Monday, February 28, 2011

Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin bukan pengganas



Saya sedih membaca laporan yang mengaitkan ulama terkenal dunia Islam, Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood dengan pertubuhan atau pergerakan pengganas. Tuduhan tidak berasas dan liar itu didalangi  oleh Amerika Syarikat, puak Zionis dan Barat. Kita tahu kenapa mereka berbuat demikian.

Tetapi, yang lebih menyedihkan apabila ada negara dan pemimpin beragama Islam yang terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah fitnah dan terikut-ikut dengan musuh Islam itu seperti kerbau dicucuk hidung.

Sebelum digulingkan, mantan presiden Mesir menindas dan menghumban ke penjara pemimpin-pemimpin  Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan Dr Yusuf, seorang rakyat Mesir, daripada negaranya sendiri. Hosni Mubarak takut akan bayang-bayangnya sendiri dan melihat gerakan persaudaraan Islam itu sebagai ancaman besar terhadap kepimpinannya. Akhirnya, dengan kehendak Allah tumbang juga dia dan Ikhwanul Muslimin serta Dr Yusuf kembali bersinar di bumi Mesir..

Saya membawa cerita itu semata-mata kerana Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat ulasan atau komen yang agak kurang senang mengenai Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sendiri  semasa berada di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Benar, Najib telah menafikan yang dia melemparkan tuduhan tidak berasas itu terhadap Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf,  tetapi dia tidak menafikan yang dia ada menyentuh mengenai kedua-duanya. Amat biasa sekali kita membaca pemimpin membuat penafian atau menyalahkan pemberitaan apabila apa yang diucapnya menikam balik. Itulah yang berlaku.

Ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di Temerloh semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak pernah melabelkan Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas.

"Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ektremis...", itulah antara lain kata-kata Najib seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Saya ingin memetik kata-katanya."...dengan syarat menolak keganasan. dan fahaman ekstremis.." bukankah kata-kata sedemikian menunjukkan bahawa Najib percaya yang Ikhwanul Muslimin mendokong keganasan, jika tidak kenapa perlu mengenakan syarat agar mereka menolak keganasan. Siapakah Najib untuk mengenakan syarat sedemikian kepada Ikhwanul Muslimin? Mungkin itu yang akan ditanya oleh mereka kepada kita. 

Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi, ulama berusia 84 tahun yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia dengan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa 2009 kerana jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi kepada kemanusiaan itu sendiri, Najib mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan kebimbangan yang amat sangat terhadap tokoh yang disegani itu.

(Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's  support and justification for terrorism, which carries a great of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib.)

Bukankah kata-kata Najib itu satu pandangan yang selari dan senada dengan apa yang telah dan sedang diperkatakan oleh golongan Zionis, Amerika Syarikat dan Barat terhadap Dr Yusuf al-Qaradawi, tokoh yang Malaysia melihat sebagai cukup layak dan bertepatan untuk diberi anugerah tertinggi Ma'al Hijrah. 

Bolehkah kita samakan Malaysia sebagai pendokong dan penyokong kegananasan kerana kita sendiri memberi anugerah kepada seorang yang dituduh sebagai menyokong dan mewajarkan  keganasan? (Qaradawi's support and justification for terrorism)

Mungkin Najib tidak mendapat nasihat yang betul daripada para penasihatnya termasuk penasihat media yang berpengalaman luas sehingga dia tidak kenal siapa itu Dr Yusuf al-Qaradawi dan apa itu Ikhwanul Muslimin.

Oleh itu, elok juga diperturunkan sedikit sebanyak mengenai cendekiawan Islam yang dilahirkan di Shaft Turaab, Kaherah atau Cairo, Mesir pada 9 September 1926.

Pada usia 10 tahun Dr Yusuf sudah hafal al-Quran. Dia menamatkan pendidikan di Ma'had Thanta dan Ma'had Tsanawi dan melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan lulus pada 1952.  Dia memperolehi ijazah kedoktoran pada 1972 melalui tesis yang kemudian dijadikan buku ilmiah 'Fiqh Zakat'.

Dr Yusuf meninggalkan Mesir pada 1961 kerana tidak tahan menerima sekatan dan tekanan oleh sebuah rejim yang kejam. Dia menuju ke Qatar dan di sana dia menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan kemudian Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi.

Dr Yusuf al-Qaradawi melalui pengalaman pahit dipenjarakan seawal usianya 23 tahun kerana terlibat dalam  Ikhwanul Muslimin pada 1949,  pada 1956 semasa revolusi Jun dia dipenjara selama dua tahun oleh rejim tentera.

Dia ditakuti kerana keberaniannya berkhutbah mengakibat dia dilarang sebagai khatib kerana isi khutbahnya yang menyentuh soal ketidak adilan rejim yang memerintah Mesir pada waktu itu.

Dr Yusuf al-Qaradawi adalah seorang Mujtahid zaman semasa, seorang ketua majlis fatwa dimana  banyak fatwanya dijadikan bahan rujukan atas permasalahan yang dihadapi walaupun banyak juga yang mengkritik fatwanya.

Namun begitu, adalah sesuatu yang tidak betul dan tidak adil untuk menuduh  Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang pengganas, atau seorang yang menyokong dan mewajarkan keganasan. Mereka yang melemparkan tuduhan sedemikian sebanarnya terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pihak-pihak tertentu yang amat takut akan kebangkitan Islam.


 


 




14 comments:

mr edz said...

mana suara 40 ulamak umano.. senyap jer..

Anonymous said...

Apabila ternyata pemimpin mereka membuat kesilapan, tidak akan ada pemimpin mau pun ulama UMNO yang akan bersuara. Semuanya takuttt...nanti wang tak masuk poket, syoruuu pun miss.

Pada saya, Najib Razak cuma cengeh bila berhadapan 'musuh kerdil' di negara sendiri. Kalau kena buli dengan Amerika, dia kerap menikusss..

sri hartamas

V7 said...

sudah lah. banyak bunyi pulak kau ni. tu nik ajis tok guru sesat kau yang kau angkat sampai ke langit tu boleh pulak cakap ikut suka. sampai nik ajis sesat tu sanggup kata orang yang undi umno tu jahiliah dan umno tu kafir.kenapa kau tak sedih??? itu dah menunjukkan yang tok guru kau tu sesat orangnya..bodoh.

sudah lah jangan nak gunakan islam untuk tutup kesetanan kau dan puak-puak pas biol kau tu.

orang kampung said...

Tuan Syed,

Penjelasannya pada saya amat mudah. Kerana ketaksuban dan keghairahan UMNO hendak mengutuk dan menyerang Anwar Ibrahim yg diketahui rapat dengan Dr.Yusuf al-Qaradawi mereka buta hati dan buta mata akan kehebatan Dr.Yusuf sebagai seorang ulama yg berpengaruh besar dalam dunia Islam.

Saya rasa UMNO atau sesiapapun boleh membenci dan menyerang AI habis-habisan, tetapi berlaku adillah kepada Dr.Yusuf.

Pada masa yg sama tidakkah ianya satu paradox kerana kerajaan Malaysia telah memberi pengiktirafan kpd Dr.Yusof sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009.

Saya tak tahu bagaimana DSNTR hendak menjawab kalau isu pengiktirafan ini dibangkitkan oleh pihak Turki ketika beliau berucap mengaitkan Dr.Yusuf dengan keganasan.

Unknown said...

V7,

Saudara nampaknya ada masalah. Masalah jiwa. Saya bukan orang PAS ataupun UMNO dan Nik Aziz bukan guru saya. Saudara tidak boleh samakan Nik Aziz dengan Dr Yusuf al-Qaradawi, jauh bezanya. Soal Nik Aziz dengan UMNO adalah masalah antara dua kelompok politik yang berlainan. Tuduh-menuduh antara kedua-duanya semata-mata kerana kepentingan politik. Soal tuduhan liar ke atas Dr Yusuf al-Qaradawi bukan kerana kepentingan politik. Ia membabitkan nama negara dan Najib berucap bukan atas sifatnya sebagai presiden Umno tetapi Perdana Menteri Malaysia. Ucapannya itu diberi liputan meluas oleh media Barat yang menanti-nanti kecaman oleh ketua mana-mana negara Islam terhadap Dr Yusuf al-Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Najib memberi peluang itu kepada mereka. Saya boleh memilih untuk tidak menyiarkan ulasan saudara kerana ia amat cetek dari sudut kematangan dan kewarasan.

Anonymous said...

kepada juak UMNO ape lagi yg cuba korang tegakkan. Yusof Qardhawi tu adalah ulamak tersohor. ape lagi yg cuba tegakkan utk menangkan PM Najib rasuah korang tu.
Ilmo najib rasuah dan Ilmu Yusoff Qardhawi ape lagi yg korang pejuangkan parti rasuah oi...

Anonymous said...

V7, hg ni nampak sgt tak ceqedik. kalau hg tk ceqedik jgn dok komen meqapu kt sini. toya la hg ni bedengung jin & tonik kot?

Anonymous said...

orang yg bersalah dalam rasuah pun masih dilantik sebagai presiden felda. otak letak kat kepala lutut.jahanam kau .

Anonymous said...

Itulah akibatnya kalau APCO jadi penasihat Kerajaan Malaysia.
Kat Yusuf & IM beranilah Najib kata pengganas.
Kat Obama & Democratic beranikah dia tuduh pengganas yang dah terang2 mengkucarkacirkan Iraq & Afghanistan.
Najib misti tak berani lagi pun APCO takkan benarkan.

Kucing Bertanduk said...

1A. Adakah Amanat Haji Hadi masih valid?

1. Adakah tidak sah pernikahan oleh orang UMNO?

2. Haram kah sembelihan orang UMNO?

3. Sah kah berimamkan orang UMNO?

4. Halal kah keturunan anak orang UMNO?

5. Boleh kah bersahabat dengan syaitan yang direjam?

Anonymous said...

V7

Sememangnya saudara anak kecil, nah 10c pi main jauh jauh...

Kucing Bertanduk

Apa hang merapu ni? Lari tajuk la geng, nah lagi 10c, pi main jauh jauh...bedengung punya kamjat.

Tuan Syed,

Your views and comments are most appreciated!

Anonymous said...

hahaha..V7 & kucing tanduk sekupang ja habuan hgpa...shuhhhhhhhhhhhh shuhhhhhh kamjat.

Anonymous said...

Tuan Syed,

An interesting blog that I stumble upon for your further reading, very interesting indeed.

http://riwayatmelayu.blogspot.com/

Muhammad Hafifi said...

kelangsungan memerlukan ulama dan umara