Monday, February 13, 2012

HARI VALENTINE - BUKAN ISLAM JANGAN PERSOAL URUSAN UMAT ISLAM

Seluruh dunia dilaporkan bersiap sedia untuk merai atau menyambut "Valentine's Day" atau Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih seolah-olah pada hari dan tarikh 14 Februari sahajalah mereka boleh berkasih-kasihan, bermesra-mesraan dan bersayang-sayangan, hari-hari lain boleh dilupakan sahaja.

Asal usul hari tersebut dikaitkan dengan seorang paderi Kristian bernama Saint Valentine. Ia sudah cukup untuk memberi gambaran yang jelas kepada kita, umat Islam khususnya, mengenai punca sambutan hari tersebut.

Majoriti tokoh agama Islam menyatakan bahawa menyambut atau meraikan  sambutan Hari Valentine adalah bertentangan dengan Syarak. 

Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM, amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Ruh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

Amat jelas sekali bahawa umat Islam dilarang daripada  menyertai mereka yang bukan beragama Islam untuk menyambut atau merayakan Hari Valentine. Ia adalah soal agama, bukan soal masyarakat atau sosial dan jauh sekali isu politik.

Oleh itu, apakah jadahnya golongan bukan Islam di Malaysia termasuk media seperti The Star dan The New Straits Times membidas PAS kerana parti itu menasihati umat Islam agar tidak menyambut atau meraikan Hari Valentine?

Kenapa mereka menjadikan PAS sasaran kutukan sedangkan ia bukan isu politik tetapi soal aqidah umat Islam?

Sebagai sebuah parti mewakili umat Islam, sudah tentu PAS memainkan peranannya untuk memastikan umat Islam di Malaysia tidak turut terpedaya dan terpengaruh oleh banjiran promosi dan kempen bersifat komersil untuk sama-sama menyambut Hari Valentine. Salahkah PAS berbuat demikian? 

Apakah jadahnya The Sunday Star menulis dalam ruangan editorialnya dibawah tajuk "Those opposing Valenine's Day should just grow up"  Adakah pihak The Star cuba mencabar kewibawaan JAKIM dan umat Islam di Malaysia? Kenapa The Star mengkritik tindakan PAS mengenai isu Hari Valentine sedangkan ia adalah soal aqidah umat Islam, bukan soal politik?

Kenapa pemberita The New Straits Times bernama Sean Augustin begitu berani mempersoal dan membidas PAS atas pendirian parti itu mengenai Hari Valentine?  Sebagai seorang pemberita dia sudah tentu tahu dan sedar bahawa pihak berkuasa agama Islam di Malaysia telah memutuskan bahawa sambutan hari tersebut bertentangan dengan aqidah dan tidak Islamik? Jika dia tidak tahu, maka dia gagal  sebagai seorang pemberita kerana tidak membuat kerja rumah sebelum menulis laporan berkenaan. 

Pembetulan: Sean Augustin tidak menyebut PAS dalam laporannya yang berbentuk umum. Saya merujuk kepada berita di muka surat yang sama bertajuk "No love lost in Pas, DAP Valentine's row". Ayat di peranggan tersebut tidak tepat dan pembetulan adalah seperti berikut;


Kenapa The New Straits Times begitu berani mempersoal dan membidas PAS atas pendirian mengenai Hari Valentine? Pemberita mesti sedar bahawa pihak berkuasa agama Islam di Malaysia telah memutuskan bahawa sambutan hari tersebut bertentangan dengan aqidah dan tidak Islamik! Jika pemberita tidak tahu, maka dia gagal sebagai seorang pemberita kerana tidak membuat kerja rumah sebelum menulis laporan berkenaan. 


Ketidakpekaan pemimpin politik turut menjalar kepada Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang turut mempersoal pendirian PAS.

Cho Ha dalam kenyataannya meminta PAS jangan tuduh sambutan itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral dan jangan menghina orang Malaysia yang nak sambut Hari Valentine. PAS, terutama Pemuda PAS, dijadikan sasaran kutukan semata-mata atas kepentingan politik yang amat sempit dan bodoh! Isu Hari Valentine bukan isu politik, ini yang tidak difahami oleh orang seperti Cho Ha. 

Karpal Singh pula menuduh pendirian PAS sebagai sesuatu yang tidak betul, silap dan berlawanan dengan hak asasi dan kebebasan. Seperti Cho Ha, Karpal Singah pun janggal dalam pemikiran dan tidak sedar bahawa ia bukan isu politik atau soal hak asasi dan kebebasan, ia soal agama, soal aqidah umat Islam.   

Akhbar The Star, The New Straits Times, Cho Ha dan Karpal Singh hentam PAS atas pendirian tegas parti itu berkaitan Hari Valentine. Kenapa PAS sahaja? Kenapa tidak hentam JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri  yang lebih awal lagi mengeluarkan kenyataan sama seperti yang disuarakan oleh PAS?

Ini soal aqidah umat  Islam, bukan soal politik atau yang kena-mengena dengan slogan 1Malaysia PM Najib Tun Razak. 

Islam tidak larang penganut agama lain menyambut perayan yang berkaitan agama mereka. Lihat saja kehadiran PM Najib yang sama-sama penganut agama Hindu sempena Thaipusam di Batu Caves.  Islam hanya melarang umat Islam. Kenapa mereka yang bukan beragama Islam melenting tak tentu pasal? Ini sudah melampaui batas dan sempadan yang sepatutnya.

Ingat, jangan campuri urusan umat Islam, ia mungkin membawa padah! 





11 comments:

IbnAbdHalim said...

Nampaknya non-muslim gagal membezakan antara isu agama dan politik. Orang Islam sahaja yang dilarang tapi bagi non-muslim kalau nak berzina ditepi jalan sekalipun lantaklah. Kenapa nak halang orang Islam mengurus agamanya?

Anonymous said...

mana UMNO yg kononnya memepertahankan org melayu? mana UMNO yg kononnya menjujung tinggi Islam sebagai ad-din? mana ahsan ahlie yg konon nya hulubalang yg memperjuangkan agidah ummat islam malaysia? mana harussanasini yg kononnya mufti terbilang di malaysia yg konon nya menegak syiar islam? mana perkasam?? mana ibrahim ali yg konon nya hero org melayu?? mana zul kulum yg konon nya MP teragung yg mempertahankan islam? mana hgpa semua ni pi? awat hgpa diam??

ibnAdam

Anonymous said...

Syabas sdr kerana berani menyatakan sesuatu yang benar.

-- Din

Anonymous said...

Kita tidak harus terus menuding jari kepada 'non-muslim'. Mungkin ada yang belum faham tentang isu ini. Mereka sekadar risau akan kebebasan selama ini dikongkong. Pihak yang berkenaan seperti PKA, PKS, JAKIM dan seangkatan dengannya, harus memberi penerangan secara terang kepada 'non-muslim' akan isu ini, bahawa Hari Kekasih atau Valentine's Day ini adalah haram kepada orang islam sahaja kerana bertentangan dengan ajaran islam. dan ianya TIDAK haram kepada 'non-muslim'.


Chris Leong

Unknown said...

Chris Leong,

Terima kasih atas ulasan saudara.

Perkara ini bukan soal baru. Malangnya pemimpin politik termasuk yang berjawatan menteri seperti setiausaha Agung MCA masih tidak faham. Inilah masalahnya.

Pihak media pun harus dipersalahkan kerana terus memberi ruang kepada sesuatu yang tidak sepatutnya. Mustahil pihak atasan jabatan pengarang The Star mahupun NST tidak tahu. Media berperanan penting dalam penyebaran maklumat dan semestinya tahu membezakan antara soal aqidah dan soal politik. Media tidak seharusnya bermain politik walaupun kita sedar mereka memihak kepada parti kerajaan (BN/UMNO).

Saya tidak mempersalahkan 'non-Muslim' secara menyeluruh tetapi pemimpin politik dan media.

Zukri Valenteno said...

Salam Pak Tuan,

Nama saya zukri valenteno dan pada setiap 14 februari saya akan menyambut hari lahir saya...saya TIDAK sama sekali menyambut valentine's day setelah mengetahui bahawa sambutan perayaan itu adalah menyalahi hukum syarak...

Org melayu yg dok sebok2 gatai nak sambut ni adalah mereka yg baru kenai dunia kot...saya dah lama kenai semua ni...kali terakhir menyambut valentine's ialah pada tahun 1990 dan TIDAK lagi menyambutnya selepas itu...sambutan hari lahir (bukan hari jadi) pon dah tak sambut...kalu ada perayaan pon adalah Hari Bapa dalam bulan jun setiap tahun...itu pon kalu anak2 dan missus tolong sedarkan kita akan hari berkenaan.

Saya setuju bahawa orang bukan islam tidak perlulah menyebok dalam urusan islam yang depa tak taw sepatah haram pon, kisah bab fahaman (bukan agama) dan anutan depa lagi baik...masalahnya hari ni ada org melayu/islam dok bagi muka kat depa dan mewajarkan segala urusan yang dahulu depa tak berani nak sentuh...ni semua selepas pru 2008 depa ni nampaknya dah celik mata dengan urusan islam sebab ada puak2 melayu/islam yg dok bagi muka...ni lah jadinya mcm2 honaq kunun2 depa dah memahami islam...

Ni termasuklah kes blogger arab saudi yang terang2an menghina nabi dan puak2 bukan islam/melayu ni dok sebok sungguh2 nak bela ataih nama hak asasi manusia...sebab blogger tu lari mai sini selepas melakukan kesalahan itu adalah bukti bahawa si pelaku itu sedar akan kesalahannya...

Salam Pak Tuan Syed...

zv

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya rasa terdapat dimensi politik dalam hal ini.

Nampaknya PAS sahaja yang ditonjolkan menentang hari valentine ini, pihak pentadbir dan juga majlis fatwa tidak dijadikan sasaran oleh media massa. Oleh itu boleh dipersoalkan motif wartawan-wartawan yang berkenaan.

Saya juga bersetuju bahwa penerangan kepada orang islam dan bukan islam harus diberikan mengenai perkara ini.

Antara persoalan pokok adalah tarikh 14 feb dalam kalendar dijadikan sambuatan.

Kita harus menerangkan kepada Karpal yang kita tidak boleh mengikuti semua tarikh sambuatan orang barat. Kita orang Asia.

Sekiranya Presiden Amerika orang bengali, maka tidak semestinya kita harus menyambut hari perayaan benggali.

Walaubagaimana pun, isu ini adalah amat berguna untuk dipolitikkan, oleh itu saya berasa akan ada yang akan diambil kesempatan.

Saya amat tertarik dengan langkah Pas kelantan mengumumkan hari ini sebagai hari suami isteri. Ini menunjukkan Pas amat kreatif dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya seluruh umat islam yang berkenaan menyambut hari suami-isteri maka tidak timbul lagi soal hari valentine.

Ini adalah bidaah, tetapi mungkin bidaah hasanah, terpulang kepada mufti untuk membuat fatwa.

Orang Johor

Unknown said...

Zukri Valenteno,

Tahniah dan selamat mengingati tarikh kelahiran pada hari ini, 14 Februari. Salah seorang anak lelaki saya pun dilahirkan pada tarikh yang sama 30 tahun lalu. Semoga anda sekeluarga dirahmati Allah.

Saya sedih kerana NST yang diterajui oleh orang Islam, iaitu mantan rakan semasa di Bernama dulu Abd Jalil Hamid dan rakan lama dari utara Semenanjung Syed Nadzri, masih meyiarkan berita mengenai Hari Valentine yang condong kepada kepentingan politik. Saya faham jika The Star yang bersikap demikian kerana bosnya Wong Chun Wai, adalah seorang yang kuat berpegang kepada ajaran Kristian.

Yang lebih menyedihkan apabila anak muda beragama Islam turut sama mempersoalkan hak untuk menyambut Hari Valentine.

Unknown said...

Orang Johor,

Sudah tentu ianya bermotifkan politik.

Sebenarnya, kita tidak memerlukan hari atau bulan tertentu untuk menyemai atau mengamalkan kehidupan dalam suasana berkasih-sayang.

Sebagai umat Islam, kita dikehendaki mengamalkannya setiap hari, setiap sa'at dalam kehidupan sekeluarga dan dalam skop yang lebih luas meliputi jiran tetangga dan masyarakat tetapi ada batas sempadannya. Kasih-sayang dalam erti makna yang lebih luas daripada yang berunsurkan perbuatan dan amalan negatif.

Anonymous said...

I read Sean Augustin's article. I didn't see him say anything about PAS. I think you got it wrong. He gave examples using his own self not PAS or muslim people. It was ment for everyone. You have a point in your article. You are right but only about Sean. Thats not so nice.

Unknown said...

Yes you are right. I stand to be corrected.

There were two reports on page 6 and I was referring to the report entitled "No love lost in Pas, DAP Valentine's row" and mistakenly named Sean Augustin as the reporter. My apologies to Sean Augustin. Thank you.