Pulau Pinang masih menjadi salah satu tempat percutian yang disukai ramai terutama pada musim cuti sekolah seperti sekarang. Di mana-mana sahaja tempat tarikan awam terdapat ramai pengunjung terutama dari luar Pulau Pinang.
Itulah yang dapat dilihat apabila saya ke Penang Road, Batu Feringgi, Pesiaran Gurney atau Padang Kota Baru, Padang Kota Lama yang terkenal dengan Kota Cornwallis dan Telok Bahang yang menempatkan Taman Rama-rama, hutan lipur dan kilang batik Pulau Pinang.
Selain pengunjung dari negeri-negeri di Semenanjung, terdapat juga pengunjung dari Singapura yang memandu kereta terus ke Pulau Pinang, tarikan utama orang Singapura adalah makanan terutama di Pesiaran Gurney.
Malangnya, dalam kegembiraan melihat begitu ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang berada di Pulau Pinang, terbit satu berita yang kurang menyenangkan yang berpunca daripada tindakan biadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN Parti Tindakan Rakyat atau DAP.
ADUN Sungai Pinang Koid Teng Guan mengaku telah menghantar khidmat pesanan ringkas atau SMS yang menghasut orang ramai untuk 'kebumikan' Barisan Nasional serta bersembahyang untuk roh mereka apabila mereka meraikan perayaan 'Qing Ming'.
Pokok pangkalnya SMS itu bukan sahaja berbentuk hasutan tetapi perkauman kerana SMS itu ditulis dalam bahasa Cina dan dihantar kepada masyarakat Cina. Menurut laporan lebih 400 orang menerima SMS itu tetapi angkanya jauh berlipat ganda apabila orang yang menerimanya menghantar kepada pihak ketiga dan seterusnya.
Walaupun Teng Guan telah memohon maaf secara terbuka, ianya sudah terlambat kerana SMS berkenaan masih disebarkan oleh pihak ketiga. Ianya ibarat perbuatan mencurah setitik nila ke dalam belanga yang berisi susu segar. Kerosakan sudahpun berlaku.
Andai kata SMS itu dihantar oleh seseorang yang bukan ADUN, ia boleh dimaafkan tetapi tidak boleh dilepaskan daripada tindakan undang-undang jika ia dapat dikesan. Tetapi apabila ia disebarkan oleh seorang ADUN, ia tidak dapat dimaafkan dan tidak boleh dilepaskan daripada tindakan undang-undang.
Beberapa pihak di Pulau Pinang telah membuat laporan polis dan adalah diharapkan pihak berwajib akan menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh dan pihak Timbalan Pendakwa Raya mengheretnya ke muka penghakiman.
Perbuatan biadab dan tidak bertanggungjawab oleh mereka yang bergelar Yang Berhormat tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Perbuatan sedemikian tidak memperlihatkan kehormatan pada diri pelaku tetapi satu kebodohan dan kejahilan.
4 comments:
Selepas menari diatas gambar dan kemudian dan kemudian penyebaran hasutan - inikah yang dikatakan 'the new politics' yang di bawa PR?
Salam ,
MANA BOLEH PERCAYA MEREKA NI .
kuda semetot
kita telah memberi terlalu bnyk muka kpd bangsa ni.Percayalah, jika satu hari negeri kita jatuh ditangan mereka, kita tak akan menikmati kehidupan selesa sebagaimana yg kita perolehi sekarang.
ami ban..
Pulau Pinang memang cantik dan menarik... sila datang beramai-ramai bagi memeriahkan pulau pinang di musim cuti sekolah ini.. boleh mai pesta pulau pinang sekali di sg.nibung, kalau lapar boleh makan di Ummi Cafe (belakang island plaza tg.tokong)
-mijan-
Post a Comment