Dunia kini sedang dihidangkan oleh satu lagi babak sandiwara politik Malaysia yang seolah-olah mengulang tayang sandiwara lama. Dalam episod awal sandiwara kali ini, jalan ceriteranya cukup menarik kerana plot tikam-menikam dari depan dan dari belakang.
Mahu tidak mahu kita menganggap apa yang sedang berlaku sekarang seakan-akan satu ceritera yang hanya rekaan semata-mata tetapi mempunyai kaitan dengan manusia yang masih hidup dan juga yang telah mati.
Betulkah apa yang dituduh dan benarkah ia hanya satu pakatan berniat jahat untuk menjatuhkan seseorang atau untuk membunuh kerjaya politik seorang yang sedang bangkit semula untuk bertarung dalam gelanggang?
Apakah dengan hati yang tenang kita boleh menerima bulat-bulat jaminan bahawa siasatan yang
adil, saksama dan tanpa gentar dan takut akan dilakukan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan memandangkan cara penyiasatan masa lalu masih dan terus dipertikaikan?
Keraguan rakyat semakin memuncak apabila seorang penyiasat persendirian yang juga mantan anggota polis berpangkat lans-koperal membuat akuat berkanun yang kemudiannya ditarik balik dan digantikan dengan akuan berkanun kedua.
Kenapa P. Balasubramaniam berbuat demikian? Sebagai seorang penyiasat persendirian dan mantan anggota polis, dia sudah tentu berfikir panjang dan mempunyai pengalaman secukupnya untuk tidak berbuat demikian. Tetapi kenapa dia berbuat demikian?
Sesuatu akuan berkanun, bukan akuan sumpah atau akuan bersumpah seperti yang disebut oleh beberapa media arus perdana termasuk Bernama, tidak seharusnya diperkecil-kecilkan dan dengan sebegitu mudah ditarik balik dan ditukar ganti.
Akuan berkanun dibolehkan dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13) dan sebarang akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
Fasal 3 di dalam Akta Akuan Berkanun menyebut: "Akuan yang dibuat menurut peruntukan Akta ini hendaklah disifatkan sebagai akuan yang disebut dalam seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan."
Secara ringkas, Seksyen 199 dan 200 menyebut bahawa kenyataan yang dibuat dalam apa-apa pengakuan atau pernyataan yang menurut undang-undang boleh diterima sebagai bukti dan diterima sebagai benar/betul sedangkan ia adalah palsu. Dalam erti kata lain ia adalah suatu pembohongan dan boleh dikukum.
Apa yang dilakukan oleh P. Balasubramaniam agak pelek kerana, setahu saya, inilah julung-julung kali akuan berkanun ditarik balik dan diganti dengan akuan berkanun baru dalam tempoh masa yang pendek.
Apakah perbuatannya itu dibolehkan di bawah Akta Akuan Berkanun mahupun akta-akta lain dalam Undang-undang Malaysia? Setahu saya, akuan berkanun yang dibuat tidak boleh ditarik balik atau ditukar ganti kerana ia adalah satu akuan yang dibuat secara bersumpah di hadapan, paling rendah, seorang Pesuruhjaya Sumpah.
Apakah episod selanjutnya yang akan dihidangkan kepada penonton seantero dunia? Saluran-saluran berita antarabangsa seperti CNN, BBC, CNBC, CCTV, Aljazeera dan CNA Singapura tidak sabar untuk menyalur-siarnya ke seluruh dunia.
10 comments:
bro,
mengikut undang-undang, sebarang akuan bersumpah tidak boleh ditarik balik. sama juga dengan apa juga laporan polis yang sudah kita buat. walaupun dia sudah menarik balik pengakuannya, tindakan balasubramaniam itu tidak sah. dia boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menghina perlembagaan dan undang-undang negara. cuma yang menjadi tanda tanya, tidakkah bala menyedari perbuatannya itu akan menjerumuskan dia ke dalam masalah yang lebih besar? sebagai bekas anggota polis, tentu dia lebih maklum dengan natijahnya. jadi, mengapa dia berbuat demikian? mungkin ada udang di sebalik batu. sama ada ia akan menguntungkan dia atau tidak, bala mungkin sudah membuat perkiraan mengenai nasib, kesan dan masa depannya berhubung perkara ini. begitupun, mesti ada orang di belakang perbuatannya ini. jika tidak, dia tidak akan secara sengaja ingin terjebak ke dalam sesuatu yang boleh 'membunuh'nya di segi undang-undang!
Pak Tuan Syed,
Ini siaran retro (tayang semula) dengan beberapa pindaan kecil sahaja.
Ini drama fiction untuk menghayalkan penonton suapaya melupakan isu-isu besar atau jenayah besar yang dilakukan oleh pemimpin yang menderakan rakyat jelata.
Drama +Pintu Belakang+ telah membenamkan teriakan rakyat tentang kenaikan harga beras, minyak, barang-barang makannan harian.
You can lie to some people all the time, you can lie to all some time but you cant lie to all, all the time.
Apa dah jadi dengan Malaysia? Sandiwara apakah yang sedang dipertontonkan? Jijik sungguh lakonan para pemimpin kita. Hina sungguh martabat bangsa kita. Adakah kita masih berada dizaman kesultanan melayu Melaka lagi? zaman rakyat yang boleh diperbodohkan. Bangkai gajah nak ditutup dengan daun pisang? Sudahlah.. jika TPM berkuasa. jika KPN berkuasa dan jika peguam negara berkuasa.. Allah lebih berkuasa dan biarlah DIA yang akan menentukan segala-galanya..
Pak Tuan Syed,
Maaf keluar drp topik.
Saya hairan dan amat terkejut semua bahagian UMNO P.Pinang sokong AAB dan Najib.Adakah mereka ini ditekan atau ... bahagian Tanjong yang selalunya menentang arus pun sehaluan dengan bahagian-bahagian lain. Mengapa masih sokong pada pemimpin yg telah pun mengatakan akan memberi laluan kepada penolongnya. Anih dan benar.
Penang Umno backs Pak Lah for top post
By CHRISTINA CHIN
GEORGE TOWN: All 13 Penang Umno division chiefs have pledged to nominate Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy, Datuk Seri Najib Tun Razak, for the party’s president and deputy president respectively.
The pledge was made to Abdullah at the state Umno liaison committee closed-door meeting at Menara Umno here on Saturday.
Tahniah UMNO Penang. Langkah anda semua berani sekali. Harga telur di Pulau Pinang dijangka naik selepas ini
Well what can one expect from Penang UMNO?
Apa yang boleh diharapkan daripada UMNO Pulau Pinang?
I am aware of Penang UMNO leaders who jumped ship more than once to support Pak Lah, then Anwar Ibrahim, then Pak Lah and believe me, when and if Anwar is in charge, they will jump ship again.
Welcome to Boria UMNO Pulau Pinang.
Salam saudara,
Tiada siapa yang tipu siapa tapi diri yang tipu diri sendiri. Kelak akan memakan diri sendiri baru akan sedar langit rendah atau tinggi bila maruah mudah dijual beli dan begitu daif harga diri.
Wasalam.
Tuan Syed,
Inilah akibatnya apabila kita mempunyai pemimpin-pemimpin politik yang gila kuasa sehingga sanggup menyusahkan rakyat. Selepas 50 tahun merdeka, inikah akhirnya yang kita dapat. Kehancuran sebuah negara. Apakah mereka semua ini buta dan tuli? Tidak sedarkah mereka bahawa sesungguhnya orang Melayu yang sebenarnya menjadi mangsa manakala orang bukan Melayu kini hanya tersenyum melihat kemelut yang sedang berlaku. Apakah tidak mustahil suatu hari nanti kita akan diperintah oleh bukan Melayu oleh kerana kebodohan pemimpin Melayu sekarang. Mereka sebenarnya teramat bodoh kerana membiarkan diri mereka diperbodoh-bodohkan. Yang satu tak paham-paham orang dah tak mau kat dia, yang satu lagi tak abis-abis nak jadi pm sejak dulu lagi sampai sekarang. Sedarlah.
Cucu Tok Gajah
Semuanya geng tipu-menipu.Yang betul hanya janji2 Allah.
Tak kan boleh lari dari hukum Allah,jangan sesapa pun cuba membelakangkan hukum2Nya , kerana semuanya akan mati. Ingatkan akan mati,insyaallah manusia akan jadi baik . Takut pula dia nak menipu.
Post a Comment