Saturday, December 26, 2009

Akibat pemandu terlelap, 10 nyawa melayang

Saya tidak dapat menahan kesedihan dan amat berdukacita apabila mendapat tahu bahawa pemandu bas ekspres yang kecelakaan di KM272.8 Lebuh Raya Utara Selatan mengakibat 10 orang penumpang terkorban, mengaku dia terlelap semasa memandu.


Amat malang bagi keluarga yang kehilangan orang tersayang kerana terpaksa berduka cita dan meratapi musibah itu semata-mata kerana si pemandu bas Sani Ekpress terlelap.


Jika mengantuk, kenapa tidak memberhentikan bas dan diganti oleh pemandu kedua? Mungkin persoalan ini tidak berkaitan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang kerana ia sudahpun berlaku dan ajal maut tak dapat ditahan atau ditangguh. Ia sudah ditentukan Yang Maha Berkuasa.


Saya mengenali Syed Harun Aljunid yang sekali gus menerima takdir kehilangan dua orang anak perempuannya, Sharifah Raheel Aljunid, 21, dan Sharifah Hasanah Aljunid, 15, dalam tragedi amat menyedihkan itu. Sharifah Hasanah baru saja memperolehi keputusan 6A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR. Hanya mereka berdualah anak perempuan dalam keluarga Syed Harun.


Sebelum itu, 12 hari lalu saya menghadiri majlis walimatul-urus anak lelaki Syed Harun, iaitu abang kepada kedua-dua gadis malang itu, di rumah mereka di Taman Melor, Sungai Petani. Itulah kali terakhir saya menatapi wajah kedua-dua anak gadis itu.


Syed Harun, yang berasal dari Pulau Pinang, adalah pesara Jabatan Penyiaran (RTM) dan memilih untuk menetap di Sungai Petani, Kedah, iaitu negeri kelahiran isterinya.


Kecelakaan yang meragut 10 nyawa itu seharusnya membuka mata dan telinga pihak berkuasa, terutama Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan atau LPKP tentang waktu perjalanan bas ekspres.


Satu ketika yang tidak berapa lama dahulu, ada uru-ura nak melarang bas ekspres daripada beroperasi pada waktu menghampiri tengah malam. Ianya disuarakan berikutan satu tragedi di lebuh raya sama dekat Kuala Kangsar yang meragut 22 nyawa.


Ura-ura itu senyap begitu sahaja bak kata orang hangat-hangat tahi ayam. Di Malaysia, pihak-pihak tertentu memang cepat membuat janji dan seolah-olah akan segera bertindak apabila sesuatu nahas atau tragedi yang meragut banyak nyawa berlaku. Malangnya, selalunya ia senyap tanpa sebarang tindakan dan terus dilupakan.


Berapa banyak lagi tragedi yang perlu berlaku sebelum pihak berwajib nak bertindak, dan berapa banyak janji dan ikrar yang nak dibuat tetapi tidak akan dilaksanakan ...?


Seperti kata MB Perak Dr. Zambry Abdul Kadir....''Nyawa orang ramai adalah yang paling utama.''


Beliau mengulangi desakan kepada kerajaan persekutuan supaya mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi pada waktu malam.

Ini bukan satu atau dua Malaysia, bukan soal BTN itu perkauman atau tidak bukan soal sidang PARLIMEN perlu dihadkan waktunya tetapi soal nyawa manusia dan soal keberkesanan pelaksanaan undang-undang dan peraturan.

9 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Selagi Lesen Kopi (Lesen Gerenti Pass) masih ada, selagi itulah kes-kes sebegini akan terjadi dari masa ke semasa.

Tuan Syed, percaya tak kalau saya kata terdapat segelintir kecil pemandu bas bukan RAKYAT MALAYSIA yang memandu bas expres kita. (Mungkin ada lesen, mungkin pakai "Lesen Terbang").

Saya pernah menaiki sebuah bas expres dari Seberang Prai menuju ke selatan dan saya terkejut apabila menyedari yang bas tersebut dipandu oleh seorang yang saya PERCAYA bukan rakyat tempatan. Daripada perbualan beliau semasa memeriksa tiket, saya dapati cara beliau bertutur tidak seperti pertuturan rakyat Malaysia bukan Melayu kita, malah pertuturannya begitu tersangkut-sangkut seolah-olah seperti orang Pakistan atau pun Bangladesh yang bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Berbalik ke isu asal kita. Terdapat banyak perkara yang tak betul di dalam sistem pengangkutan awam kita tidak kiralah samada ianya melibatkan Bas Expres atau pun Teksi. Selagi PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG tidak dijalankan dengan betul dan telus (maksudnya JPJ dan Polis Trafik BERHENTI mengambil rasuah) dan jalankan tanggungjawab sebenar mereka selagi itulah nyawa rakyat kita yang tidak berdosa akan melayang dari masa ke semasa. Tapi penguatkuasaan undang-undang yang saya maksudkan di atas hampir MUSTAHIL untuk dilaksanakan kerana saya percaya kita semua tahu dan bersetuju yang kedua-dua badan tersebut seolah-olah seperti isi dengan kuku di mana mereka begitu sebati dengan rasuah. Mereka lebih rela "Mati Anak Daripada Mati Adat(Rasuah)".

Oleh itu, kita boleh tafsirkan korban kali ini sebagai korban Krismas lepas itu korban buka sekolah akan muncul tiba diikuti oleh tu korban Tahun Baru Cina, lepas itu korban cuti sekolah, lepas tu korban Depavali, lepas tu korban Hari Raya, lepas tu korban Raya Haji, lepas tu korban cuti sekolah sampailah balik ke korban Krismas tahun depan dan situasi ini akan berterusan...

Apa pandangan Tuan Syed?

Terima kasih

umar said...

Salam Tuan,
Kita dah banyak bicara hal ini setiap kali ada kemalangan. Pada tahun 2006 Institut Keselamatan Jalanraya (MIROS)ditubuhkan di Putra Jaya. Kakitangan ramai buat penyelidikan di Jepun, Australia, Europa. Sukatan Pelajaran untuk ujian memandu mahu diubah. Tak tahu bila.Cadangan diwajibkan pakai tali-pingang untuk penumpang yang duduk di belakang.Bila kereta tergolek apa gunanya tali-pinggang.Penumpang bas pula tidak disediakan seat-belt.Nanti kita juga kena bayar harga tiket lebih jika bas diwajibkan pasang tali-pinggang itu.Mengapa body bas tiada tali untuk penumpang dan pemandu? Sekarang ini musim hujan siang dan malam. Pemandu bas tertekan. Dia kena berulang-alih tiga empat kali sehari.Syarikat tiada lagi menyediakan pemandu atau kelendan. Lihat sahaja semua lori, tanker ,bas dihighway kita.Pemandu tidak lagi diberi EPF, Medical atau cuti.No wonder dadah jadi pilihan segelintir mereka. Ini ragam hidup.Cuma pemandu peribadi pengarah syarikat dapat gaji lumayan dengan EPF, SOCSO dan bonus.
Pemandu yang berulang-alih begini mana nak tidur atau cukup rehat.Bayaran mereka dikira komisyen yang berpandukan berapakali buat trip.Lebohraya kita cantik belaka. Pemandu lori , van dan bas membahayakan orang lain bila mereka dalam ketagih dadah,mabuk,mengantuk.
Saya fikir jangan swastakan pengangkutan awam.Sekarang dah pun ada perkhidmatan ambulance diswastakan. Bila ada kejadian begini baharu diwar-warkan kononnya bas tidak ada insuran untuk penumpang, pemandu pernah ada kes polis dulu dan sebagainya.

Anonymous said...

Pernah satu ketika saya dibahagian hadapan bas, sambil menunggu bas bergerak.

Pemandu India tengah semban kepala kat steering. Tiba dia start enjin dan meoleh belakang.

Melihat matnya merah dan kuyu, saya tegur deng lembut "ngntuk ker?"

"Itu saya punya hal"! dia menengking dan menjeling, dan mula memandu bas...

Tidak sekali lupa kejadian ini!!

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sebelum saya meluahkan perasaan saya, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa nahas lebuhraya yang baru saja berlaku. Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Al-Fatihah...

Saya pasti majoriti rakyat Malaysia berasa kesal dan kecewa setiap kali mendengar kemalangan ngeri bas ekspres yang mengakibatkan puluhan nyawa penumpang melayang seperti tidak berharga. Ramai dalam kalangan kita selepas ini akan berfikir dua kali jika ingin menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Ingin saya memaklumkan kepada semua ketika saya menulis komen ini saya baru sahaja selamat tiba ke rumah dari perjalanan jauh. Alhamdulillah.

Sebelum saya berangkat pulang sebentar tadi saya membeli tiga akhbar berlainan dan setiap satu daripada akhbar tersebut memaparkan kemalangan bas di mukasurat hadapan. Berita di tv juga hangat menceritakan tentang kejadian itu.

Akan tetapi perkara yang menghairankan saya ialah, KESEMUA bas yang saya bertembung di atas lebuhraya sebentar tadi memandu dengan laju dan amat membahayakan kenderaan sekitar mereka. Bayangkan sebentar tadi sebuah bas memotong kenderaan saya dengan sangat laju sehingga menyebabkan kereta saya bergoyang.

Apakah berita tentang kemalangan bas yang sedang hangat diperkatakan sekarang tidak memberi kesan langsung kepada pemandu2 atau pengusaha2 bas ini? Tidakkah mereka sedar yang disebabkan oleh mereka akan ada lagi ramai orang akan kehilangan nyawa? Bagaimana pula kalau perkara sebegini berlaku kepada keluarga mereka sendiri?

Saya amat berharap pihak berkuasa memandang serius terhadap perkara ini dan memastikan undang2 dan syarat perlesenan kepada pemamdu dan syarikat bas dikawal selia dengan ketat agar perkara yang amat menyedihkan ini tidak berulang. Sekian.

Syed Imran said...

Masalah besar yang dihadapi oleh hampir semua sektor dan industri di negara ini ialah penguatkuasaan undang-undang.

Penggubal undang-undang, maksud saya Ahli Parlimen, meluluskan banyak undang-undang untuk menangani masalah-masalah tertentu. Semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen cukup bagus dan boleh menangani isu mahupun masalah yang dijadikan sasaran.

Dalam hubungan industri pengangkutan, undang-undang berkaitan kawalan, seliaan dan aturan serta peraturan jalan raya adalah dikhususkan.

Dalam Akta Polis pun ada undang-undang yang berkaitan lalu lintas atau trafik.

Undang-undang dan peraturan adalah lebih daripada cukup dan pada sesetengah seksyen, cukup ketat dan tegas.

Malangnya, pelanggaran atau pencabulan undang-undang berkenaan berlaku setiap hari dan di mana-mana sahaja di atas jalan raya.

Ianya berlku kerana MASALAH PENGUATKUASAAN dan tidak kurang serius juga masalah CAMPUR TANGAN POLITIK.

Dalam tragedi terbaru ini, bukan bas dua tingkat yang menjadi masalah tetapi faktor manusia, iaitu pemandu bas yang terlelap atau tertidur.

Faktor kemanusiaan inilah yang sukar ditangani oleh pihak lain melainkan oleh orang yang terlibat itu sendiri. Jika mengantuk, berhenti saja di tepi jalan dan serahkan stering kepada pemandu gantian. Inilah yang tidak dilakukan oleh pemandu berkenaan yang akibatnya, 10 orang penumpang terkorban.... dan kita terima hakikat bahawa itu adalah ajal.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Pak-Pak Menteri yang bertanggungjawab dalam hal pengangkutan, baik awam mahupun persendirian mana ada masa nak layan semua ini.

Bukankah mereka sekarang ni sibuk mengukuhkah kedudukan masing-masing dalam parti sambil sesekali mengintai nasib rakyat dari bilik berhawa dingin, dari kerusi yang empuk. They will say: "People die everyday, what. Normal la".

Kuda Padi

Syed Imran said...

Kuda Padi,

Yes, they will say that until one of them or members of their families faced similar fatal accidents, then, they will open their eyes.

Satu aspek yang perlu dikaji ialah sama ada penghadang besi yang dipasang di sepanjang lebuh raya mengikut spesifikasi atau tidak. Adakah bahan yang digunakan itu bermutu rendah sehingga mudah tercabut apabila digesel oleh bas. Jika demikian, maka kontraktor yang terlibat mesti bertanggungjawab dan diambil tindakan sewajarnya. Masalahnya, mungkin kontraktor itu kroni pihak tertentu dan kelemahan itu mungkin didiamkan sahaja.

Anonymous said...

Pak Tuan,

My two cents... I've travelled extensively round the globe, but yet to see double-decker buses plying expressways there. All double-deckers I saw ferrying city commuters, i.e. plying city routes lah.

Greyhound buses in the US are single deck ones.

My theory is that double-deckers are high, thus makes them less stable since the centre of gravity is higher. Look at our double-decker buses, high and lean. These two factors, plus a nut behind the wheel spells disaster....

I also tend to agree with you about the shoddy road construction. Not only railings are not properly constructed, the road surfaces are not even, like riding on a rollercoaster. You get dizzy at certain stretches.

Tax-payers money not well spent, I'd say.

Kuda Padi

Anonymous said...

Saudara Syed,

Saya berasa amat sedih atas kejadian yang berlaku.

Ada berapa perkara pokok yang boleh diketengahkan.

Pernah saya tinggal England, negara penjajah kita.

Untuk perjalanan jauh, hanya satu bas yang ada iaitu National Express yang standard keselamatannya agak baik.

Di negara kita tidak terkira banyaknya lesen yang diberikan. Persolaannya adakan standard keselamatan dan mutu servis terjamin.

Jaringan landasan keretapi England menggunakan tenaga elektrik telah dibina menghubungkan hampir semua daerah sejak dari tahun 70, 80'an. Boleh dikatakan keretapi adalah sumber transpot yang paling utama yang dipilih oleh penumpang.

Infrastruktur yang dibina ini adalah untuk kesenangan rakyat negara tersebut. Ini adalah kerana amalan negara penjajah adalah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Terdapat rencana untuk menaikkan taraf jaringan keretapi KTM dari Utara Ke Selatan. Namun, kerajaan telah batalkan kerana dianggap kurang penting.

Memang baik untuk kerajaan menolong golongan bumiputra dengan memberikan lesen bas, cuma masaalahnya golongan bumiputra ini memerah tenaga ramai golongan bumiputra yang memandu bas dengan memberikan gaji 500 ringgit. Mereka terpaksa bekerja overtime.(Sumber dari The Star).

Saya tidak yakin masalah ini akan selesai.

Saya menyarankan, demi untuk keselamatan, gunakan bas yang telah lama dalam industri bas express umpamanya Transnasional terutamanya untuk perjalanan malam. Transnasional mempunyai rekod yang baik dari segi keselamatan.

Beli tiket bas dikaunter bas bukan dengan kutu bas yang berleluasa yang mana kita sendiri tidak tahu apa bas yang bakal naik.

Kita sendiri harus berinitiatif untuk menjaga keselamata kita.

Maaf kerana terlalu banyak komen di sini,tetapi saya berasa patut saya nyatakan sesuatu disebabkan sedih atas perkara yang telah berlaku.

Sallam

Jay Bee