Tuesday, June 15, 2010

NASA SAHKAN KEMUNGKINAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



6 comments:

Anonymous said...

Umat islam semua percaya akan kiamat dan tanda2 yg Allah SWT telah berikan melalui Quran dan hadis Nabi SAW. Kalau tak percaya maka terkeluarlah dari islam.

Bahawa kiamat pasti terjadi dan manusia pasti dihimpunkan di mashyar utk menerima pengadilan dari Allah SWT, dimana segala perbuatan semasa kehidupan di dunia yg amat singkat ini akan diadili seadil2nya. Kalau dah pecaya tapi kenapa masih ingkar? Masih menfitnah, membohong, tidak amanah, merasuah, berzina, tak sembahayang kalau sembahyang pun entah betul entah tidak dan bermacam2 lagi keingkaran yg manusia lakukan?

Disinilah relevannya ilmu agama dan iman kerana tanpanya manusia akan hanyut ditipu oleh dunia yg bermacam ragam putar belit yg menyesatkan.

Maka muhasabahlah diri, adakah ilmu agama yg ada mencukupi untuk mencapai tahap keimanan yg dituntut keatas kita? Disamping itu bermunajat kepada Allah SWT supaya iman yg ada sedikit ditambahkan lagi oleh Allah sehingga kembalinya kita nanti kepada Nya dalam husnulhotimah.

Wallahu'alam

Anonymous said...

minta izin utk buat kink ke artikel ini...tq


-loukmanulhakim-

Unknown said...

Dipersilakan demi saling ingat-mengingati,

paktam said...

Tanda-tanda akhir zaman

Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman yang diriwayatkan, ada yang jelas tetapi banyak yang kurang jelas.

1-Hamba berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Kita lihat sekarang sungguh banyak bangunan-bangunan tinggi dibina.

2-Fitnah - Kini hampir kesemua media masa dikuasai oleh Zionist, sehingga media masa tempatan pula membawa agenda mereka. Lihat Bernama dan ASTRO Awani seolah-olah bukan lagi memberi perspective positive terhadap kebolehan tempatan. England di agung-agungkan. Rodney dan Hamilton jadi hero. Filem tempatan mengikut selera filem Barat dengan mengutarakan Gay dan cerita seram. Jika diperhatikan dalam cerita seram olah-olah Malaikat itu kurang hebat sehingga syaitan tidak dapat dikalahkan. Ini cuba ditekankan kepada anak-anak kecil supaya tidak menganggap Allah itu paling berkuasa. Fitnah ini akan berlarutan sehingga satu masa Dajjal, mula-mula akan mengakui diri sebagai Nabi Isa, kemudian akan mengakui diri sebagai tuhan.

3-Banyak lagi agenda-agen Dajjal ini akan diajukan kepada kita. TV satu saluran informasi akan menjadi saluran disimformasi. Agama dipermainkan; sebagai contoh rancangan 'Imam Muda'. Mengikut Islam Imam mesti mempunyai ciri-ciri tertentu, bukan untuk dipertandingkan. Al-Quran diutamakan bacaan dengan sedap seperti sebuah lagu, manakala yang paling utama ialah pengajaran dari intipatti al-Quran itu, dan bukan membacaan dengan lagu semata-mata.

Banyak lagi yang berlaku kini yang telah pun diriwayatkan oleh Rasulullah swa. Hanya kita tidak menyedarinya.

Allah yang maha mengetahui.

Anonymous said...

apabila tanta-tanda yang disebut dalam al quran itu semakin muncul, akan keluarlah dajal mengaku dirinya tuhan, iaitu sebelum seluruh umat manusia akan menjadi muslim apabila mereka tahu al Quran itu telah benar. Barulah dunia akan kiamat. wallah a'lam

Zariqaziz said...

Subhanallah...