Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura adalah milik republik itu. Kenyataan ini tidak dinafikan, tetapi apa yang perlu disebutkan ialah selagi tanah itu digunakan untuk perkhidmatan keretapi, maka pihak berkuasa Singapura tidak boleh ganggu-gugat sama sekali.
Perlu disebutkan di sini bahawa perjanjian penggunaan tanah dan stesen keretapi dibuat pada tahun 1918 dengan kerajaan atau pentadbiran Negeri-negeri Selat atau Straits Settlements yang termasuk Pulau Pinang dan Singapura.
Dalam perjanjian tersebut, tanah berkenaan dipajak untuk tempoh 999 tahun, ini bermakna tempoh pajakan hanya akan tamat pada tahun 2917. Oleh itu, KTMB berhak ke atas tanah itu selagi ia mengendalikan perkhidmatan tren atau rel ke Tanjong Pagar.
Seperti yang kita sedia maklum, nilai tanah di Tanjong Pagar, Bukit Timah dan Keranji telah berpuluh kali berlipat ganda dan kini bernilai bukan dalam jutaan dolar Singapura (SD) tetapi berbilion SD. Sebab itulah Singapura, yang mewarisi hartanah pentadbiran Negeri-negeri Selat, mahukan sangat tanah KTMB.
Dalam penjelasan di Dewan Rakyat hari ini oleh seorang tiimbalan menteri, Dewan diberitahu bahawa sekiranya perkhidmatan rel tidak dijalankan, maka tanah tersebut akan dikembalikan kepada pihak Singapura tanpa apa-apa pampasan. Dewan tidak diberitahu bahawa selagi KTMB mengendalikan perkhidmatan rel, Singapura tiada hak untuk meminta KTMB berpindah ke Woodlands atau ke mana-mana dari Tanjong Pagar.
Ada pihak di Malaysia yang berkata persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin, Datuk Seri Najib dan Lee Hsien Loong, di republik itu sebagai 'menang-menang' atau 'win-win situation' bagi kedua-dua pihak.
Siapa yang menang dalam erti kata sebenar?
Jawapannya sama seperti kes Batu Putih yang juga disifatkan oleh Menteri Luar ketika itu, Dr Rais Yatim sebagai 'menang-menang', dan kes dua blok telaga minyak di luar pantai Limbang, Sarawak yang diserahkan kepada Negara Brunei Darussalam.
Malaysia Boleh!
Dalam penjelasan di Dewan Rakyat hari ini oleh seorang tiimbalan menteri, Dewan diberitahu bahawa sekiranya perkhidmatan rel tidak dijalankan, maka tanah tersebut akan dikembalikan kepada pihak Singapura tanpa apa-apa pampasan. Dewan tidak diberitahu bahawa selagi KTMB mengendalikan perkhidmatan rel, Singapura tiada hak untuk meminta KTMB berpindah ke Woodlands atau ke mana-mana dari Tanjong Pagar.
Ada pihak di Malaysia yang berkata persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin, Datuk Seri Najib dan Lee Hsien Loong, di republik itu sebagai 'menang-menang' atau 'win-win situation' bagi kedua-dua pihak.
Siapa yang menang dalam erti kata sebenar?
Jawapannya sama seperti kes Batu Putih yang juga disifatkan oleh Menteri Luar ketika itu, Dr Rais Yatim sebagai 'menang-menang', dan kes dua blok telaga minyak di luar pantai Limbang, Sarawak yang diserahkan kepada Negara Brunei Darussalam.
Malaysia Boleh!
9 comments:
Saudara Syed,
Kedudukan Tanjong Pagar adalah di Selatan Singapura bukan di Utara bersempadan dengan Johor Bahru. Lantas itu, disebabkan kedudukan geographinya terdapat isu-isu imegresen dan sekuriti oleh negara jiran ini. Analoginya, tentu saudara tidak senang jika tempat kediaman saudara dilalu-lalang oleh orang awam.
Itu saya rasa sebab yang utama iaitu persoalan kedaulatan sesebuah negara bukan kerana tanah itu bernilai berbillion ringgit. Janganlah kita membuat andaian dan terlalu mengikut sentimen.
Sekiranya ia bernilai berbillion ringgit, mengapa tidak dijual sahaja mengikut harga pasaran. Saya kira ini yang dilakukan oleh PM kita dengan tukar hartanah (land swapping) dengan Singapura dengan Marina South dan Rochor yang kedudukannya di tengah-tengah bandar Singapura. Bukan kita memberi tanah ini secara percuma.
Kalau ya pun tanah itu (Tanjong Pagar) berbillion nilainya, kenapa tidak ianya dibangunkan dari dulu lagi. Sekarang ini ianya begitu usang umpama istana purba.
Dengan selesainya isu ini maka selesailah kesemua masalah (outstanding) dengan negara selatan ini kecuali isu CPF.
Tumpuan PM sekarang adalah membaiki hubungan ekonomi dua hala supaya JB dapat dibangunkan termasuk tren MRT terus ke JB dan juga Iskandar.
Terdapat hubungkait antara pembangunan di JB dan Singapura. Bezanya JB dengan Changlun di Utara, negara di Selatan ini mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik berbanding dengan negara jiran di Utara.
Sallam
Jay Bee
Saudara Jay Bee,
saya mengulas apa yang disebut dalam Dewan Rakyat kerana saya berpendapat jawapan yang diberikan tidak lengkap.
Nilai dahulu tak sama dengan nilai semasa. Yang menjadikan tanah di Tanjong Pagar bernilai tinggi kerana kedudukannya dalam daerah perniagaan pusat dan selagi ia digunakan untuk perkhidmatan keretapi, ia tidak boleh diusik, sama ada bangunan stesen itu usang atau tidak. Singapura amat menghargai nilai tanahnya terutama sekitar Shenton Way yang ditambah nilai lagi oleh pembangunan di Marina Bay dan Sentosa.
Sebenarnya, isu ini belum selesai dan kedatangan Hsien Loong ke Putrajaya baru-baru ini belum mencapai persetujuan secara hitam-putih. Katanya, Singapura memahaminya kerana Malaysia memerlukan masa untuk menimbang cadangan mereka. Hsien Loong sendiri mengakui bahawa ia bukanlah satu isu yang kecil.
Sekarang, Sultan Johor sendiri mengulangi harapan almarhum ayahanda baginda agar tambak Johor diganti dengan sebuah jambatan. Kita tidak tahu apa reaksi Singapura dan sama ada ia akan memberi kesan kepada isu dua hala yang sedang cuba diselesaikan itu.
Soal jambatan amat sensitif bagi Singapura apatah lagi ia dimulakan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir, yang tidak begitu disenangi oleh LKY.
Walaupun isu KTMB dikatakan akan selesai, sebenarnya ia belum lagi sampai ke situ dan oleh itu, isu-isu lain pun belum boleh diselesaikan termasuk penggunaan ruang udara Johor oleh pesawat perang SAF yang setiap hari berlepas landas dari pangkalan udara Tengah mahupun Paya Lebar, isu penjualan air mentah dan yang dirawat,dan soal CPF.
Saya tahu sedikit sebanyak mengenai perkara ini walaupun bukan pakar atau ahli dalam soal hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sungguhpun pernah menetap dan bertugas di sana hampir lima tahun, iaitu zaman Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong jadi PM. Sebab itu saya berminat sedikit mengenai perkara-perkara berkaitan Singapura, termasuk soal banjir, kerana Malaysia pernah dijadikan sindiran dan bahan ketawa setiap kali dilanda banjir.
Sdr Syed,
Jay Bee menulis '...disebabakan kedudukan geographinya terdapat isu-isu imegeresen dan sekuriti oleh negara jiran ini. Analoginya, tentu saudara tidak senang jika tempat kediaman saudara dilalu-lalang oleh orang awam.'
Ini memberikan 'inference' bahawa hanya Singapura yang boleh berasa sensistif ke atas perkara-perkara yang menguntungkan negara tersebut.
Apakah Malaysia juga tidak berhak berasa sensitif ke atas isu-isu lain yang melibatkan kepentingan negara ini seperti apa yang sdr Syed sebutkan iaitu pencerobohan ruang udara Johor oleh SAF, penjualan air mentah dan dirawat serta CPF.
Jadi, ketika mana kita hendak memperbaiki hubungan dua hala kedua negara eloklah Malaysia penuh berhati-hati dalam tindak-tanduknya dengan Singapura. Janganlah terperangkap dengan ungkapan 'situasi menang-menang.'
Titah DYMM Sultan Johor baru-baru ini amat bertepatan masa dlm ertikata menyuntik kesedaran Malaysia untuk meneliti semula apa-apa persefahaman yg tlh tercapai atau akan dicapai kedua-dua negara.
Saudara Syed,
Berikut adalah link "Joint Statement" antara PM kita dan Singapura.
http://www.news.gov.sg/public/sgpc/en/media_releases/agencies/micacsd/press_release/P-20100524-1.html
Kesemuanya bermula dengan POA pada tahun 1990 antara menteri kita Daim Zainuddin dan Lee Kuan Yew.
Terdapat sedikit sebanyak pindaan yang akhirnya membawa kepada POA tahun 2010.
Saya kira jika kepala kerajaan kedua-dua negara telah membuat pengumuman kepada awam walaupun tidak ada hitam-putih maka tidak timbul soal tanah KTM diambil balik tanpa pampasan sepertimana yang dibahaskan di Parlimen.
Mengikut POA 2010, KTM Tanjong Pagar akan berpindah pada July 2011.
Dalam POA ini sudah dilibatkan penyelesaian isu-isu pokok iaitu Tanjong Pagar, isu air mentah dan juga isu kesesakkan di Tambak Johor, yang sudah berlanjutan sekian lama.
Saya berpendapat tumpuan kerajaan sekarang sepatutnya membuat penilitian rapi tentang nilai tanah yang hendak ditukar ganti dan juga bagaimana untuk mendapat habuan yang maksima daripada POA ini.
Sekiranya kita teruskan "Status Quo" dan tidak buat apa-apa perubahan, walaupun nilai tanah Tanjong Pagar berbillion ringgit, kita tidak akan dapat pulangan yang setimpal dengan hanya penjualan tiket KTM.
Mengenai Tambak Johor, untuk maklumat Saudara Syed, satu jambatan sejauh lebih kurang 1km sedang dibina untuk menghubungkan CIQ dan Tamak Johor yang sedia ada. Ia perlu dirobohkan jika kita hendak balik semula kepada rekabentuk mantan PM kita Tun Mahathir. Kita akan tunggu hasil kajian nanti oleh PM kita.
Saya kira Saudara Syed tentu tahu yang sekiranya jambatan ini dibina, kapal-kapal dagang masih tidak boleh by-pass pelabuan di Kappel Singapura kerana laut di Selat Johor cetek.
Pokoknya segala usaha-usaha yang sedia ada harus memberikan faedah kepada Negera kita bak kata PM kita "Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan"
Sallam
Jay Bee
Saudara Jay Bee,
Mengenai Points of Agreement atau POA, ia bukanlah sesuatu yang muktamat. POA hanya sesuatu yang dipersetujui untuk dirundingi dan dimuktamatkan. Itulah yang sedang berlaku.
POA sama dan serupa dengan MOA atau Memorandum of Understanding yang selalu ditandatangani termasuk oleh negara-negara dan syarikat-syarikat besar. Ia bukan muktamat. MOA tidak mengikat dan boleh dibatalkan atau tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan POA.
Walaupun dalam POA berkenaan stesen KTMB dipersetujui untuk dipindahkan ke Kranji (Keranji), ia bukan sesuatu yang muktamat. Selagi KTMB mengendalikan perkhidmatan tren ke Tg Pagar selama itulah KTMB berhak beroperaasi dari dan di Tg Pagar.
Soal jambatan menggantikan tambak, ia bukan bertujuan untuk membolehkan kapal besar melayari selat Tebrau, tetapi untuk memulihkan pengaliran air laut seperti sedia kala selain memberi laluan mudah untuk bot dan kapal sederhana besar seperti kapal ronda pihak berkuasa Maritim, Jabatan Laut, Polis dan Kastam yang selama ini terpaksa melalui selat Singapura, satu laluan yang agak jauh.
Saudara Syed,
Mengikut Ordinan pada tahun 1918, penggunaan Tanjong Pagar hanya dibataskan kepada perkhidmatan keretapi.
POA yang ditandatangani pada tahun 1990 oleh Daim Zainuddin dan Lee Kuan Yew adalah untuk mengenepikan ordinan pada tahun 1918 supaya tanah ini yang berada dikawasan nilai tinggi (prime land) dapat dibangunkan. Hasil daripada pembangunan dari Tanjong Pagar dibahagikan pada nisbah tertentu kepada 2 negara.
Permasalahan timbul apabila mantan PM Tun Mahathir tidak setuju mengenai pembahagian tanah di Bukit Timah bukan keseluruhan POA 1990. Ini berlanjutan sehingga sekarang.
Pada dasarnya, sekiranya saudara Syed mengambil pendirian dalam blog supaya kita tidak berganjak dari Tanjong Pagar, maka kawasan ini tidak dapat dibangunkan walaupun nilai hartanahnya tinggi.
Persetujuan yang akhirnya dicapai (2010)membawa kepada beberapa perkara positif kepada negeri Johor, selain dari Tanjong Pagar, isu air, Iskandar dll.
Sekiranya Saudara Syed tidak setuju mengenai win-win position, maka haruslah sertakan sebab-sebab, bukanlah hanya dengan menyemarakkan sentimen anti- Singapura. Saya sebagai warga Johor Bahru harus komen dalam blog ini kerana isu ini ada kaitan dengan kepentingan negeri Johor.
Kepada "Non Partisan",
Soal kedaulatan, tidak timbul soal sensatif atau tidak sensatif. Kita berhak menentang penceroboh walaupun dengan penggunaan senjata tentera.
Cuma janganlah kita percayai bulat-bulat berita yang disajikan kepada kita. Ada perkara-perkara yang kadang-kala tidak disebarkan kepada umum dan sebab itu adalah sukar untuk kita membuat kesimpulan yang betul.FDI Singapura (pelaburan luar) ke Malaysia sebanyak 24 billion iaitu sekitar RM 60 billion, dengan pelaburan yang begitu besar adalah tidak rasional untuk mereka menimbulkan konflik tidak tentu pasal dengan kita.
Jay Bee
Saudara Jay Bee,
Tidak timbul sentimen anti-Singapura sedangkan saya mempunyai keluarga di sana dan di Johor. Itu adalah andaian saudara.
Semasa menetap di Singapura, saya melalui banyak pengalaman yang menunjukkan 'pandangan' orang sana terhadap Malaysia yang amat mengecewakan. Saya tidak sanggup mengulangi kata-kata mereka, termasuk kepimpinan atau pemerintah, terhadap Malaysia terutama orang Melayu.
Untuk makluman, sebarang ordinan atau undang-undang tidak boleh dibatal atau dihapuskan hanya dengan POA. Nokhtah.
Saya ulangi, saya mengulas kali ini atas apa yang dibangkitkan di Parlimen ekoran daripada 'persetujuan' antara kedua-dua PM yang turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen. Saya bependapat jawapan yang diberi tidak lengkap.
Bayan Lepaih Balik Pulau
Sana terlepaih, sini terpelau ...
Jay Bee,
Sdr menulis '...FDI Singapura (pelaburan luar)ke Malaysia sebanyak 24 billion iaitu sekitar RM 60 billion. Dengan pelaburan yg begitu besar adalah tidak rasional untuk mereka menimbulkan konflik tidak tentu fasal dengan kita.'
1.Anda begitu naif dan simplistic dalam menilai ancaman terhadap keselamatan negara dan kepentingan nasional. Begitu banyak buku di pasaran yang menghuraikan apakah 'keselamatan negara dan kepentingan nasional' untuk anda rujuk dan fahami. Paling mudah hubungi ISIS.
2.Untuk sesebuah negara mencetuskan konflik, bukanlah semata-mata secara 'overt' iaitu dengan menghantar bala tenteranya menyerang sesebuah negara lain. Tetapi adalah juga secara 'covert', halus, licik dan sofistikated.
3.Dalam bukunya '1999 Victory Without War', Richard Nixon, antara lain, menulis 'We are in a war called peace. It is a conflict that has not ended and that will probably continue for generations. The Soviets do not use armies or nuclear weapon to wage this war. The principle weapon in the struggle with the west are propaganda, diplomacy, negotiations, foreign aid, political manouvre, covert activities and proxy war.'
3.Tangkapan ke atas 10 drpd 11 orang agen Russia oleh FBI baru-baru ini menjadi bukti kpd apa yg dikatakan Nixon.
4.Jadi, mengambil iktibar kata-kata Nixon di atas, janganlah anda terpesona dan mudah terperangkap dengan amaun FDI Singapura sebanyak RM 60 billion itu.
5.JANGAN kata TIDAK RASIONAL.
6.DAN jangan sesekali mengambil keselamatan negara dan kepentingan nasional 'for granted.'
7.Saya juga mempunyai banyak sahabat di Singapura.
Post a Comment