Anak allahyarham mantan Menteri Pelajaran dan tokoh UMNO sezaman almarhum Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Khir Johari, hari ini dilantik sebagai setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pelantikan Zairil Khir Johari diumum oleh Guan Eng di markas atau ibu pejabat parti di ibu negara.
Pelantikan itu merupakan kali pertama membabitkan seorang yang bergelar Melayu.
Apa reaksi pemimpin UMNO? Apakah mereka akan berkata ini adalah satu lagi adegan meraih publisiti oleh Guan Eng?
14 comments:
Bagus la. memang dia orang sekeluarga ni musuh Melayu. Pada aku bapak dia ni la yang bertanggungjawap menghapuskan pendidikan jawi disekolah semasa dia menjadi Menteri Pelajaran. Aku tak nak melupakankan perbuatan Khir itu.
salam.
zairil pernahkah jalankan hiodup sebagai melayu sepanjang hidup bawah ibunya, cina singapura
Ini anak kepada isteri muda ke atau isteri pertama?
Kalau anak Arwah isteri pertama, tolong minta dia pergi ziarah kubur maknya ya.. tak terpelihara.. begitu terbiar sekali.. sedih..
Kalau anak isteri kedua... biasa la, mana tau keperitan perjuangan semasa Khir bergherek kehulu kehilir sebelum jadi Menteri, sekadar basuh kaki masuk istana ajer.
Apasal Penang asyik impot orang luar ajer? Takder ke tokoh tempatan yang boleh memperjuangkan orang sendiri?
ANAK MUMMY
Dia anak isteri kedua.
Pulau Pinang bukan tidak ada orang yang boleh perjuang nasib bangsa, ada, tetapi kebanyakannya menghampakan, terutama pemimpin Melayu. Pahit untuk diterima tetapi itulah hakikatnya.
Dear kuda ranggi, pls publish this fact. He is not MALAY. He is converted chinese muslim and he is step son of khir johari from his second marriage to christine. His name is zairil khir johari bin abdullah. Do not make as if there is malay who has given such huge support to DAP. He aint malay but again chinese, a devoted race to perjuangan DAP. Dont give a political miliage for DAP.
Tuan,
Cuba kita fikir yang baik dan positif dulu. CM Lim, merasakan bahawa Zairil Khir layak jadi SU Pol beliau. Kalau dia dapat menjalankan tugas dengan baik, apa salahnya. Itu pilihan dia, salah ke?
Dulu Tunku Aziz, ada orang kutuk juga.
Pengasas UMNO dan Presiden Pertama UMNO Dato Onn tubuh Parti Negara bila keluar dari UMNO, kenapa gambar dia masih ada di PWTC?
Tunku masa meninggal, adakah dia ahli UMNO?
Tun Hussein masa meninggal adakah dia ahli UMNO?
Rasanya, ada yang tak selesa bila ada orang Melayu yang memikirkan DAP atau Parti lain selain UMNO tak berhak kepada ahli Melayu.
Yang pasti, UMNO tak boleh ambil bangsa lain selain dari Melayu dan Bumiputera, MCA ambil Bangsa Cina, dan MIC boleh ambil Bangsa India.
Parti lain kan ke boleh.
Dah sampai masa kita tengok polisi, dan kerajaan yang berusaha terus menjadi kerajaan yang baik, buka kerana dia Melayu, Cina, India atau bangsa dan kaum lain.
Manusia tidak boleh memilih bangsa dan kaum serta keturunan dia dilahirkan, tetapi mempunyai hak terhadap, Agama, Negara yang dirasakan terbaik untuknya.
Allahyarham Khir dah jalankan tugas dia, bagi anak nya biarlah masa dan perbuatannya menjadi pertaruhan.
A.Alshukor
Si dia tu anak isteri kedua, ANAK TIRI.. ajer bukan ler ANAK KHIR!!
Ceh, Lim tak faham ker? Kalau dari segi waris.. dia tu bukan langsung waris Khir, guna pakai nama tu sekadar menumpang ajer!
Dia bin Khir Johari ker bin Abdullah.. ni dah tak kena kalau dia binkan Khir! Kena siasat Mykad dia ni!
ANAK MUMMY
Anak Khir Johari masuk DAP.I feel sorry for UMNO.Semakin ditinggal dan dilupakan.Time for you to go UMNO.Just like Hosni Mubarak,Zine Abidin and now Gadaffi...
Zairil dah dewasa dan bolih buat keputusan sendiri.....mengapa ada orang cemburu dengan keputusannya? Arwah Khir Johari serta isterinya tidak patut dikaitkan dalam kes ini kerana ini keputusan Zairil....orang2 yang benar2 beriman tidak akan menyoalkan tindakannya!
Syed
Kalau kita tersilap, kita perbetulkan, bukan begitu? Faktanya dia anak isteri kedua, so, anak tiri la. Juga bermaksud dia bukan anak Melayu. Jadi apa maksud saudara mengatakan perlantikan kali pertama membabitkan seorang yang bergelar Melayu?
Tajuk saudara jelas tidak betul, mungkin ada motif tersirat, itu cuma saudara yang tahu.
Kucing Bertanduk, pertama sekali kita mesti tahu pengertian Melayu mengikut takrifan Perlembagaan, kedua DAP yang umum pelantikan itu sebagai Melayu, bukan saya. Harap mukluk.
Syed
It is convenient to point to the constitution. I wonder whether Dr Ridhuan Tee is considered as a Malay by the Chinese (or LGE) when he wrote pieces critical of the Chinese community?
Ridzuan Tee or any non-Malay who converts to Islam can claim to be a Malay, if they want to, based on the Constitution - a Malay is someone born to a Malaysian citizen who professes to be a Muslim, habitually speaks the Malay language, adheres to Malay customs, and is domiciled in Malaysia or Singapore. There are millions of 'Malaysian Malays' with roots in the Middle East, I am one of them, in India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Burma, China, Thailand, the Philppines and not forgetting Indonesia.
wei kucing bertandok. hg sekoq binatang yg pelik dlm dunia ni dr spesis kucing hg tau ka? sbb hg ada tandok. lg satu, bab budak zairil melayu ka dak ka hg dok kalut pa? kalau pak tuan syed posting dia melayu ka dak ka hg loghat pa? bab remeh temeh mcm ni pun hg dok buat cempeqa pasai pa? tadak keja ka? sat aku suh bisu kembaq pi taboh hg baqu ada akai.......sereyyyyy!
Post a Comment