Friday, February 25, 2011

Tengku Zafrul, Isa Samad dan Umno

Kritikan pedas yang dilemparkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan UMNO.

Mereka menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, mantan menteri wilayah persekutuan dan sebelum itu mantan menteri besar Negeri Sembilan.

Kenapa mereka marah sangat dengan kenyataan yang dibuat atas sifat peribadi Tengku Zafrul dan bukan sebagai mewakili kumpulan Maybank sehingga mendesak dia dipecat atau meletak jawatan?

Apakah pemimpin-pemimpin Umno tidak boleh atau tidak dapat menerima kritikan mahupun teguran semata-mata kerana ianya pahit untuk ditelan? Bukankah kritikan boleh dijadikan panduan atau pembuka mata untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul, tidak semestinya saya merujuk kepada kes Isa Samad, tetapi dalam banyak kes lain yang membabitkan pelantikan pemimpin politik yang sebelum itu ada masalah tertentu?

Semua orang tahu yang Isa Samad didapati terlibat dalam politik wang semasa pemilihan Umno dan dikenakan tindakan disiplin. Bukankah politik wang itu salah satu amalan rasuah? 

Apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul adalah pelantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur. Jika kritikannya itu tidak betul, tidak tepat dan tidak sesuai dengan keadaan semasa, pihak kerajaan ataupun Felda seharusnya memberi penjelasan atau menangkisnya dengan berfakta.

Tetapi, muncul dua tiga orang pemimpin Umno mendesak tindakan diambil terhadap Tengku Zafrul atau mendesaknya meletak jawatan sedangkan mereka tidak menangkis pendapatnya itu dengan fakta yang memihak kepada kenapa pelantikan Isa Samad adalah tepat.

Nampaknya budaya sukar atau tidak boleh menerima kritikan masih tebal di kalangan mereka seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin mereka, termasuk dalam beberapa pelantikan tokoh Umno mengetuai badan-badan berkanun, syarikat-syarikat milik kerajaan dan perbadanan-perbadanan kerajaan, adalah tepat dan tidak boleh dipersoalkan. 

Inilah masalahnya, iaitu tidak mahu menerima kritikan sama sekali. Kalau ada yang berani mengkitik, maka dia akan dihentam dan didesak dikenakan tindakan sama ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, dipecat atau ditangkap dan didakwa di mahkamah sama ada mengikut Kanun Keseksaan atau Kanun Acara Jenayah.

Kepada mereka, yang diutamakan ialah sokong, sokong dan sokong, ampu, ampu dan ampu atau apa yang dibuat oleh pemimpin besar mereka adalah betul belaka. Agaknya itulah budaya hidup mereka.

Saya tidak kenal siapa itu Tengku Zafrul tetapi saya tahu siapa ibunya dan siapa pula bapa saudaranya. Saya juga tahu bahawa Tengku Zafrul berkawan baik dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Masheerul Hassan. Tetapi itu bukan bererti yang dia tidak boleh mengkritik atau menegur tindakan kerajaan.

Sebagai warga negara Malaysia, dia juga berhak memberi pendapat sama seperti orang lain. Sama ada kita setuju atau tidak dengan pendapatnya tidak bererti kita mesti mendesak dia dipecat atau meletak jawatan. Itu tidak betul. 

Kita sedar bahawa ramai pemimpin politik yang terpaksa bertindak sebagai pengampu semata-mata kerana nak terus hidup mewah, nak jamin kedudukan tidak terjejas dan nak pastikan terus berada dalam senarai  bos. Kepada mereka yang penting adalah ampu dan terus ampu, pergi jahanam dengan apa orang lain nak kata, janji mereka selamat. Macam mana nak maju?

Masalah yang sama pernah wujud di kebanyakan negara Arab dimana pemimpin pembangkang ditahan dan dihumban dalam penjara, kebebasan bersuara disekat, media dikawal ketat dan hanya boleh menyiarkan laporan yang pro-kerajaan, orang tidak boleh mengkritik kerajaan ataupun pemipin dan sebagainya. Kita seharusnya jadikan teladan dan sempadan agar apa yang telah dan sedang berlaku di dunia Arab tidak akan berlaku di negara ini.

Saya bukan menyokong Tengku Zafrul, anak kepada mantan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Raja Zaharatun Raja Zainal Abidin dan anak saudara Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar  Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,  tetapi menyokong haknya untuk memberi pendapat. 

Adalah sesuatu yang amat malang apabila pendapat seseorang yang tidak selari dengan pemimpin Umno atau kerajaan, maka timbul desakan demi desakan supaya dia dikenakan tindakan ISA atau dipecat. 




10 comments:

KZSO said...

pendapat yg bangang dan bodoh dari seorang yg digelar ceo

A Voice said...

Tuan Syed

Your argument on Isa is no mnore accepted. Isa was fixed but he decide to not rock the boat. Everyone have come to accept.

I guess you do not know enough of Tengku Zafrul to know who he is.

Read my blog and comments on Zafrul. He doesn't deserve to be there or any where in a GLC.

He is in no position to comment on Isa cause his integrity is questionable. More so for a young man without any "jasa".

He is such a mama boy to not face the public and stand by his every words.

He tried to contact mne to say he did not say those words and claim he has the video.

What a liar!

Anonymous said...

UMNO dan becacainya tidak ada lain senjata, selain dari melalak (macam anjing besar) "ISA!ISA!" kepada sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka.
Lani ni, sebab ISA (ISA SAMAD) dah jadi mata air Najib, mereka nak gunakan ISA kepada orang yang mengutuk ISA (Samad). Dulu semasa ISA Samad kena terajang keluar, semua sokong "tindakan berani" UMNO yang serious nak menghapuskan politik wang. Mana suara suara ynag menghenta ISA Samad dulu? Heran pulak tak dak sorang pun ynag pi tanya pendapat Pak lah mengenai pelantikan ISA Samad jadi pengerusi FELDA.
Dan kalau nak komen mengenai ISA Samad, kita kena ada "Jasa" baghu boleh komen ka? Do you know what you're saying,"A Voice"?

sri hartamas

orang kampung said...

Pada pandangan saya bukan tujuan Tuan Syed mempersoalkan perlantikan TS ISA sebagai Pengerusi Felda.

Tetapi apa yang cuba dipersoalkan ialah sikap segelintir parasit-parasit UMNO yg hanya tahu menyerang dan mengutuk sesuatu tanpa didokong dengan hujah-hujah yang mantap dan sahih. Ini memberi gambaran seolah-olah UMNO masih tebal dengan budaya yang tidak berteloransi dengan pandangan-pandangan yg sealiran dengannya.

Apa yg dikhuatirkan dalam analisis terakhir UMNO akan menuju kepada kehancuran.

tokman said...

Tengku Zafrul maybe young and Isa Samad a veteran politician but it does not mean that only 'orang yang berjasa' saja bolih komen. Further more whats the criteria to say whether a person is 'berjasa' or not....need he to have Tan Sri or Dato'? Does it means that an ordinary man on the street though he has done so many good deeds but never appeared or highlighted in the media like TV or newspapers should not comment when he feels something not right because he is considered as 'tak berjasa'! The rakyat today look up to leaderships who have integrity, honest and 'untainted' and the majority of them know who they are. Not all decisions of the PM, DPM and other leaders(with due respect Sirs) are right and they too expect their supporters to point/remind them from time to time if they had done anything wrong instead of just be 'yes man' as its not good for their image in the long run. Isa Samad may or may not be the right person to be appointed as Chairman of Felda but UMNO members from Negri Sembilan know him and can judge him better. This is year 2011 and time for UMNO to be more open, transparent and tolerant if BN is to win comfortably during the coming PRU13! Allow the rakyat to say their piece.....denial syndrome is definitely unacceptable....its a learning process for everybody, anyway!

Unknown said...

Orang Kampung, thank you. Yes you are right.

A Voice, I respect your view and suffice to say that I do not agree that Isa Samad was 'fixed'. I was directly involved in one of Umno's general assembly as a 'wakil calon' and fully aware of the 'money politics' which nearly every Ali and Fatimah, including those holding high offices now, 'distributed' cash to win votes. Yes I may not know Tengku Zafril that much but not after reading your piece, thank you for directing my attention to it. However, it will not turn the tables on someone.

Tokman, I am in full agreement with you.

Anonymous said...

Orang UMNO kata Khalil Yaakob rasuah, tapi UMNO lantik dia Yang Di Pertua Negeri Melaka.
Orang UMNO juga sahkan Isa Samad rasuah, tapi UMNO lantik dia ketua FELDA.
Habis macam mana.
Jangankan rakyat, budak Tadika pun konfius.

mr edz said...

umno dan rasuah berpisah tiada...

Anonymous said...

UBN ubah kosmetik je...sana calit sikit,sini sapu sikit.saipa berkuasa dia sentiasa betul.rasuah sudah melembaga dalam parti UBN.barah di kaki boleh di potong,barah di hati cam na....

Anonymous said...

Pak Tuan, mungkin ada banyak jasa Pak Isa pada Pok Jib. " Jasamu Dikenang ".