Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditangkap depan rumahnya





Terkini 17 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis. Bagaimanapun, beliau tidak dikenakan sebarang pertuduhan sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau Kanun Acara Jenayah.




Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap polis di hadapan rumahnya di Bukit Segambut tengah hari tadi.

16 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Polis kata semalam Annuar diberi masa hingga jam 2 petang hari ini untuk memberi keterangan di Balai Polis Jalan Bandar. Mengapa pula ditangkap sebelum tempoh yang diberikan?
Ini Taktik kotor dan tidak adil. Undag-undang hutankah diamalkan di negara ini sekarang. Sebenarnya polis yang membuat penyokong-penyokong Annuar marah.

Syed Imran said...

Setuju.

Anwar telah memberi pengakuan melalui peguamnya untuk ke IPK KL di Jalan Hang Tuah.

Sebelah pagi Anwar ke ibu pejabat BPR di Putrajaya dan terpaksa meminta kebenaran BPR untuk ke IPK seperti yang dijanjikan. Anwar akan menyambung keterangannya kepada BPR kemudian.

Anwar pulang ke rumah dalam perjalanan ke IPK kerana dia perlu ke sana sebelum pukul 2 petang. Anwar pegang pada janjinya.

Saya tidak faham kenapa polis perlu menangkapnya walaupun ada waran tangkap? Adakah perlu waran tangkap?

Dengan bertindak sedemikian rupa, polis sebenarnya kurang profesional. Maaf cakap tetapi itulah hakikatnya.

Tindakan polis kebelakangan ini menimbulkan banyak tanda tanya. Umpamanya, sekatan jalan raya pada hari Isnin sehingga mengakibatkan kesesakan dan kebuntuan lalulintas yang amat teruk di ibu negara adalah satu kesilapan besar.

Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar berkata tindakan iu diambil ekoran daripada maklumat yang diterima atau diperolehi oleh polis.

Nampaknya, alasan maklumat atau laporan perisikan dijadikan sebab untuk bertindak tanpa mengesahkan kebenarannya terlebih dahulu.

Apa bezanya dengan tindakan Presiden Bush melanggar Iraq semata-mata kononnya ada maklumat perisikan yang mendakwa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Dunia tahu bahawa maklumat perisikan itu adalah satu pembohongan.

Adakah maklumat yang diperolehi polis seperti yang didakwa oleh Syed Hamid juga satu pembohongan? Nampaknya begitu.

Askar Melayu said...

Anwar memberi pengakuan untuk pergi ke IPK KL pada hari Isnin lepas. Kenapa tak hadir? Anwar pegang pada janjinya?

Desperado said...

Salam Tuan Syed...

Teman malas dah nak berbicara pasar kes Dato Ser Anwar ni...bior le deme nak kate polis jahat ker, polis anjing ke, lantak la...bior le deme siasat...

Nak tanya sikit la Tuan, teman ni anak jati penang juge..tapi udah menetap di ipoh nie, lenggok cakap dah kurang la sikit...

APA BETUI KA DEPA DOK KECOH SI FAIRUZ TKMPP1 NAK LETAK JAWATAN...TEMAN BROWSE TRANUNGKITE...ADA MAMAT TU POST KAN ARTIKEL...DIA KATA ADA SMS...

TEMAN BUKA TENGOK BERITA HARIAN ONLINE PUN ADA JUGE...

nak tahu la kot-kot ada desas-desus yang terbaru....teman ni sedih bebenor le bile Penang tu jatuh pade Cine..si Fairus tu bagus sangat ke?

www.pilihananda08.blogspot.com

azlanthor said...

here are just some of the quotes i took from another site regarding Anwar's arrest.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived at the city police headquarters here at 1.15pm Wednesday in a white Pajero after being arrested by the police.
He was earlier arrested in front of his house in Bukit Segambut.

His lawyer Sankara Nair said the police told Anwar that he was being arrested for investigations under Section 377C of the Penal Code for alleged "carnal intercourse against the order of nature.

Asked if Anwar was handcuffed, Sankara said he was not.

The police had on Tuesday given Anwar a 2pm deadline to answer allegations of sodomy made by Mohd Saiful Bukhari".

lets' wait and see what the verdict of the investigation turn out to be.

Syed Imran said...

Askar Melayu,

Berkaitan isu yang saudara bangkitkan, setahu saya peguam Anwar telah hantar makluman melalui faksimili kepada polis dan menteri dalam negeri. Jadi polis tahu yang dia tak akan hadir pada hari itu.

ketam said...

Bagus la karang tak tangkap mula la sebelum pukul 2 nanti pi la sembunyi pulak kat kedutaan mana-mana pulak.. Apa yg tak adil? Kerana dia org politik??? kenapa jiran saya yg kena tuduh mencuri diorg angkut je kat pasar terus tak pulak hantar atau telefon minta datang sendiri?? Ini ikut prosedur la jgn jadi otak udang sedap tapi tak boleh pakai. KAt america dgn britain sendiri pun polis terus tangkap suspek tanpa notis. Ini dah kira bagus la PDRM telefon dulu bagitau yg dia nakkena tangkap. BODOH betul la.. kalau betul ANWAR tu tak bersalah apa yg nak DITAKUTKAN. Nampaknya sekarang mereka TAKUT kerana MEMANG ANWAR BERSALAH!!

Dan satu lagi wahai wakil rakyat semua aku bayar cukai korang dan undi korang suruh bincang masalh negara bukan masalah individu yg tak penting pun.

ketam said...

Kenapa tindakan POLIS yg menjadi tanda tanya??? Kenapa tindakan penyokong PKR yg tak habis-habis menwujudkan perasaan kacau bilau dgn tomahan dan khabar angin TIDAK MENJADI TANDA TANYA??

Anggota polis baru-baru ini berjaya menumpaskan perompak di Johor,adakah tindakan ini menjadi tanda tanya???

Ada org kata polis mengamalkan undang-undang hutan? Apa itu undang-undang hutan? Balik pergi baca Kanun Tatacara Jenayah sebelum komen tindakan polis.. Bapa saya polis dan dia penat nak melayan karenah org-org PKR yg bila berhimpun selalu buat kerosakan.

ketam said...

Wahai encik sayed imran,jgn kata SETAHU SAYA,ayat itu pun sama seperti khabar angin dan andaian. Anwar kata SAIFUL fitnah dia,sama juga dakwaan NAJIB kata ANWAR fitnah dia.. dari dulu lagi ANWAR bagitau rakyat yg dia ada bukti atas macam-macam perkara,penyelewengan,konspirasi lah tapi dari dia di penjara samapai bebas samapai sekarang habuk pun tarak.. Dia nak buktikan salah laku MAHATHIR pun sampai sekarang tak nampak habuk pun.

Syed Imran said...

Ketam,

Peguam Anwar sahkan yang dia ada mengirim surat berkenaan, bukan khabar angin. Almarhumah ibu saya juga mantan anggota polis khas sebelum merdeka. Fotonya ada di Muzium PDRM dan juga dalam buku sejarah PDRM.

Anonymous said...

Ketam ooi!

Hang cakap pun tak betui! Hang patut kata macam ni - dulu depa dok kata Pak Lah lembik. La ni, bla dia bertindak, depa kata tak ada hati perut! Sekarang baru depa tau! Harap2 Pak Lah tak tidoq supaya dia buleh ikuti perkembangan. Baru depa tau Pak Lah terrer ka tak terrer!

Ketam Batu

Nostradamus said...

Malaysians are Doomed? Rakyat Malaysia Pupus?

Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you? (Ask your children.)

Jeyklls dan Hydes di Malaysia. Adakah anda? (Tanyalah anak-anak anda).

Posted at http://Patek1472.wordpress.com.

Anonymous said...

Woi Ketam Buta!

Hanya org melayu macam anda je yang percaya anwar meliwat. Org cina, india dan melayu yg celik tak percaya pun.

Tuduhan ni depa buat semata-mata depa takut anwar jadi pm dan semata-mata nak alih tumpuan kes ROSMAH BUNUH ALTANTUTUYA!!! Kalau Najib berani, samanla Raja Petra dan lawan dlm mahkamah.

Tang Koi said...

Ketam.. Oh Ketam.. Hang tu dah la makhluk 2 alam. Hang ingat Annuar tu macam hang jugak ka? Aku ingatkan Malaysia saja yang ikut undang-undang hutan, tak sangka yang lani ketam pun duduk dalam hutan jugak ka? Tak ikut perkembangan langsung.. dok biaq kena tipu dengan kerajaan BN. celik la mata sikit, jadi la manusia..

Anonymous said...

Oooi kau orang dok marah kat ketam tu nape? kan ketam tu jalan pun tak betul, masakan pandangannya boleh betul!

Mak Ngah Temah said...

Yang saya tak faham ialah jika Anwar has nothing to hide, apsal tak terus bagi kerjasama dgn polis, bagi semua keterangan, DNA ke hapa ke...


Ini tidak, bila keluar saja report pasal Saiful, the first thing he did was to lari ke Turkish Embassy - kononnya ada orang nak bunuh dia.



Sapa la yang nak perabihkan peluru dok bunuh dia tu..tak bawak kepentingan apa pun. Kalau kot yer pun ada, dah lama dah depa buat...sebelum dan semasa PRU dulu.


Secondly, dok berdrama sana sini - kecoh sana kecoh sini - tapi tak pun ke balai polis. Then bila dah dibawa ke spital, tak mau pun diperiksa...apa kes brader?


Berani kerana benar, takut kerana salah...


Zaman sekarang tok lebai pun boleh rogol anak sendiri, walaupun hakikat ini susah diterima oleh kebanyakan masyarakat melayu - golongan gay dua alam ni, berlambak-lambak....


Anwar ni kan femes dari dulu - gempak aje lebih, habuk pun tarakk...