Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parcel A yang menempatkan pejabat-pejabat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Negara, antara lain, di Bangunan Perdana Putra.
Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak, TPM yang berpejabat di Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Bukan mudah nak jumpa tanpa urusan rasmi dan temujanji terlebih dahulu.
Adalah lebih sukar untuk menemui beliau di kediaman rasminya yang di kawal ketat. Seseorang itu tidak boleh sesuka hati pergi ke kediaman rasmi TPM untuk menemui beliau.
Menteri Kabinet juga tidak dengan senang sahaja boleh menemui TPM tanpa terlebih dahulu membuat temujanji.
Setelah Najib dilantik TPM, saya pernah hanya sekali ke pejabatnya di Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra pada tahun 2004 untuk menyerah teks ucapan sempena salah satu majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dihadiri oleh beliau selaku wakil Perdana Menteri. Pada waktu itu saya bertugas di Pejabat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang berpejabat di Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat di JPM sebelum itu, saya berpejabat di Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra (satu aras di bawah pejabat TPM) dan tahu mengenai kawalan keselamatan yang ada di JPM.
Oleh itu, saya hairan bagaimana seorang anak muda yang kononnya "traumatized" atau mengalami satu kejutan yang amat teruk dan renjatan emosi akibat kononnya di liwat oleh mantan TPM boleh dengan senangnya menemui Najib di kediaman rasminya yang dikawal ketat iu.
Adakah ini bermakna bahawa sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mengalami masalah yang sama boleh dengan mudahnya pergi sama ada ke JPM atau ke kediaman rasmi TPM untuk mengadu dan meminta bantuan seperti yang dilakukan oleh pemuda berkenaan?
Sudah tentu tidak boleh! Tetapi itulah alasan yang diberikan sendiri oleh Najib kepada pihak media yang ingin tahu kenapa pemuda berkenaan menemuinya. Sekiranya apa yang diucapkan oleh Najib itu benar dan betul, maka rakyat Malaysia yang mengalami renjatan emosi atau "traumatized" atas apa alasan sekalipun, pergilah mengadu kepada Najib sama ada di pejabatnya atau di kediaman rasminya di Putrajaya.
Saya tidak ingin menyentuh mengenai tuduhan liwat kerana ia sedang di siasat oleh polis. Saya melihat alasan Najib tentang kenapa pemuda berkenaan menemui beliau agak meragukan kerana saya tahu bukan senang untuk memasuki sama ada Kompleks JPM (Perdana Putra) ataupun kediaman rasmi TPM.
Saya pernah bertugas di Bangunan Perdana Putra dari tahun 2000 hingga 2004 dan tahu bahawa bukan mudah untuk orang ramai memasuki kompleks itu tanpa kebenaran atau mempunyai urusan rasmi yang ditetapkan lebih awal. Seseorang yang ingin memasuki kawasan Bangunan Perdana Putra perlu mendapat pas keselamatan dari Bilik Pengawal yang dilengkapi pintu pengesan logam dan kamera tv litar tertutup. Pihak keselamatan tidak akan mengeluarkan pas keselamatan sebelum mendapat pengesahan daripada pejabat yang hendak dikunjungi. Selepas mendapat pengesahan barulah pas keselamatan diberikan. Ini bermakna bahawa seseorang itu perlu membuat temujanji atau dijemput atas urusan rasmi dan tidak boleh sesuka hati meminta pas keselamatan untuk masuk. Kawalan keselamatan adalah ketat.
Kawalan yang ketat juga dilaksanakan di kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sesiapapun tidak boleh masuk tanpa kebenaran atau temujanji terlebih dahulu.
Oleh itu, bagaimana seorang pemuda yang "traumatized" begitu mudah memasuki kediaman TPM untuk mengadu dia diliwat. Kenapa perlu mengadu kepada TPM sedangkan TPM berkata dia tidak mengenali pemuda itu?
Sekiranya begitu mudah untuk menemui TPM di kediaman rasminya, maka eloklah bagi rakyat Malaysia yang mempunyai masalah supaya berduyun-duyun ke kediaman rasmi TPM untuk mengadu dan meminta pertolongan.
Pendek kata: Jika anda alami renjatan emosi akibat daripada melalui sesuatu pengalaman yang amat perit, menakutkan, mengejutkan dan amat memeranjatkan, jangan bimbang, pergi ke Putrajaya dan temuilah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak.
Itulah mesej yang disampaikan sendiri oleh Najib melalui media elektronik dan media cetak. Bagi pihak rakyat Malaysia yang teraniaya dan yang "traumatized" saya panjangkan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Abdul Razak atas kepedulian anda.
7 comments:
Salam buat Pak Tuan yang dihormati...
Memang benarlah cukup sukar untuk menemui Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya memohon untuk suatu temu janji melalui surat pun hanya dipersetujui setelah ditapis berkali-kali oleh banyak pihak di pejabatnya...
Begitulah golongan bangsawan...Kalau dipersetujui sekalipun kita masih perlu menunggu berminggu malahan berbulan lamanya untuk akhirnya dapat menemui beliau, itupun kalu bernasib baik dapat...
Sekiranya hendak "ambush" di majlis-majlis awam yang beliau hadiri, masih sukar kerana sentiasa dihadangi oleh para pengawal pengiring atau bodyguard.
Kalau ingin menunggu di kawasannya di Pekan lagilah amat sukar kerana ratusan orang kawasan, orang kuantan dan pekan dan orang pahang pun beratur untuk berjumpa dengannya.
Pendek kata cukup sukar...
For that matter, hampir semua menteri kabinet hari ini sukar ditemui secara bersahaja atau secara informal...mereka akan sentiasa di kelilingi oleh juak-juak yang kepong menteri bagaikan boss depa tu diancam keselamatan.
Saya pernah berkhidmat di bawah Tok Mat, satu-satunya menteri yang paling mudah ditemui, berborak dan duduk minum bersama walaupun seseorang itu tidak membuat sebarang permohonan untuk temujanji.
Saya rasa beliau adalah menteri (dalam kes ini bekas menteri) yang paling mesra rakyat. Tidak keterlaluan dikatakan hendak berjumpa dengan Tok Mat (sekarang udah bergelar tan sri) sekarang ini samalah mudah seperti hendak berjumpa dengan beliau semasa beliau masih menyandang jawatan menteri.
Pendek kata boleh jumpa Tok Mat di mana sahaja beliau berada -- di pejabat, di kedai kopi, di restoran, di ibu pejabat umno, di lapangan terbang, di majlis-majlis awam dan di hotel, lebih-lebih lagi di sebuah hotel tempat beliau selalu minum kopi di Jalan Sultan Ismail.
Generasi menteri seperti beliau sudah pupus. Hari ini seseorang menteri itu sentiasa status-conscious, sentiasa perlukan protokol dan formaliti. Yang anehnya sebelum menjadi menteri begitu mudah didekati dan dimesrai.
Bila naik tahta, semua sudah berubah....Namun satu sahaja yang cukup sukar berubah...masih ramai lagi di kalangan menteri yang cukup kurang membaca, tidak jadikan membaca suatu budaya dan masih ramai di kalangan menteri yang jarang-jarang sekali tahu melayari internet, ada yang tidak tahu pun membuka pc dan laptop dan kalau ada di pejabat hanyalah sebagai hiasan seperti dalam drama di tv3...
Alahai menteri kita...
Salam Pak Tuan Syed,
Najib akan bersumpah dia tidak kenal budak jambu itu.
Najib kini dijangkiti penyakit Flip-Flop yang AAB alami sejak 2004.
Pembohongan adalah budaya orang politik terutama pemimin no.1 UMNO.
AAB akn trus jadi PM selpas Jun 2010, Najib???????????
renjatan emosi?
ramai yang tengah terenjat emosinya sekarang ini. itu tak termasuk di Tampoi, Tanjung Rambutan mahupun yang jalan/cakap sorang-sorang di Chow Kit/Jln TAR.
memang saya setuju dengan cadangan tuan dan saya musykil dengan alasan orang itu...
cukup bernas isi kandungan saudara pada kali ni..lama saya singgah di blog ini tp xpernah memberikan komen...walaubagaimanapon...saya tertanya2 adakah blog ini ada kaitan dengan kuda kepang ?
Kuda Kepang dikendalikan oleh Datuk Rohani Ahmad, mantan wartawan Berita Harian, mantan setiausaha politik Tun Musa Hitam dan mantan ahli parlimen BN (Parit Sulong). Kawan saya juga tu.
Kuda Kepang dan Kuda Ranggi adalah nama blog yang saya dan Tok Rohani kendalikan. Persamaan kami adalah penulis blog (blogger) yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
I think may be if you were to say that you have sodomised by Anwar or any high profile figure, you will definitely be allowed to see TPM or even PM immediately.. In your case, unfortunately (or fortunately) you are not.. so that's why you couldn't manage to see TPM easily..
Logic person
Tuan Syed,
Thanks for the information, I didnt know it is so difficult to meet Najib unless you are buggered by Anwar, and that gives u a ticket to see Najib. Well, a TPM must be very mesra raayat dont u think so, as reported in the papers recently.
Post a Comment