawyer Penang,
KPPB boleh dan ada hak kerana ia mempertikaikan pemberhentian pekerja-pekerja berkenaan. Ia memohon keputusan mahkamah sama ada pemberhentian itu sah atau tidak mengikut undang-undang.
Soal status pekerja-pekerja berkenaan dalam KPPB tidak berbangkit kerana yang dipohon ialah sama ada pemberhentian mereka itu betul atau sah mengikut undang-undang kerana ia dibuat semasa mereka menjadi ahli KPPB.
Saya berpendapat KPPB mengambil tindakan yang betul apabila ia memfailkan writ saman. Semoga kejayaan memihak kepada KPPB dan pekerja-pekerja berkenaan.
kepada staf bernama TV lawan jangan tak lawan.Jangan biarkan org atas tu mainkan kamu . biar ada orang siasat sikit bernama tu. selama ni diorang tu bermaharajalela. tanya dioang keuntungan apa yang dibawa sangat tu.
kepada 13 petugas yang dibuang tu semoga berjaya.
Kepada sesiapa yang ada maklumat berkaitan cadangan pihak tertentu nak ambil alih Bernama TV sila e-mel kepada saya.
Saya memandang serius usaha untuk merampas Bernama TV daripada Bernama. Kita perlu bertindak pantas untuk menghalang kerakusan orang tertentu.
Kerjasama anda amat dihargai dan jangan bimbang, identiti pemberi maklumat adalah rahsia dan anda tidak perlu memberitahu nama sebenar.
huhu..bernama skang mmg kalut...management tunggang langgang..pekerja banyak ditindas..org lain buat kerja mcm nak mati, org lain yg dapat nama..politic kat dlm bernama ni sgt worst...yg mana pandai melobi,dia la yg jadi kesayangan..cepat naik...betul2 xadil!!!
bernama ni kelam kabut di sebabkan orang melayu kita jugak yg bagi jawatan penting kat Si Sivaji THE boss (gelaran org2 bernama kpd visva).
HAH dah dia dapat apalagi semua org2 yg tak layak boleh menjawat jawatan2 penting..!
GM baru adalah harapan baru buat warga bernama..
Harapan baru laggggiiiii..aduhhh!!!
Salam, Tuan Syed,
Setakat ini di BERNAMA TV, BELUM LAGI rampasan berlaku.Kami pekerja komersil sedang mmenunggu surat tawaran dari BERNAMA Synergy, syarikat yang bercita2 mengambil alih BERNAMA TV.
Insyallah kami akan mempertahankan hak kami. Kami lebih prefer untuk berkerja dgn Bernama daripada BERNAMA Synergy.
Sekiranya BERNAMA Synergy berani menawarkan kepada kami, inilah bukti pemyalahgunaan prosedur, penyalahgunaan kuasa.
BERNAMA ditubuhkan dibawah Akta parlimen, so penguasa rakus jgn lupa sebarang perubahan ke atas entiti kerajaan adalah salah jika tidak dibincangkan kepada kabinet dan parlimen.
kepada dato Synergy,tarik lah diri...sementara anda boleh lakukan.Selagi anda menyimpan orang2 yg tidak berguna kepada BERNAMA TV,selagi itu anda tidak akan berjaya. kerana anda bersama pembohong2 besar di keliling kamu.Setahu kami, orang itu telah merugikan anda.banyak telah dibuat oleh org itu yg jelas merugikan pihak dato,dia tidak peduli apa yg dibeli, tetapi demi komisyen yg maha penting.
Kepada Pengurus Besar BERNAMA yg baru, WELCOME TO THE HELL.
Dan ingat, kami adalah org media, tidak akan berdiam diri. Sesuatu akan kami lakukan jika tawaran anda tidak memenangi kami.
Tahukah anda semua, Radio24 yang di bawah seliaan Bessar Sdn Bhd, tidak memberikan sebarang skim insuran kepada petugasnya? Amik sesuka hati. Kalau kompeni lain, ambil consultant bertauliah, di Radio24, orang tu la consultant, orang tu lah pengarah, orang tu lah COO! Kalau dah Bernama sendiri tunggang langgang, bayangkanlah yang lainnya.
Pak Syed, apa lagi nak dedah? Sah2 Bernama TV tu dah jadi "joint venture". Itulah wujudnya Bernama Synergy, CEO Datuk Suhaimi. Pejabat depa kat tingkat 11 wisma bernama je. Ntah siapalah dia ni! Kononnya nak menambah modal buat BTV, tetapi, khabarnya, hutang Bernama Synergy pada Bernama dah berjuta-juta lemon. Apa cerita? Macamana aset kerajaan boleh tetiba jadi "hak kau dan hak dia". Banyak dia punya modal? Bernama TV ditubuhkan dengan duit kerajaan, bukan duit individu! Akauntan kat Bernama tu tunggul kayu kah? Ini sah perbuatan penyamun tarbus! Dah terang lagi bersuluh...check la kalau tak percaya.
Assalammualaikum semua
Berkaitan BERNAMA TV,di awal pelancaran BERITA 24 jam,memang tiada perancangan yg rapi.Pihak operasi hanya bersedia dengan latihan selama seminggu, 28 Februari 2008 saluran 502 dilancarkan dengan kekurangan kakitangan. Selama dua bulan, kakitangan btv bertungkus lumus menjayakan saluran tv berita 24 jam
pertama.
Pada awalnya,CEO Celcom terbabit dengan penubuhan berita 24 jam. BARU dan BENAR, adalah ciptaan beliau dan idea beliau.memang CEO ini memberi cadangan yg bagus, tetapi satu peninggalan yg buruk kepada BTV adalah.. membawa seorang consultant teknikal berkulit putih bernama ALAN(sebenarnya beliau tidak mempunyai latarbelakang bidang penyiaran). Tetapi kerana rakan baik CEO CELCOM dan mat saleh, melayu2 mangkuk di BERNAMA SYNERGY mengambil beliau.
Untuk makluman ALAN sebelum ini, memang mempunyai rekod yang buruk di NTV7 dan MiTV.Beliau banyak membeli barangan teknikal tanpa mempunyai pengetahuan dan keperluan tentang broadcasting.
Yang penting bagi beliau adalah komisyen dari pembelian barangan tersebut
Begitulah yang berlaku di BERNAMA TV, untuk makluman BTV sehingga kini, operasi nya tidak dikawaloleh MCR (Multi Central Room).MCR ibarat jantung kepada sebuah stesen TV. Setiap stesen TV
pada asasnya mesti/wajib mempunyai MCR.
Alan dengan kehebatan membelit, berjanji kepada CEO BTV, MCR akan siap dalam masa 2 bulan selepas perlancaran BTV. Malangnya sehingga hari ini MCR Btv masih GAGAL beroperasi.Ini kegagalam pertama CON Man ini.
Kegagalan kedua adalah pembelian virtual set. Kononnya Virtual Set ini akan mengurangkan kos membina studio. Tetapi kerana komisyen dan bukan pakar dalam bidang ini, Virtual Set ini sebenarnya bukanlah virtual set seperti yang digembar gemburkan. tetapi hanyalah CHROMAkeY set yang telah diprogramkan.Hasilnya 1 Konsumer episod pertamaa menjadi rancangan menunggu bas.
ALAN seperti biasa akan menghabiskan duit BTV dengan pembelian barangan yang tidak berdasarkan keperluan.
Kegagalan yang terkini ALAN,adalah membeli sistem operasi yang bernilai jutaan ringgit. Nama Sistem ini adalah GEEVES dan INCITE.Sistem ini dikatakan terbaik dalam penyiaran di dunia tanpa sistem back up seperti yang di war-warkan oleh pembekal. Orang jual barang memanglah akan kata produk mereka yang terbaik.
Sebelum ini Bernama TV menggunakan kombinasi sistem Leitch dan NEWS FLASH. Tetapi oleh kerana Sistem ini dibeli 5 tahun dahulu untuk keperluan berita setengah jam, jadi storage nya tidak mampu menampung keperluan berita 24 jam.Setiap 4 hari mesti dilakukan house keeping supaya sistem berasaskan server base tidak menghadapi masalah hang.
Sebenarnya, sekiranya ALAN orang pakar dalam bidang ini dia tidak memerlukan Satu sistem baru. Dia hanya memerlukan penambahan STORAGE kepada sistem yang sedia ada,dan kos nya tidak mencapai jutaan ringgit.Tetapi kerana dia mempunyai kuasa dan tanpa mendapatkan nasihat teknikal BTV, dia telah membeli sistem ini dari BENCHMARK. Pelbagai ujian telah dijalankan dan sehingga kini sistem yang bernilai lebih kurang 5 juta GAGAL beroperasi.Setakat ini sistem yang dikatakan terbaik, berstatus reformat kerana serangan virus.
Wahai, DATUK CEO dan PANGLIMA, apa lagi yang harus ditunggu membela BIAWAK hidup dalam BTV ini?
Sekiranya kita melihat Operasi BTV ini dari luar, memang nampak baik dan lancar. Tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa. Kakitangan BTV sebenarnya telah bekerja keras sedaya upaya menjayakan saluran berita 24 jam negara.Respon oleh penonton pun bagus, tetapi kegagalan pengurusan BTV dan BERNAMA mengawal keadaan ini, dijangka masalah2 kecil akan merebak menjadi kanser yang akan membunuh BTV.
Kepada Tuan Syed, BERNAMA TV tidak boleh diswastakan kerana BERNAMA adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan dibawah AKTA PARLIMEN.
Di episod lain, kita kan membincangkan pula mengenai masalah pekerja BTV yang mempunyai 5 status. SSM, Komersil, kontrak BERNAMA,Bernama Synergy dan part time.
Sekian untuk kali ini.
Assalamualaikum semua.
itu la hikmahnya apabila bekas pekerja teknikal bernama yang di buang kerja menyaman BERNAMA. Maka banyak lagi cerita yang buruk akan timbul .
Nak tunggu pertukaran kuasa kerajaan kot baru terbongkar terus cerita kat bernama ni.
banyak sunnguh duit rakyat yang disalurkan ke bernama nie di putar belit oleh orang atas.
dengar cerita dulu ada bernama mitak duit kat kerajaan untuk renovate ? betul ke?
kalau betul berapa banyak ye yang diorang mintak tu. takat mana diorang renovate yea?
Saya dah dengar cerita banyak perkara yang tidak elok pasal BERNAMA ini dah lebih 10 tahun.
Ada sahaja yang tidak kena. Ada yang kata BPR sedang siasat.Tapi hingga sekarang habuk pun tarak.
Keadaan semakin teruk dari tahun ke tahun.
Yang rajin datang kerja setiap tapi tak buat kerja pun ramai.
Asyik main politik opis jer.
BERNAMA ni kalau orang tu bekerja kuat ckp bodek.Tapi yang tak bekerja dapat gaji setiap bulan dan siap naik pangkat.Tak apa.
Pasal BESSAR & BTV tu,tolong lah orang-orang atasan tengok-tengok sikit.(Bukan sikit.kena tengok banyak). Banyak benda yang tak betul yang perlu diperbetulkan.
Tak silap.BERNAMA adalah satu-satunya agensi kerajaan yang mempunyai HR Manager yang bukan bumiputera.
Assalammualaikum,
perkembangan bernama-tv sekarang ini menjadi semakin tidak terkawal dengan kehadiran mereka yang tidak berpengalaman di dalam bidang penyiaran televisyen apatah lagi berkaitan dengan pembikinan berita 24 -jam pertama di malaysia di awal penubuhannya sehinggalah wujudnya berita 24-jam yang lain seperti awani dan sehingga sekarang RTM pun mahu menerbitkan berita 24-jam.Maka jika kita dapat lihat disini,tumbuhnya bak cendawan lepas hujan dan penerimaanya di dalam masyarakat adalah satu respon yang baik sehinggakan berita adalah perkara utama yang mesti diketahui oleh masyarakat umum.Maka tidak mustahil bisnes penyiaran berita 24-jam ini mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama.oleh itu adalah disarankan untuk membuat persediaan dari segi marketingnya, brandingnya, tenaga kerjanya, penyampaian maklumatnya, supaya bernama-tv 24 jam ini mampu bersaingan dengan stesen tv berita yang lain.
tetapi dengan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran bernama-tv ini telah memporak perandakan apa yang telah terbina dengan hasil usaha sama pekerja di dalam oraganisasi bernama itu sendiri pada mulanya yang mewujudkan berita untuk astro.
saya merasa bangga sebenarnya dengan kewujudan berita 24-jam yang pada awalnya adalah selama 30 min yang penyiarannya atau usianya tidak sampai satu tahun sudah boleh bikin 24 jam.ini adalah satu pencampaian yang boleh membanggakan kita semua di atas pencampaian ini.dengan "Man power" yang sedikit kami mampu melakukannya.
Tetapi datang pula penyagak ini yang merompak hasil usaha kami selama ini dengan tidak mengendahkan kami yang kerja untuk membangunkan bernama tetapi dipandangan kecil oleh segelintir pihak dengan mengangap kami ini tidak fasih di dalam bidang penyiaran ini.
bukan hendak mengadu domba, tetapi ini adalah untuk kebaikan semua dan supaya kita terus menyampai mesej dan berita yang berkualiti kepada rakyat kita.itu adalah sebaik-baiknya.Oleh itu tidak wajarlah kita perlu kata bernama-tv ini perlu ditutup.
Mengenai brother allan ini, memanglah seperti kamu semua katakan.Dia ini adalah perosak segalanya dan kita harus menolaknya di dalam bernama.kerana tidak sampai setahun usia bernama-tv 24 ini sudah berlaku kucar kacir.Pada tahap ini bernama-tv harus melakukan perubahan dari segi branding, programed , marketing , dan sebagainya supaya pada 365 hari yang akan datang ini adalah satu perubahan baru di dalam penyampian maklumat.
Oleh sebab itu adalah wajib bagi pihak pengurusan bangkit dan lihat mereka yang telah bersusah payah menjayakan bernama-tv ini.Kami tidak minta lebih malah kami mahukan kepelbagaian di dalam penyampaiannya dan juga rasa hormat pada kami dan kami memerlukan satu sistem pengurusan yang telus dan terang untuk kami.
semoga penubuhan bernama-tv 24 jam ini terus menyampaikan berita yang dikehendaki oleh masyarakat kita diluar sana. AMIN...
Post a Comment