Friday, February 10, 2012

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pianang untuk Islam

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008.  Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.   

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang'  di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu,  berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja,  Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh  minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta  wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan  berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang. 

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam. 

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. 

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar  sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya  perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta


4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula  tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun


*FAKTA ADALAH  DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.


      

29 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Adalah baik Tuan Syed mengemukakan data-data ini untuk tontonan semua kerana dengan ini dapat kita bezakan dengan lebih jelas pentadbiran antara dahulu dan sekarang.

Saya baru melawat P. Pinang bulan lepas setelah berapa tahun lama. Tidak ada tanda yang P.Pinang dalam keadaan tidak terurus malah nampaknya bandar dalam keadaan bersih dan teratur.

Semoga dengan data-data yang ditunjukkan ini, BN dapat menawarkan prestasi yang lebih baik di dalam kerajaan pusat dan juga peringkat negeri.

Secara prinsipnya sistem demokrasi mengalakkan parti politik bersaing supaya rakyat menerima habuan yang setimpalnya. Ada baiknya sebenarnya adanya parti politik kerajaan alternatif seperti PR.

Ada juga orang seperti yang dilaporkan di akhbar seperti Dr Hasan Ali dan lain-lain yang mahukan kita balik semula ke zaman dahulu yang mana satu parti monopoli semua atas alasan orang melayu tidak pecah belah. Saya tidak tahu samada niat orang-orang ini adalah untuk kepentingan sendiri atau orang melayu.

Indonesia rata-rata majority orang melayu tetapi terdapat juga masalah yang lebih besar dari kita.

Saya kira kita harus bijak menilai apa yang baik untuk kita.

Maaf kerana saya banyak komen baru-baru ini ini kerana isu-isu yang dikemukan sangat releven.

Orang Johor

Syed Imran said...

Orang Johor,

Saya amat menghargai sumbangan anda melalui komen yang bernas.

Kita seharusnya bercakap yang benar walaupun ianya pahit.

Selaku hakim, rakyat pasti sedar yang mana lebih baik apabila tiba masanya untuk membuat pilihan.

mr edz said...

adalah amat memalukan kerana yang menjadi KM ialah seorang kafir tetapi mentadbir dengan cekap.

Anonymous said...

Hampa jgn cakap apa-apa pasai UMNO,parti pembela melayu no satu...
nanti depa sumpah hampa jadi batu baru tau...

Anonymous said...

salam pak tuan,

syabas pak tuan dgn artikel "Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pianang untuk Islam" beserta dgn fakta dan bukti yg kukuh. mudah2an buka mata dan insaf bagi mereka yg burok sangka dan iri hati kpd kerajann negeri PP khususnya DAP. ini lah yg dinamakan BERSIH CEKAP AMANAH walaupun slogan ini hanya riuh di masa era tun mahathir tetapi dipratikkan olen kerajaan negeri PP hari ini.

dein
Solok Tengku
JltgTmoq

Anonymous said...

As Salam Tuan Syed,

Kenapa tidak dipaparkan perbelanjaan untuk penganut ugama Buddhist, Hindu dan Kristian sekali? Apabila perbandingan boleh dibuat, baru lah kita tahu cerita yang lebih komprehensif dan tepat.

Syed Imran said...

Saya menulis mengenai apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam. Itu tajuknya, kedua, saya perolehi fakta daripada sumber Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan sudah tentu ia tidak membabitkan agama lain.

Saya memilih tajuk ini kerana pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran cemuhan dan fitnah oleh pihak tertentu termasuk media arus perdana yang memberi gambaran kononnya kerajaan negeri anti-Melayu dan anti-Islam. Saya cari kebenaran dan itulah kenyataan.

jgn jd bebal! said...

aik...br menghabiskn ms 8 hari dh blh wt kesimpulan hanya berdasarkn sumber2 yg diberikn oleh org2 politk..dan anda trus percya..heheh..lawak la ulasan ko...lemah btul iq ko..cube la buat perbndingn peruntukn utk agama2 lain..n skrng ni tanah terbru dijual kerajaan negeri..rm1.4bilion..utk dibgnkn lbh byk rumh2 mewah..n ko terlupe ke wahai syed yg kononnye bijak sgt...dlm dun penang aritu..exco perumhn die sndri dh ngaku yg kerjaan dapig penang lngsung xbina rumh utk rkyt die..hampeh..kalo kt selngr hrta bende pkns nk dijual satu persatu..sewa di bangunan pkns yg rta2 peniaga bumi dinaikkn 100%..dh msk kes mhkmh pon..penyewa ambl tndakan mhkmh halang pkns naikkn sewa..yg terbr..bgunan yayasan sel tmpt bdk2 islam yg xmampu beljr pon nk dirobohkn..oi syed yg bebal..cube la buat perbndingan peruntukn utk agama lain..lps tu ko cube la plak buat perbandingn berdasarkn bil...

LPS KO DH BUAT TU SUME BR LA ULASA KO XSEBODOH NI..GUNEKAN SATU SUMBER YG DIBERIKN OLEH ORG POLITK YG KUASAI MJLS AGMA ISLAM PNG TU..HAHA..DH NK KE KUBUR PON OTAK LEMBAB LG..HAHAHA

Anonymous said...

Tuan Syed,
kesian orang BN ni ,bila dah dibuat perbandingan secara fakta ,tak boleh defend,mulalah guna bahasa kasar dan macam macam fitnah!!

rakyat biasa

Syed Imran said...

jgn jd bebal!

Saya sememangnya menjangka komen seperti yang sudara lepaskan, cuma ia agak lambat sedikit. Saya faham kerana lazimnya, ia adalah tugas 'soldadu maya' yang disebut sebagai 'cyber-trooper' sebuah parti politik tertentu. Mereka dibayar untuk kerja sedemikian rupa. Saya tidak tahu sama ada saudara tergolong dalam 'pasukan' itu. Saya harap tidak.

Pertama sekali fakta yang saya perturunkan bukan dari orang politik. Ia dari sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Ia boleh datangnya dari beberapa sumber termasuk majalah, laporan tahunan, risalah dan sebagainya. Tidak semestinya dari 'orang". Yang jelas ia adalah sesuatu yang sah, bukan direka-reka.

Kedua, saudara mesti faham perbezaan antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jika tidak tahu apa bezanya, usah lempar tuduhan. Jabatan terletak dibawah pentadbiran negeri manakala Majlis tidak. Semua ahli Majlis dilantik oleh Ketua Agama, iaitu SPB Agong dan ia tidak diletakkan di bawah Exco Negeri. Jabatan adalah sebuah agensi kerajaan dan fakta yang dikeluarkan adalah rasmi.

Walaupun berada lapan hari di Pulau Pinang, ini tidak bermakna saya jahil mengenai apa yang berlaku di negeri tanah tumpah darah sendiri. Saya kerap pulang ke kampung kerana di sanalah saya dibesarkan, disekolahkan dan memulai alam pekerjaan. Saya bukan orang asing di Pulau Pinang. Lapan hari memadai untuk mendapatkan fakta, malah ada orang yang duduk di luar negara boleh dapat fakta sekelip mata menerusi kemudahan Internet. Janganlah kita ketinggalan zaman.

Sekali lagi saya katakan, saya tulis mengenai tajuk tertentu dan harap pembaca memahaminya.

Terima kasih kepada pengulas yang menggelarkan dirinya sebagai "jgn jd bebal!" kerana sekurang-kurangnya, tidak menggunakan perkataan biadab atau memaki hamun. Saya terima saja tuduhan 'bodoh' dan 'otak lembab' dan percaya saudara adalah orang yang bijak dan berotak cerdas. Alangkah lebih baik dan ikhlas jika saudara tidk berselindung disebalik nama samaran. Saya tidak tahu benda apa yang saudara takuti? Saya tidak sembunyikan identiti saya. Semua pembaca tahu siapa saya.

Ya saya bodoh, otak lembab. Kenapa? Sebab selepas pilihan raya 2008 saya tolak tawaran orang penting sebuah parti politik yang kaya raya untuk menjadi penulis blog (blogger) mesra atau pro parti berkenaan. Saya bodoh kerana tolak imbuhan dan sagu hati lumayan. Saya bodoh kerana jika terima tawaran itu saya dah dapat anugerah bergelar 'Datuk" sempena sambutan Hari Wilayah. Ya, saya bodoh! Tepat tuduhan yang saudara lemparkan kepada saya!

Saya rela 'bodoh' dan mempunyai 'otak lembab' demi untuk terus menjadi penulis blog yang bebas. Tidak terikat dengan mana-mana pihak. Kebebasan itu cukup berharga sama seperti kita mempertahankan maruah dan harga diri. Alhamdulillah.

Syed Imran said...

rakyat biasa

Itulah kelemahan mereka. Kita turut bersimpati dengan mereka.

Anonymous said...

Kepada Anonymous 1.30am,

Apabila data-data ditunjukkan, ini adalah untuk kita buat kesimpulan.

Kesimpulan yang dibuat daripada angka ini adalah pencapaian jabatan Agama Islam Penang adalah lebih baik dari dulu. Ini adalah muktamat, sudah jelas dan terang umpama lampu spotlight di stadium. Hatta agama lain mendapat peruntukkan 3 atau 4 kali ganda pun, kesimpulan ini masih sah.
Pencapaian jabatan agama Islam sekarang lagi baik.

Sebab itu dikeluarkan angka angka ini. Kita orang melayu harus belajar ilmu matematik supaya jangan dikatakan bodoh sombong.

Orang Johor

Anonymous said...

kpd "jgn jadi bebal!"... hg jgn la busuk hati dan dengki dgn kerajaan negeri PP terutaman nya DAP. nak bgtau kat hg, ker.neg. PP lebih bagus dr parti yg hg anuti la ni. terima la kenyataan yg parti anutan hg akan bungkuih pd PRU13. dan jgn bebal dan BODOHHH mcm ahsan ahlie.

Anonymous said...

hoi jgn jadi bebal

apa punya turrrrrrrr la hang ni. hg bukan org penang jgn dok buat sempoi la. kami org penang tau apa yg DAP dah buat dan akan buat. tiada penganiayaan kpd org melayu penang cuma nya kalau dah bebal bodo mcm hg terus tgk media arus perdana yg pembohong maka hg akan terus bodo dan bebal. ni aku nk bagitau kat ang hg buleh melingkup buang dgn ang punya parti kerih besilang ang tue. nk muhong tipu rompak rakyat lama mana sgt. kami akan ajaq hgpa sket ari lagi, bagi hgpa ada akai....

mat/mt. erskine

hizam said...

Salam, Tuan Syed semoga Allah memelihara tuan syed daripada berkata benar biar pon pahit untuk terima oleh pihak yang tidak dapat menerima kebenarannya. saya terpanggila untuk memberikan sedikit komen berhubung dengan artikel Tuan Syed berhubung dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Teringat saya satu ketika dahulu di tahun 1998, buat pertama kalinya saya bersama keluarga telah pergi untuk melihat sendiri Negeri Kelantan yang di Takbir oleh PAS, Negeri yang sering di perkatakan tentang ke mundurnya dibawah pentadbiran PAS oleh Tuan Guru. masa itu saya baru sahaja meninggalkan UMNO parti yang saya anggotai selepas saya tamat zaman persekolahan, dan memilih Parti PAS sebagai wadah perjuangan saya, seingat semasa saya berada di negeri Kelantan saya dapat membuat kesimpulan bahawa Negeri Kelantan tidaklah seperti yang di gembar gemburkan oleh pihak media dan Parti politik yang tak sehaluan dengan nya, walaupon saya hanya berada di sana hanya beberapa hari.

Berbalik kepada artikel Tuan Syed berhubung dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya amat amat menghargainya, sememangnya data data seperti ini tidak akan dikeluarkan atau didedahkan kepada media eletronik mahupon media cetak. Tetapi apa yang saya amat amat hargai yalah NIAT tuan syed untuk menyatakan kebenaran.

Saya berharap lebih banyak lagi orang seperti tuan syed yang akan sedia menyatakan kebenaran walaupon kekadang pahit untuk ditelan.

Diakhir komen saya ini saya amat amat berharap sangat agar semua pemimpin pemimpin yang telah diberiamanah oleh rakyat, baik dari Parti Pakatan Rakyat ataupon dari Barisan Nasional terutama yang beragama Islam jalankanlah tanggungjawap anda sepertimana yang telah diamanahkan oleh Allah swt dan penggundi semasa pilihan raya, cukup-cukuplah dengan apa yang telah berlaku selama ini, ingatkan kepada diri saya sendiri dan yang lain, setiap apa yang kita lakukan didunia ini akan diperhitungkan kelak di akhirat jua nantinya.. semoga Allah memelihak Tuan Syed daripada terus menyatakan kebenaran walaupon pahit untuk diterima oleh orang lain. Tak salah pon kalau kita terima kebaikan kalau bukan dari Parti kita sendiri jika ianya untuk kebaikan untuk semua.

Salam
Anak Jati Johor

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Syed,

Terima kasih atas maklumat yang diberikan.. Alhamdulillah, ia benr-benar membuka mata saya dengan lebih luas sekarang.. Sesungguhnya apa yang digembar gemburkan oleh media arus perdana sememangnya sengaja dilakukan bagi menutup kelemahan pihak kerajaan terdahulu dan sememangnya menutup kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang memerintah kini..

Terkadang kita hairan dengan tindakan segelintir dari kita yang tidak mahu menerima dan mengakui kebenaran yang terpampang di depan mata.. Lebih rela memekakkan telinga dan menutup mata atas apa dilakukan pihak2 tertentu untuk memburukkan pihak lain.. Cukup memalukan..

Kebebasan yang Tuan Syed ada sememangnya lebih membuka minda kita agar tidak terkurung dalam tempurung otak yang hanya menyebelahi sesebuah pihak sahaja..

Mohon share link tuan.. Terima kasih

chempaka said...

Tuan Syed,

Kalau diamat-amati gaya penulisan , bahasa dan ejaan yang digunakan 'jgn Jadi bebal!' ni, jelas pangkat anak-anak kita saja. Ini jenis orang 'berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi'. Kita doakan semoga dia betul-betul tak jadi bebal.

Anonymous said...

Saya bangga menjadi warga Pulau Pinang dan saya amat bangga dengan cara pengtadbiran Pakatan Rakyat. Walaupun ada pihak yang sering menuduh bahawa DAP adalah parti perkauman,ianya sudah terbukti TIDAK sama sekali. Kami warga Pulau Pinang kini, hidup lebih harmoni dan penuh dengan kasih sayang.. Syabas Lim Guan Eng!

Anak Tanjung.

Anonymous said...

dey JGN JD BEBAL - kami ank penang rela DAP perintah dari Gerakan/MCA - BN yg perintah. nak tau pasai pa??? pasai BN ----- LEMBU. pemimpin yg dok ada semua ulaq ayaq...sintaqq.

Anonymous said...

As Salam Tuan Syed,

Betul, Tuan Syed telah mempamerkan angka2 yang diperolehi daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan tidak mahu membabitkan ugama lain. Terima kasih. Tetapi angka2 ini belum lagi membolehkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa muslimin muslimat mukminin mukminat Pulau Pinang diperlakukan dengan adil (dari segi pengagihan wang)oleh pentadbiran Pulau Pinang. Ini adalah kerana kita tidak tahu berapa banyak pula yang telah diberi kepada penganut-penganut ugama lain. Kita tidak tahu jika mereka mendapat sama atau lebih atau kurang daripada penganut ugama Islam. Saya hanya mempertikaikan kesimpulan yang telah dibuat oleh Tuan Syed berdasarkan hanya dari jumlah yang diperolehi oleh penganut ugama Islam. Itu sahaja.

Anonymous said...

Kepada anonymous 3.51pm

Angka-angka yang dipamerkan "bukan" untuk menunjukkan pengagihan wang antara ugama tetapi adalah untuk membezakan pentadbiran dahulu dan sekarang.

Angka ini menunjukkan kesimpulan yang pentadbiran yang baharu lebih baik dari sekarang.

Sebagai contoh, sekiranya saudara bekerja. Boss pertama memberikan gaji 1000, Boss kedua memberikan 2000, Kesimpulannya "Boss kedua lebih pemurah dari boss pertama". Itu sudah muktamad.Samada boss kedua bagi gaji orang lain berapa, tidak tahu.

Jadi, sebagai pekerja saudara hendak bekerja dengan boss pertama atau boss kedua?

Harap saudara dah clear. Kalau tidak clear lagi , tak tahu nak jawap.

Orang Johor

Anonymous said...

Maaf ada "typo error" komen sebelumnya.


Kepada anonymous 3.51pm

Angka-angka yang dipamerkan "bukan" untuk menunjukkan pengagihan wang antara ugama tetapi adalah untuk membezakan pentadbiran dahulu dan sekarang.

Angka ini menunjukkan kesimpulan yang pentadbiran yang baharu lebih baik dari dahulu.

Sebagai contoh, sekiranya saudara bekerja. Boss pertama memberikan gaji 1000, Boss kedua memberikan 2000, Kesimpulannya "Boss kedua lebih pemurah dari boss pertama". Itu sudah muktamad.Samada boss kedua bagi gaji orang lain berapa, tidak tahu.

Jadi, sebagai pekerja saudara hendak bekerja dengan boss pertama atau boss kedua?

Harap saudara dah clear. Kalau tidak clear lagi , tak tahu nak jawap.

Orang Johor

10:43 PM

Anonymous said...

bro org johor, sy rasa anon 3:51 konfius atau pening. itu ajer. atau buat2 pening.


ibnAdam

Anonymous said...

saya amat kagum dengan data data ni.. mengapa negeri pulau pinang dari dulunya .hutang berlambak lambak tapi karang dah dikurang sebegitu ?dimana masalahnya timbul ?adakah kerajaan dari PR dan ini salah ? sekiranya ..negeri BN paling kuat .. mana 1 ? johor ?pahang ?terrengganu ?sabah? sarawak ?perlis ? (perak-bn punya sebab pasal 3 ekor kwak kwak kwak) semua negeri BN .. buat la perbandingan .. dari segi ekonomi .. hari hari cakap AGAMA la .. PERKAUMAN la .. poket kita orang duit x ada tambah .. cuma jerit macam orang nyayuk aje.. taubat la .. demi malaysia .

Cheah/Teluk Kumbar said...

Tuan Syed,

Terima kasih atas hujah-hujah tuan yang bernas.

Parti-parti politik sepatutnya bersaing berdasarkan polisi yang memanfaatkan rakyat jelata.

Jangan sekali-kali cuba mencetuskan salahfaham/syak wasangka antara kaum/agama demi kepentingan politik.

Semoga rakyat yang sekian lama diperalatkan oleh media arus perdana mempunyai peluang untuk
memperolehi maklumat yang lengkap mengenai isu-isu semasa.

Biarlah rakyat membuat pernilaian yang bijak.

Anonymous said...

BN mengurangkan bajet pentadbiran Islam sebagai perang menentang keganasan

Adi Musa said...

Salam Tuan Syed,

Terima kasih dan tahniah atas "keberanian" Tuan untuk memaparkan kebenaran wpun saya pasti akan ada "puak-puak" yang tak senang dgn artikel ini. Memang berita arus perdana tak akan siarkan wpun sepatah tentang angka2 dan fakta2 seperti yang Tuan dedahkan.

Sedih bila difikirkan sampai bilakah "pejuang2" yang kononnya berjuang utk bangsa sendiri sampai ke hari ini masih di takuk lama memperbodohkan bangsa sendiri. Bukan niat nak mengagung2kan cuma tak bolehkan kita "melayan" rakyat dgn penuh tanggungjawab tanpa mengaanggap rakyat biasa, org2 kampung ni semua bodoh untuk disogokkan dgn berita2 "spin" dan putar belit.

"Rampaslah harta, jangan harap utk rampas pemikiran"

"Biar poket kosong, jangan otak kosong"...

ReadZooOne said...

Tahniah n ucapan jutaan terimakasih kpd tuan syed.....semoga tabah mghadapi sgala dugaan n caci maki dri mereka2 yg buta hati,jahil,dangkal n BEBAL...!!!!! usah dilayan mereka semua... syabas tuan...

Anonymous said...

Salam.

Cabutan dari statement penuh Kuda Ranggi...

"Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. "

Mereka yg naif tidak tahu bahawa hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM630.13juta itu telah di'offset'kan dengan nilai harta modal berkaitan air Kerajaan Negeri berjumlah RM600juta yang dipindah milik kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pergi rujuk kepada Setiausaha Kerajaan / Timb. Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) jika ingin mendapat pengesahan berita ini.

Kalau saya ada amasa lapang saya akan komen tambahan peruntukan yang bersesuaian penambahan emolumen tahunan (kenaikan gaji tahunan) pegawai/kakitangan Jabatan Agama Islam dan juga perbelanjaan pembangunan seperti yang diperuntukkan untuk pembinaan bangunan baru kompleks Mahkamah Tinggi Syariah di Jalan Scotland yang idea pembinaannya (urusan awal) dibuat semasa pemerintahan BN sebelum kalah PRU12. Dengan campur tangan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sendiri perancangan yg terbantut kerana BN kalah pada 2008 itu terpaksa diteruskan oleh LGE kerana tekanan. Kalau boleh pergilah bersembang dan dapatkan cerita sebenar dengan Ketua Hakim Syarie Pulau pinang, Datuk Hassan itu berkenaan projek ini.

Wsalam