Media di negara ini nampaknya masih tidak tahu mengenai Kabinet atau Jemaah Menteri apabila semua laporan menyebut mengenai rombakan kecil kabinet baru-baru ini.
Apa yang dilakukan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah memenuhi keperluan perubahan dalam kepimpinan MCA kerana rombakan sebenarnya membabitkan pengguguran Ong Tee Keat selaku Menteri Pengangkutan dan menaikkan pangkat Chor Chee Heung daripada timbalan menteri ke menteri penuh.
Portfolio pengangkutan kini disandang oleh mantan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Kong Cho Ha manakala Chor, mantan timbalan menteri kewangan, mengambil alih portfolio Kong.
Perubahan itu sahaja yang melibatkan Kabinet.
Portfolio pengangkutan kini disandang oleh mantan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Kong Cho Ha manakala Chor, mantan timbalan menteri kewangan, mengambil alih portfolio Kong.
Perubahan itu sahaja yang melibatkan Kabinet.
Jemaah Menteri atau Kabinet merujuk kepada menteri penuh dan tidak membabitkan timbalan menteri. Timbalan menteri bukan anggota Kabinet. Timbalan menteri tidak boleh menghadiri mesyuarat Kabinet.
Apabila seseorang menteri bercuti atau menjalankan tugas rasmi di luar negara, timbalannya tidak boleh memangku jawatannya, menteri berkenaan perlu meminta seorang menteri lain untuk memangku portfolio tersebut dengan kebenaran Perdana Menteri.
Oleh itu, perlantikan beberapa orang sebagai timbalan menteri tidak melibatkan Kabinet dan laporan yang menyebut sebaliknya adalah tidak tepat. Timbalan menteri bukan anggota Kabinet.
4 comments:
oh baru saya tahu
bro syed,
bukan pihak media sahaja yang tidak memahami takrif kabinet, bahkan ramai lagi yang tak tahu. mereka menganggap timbalan menteri tu adalah ahli kabinet. mereka tidak tahu peguam negara dan ketua hakim negara lagi tinggi statusnya dari timbalan menteri, apatah lagi setiausaha parlimen dan nasib baik jawatan tu dah tak ada lagi.
bila agaknya rombakan kabinet pm najib ni, ramai yang menunggu nak lihat ada tak timbalan menteri yang mendapat kenaikan pangkat, siapa pula yang kena bersara. yang sedihnya, belum sempat dapat promotion, tiba-tiba dah kena bersara.
apa yang dilihat sekarang, kabinet yang ada sekarang bukanlah kabinet najib sepenuhnya kerana masih ada lagi saki baki peninggalan pak lah badawi @ mr clean.
pak syed,
bagi orang-orang cina,perlantikan baru ini satu kemaluan besar-orang-orang yang kalah dalam PRU 12 ,orang-orang yang ada kes dilantik.
itulah parti MCA !!
Pak Kaduk,Pak Kaduk,Pak Kaduk..
Menang sorak kg tergadai.
Post a Comment