Semua 12 orang saudara kita telah selamat pulang ke tanah air setelah melalui pengalaman yang amat dahsyat semasa ditawan oleh pengganas Zionis Yahudi di Laut Meditterranean. Mereka digelar sebagai wira setibanya di LTAB KL. Sememangnya mereka adalah wira bangsa, agama dan lebih-lebih lagi kemanusiaan.
Sewajarnyalah kepulangan mereka dengan pesawat MAS disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Bunga Raya, iaitu terminal orang kenamaan dan pembesar negara, kerana mereka adalah VIP.
Hajat saya untuk ke LTAB Subang tidak kesampaian atas sebab kesihatan tetapi saya tidak melepas peluang menonton Astro Awani dan amat terharu melihat sanak saudara dan warga Malaysia yang berada di sana untuk menyambut kepulangan mereka.
Sewajarnyalah kepulangan mereka dengan pesawat MAS disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Bunga Raya, iaitu terminal orang kenamaan dan pembesar negara, kerana mereka adalah VIP.
Mereka turut diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis sarapan pagi di kediaman peribadinya di Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Hajat saya untuk ke LTAB Subang tidak kesampaian atas sebab kesihatan tetapi saya tidak melepas peluang menonton Astro Awani dan amat terharu melihat sanak saudara dan warga Malaysia yang berada di sana untuk menyambut kepulangan mereka.
Saya tumpang berbangga melihat Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan Al-Haddad, satu-satunya insan yang amat dikenali yang turut pulang. Sudah pasti kaum keluarga beliau yang berada di Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Johor turut berbangga .
Sebelum itu, saya sempat melihat wajah Dr Syed Haleem, sukarelawan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, memberi bantuan rawatan/perubatan kepada aktivis kemanusiaan yang cedera ditembak pengganas Zionis Yahudi seperti yang disiarkan oleh stesen tv antarabangsa, Al-Jazeera.
Seperti aktivis lain yang sudah berumah tangga, Dr Syed Haleem sanggup meninggalkan anak-anak dan isteri untuk membantu dalam misi ke Gaza. Beliau mempunyai sebuah klinik perubatan, Al-Hikmah, di Shah Alam, Selangor.
Dalam semangat menyambut kepulangan mereka, saya lihat ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyelitkan unsur-unsur politik kepartian. Ini seharusnya tidak berlaku kerana ia tidak membabitkan politik kepartian Malaysia kerana mereka ke sana semata-mata atas faktor kemanusiaan. Mereka ke sana bukan mewakili mana-mana parti politik walaupun dalam kapal Rachel Corrie ada seorang Ahli Parlimen BN dan dia juga ke sana atas sebab dan faktor yang sama, iaitu kemanusiaan.
Kepada 12 orang aktivis kemanusiaan, setinggi-tinggi tahniah. Semoga apa yang anda lakukan dapat membawa perubahan kepada rakyat Palestin, Islam dan Kristian, yang selama 60 tahun hidup sengsara dan derita dalam penjara terbuka Zionis Yahudi di bumi tumpah darah mereka.
Semoga Allah memberkati dan merahmati anda dan mereka yang sama-sama berusaha untuk membantu rakyat Palestin.
Semoga Allah memberkati dan merahmati anda dan mereka yang sama-sama berusaha untuk membantu rakyat Palestin.
8 comments:
Assalamualaikum Tuan Syed. Wah nampaknya Tuan Syed ni tahu detail mengenai Tuan Syed A Halim.
Saya pun tumpang gembira sebab saya antara pelanggan klinik Al Hikmah kat Seksyen 7 S Alam tu.
Tuan syed ni waris dia ke?
Been
pada asalnya niat kita ikhlas.....tapi dengan kepintaran syaitan,tiba-tiba kita jadi glamour dan mula terdetik perkara merosakkan niat terdahulu.waspadalah....
Been,
Wa'alaikumsalam,
saya kenal dia dan keluarganya sudah lama semasa di Pulau Pinang. Jika anda tahu akan latar belakang kehidupannya sebagai seorang anak yatim, anda pasti akan lebih mengaguminya, apa yang dia lakukan kerana Allah atas nama kemanusiaan, sama ada di Padang, Aceh dan yang terkini di Gaza.
Tuan Syed, saya mula mengenali beliau masa membawa anak untuk mendapatkan rawatan kipada tahun 2000 lepas disamping mendapatkan nasihat beliau sebab anak minat nak jadi Doktor. Dari situ beliau menceritakan beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Turki kerana tidak mendapat tempat di universiti tempatan. Sistem pendidikan perubatan di Turki menggunakan approach konvensional katanya.
Menurut kawan-kawan saya yang sempat menonton Astro semasa presiden IHH di temuramah oleh Aswad dari Astro, Dr Syed jadi penterjemah dan beliau sangat fasih berbahasa Turki.
Saya rasa beliau datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Islam kerana saya kenal juga adik beradik beliau yang lain seperti Syed Hamid dan Syed Helmi. Ketiga-tiga berperibadi dan berakhlak mulia.
Been,
Benar, keluarganya kuat berpegang kepada ajaran Islam. Almarhum bapanya, Syed Hassan bin Syed Akil Alhaddad adalah guru agama, seorang daripada bapa saudaranya adalah tokoh agama (imam dan jurunikah)yang disegani di Pulau Pinang dan sering diundang menjawab kemusykilan agama melalui Radio Malaysia (Mutiara FM) Pulau Pinang manakala seorang lagi bapa saudara adalah pengerusi JK Kariah Mukim Kelawai, Pulau Pinang. Benar, beliau belajar ilmu perubatan di Turki dan masih fasih berbahasa Turki dan bertindak selaku penterjemah seperti yang saudara sebutkan.
Salam Tuan Syed, bergenang airmata saya membaca berita dalam NST . Semoga dakwah beliau berjaya mengajak umat manusia menghayati nilai-nilai murni (terutamanya umat Islam). Allahuakbar!
Been
assalamualaikum Tuan Syed,
Boleh saya tahu, apa hubungan Tuan Syed dgn Dr.Syed Haleem Al-Haddad?
sehingga mengenal latar belakang beliau?
boleh tuan jelaskan jika tak keberatan...
Wa'alaikumsalam,
mohon maaf, saya keberatan nak perincikan tetapi sekadar menyatakan ada pertalian melalui adik ipar.
Post a Comment