Monday, May 24, 2010

Tanah KTMB - siapa yang menang sorak?

Setelah hampir 20 tahun tertangguh, isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura akhirnya selesai, itulah yang dinyatakan oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura.

(Foto Makam Habib Noh di Tanjong Pagar, Singapura yang gagal dipindah oleh pemerintah Singapura, Lee Kuan Yew, malangnya stesen KTMB berjaya dipindahkan oleh anaknya, Lee Hsien Loong)

Dalam persetujuan yang dicapai antara DS Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong di republik itu hari ini, stesen utama KTMB di Tanjong Pagar akan dipindahkan ke Woodlands tahun depan.

Sistem transit aliran ringan akan diwujudkan antara Tanjong Putri di JB dan Woodlands dan apabila ianya beroperasi, stesen KTMB di Woodlands boleh dipindahkan ke JB. Ini bermakna berakhirlah riwayat KTMB di Singapura.

Kita sedia maklum bahawa Singapura terlalu ingin mengambil balik tanah KTMB di Tanjong Pagar kerana nilainya yang tinggi. Stesen KTMB Tanjong Pagar terletak dalam kawasan daerah perniagaan pusat (CBD) terutama Shenton Way dan jika dibangunkan, ia pasti memberi pulangan berbilin dolar Singapura.

Malangnya, Singapura tidak boleh berbuat apa-apa selagi tanah milik KTMB di republik itu digunakan untuk perkhidmatan tren. KTMB memiliki tanah antara Tanjong Pagar hingga ke Woodlands termasuk stesen di Bukit Timah yang bernilai tinggi.

Oleh itu, pengunduran KTMB dari Tanjong Pagar ke Woodlands dan kemudiannya keluar terus dari Singaopura ke JB, merugikan Malaysia.

Sebuah syarikat usaha-sama antara Khazanah Nasional (60 peratus) dan Temasik Holdings (40 peratus) akan dibentuk untuk memajukan tanah KTMB tetapi kenapa Malaysia perlu menyerahkan ekuiti 40 peratus? Kenapa tidak 20 peratus kerana kita adalah tuan tanah!

Malaysia begitu mudah menyerah kalah sama seperti isu penyerahan dua blok telaga minyak luar pantai Limbang kepada Brunei.

Nampaknya Malaysia menang sorak, kampung tergadai.

17 comments:

Anonymous said...

APA YANG KITA BOLEH HARAPKAN DARI PEMERINTAHAN PERDANA MENTERI 1/2 PAST SIX.

Anonymous said...

Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional...apa rasionalnya? Kalau dulu bermati-matian mempertahankan wilayah kita, sekarang kita sudah hilang kedaulatan tiga wilayah kepada Singapura di bawah dua Perdana Menteri yang lembik dengan Singapura:

Pulau Batu Puteh
Tanah KTMB
Wilayah Iskandar

Ada sesetengah pihak berpendapat PM kita dipegang texxrnya oleh Singapura berkaitan pertemuannya di Singapura dengan seorang model tertentu. Dengan perkembanagn terbaru ini, saya khuatir pendapat ini mungkin tidaklah bohong semata-mata. Apa lagi konsesi dan dengan negara mana pula selepas ini?

sri hartamas

Anonymous said...

syabas najib, sudah tentu najib dan soldadu2 nye mendapat habuan yg besar (didunia)....tapi nanti jgn terkejut kalu BN terus ditolak, oleh pengundi tiada berparti.....dan terus rebah hingga Bn menjadi pengemis .....

Anonymous said...

isk...isk..isk... si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan..biarkan.. bendera Malaysia tak nak jual ke?

Cokodok said...

Salam,

Perhaps, terlalu awal utk kita merumuskan perkara ini. Saya masih menunggu pengumuman yg seterusnya ketika PM Singapura itu melawat KL bulan depan... Berkemungkinan ini adalah antara bargain diantara kerajaan Malaysia dan Singapura utk beberapa isu berbangkit antaranya isu jambatan, duit simpanan pekerja, isu air, isu ruang udara... So, saya reserved komen saya setakat ini...

Non-partisan said...

Tuan Syed,

1. Apa-apa perjanjian yang telah dan akan termetrai di antara kedua negara perlu dikaji,diteliti dan difahami dengan sejelas-jelasnya supaya jangan terperangkap dengan sepak-terajang Singapura. Kadang-kadang saya khuatir dengan kemampuan dan kompetensi pegawai-pegawai kita bila berhujah dengan orang asing. Biasanys mereka hanya jaguh kampung.

2. Matlamat Singapura ialah menghalau Malaysia dari tanah airnya 'at all cost and by any means' demi kepentingan strategik. Janganlah Malaysia gelap mata dengan SGD semata-mata untuk keuntungan jangka pendek. Any student in strategic studies can read what is in Singapore's mind.

3. Saya rasa apa yg dibuat TDM dengan terus membiarkan KTM berada di Tanjung Pagar tanpa berbuat sesuatu seperti menaiktaraf kemudahannya, walaupun kawasan sekitarnya rancak membangun juga bertujuan ' to teach Singapore not to be arrogant'. Kepada TDM, Malaysia boleh memperolehi kewangan yang lebih besar contohya drpd Petronas untuk membiayai projek-projek pembangunan di negara ini.

Syed Imran said...

Niat Singapura untuk hapuskan apa saja yang menjadi milik Malaysia di pulau sekangkang kera itu tercapai apabila KTMB dinyahkan ke JB pada 2018, bermula dengan perpindahan stesen Tanjong Pagar ke Woodlands.

Dulu, mereka berjaya menyahkan pangkalan TLDM di Woodlands dan yang tinggal hanyalah tanah milik KTMB. Sekarang mereka sudah 90 peratus berjaya.

Walaupun kedua-dua PM berkata persetujuan yang dicapai adalah baik untuk kedua-dua pihak, saya percaya ia lebih menguntungkan Singapura bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi maruah dan harga diri. Pemimpin Singapura boleh mendabik dada sambil berkata mereka akhirnya berjaya mengusir KTMB, satu-satunya identiti yang ada nama Melayu yang masih berulang-alik dan bertapak di pulau itu. Dari sudut maruah dan harga diri, kita kecundang.

Non-partisan said...

Saya harap 'pemikir-pemikir', penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan-konsultan kerajaan Malaysia sedar dan insaf apa implikasinynya terhadap kepentingan nasional berkaitan isu KTMB ini.


Saya anggap kepentingan Malaysia di Singapura seperti tanah KTMB di Tanjung Pagar sebagai sebahagian daripada Wilayah Malaysia yang berdaulat walaupun terdapat beberapa ecumbrance seperti yg termaktub dlm perjanjian Malaysia-Singapura.

Apakah kita begitu desperate memerlukan SGD (mungkin ekoran mala petaka yang melanda Sime Darby, Pos Malaysia dan lain-lain GLC) sehingga kita sanggup mengorbankan maruah negara?

Baca memoir Lee Kuan Yew yang ditulisnya sendiri bagaimana dia melemah dan melayukan orang-orang
yang dia berhubung demi mencapai matlamatnya.

Anonymous said...

elok benda ini dibincangkan dulu dalam parlimen... biar parlimen membahasnya.... walaupun keputusan akhir di tangan BN...

sekurangnya kurangnya kita tahu hujjah rakyat.

jebat Jr said...

Che Det sampai pencen pertahankan tanah KTM dr Woodland sampai ke Tanjung Pagar,. hamba sebagai warga Johor Bahru amat sedih, sesudah pasir berlori diangkut ke Kota Singa kini tanah KTM tergadai,. PM kita cuma bertandang dan dihidang durian spesel terus tunduk dgn tipu muslihat agen Zionis Asia tenggara, nampaknya hajat warga Johor Bahru untuk Jambatan Bengkok hanya mimpi disiang hari.

Anonymous said...

Warga Setia,

Mana-mana negara di Asia Tenggara malah negara-negara lain di dunia, segara buat deal dengan kerajaan Malaysia. Geranti lu untung!!! Pemimpin Malaysia dalam mood memberi zakat dengan menggadaikan harta negara.

Saya penyokong tegar UMNO/BN. Tahun 2008 tidak pergi mengundi kerana bencikan apa yang dilakukan Pak Lah. Semangat baru beransur pulih bila DSN menjadi PM. Tapi apa yang dibuatnya sekarang memungkikan tidak akan mengundi lagi pada tahun 2013!!!

Anonymous said...

Salam Tuan Syed,

PM Najib dan segala juak-juak dan kaki ampu/penjilatnya nampaknya begitu bangga dan gembira kerana masalah yg tertunggak selama 20 tahun dengan Singapura kononnya telah dapat deselesaikan dengan begitu mudah-dengan satu retreat bersama PM Singapura sahaja.Sungguh hebat,bijak dan mengkagungkan.Sedangkan TDM "gagal" berbuat demikian walaupun 20 tahun lebih beliau menjadi PM.

Apakah rahsia disebalek kehebatan PM Najib ini?Jawabnya mudah.Najib mengalah dan sanggup memenuhi segala kehandak dan tuntutan Singapura yg selama ini menjadi penghalang kepada penyelesaian masalah itu.Kini Singapura berjaya menghalau kita keluar dari buminya dan kita terpaksa menyerah kedaulatan dan maruah kita bersamanya.Disamping itu,kita juga menjemput Singapura memasuki dan memduduki bumi kita di Wilayah Iskandar.Satu tawaran yg cukup menarek dan tidak boleh ditolak oleh mereka.

Beginilah jadinya kalau kita mempunyai para pemimpin yg lemah dan yg terlalu mementingkan ungkus dan pulus.Kerana terpangaruh dengan wang dan keinginan untuk dilihat bijak menyelesaikan masalah dan nampak baik hati beliau sanggup mengadai dan menjual maruah dan kedaulatan negara.

Jika dalam era Slumber Jack dulu kita telah menyerah dua kawasan carigali minyak kepada Brunei dengan begitu mudah,dan juga hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura kini dizaman Najib ini kita telah hilang segala harta KTM yg ada di Sngapura.Dan didalam negara pula Najib terus tunduk mengalah dan bertolakansur konon memenuhi segala hajat dan kehandak kaum lain yg ada pertalian dan hubungan dengan kaum kiasu diseberang.

Jika begini keadaannya,apakah yg akan terjadi seterusnya kepada negara kita yg tercinta ini?Tepuk dada tanya selera dan tunggulah masanya Bangsa Melayu akan merepak dibumi sendiri kerana dikhianati oleh pemimpinnya sendiri.

Askar Tua

zane said...

Najib mempunyai sejarah hitam yang menjadi jerangkung dalam almarinya.Pihak berkepentingan yang tahu akan menggunakan itu sebagai ugutan dan paksaan untuk menyerah kepada tuntutan yang membawa keuntungan kepada mereka.

Dalam soal ini semua tahu kisah hitam najib dalam pembunuhan Altantuya. Penyiasat persendirian yang bekerja dengan Razak baginda pernah mengeluarkan kenyataan bersumpah bahawa Razak memberitahunya Najib berjumpa dengan Altantuya disatu pameran berlian di Singapura. Di sebuah hotel mewah. Sudah tentu jika benar, imej itu tertangkap oleh CCTV di sana dan ini boleh dijadikan senjata memeras ugut najib.

Perkara ini pernah dialami pemimpin lain senatero dunia, malah pernah dialami Sukarno sewaktu di Russia dulu.

Begitulah bahayanya jika negaga diperintah orang yang mempunyai liabiliti. Sudahnya negara sendiri tergadai!

Tengku said...

Penyelesaian Muktamad keatas isu Tanah KTMB yang tertangguh 20 tahun .
Syabas kepada PM diatas kejayaan mengilangkan kedaulatan Tanah KTMB yang dimiliki Malaysia di Singapura .
Selepas ini tiada lagi tanah yang perlu dihilangkan kedaulatan nya .
Bagi menebus kehilangan kedaulatan saya cadang PM mengistiharkan tanah di Kg Gelam Singapura kepunyaan Sultan Hussain ( 56 ekar ) sebagai sebahagian dari wilayah Malaysia . Ini boleh membuka lembaran baru isu dua hala yang masih tertanggoh .

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Kit jangan lupa, bila ada pembangunan pasir adalah bahan utama. Dari mana Singapura akan mendapat bekalan pasir?
Ramailah orang politik akan kaya raya sebagai pembekal pasir ke singapura. PM akan lulus lesen pasir kepada kroni-kroninya. Tanah tergadai, pasir dibekalkan, KRM hilang perkhidamatannya di Singapurar. Tambak Johor tidak akan diroboh dan air Selat Johor akan semakin kotor.
Pulau Batuk Putih kita kalah Rais kata win-win situation, Tanah KTM tergadai Najib kata win-win situation. Iskandar Malaysia dimonopoli oleh Singapura Pak Lah kata win-win situation, Telaga minyak L @ M, diberL kapada Brunei, Sultan Brunei kata we win. Kita kalah Thomas Cup, tetapi Rosmah kata we win the support from all Malaysians. BN kalah PRK Sibu kepada DAP, Najib kata kata BN will win back. Secara ringkasnya, Malaysia sunguh pun kalah tetapi tetap mengaku masih menang.


Pembekal Pasir haram.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Kit jangan lupa, bila ada pembangunan pasir adalah bahan utama. Dari mana Singapura akan mendapat bekalan pasir?
Ramailah orang politik akan kaya raya sebagai pembekal pasir ke singapura. PM akan lulus lesen pasir kepada kroni-kroninya. Tanah tergadai, pasir dibekalkan, KRM hilang perkhidamatannya di Singapurar. Tambak Johor tidak akan diroboh dan air Selat Johor akan semakin kotor.
Pulau Batuk Putih kita kalah Rais kata win-win situation, Tanah KTM tergadai Najib kata win-win situation. Iskandar Malaysia dimonopoli oleh Singapura Pak Lah kata win-win situation, Telaga minyak L @ M, diberL kapada Brunei, Sultan Brunei kata we win. Kita kalah Thomas Cup, tetapi Rosmah kata we win the support from all Malaysians. BN kalah PRK Sibu kepada DAP, Najib kata kata BN will win back. Secara ringkasnya, Malaysia sunguh pun kalah tetapi tetap mengaku masih menang.


Pembekal Pasir haram.

Anonymous said...

Saudara Syed,

Saya yang berasal dari sempadan Singapura ingin komen.

Kita hanya dapat memberikan analisa atau kesimpulan yang baik melalui fakta. Dalam isu ini tidak semua butir-butir perjanjian diistiharkan kepada orang awam.

Saya berharap dapat Saudara Syed sempat ziarah ke stesyen Tanjung Pagar (berdekatan dgn makam) dan meneliti betapa dhaifnya bangunan ini jika dibandingkan dengan perkitaran sekelilingnya.

Setahu saya terdapat pertukaran hartanah (land swap) daripada Spura iaitu di Marina South dan Rochor yang di tengah-tengah bandaraya Singapura yang bernilai tinggi.

Antara perjanjian lain adalah laluan tren MRT terus ke Johor Bahru yang boleh mengurangkan kesesakkan tambak.

Walaupun terdapat sentimen anti Singapura, namun sebenarnya terdapat hubungkait antara pembangunan di Johor Bahru dan kedudukannya yang dekat dengan Singapura.

Sekirannya ada usaha untuk merancakkan perjalan warga dari kedua-dua negara melalui tren MRT, ini akan memberikan kesan positif dari segi ekonomi.

Saya berasa, kita harus melihat melalui kanta yang lebih besar (bigger picture)dalan isu ini.

Sallam, Jay Bee