Sepandai mana sekalipun manusia merancang dan membina kemudahan asas, ia tidak boleh menghalang kuasa alam semula jadi. Singapura, yang bangga dengan kehebatan perancangan pembangunannya, tersentak apabila kawasan sekitar Orchard Road dan Scotts Road, dinaiki air ekoran daripada hujan lebat pada 16 Jun.
Orchard Road yang terkenal sebagai pusat membeli-belah utama di Singapura, bertukar menjadi Orchard River atau Sungai Orchard.
4 comments:
Banyak juga air hujan, kenapa tak ada teknologi simpan dan proses air2 banjir ini?
Kutip aje ayer hujan melalui bumbung dan simpan dalam kolam bawah tanah... tak lama lagi bila perjanjian air dengan Malaysia tamat, hah kan senang..
Bota
Bota,
mungkin Kuan Yew dan anaknya tidak terfikir demikian kerana mereka sangka perkara sedemikian, iaitu banjir, tak akan berlaku di Orchard Road.
Ini tentu ada kaitannya dengan tanah KTM, agaknya.
Tak lama lagi tsunami pula menyerang, tapi janganlah.
Allah maha besar.
Firdauz.
Saudara Syed,
Saya berada di JB dan mendengar berita di TV mengenai kejadian banjir ini.
Kali terakhir berlaku banjir seperti ini 20 tahun yang lepas.
Saya kira OK kot 20 tahun sekali. Berapa kali banjir di KL?
Saya berharap dengan SMART tunnel yang ada ini yang berbillion harganya, dapat selesai masalah banjir di Klang Valley. Betapa banyaknya kerugian yang ditanggung oleh rakyat kita dengan masalah banjir yang tidak kunjung selesai.
SMART tunnel hanya boleh mengawal bajir pada tempat tertentu sahaja di KL, bagaimana dengan tempat lain di Klang Valley, Sek 24 Shah Alam?
Saya kira tumpuan harus diberikan kepada negara kita bukan negara lain.
Jay Bee
Post a Comment