Thursday, July 10, 2008

Strategi Pak Lah mengena dan kena pada sasaran





Apabila Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad (Pak Lah) umum yang dia akan letak jawatan pada Jun 2010 dan menyerahkan kepimpinan kerajaan dan parti kepada timbalannya, Najib Tun Razak, ramai yang pasti lega dengan harapan krisis kepimpinan yang sedang menghantui UMNO akan selesai.

Mungkin ada kebenarannya jika kita lihat atau amati dari satu sudut. Tetapi, jika ditinjau dari sudut lain, kita akan dapati bahawa strategi Pak Lah cukup bijak dan kena pada sasaran.





Pak Lah sedar dan tahu bahawa kepimpinannya sedang dan akan dicabar pada perhimpunan agung UMNO hujung tahun ini bukan sahaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah tetapi oleh Najib sendiri. Jika dicabar, Pak Lah belum pasti akan dipilih semula bahkan ada yang percaya bahawa Pak Lah mungkin tidak akan mendapat 30 peratus pencalonan daripada bahagian UMNO.

Satu jalan keluar yang dapat menjamin kedudukan Pak Lah ialah dengan mengumumkan bahawa dia akan letak jawatan pada Jun 2010 dan Najib pula meminta (mengarah?) semua bahagian UMNO supaya menyokong Pak Lah sebagai presiden parti pada Disember ini. Dengan itu, kedudukan Pak Lah adalah selamat selain kedudukan Najib terjamin.

Dengan sokongan kuat daripada bahagian-bahagian UMNO, Pak Lah akan dapat dengan mudah mempertahankan jawatannya dan sekali gus mematikan hasrat Tengku Razaleigh untuk mencabarnya kerana agak sukar bagi Ku Li memperolehi pencalonan dalam keadaan yang diwujudkan itu.

Pak Lah bijak dalam mengatur strategi yang menjamin kedudukannya sehingga Jun 2010, memberi kelegaan dan harapan kepada Najib dan memendekkan kerjaya politik Ku Li.

21 comments:

Semporna said...

bukan kah ini bukti yang Pak Lah seorang yang mantap kepimpinannya, dan bukan Pak Tido atau Flip-Flop yang musuhnya labelkan? Bukan kali pertama KuLi nak cabar kepimpinan dah. Bagus jugak ape yg Pak Lah buat, tenteramkan suasana yang memang cukup tegang. Dgn cara ni jugak Pak Lah dapat mentakbir negara dgn tenteram (sekurang2nya takde banyak cabaran dari dalam UMNO) dan mengimplementasikan dasar2 yang memang berhatikan rakyat. moga inilah langkah pertama untuk pemulihan negara kita yang memang tenat dipermainkan oleh mereka yang gila kuasa.

johar faizal said...

Salam Bro. Syed.

Dala lama saya tak menjenguk ke blog ni, harap saudara ok dan terus maintain.

Dalam isu ini, banyak perkara yang perlu di analisis dahulu, bagi saya PakLAH is a good player (either his or SIL plans). Tak perlu komen lebih lebih, tunggu dan lihat reaksi akar umbi dan pencabar2 yang lain.

Maaf, nak keluar tajuk sat: Di penang tang mana ada nasi kandar yang sedap atau popular, kot boleh cadangkan pada saya.

Terima kasih.

Syed Imran said...

Sdr Semporna,

Setuju sebab suasana politik semasa sudah jadi tak tentu hala.

Walau bagaimanapun, manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Sdr Johar,

Nasi kandar: jika sebelah malam mulai pukul 10 di sebelah Masjid Kapitan Kling (Nasi Kandar Beratur). Tapi mesti selepas pukul 10 mlm sebab yang terdahulu dikendalikan oleh orang (Mamak) lain. Nasi kandar Tamil Street (Chowrasta Market) juga boleh tahan jika nak nikmati nasi kandar lewat malam.

Siang boleh cuba Line Clear Penang Road, celah lorong dekat simpang Chulia Street, jika sanggup nikmati keadaan sekitarnya. Selain itu, boleh cuba nasi kandar Kampung Melayu, Air Itam atau nasi kandar Jelutong.

haniesyafique said...

nasi kandar tajudin husin pown ok gak...heh sori lari tajuk

Anonymous said...

Pak Lah memang tak flip flop atau tidog bila ada hal yang mencabar kepentingannya (read jawatan dia). Kepimpinannya mantap? lawak betoilah saudara semporna kita ni. Dan paklah termasuk golongan yang gila kuasa jugak. tak payah nak bukti-bukti lagi. Kalau dah depan mata nampak jelas. Pokoknya, Malaysia pi ke belakang kerana kepimpinan dia yang flip-flop dan retorik semata-mata.

Oh ya...balik kepada topik nasi kandar, semua yang dikata tu memang sedap. Tapi Nasi Kandar Kg Melayu lebih sedap sikit...

Zul Kg Melayu

Anonymous said...

Ami Ban..''

NASI KANDAR BERATUR SATU!!
mai pukul 10.30mlm....
order kot tepi.....

-mijan-

Anonymous said...

Ini satu lagi "backdoor deal" UMNO? Harapan Najib habis dah. Hidup Pak Lah!

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Ini percaturan politik yang berat sebelah. Bukan situasi menang menang. Ini perjannjain yan mnguntungkan satu pihak sahaja. Pak lah memang pandai kali ini. Dia but Najib syor seketika, kerana dalam tempoh dua thun macam-macam boleh jadi pada politik tanah air. Banyak kes baru, isu baru, dan suasana politik baru akan Najib hadapi. Pak Lah dan menantunya, bukan calang-calang orang dlam mencaturkan arh tujuan politik mereka. Dengan mgumumkan peralihan kuasa ada Jun 2010, pemilihan Disember ini, akan tenang, segalap tuduhan kelamahan ke atas pak lah tersendiri gugur an semua perwakilan akan berbincang tentang btapa baiknya Pak lah kerana sanggup memberi jawatan PM dan Presiden parti kepada najib. Saya terang-terang berkata di sini Pak Tuan Syed, bahawa saya tidak sedikit pun percaya dengan kata-kata Pak Lah itu. Bila dia menang jawatan Presiden UMNO hujung tahun ini, kedengaran lah teriak dan laungan lembu-lembu UMNO supaya mu Pak lah kekalkan jawatan PM dan Presiden UMNo. Pada masa itu, Najib dah terlewat nak bertindak kerana tidak bertanding jawatan no.1 UMNO. Dengan imej Najib yang tercalar sekarang dan banyak lgi tuduhan yang akan dilemparkan ke atasnya, sya yakin Najib dan Rosmah bleh mimpi sahaja untuk jadi PM. saya berani bdrtaruh sehingga ringgit terakhir, bahaw peralihan kuasa daripada Pak lah kepada Najib Jun 2010 tidak menjadi kenyataan.
Saya tidak fikir bahawa Najib boleh jadi Perdana Menteri. period.

Anonymous said...

salam pak habib,
apa kata pekena nasi kandar din kat jelutong, tak pun nasi kandar sharif di gelugoq, fuh

Mat Jerman said...

Kadang-kadang bukan keinginan seseorang untuk buat keputusan.

Kita melihat, tetapi apa yang sebalik tabir mungkin kita semua tak tahu.

Telur siapa yang kena pegang dengan siapa kita tak tahu.

Syed Imran said...

Pak Lah memang bijak dan pandai dan andai kata dia kurang bijak, dia ada orang yang lebih bijak untuk menasihatinya, umpamanya menantunya Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Saya cenderong untuk sepakat dengan pendapat yang menyatakan Najib Tun Razak tak akan sempat jadi PM. Saya bukanlah ahlil nujum tetapi dalam permainan politik UMNO (Baru), terlalu banyak lakonan daripada kenyataan.

Pak Lah, dengan buah fikiran para penasihatnya, mengatur strategi atau muslihat politik yang sudah pasti tidak akan merugikan mereka.

Saya ingin lihat bahagian UMNO yang mana satu berani mencalonkan Tengku Razaleigh ataupun Muhyiddin Yassin untuk dua jawatan tertinggi parti. Atau kita hanya akan melihat pak-pak turut di kalangan ketua-ketua bahagian UMNO, seperti biasa.

melayu+arab penang said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan Anonymous 6:53PM. bahawa hasrat Najib untuk menjadi PM hanyalah sebuah cerita dongeng yang dibaca oleh Pak Lah untuk menidurkan Najib dengan lembu-lembunya sekali. Tahniah Pak Lah.

zeme said...

Salam Pak Syed,

Boleh percaya kah?
Masih ingatkah sandiwara Pak Lah? Esok takkan bubar parlimen, tup tup bubar juga..minyak tak akan naik sehingga ogos, tup tup esoknya naik..Pak Lah akan letak jawatan jun 2010? tup tup..

Yang pasti UMNO bahagian Gua Musang akan mencalonkan Ku Li dan Muhyiddin jawatan tertinggi parti dan bahagian-bahagian lain InsyaAllah akan menunjukkan keberanian mereka memperjuangkan demokrasi UMNO..

Wasalam

Anonymous said...

Peralihan kuasa ini hanyalah helah semata-mata untuk meredakan keadaan atau dengan kata lain sebagai talian hayat kepada paklah. Saya berkeyakinan bahawa najib tidak akan kesampaian menjadi pm.

Anonymous said...

pak syed,

dengan imejnya hari ini, saya tak yakin najib boleh jadi pm. lagipun, paklah cuma nak umpan najib supaya najib tak lawan dia bulan 12 ni.

ahli umno kena renongkan dengan baik. saya paklah ka atau sayang umno? jangan lupa, pimpinan pak lah hampir meranapkan parti pemerintah baru2 ini. dalam politik hari ini, kerajaan lebih suka dengan cerita sedap2 aje. kalau ada keritikan, ia dianggap datang dari pengkhianat, macam bloggers.

saya pak lah, ikut dia; sayang umno, tukarkan dia.

bond kampong

Anonymous said...

Tuan Syed, Bagi saya berpolitik maknanya ada percambahan fikiran dan perbezaan pendapat yg sihat. Kalau segalanya "one-track mind", kira politik mirip sosialis dan komunis.

The real test ialah bila mana kita sbg ahli politik yg mendakwa dlm liga terbilang sanggup dipilih atau ditolak oleh ahli parti atau rakyat. Kalau tak sanggup, kira liga kampung jelah.

Dan satu lagi meskipun ada pemilihan, takkanlah setelah lebih 50 tahun, masih tak matang sehingga berpecah belah. Macam org bertanding sukan, bagi yg kalah, peluang kan ada lagi untuk dipilih dlm pertandingan yg akan datang?

Malulah dekat ahli2 sukan kalau ahli2 politik ada separauh masak tak dpt menerima hakikat menang dan kalah dlm pertandingan. Juga patut malu ialah mereka yg memanipulasi peraturan2 pertandingan utk kepentingan diri sendiri atau kem tertentu.

Pesanan said...

Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

Petikan itu seperti di bawah:

From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

Berani lakukan perubahan!

Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

Anonymous said...

Ahli UMNO sudah mula berfikiran bahawa UMNO tanpa Dolah dan Najib adalah jauh lebih baik, semua kemelut dapat diselesaikan jika 'pembawa masalah' sudah tidak ada di dalam parti.

UMNO memerlukan kesegaran dan wajah baru, Muhyiddin Yasin/Rais Yatim/Khaled Nordin adalah di antara yang mampu mewarnai semula UMNO. Mukhriz/Razali adalah di antara pelapis muda yang juga boleh memantapkan lagi barisan kepimpinan UMNO.

Disember adalah titik tolak terakhir untuk melihat UMNO masih relevan atau tidak di masa masa akan datang- kluangman

Anonymous said...

Salam Tuan Syed

AAB bagi date 2010 tu dia main agak-agak saja tu. Sebab kalau one year turun, bunyi macam kena push. Ego kena jaga beb. Two years tu agak sound reasonable-lah nak cabut. Lagi pun kes Anwar ke, kes apa ke, boleh di ding-dong ding-dongkan oleh konco-konconya selama setahun dua lagi.

Apa pun, Tuhan yang menentukan, AAB hanya insan hopeless.

Oh, ya. Rasanya hanya di Malaysia dan Singapore saja ada sistem peralihan kuasa ni. Negara lain, absolute monarchy atau kingdom pun tak beralih sangat ..

- The Last Malay

johar faizal said...

Bagi pendapat saya pula, ini hanyalah permainan PakLAH sahaja untuk meraih sokongan dalam pemilihan Disember nanti.

Dengan pengumuman tersebut, akan memberi keyakinan kepada Najib dan semua ahli menyatakan sokongan kepada beliau. Dan secara tidak lansung Najib terpedaya.

Dan Najib tidak LAH sebodoh yang di sangka, tetapi beranikah beliau menentang. Itu satu-satunya persoalan yang menjadi tanda tanya.

Jika beliau tidak mengambil peluang menentang PakLAH disember ini, maka kempunanLAH beliau untuk mencapai cita-cita sebagai PM.

Bagaimanapun, PakLAH berjaya membuatkan Najib berada dalam situasi DILEMA sekarang ini.
___________________________________

Berbalik pada kisah Nasi Kandar, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Bro. Syed dan kawan2 semua kerana memberi cadangan tempat2 yang sedap.

Sekarang ini timbul masalah baru pula, yang mana satu tempat pilihan, haru..haru.... Terima kasih semua.

Nostradamus said...

Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you? (Updated 14 July 2008)

Malaysians in dilemma? So many events and news both real and unreal. Don’t know who to believe? Bombarded with too much spins. These are the quotes, we now hear.

“Give up”, “Fed up”, “Wait and See”, “Lost interest”, “Headache”, “Cannot believe anyone”, “Who to believe ah?”, “Niamah”, “Pening kepala”, “Pening otak”, “Sudah lah”, “Pi mampus”, “Insyallah (God Willing)” or raise your palm and fist and put them together on National tv or www.Youtube.com or www.malaysiakini.com or www.Malaysia-today.net or other blogs.

Why? Because it depends on what you want to perceive and your bias toward your own race, color, religion, party, groups, interests, superiority or plain dumbness.

That makes you something of a Jeykll and Hyde if you can’t differentiate between facts and fictions, good and evil, right and wrong, true or false. Too many Malaysians can’t decide now whether to become Jeykll or whether to become Hyde or when to become Jeykll or when to become Hyde.

Think hard and search your conscience from deep within and “Viola” you can differenciate between Night from Day. Throw out bias towards race, creed, superiority, affiliations, religion and beliefs, greed, power, cronyism etc and then see whether some of the things happening around is right or wrong , true or false, evil or good, facts or fiction.

1. Altantuya was killed and blown to bits. (Fact or Fiction).
2. Sodomy is as evil as murder. (True or False).
3. Anyone accused are innocent until proven guilty. (True or False).
4. Statutory Declarations and Police reports can be made to fool people. (True/False).
5. Anyman or woman will swear on his religion or beliefs to save his own skin. (True/False).
6. Race superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
7. Religious superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
8. All poor people need to be helped by Government. (True or False).
9. Corruption is a fact of life and should be tolerated. (Fact or Fiction).
10. ISA is needed because prevention is better than cure. (Fact or Fiction).
11. Free education is a right for all Malaysian children. (True or False).
12. Free healthcare is a right of all Malaysians. (True/False).
13. Free speech is a right of all Malaysians. (True/False).
14. Freedom of religions and beliefs is a right of all Malaysians. (True/False).
15. Liberty is a right of all Malaysians. (True/False).
16. All Malaysians and the world can be converted to a single culture, religion, race in future. (Fact or Fiction).
17. The next PM of Malaysia will follow R.A.H.M.A.N theory. (Fact or Fiction).
18. All Malaysian Malays are poor and lazy. (Fact or Fiction).
19. All Malaysian Chinese are rich and gamblers. (Fact or Fiction).
20. All Malaysian Indians are drinkers and liars. (Fact or Fiction).
21. All East Malaysians are inferior to West Malaysians. (Fact or Fiction).
22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction).
23. Only UMNO can take care of Malaysian Malay’s and other Bumiputeras interest. (Fact or Fiction).
24. Only MCA can take care of Malaysian Chinese’s interest. (Fact or Fiction).
25. Only MIC can take care of Malaysian Indian’s interest. (Fact or Fiction).
26. Only Gerakan can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction).
27. Only PKR can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction).
28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction).
29. Only Hindraf can take care of Hindu’s interest. (Fact or Fiction).
30. Only PBDS can take care of Sarawakian’s Bumi interest. (Fact or Fiction).
31. Only UMNO Sabah can take care of Sabahan’s Bumi interest. (Fact or Fiction).
32. All Jews are intelligent and corrupted. (True/False).
33. All Africans are corrupted and murderers. (True or False).
34. All Westerners are corrupted and evil. (True or False).
35. All Chinese are communists. (True or False).
36. All Indians are Hindus. (True or False).
37. All Malays are Moslems. (True or False).

To be continued……

From: Patek1472.wordpress.com