Thursday, December 10, 2009

Ketuanan Melayu - di mana perginya para pejuang

Mantan presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik yang terkenal dengan keceluparan mulutnya, telah mencabar ketuanan Melayu dengan meminta semua wakil rakyat parti itu membangkitkan isu tersebut tanpa ragu-ragu dan khuatir tentang padahnya.

Saya tidak mahu ulas lanjut kerana selama inipun ramai pemimpin Melayu, sama ada dari kalangan pemimpin Umno mahupun NGO Melayu, yang begitu lantang, bersemangat dan beria-ia nak pertahankan ketuanan itu.

Di mana mereka sekarang menjadin tanda tanya. Adakah keberanian mereka tidak lebih daripada hangat-hangat tahi ayam demi kepentingan politik. Mungkin ada kebenarannya.

Di mana Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang pernah menghunus keris untuk mempertahankan ketuanan Melayu; di mana ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan dimana Dr Khir Toyo - sekadar ingin tahu.




9 comments:

man dego said...

Buang saja wakil gerakan dlm kerajaan BN kalau umno ada telok.

-thethinker- said...

alkisah , kononnya di zaman david singgahraja. Ada seorang lelaki , badan besar berotot telah mengahwani seorang jelitawan yg mak-oii.. punya laa cun melecun.
Setelah 3 purnama , tetiba , pasangan itu bercerai. Dan sejak dari itu , setiap pagi , di pasar besar singgahraja , lelaki itu akan berjalan jalan sambil memberitahu kalangan massa.. Saya ini ialah lelaki kuat , kuat diranjang , bukan mandul , bukan lemah tenaga batin. Diulang berulang kali , dia kuat di ranjang..
maka ketahuilaa semua rakyat singgahraja yg lelaki itu lemah tenaga batin , sebab tuu jelitawan meninggalkannya..

Moral dari cerita itu , tak payah doh hinggak pasai benda yg bukan kepunyaan kita. Yg gatai pii cakap ketuanan ketuanan tuu , apa nii ?? nak sangat jadi tuan ke ?? habih , kalu golongan anu tuu jadi tuan, sapa pulak yg nak jadi hamba kepada tuan ??

Berdaya maju , berpengetahuan, berusaha , beramanah ... automatik , jadilah tuan oii.. takpayah dok kokok satu kg..

Syed Imran said...

-thethinker-

Sebenarnyalah rakyat itu tuan kerana rakyat yang berkuasa memilih kerajaan.

Saya sengaja mengutip kata-kata Keng Yaik sebab satu ketika yang tak berapa lama dahulu, ketiga-tiga pemimpin yang saya sebut itu begitu bersemangat untuk mempertahankan ketuanan Melayu.

Adakah itu cakap-cakap kosong atau hanya permainan politik yang amat murah. Itu yang ingin diketahui.

Anonymous said...

Yang bodoh adalah Tunku Abdul rahman..yang beri ruang dan peluang pada kaum pendatang...apakan daya benda telah terjadi..apa yang penting pemimpin umno dan pas bersatu untuk menegakkan ugama islam yang sebenarnya..barulah orang kafir kepanasan dan lari keluar dari malaysia..sebagai contoh lihar di Brunai..negara yang kaya..tetapi tidak ramai orang kafir disana kerana pemimpin brunai tidak membenarkan tempat maksiat dan perkara mungkar berluasa..Bodoh lah Pemimpin melayu sekarang samada dari Umno,pakatan dan Pas...

-thethinker- said...

yaa Syed..saya paham pendirian Syed.
kata-kata saya tuu ditujukan utk golongan mereka tu laa...

warisan ksl said...

Cukup la selama ini orang Melayu terlalu banyak bertoleransidengan kaum lain.Walaupun diadalam artikel 152 dan 153 menyatakan hak istimewa orang melayu tetapi masih tak ramai orang melayu yang kaya berbanding dengan kaum lain.Kali sepatutnya kaum lain kena "menerima" pula kontrak sosial.Kalau tak bersetuju aku rasa diorang ni patu berhijrah ke negara yang mengamalkan konsep kesamarataan.Rasa-rasanya diorang boleh hidup ke tidak.SUDAH 52 TAHUN KITA MERDEKA sepatutnya diorang kena faham....

bulat said...

KDN? Mana KDN? Bukankah ini boleh dikategorikan sebagai mempersoalkan hak yang tak boleh disentuh mengikut perlembagaan? Boleh dikenakan ISA ni.

Melayu dan Islam tidak boleh dipersoalkan di Malaysia. Ada paham ka?

Tengah pikir nak bagi amaran lagi ka?

Anonymous said...

Bila puak-puak ini buka mulut dikatakan rasis dan assobiah.
Biarlah puak lain yang rasa diri mereka itu Melayu pula yang bersuara.

Anonymous said...

Sdr SIA,
Kalau sdr tahu, tolonglah namakan siapakah pemimpin politik Melayu sekarang yang benar-benar boleh diharapkan untuk memperjuangkan nasib bangsanya? Adakah golongan ini sudah pupus? Kalau dah pupus, eloklah dicadangkan Muzium Negara adakan pameran mengenainya.

Balanglama