Friday, December 11, 2009

Perkataan 'keling' sekali lagi dijadikan isu

Kepada masyarakat India di Malaysia, perkataan 'keling' dianggap sebagai satu penghinaan kepada mereka dan sekiranya ada pihak yang menggunakan perkatan itu, maka ada pula pihak yang membantah dan membuat laporan polis.

Terbaru, tulisan penolong ketua pengarang Utusan Melayu, Zaini Hassan yang menggunakan perkatan keling dibantah oleh pihak tertentu kononnya ia satu penghinaan.

Mengikut fahaman saya, perkataan keling berasal daripada nama sebuah empayar tua di benua kecil India iaitu Kalinga. Itu salah satu punca yang merujuk kepada asal-usul perkataan itu. Satu lagi punca merujuk kepada orang India Muslim.

Di Pulau Pinang dan bahagian utara Semenanjung, perkataan keling merujuk kepada orang India yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam dirujuk sebagai orang Hindu, tak kira sama ada orang berkenaan beragama Hindu atau menganuti agama lain seperti Kristian atau Buddha.

Pada zaman pentadbiran Syarikat Hindia Timur atau East India Company yang diketuai oleh Francis Light di Pulau Pinang, satu jawatan penting diwujudkan, iaitu jawatan Kapitan Keling untuk masyarakat India Muslim, sama seperti jawatan Kapitan Cina untuk masyrakat Cina.

Jawatan itu tidak pula dilihat atau dianggap sebagai satu penghinaan oleh masyarakat India Muslim itu sendiri.

Orang pertama yang diberi gelaran Kapitan Keling ialah Caudeer Mohudeen atau Kader Mydin.

Pada tahun 1801, Kapitan Keling Kader Mydin telah memohon sebidang tanah dan mendapat kelulusan Francis Light untuk mendirikan sebuah masjid khusus untuk kegunaan masyarakat India Muslim.

Masjid yang dibangunkan oleh Kapitan Keling dinamakan sempena jawatan itu, iaitu Masjid Kapitan Keling. Masjid asal yang diperbuat daripada kayu digantikan dengan sebuah masjid konkrit dan lebih besar pada tahun 1916 dan nama Kapitan Keling dikekalkan.

Sekiranya perkatan keling itu jijik dan satu penghinaan, sudah tentu masyarakat India Muslim Pulau Pinang yang dirujuk sebagai masyarakat Keling, tidak sanggup untuk menamakan sebuah masjid sempena perkataan keling.

Oleh itu, saya tidak nampak sedikitpun penghinaan memandangkan masjid adalah rumah ibadat yang suci dan disebut sebagai Rumah Allah.

22 comments:

kluangman said...

Minta DBP tukarkan pengertian keling di kamus seperti berikut:
Keling - keturunan kaum India yang mulia mulia.

Selesailah masalah tersebut.

Anonymous said...

If there was an award for “Sell-Out Journalist of the Year” it would go hands down to The Sun’s Ng Kee Seng.
Ng Kee Seng is now the new Executive Editor of The Star after his recent blatantly once-sided articles and news stories in favour of Ong Tee Keat and in complete ignorance of all other points of view.
Leslie Lau of the MalaysianInsider was spot on when he referred to Ng as an "undistinguished veteran journalist".

umar said...

Siapa tak kenal Ketua Pengajian Melayu di Universiti Malaya ?
Datuk Dr.Zainal Keling namanya.
Sebenarnya banyak keluarga melayu ada saudara-mara yang bernama Keling.Orang melayu rasa terhormat dengan nama Keling.
Kaum India disini merasa diejek bila dipanggil 'anak keling'dan sebagainya.Orang India yang tersasa dihina cuma Kaum Tamil sahaja.Padahal orang Kerala (Merican ), Punjab, Sindhi , Gujarati juga berasal dari India yang kini ramai jadi profesional di Malaysia. Sampai bila mereka nak rasa marah ? Sepatutnya sejarah wajib dipelajari dari sekolah rendah lagi supaya setiap kaum tahu asal-usul mereka di Tanah Melayu ini.
Tak pernah kaum India Muslim yang juga berbahasa Tamil meminta nama Masjid Kaptain Keling digugurkan atau diganti dengan perkataan lain. Memang kecoh kalau tak faham sejarah.

Syed Imran said...

Kluangman, setuju sebab pengertian dalam Kamus Dewan agak mengelirukan.

Umar, Ya, siapa tak kenal Dr Zainal Keling dan siapa yang tak pernah dengar nama Tanjong Keling di Melaka. Di Telok Bahang, Pulau Pinang pernah wujud Kampung Keling yang kini menempatkan sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Anonymous said...

Panggilan panggilan dahulukala saperti "nigger" di pakai sehingga ia di buat panggilan yang menyakitkan hati orang kulit hitam di America. Bagitu juga paggilan panggilan yang lain "Paki" "Abo" 'Dayak" "Sakai" dan sebagainya. "Keling" tidak kurangnya.Ia dijijikan dan digunakna semakin lama olih kaum Melayu sehingga ia menjadi bahan ejekan bagi kaum India di Malaysia ta' kira ugama apapun. Dah ketinggalan zaman. Melayu saperti itu adalah saperti katak di bawah tempurung. Grow-up people. Malaysia yang berbilang kaum ta' sesuai untuk kamu, pindah keluar. Arab Saudi ada, sesuai untuk agama kamu yang kamu songsangkan itu. Indonesia pun ada, sesuai untuk keturunan kamu.

Anonymous said...

sudahlah syed Imran..... jangan nak putar-belitkan cerita'Keling'...umum dah tahu apa yg tersirat dlm cerita Zaini tu !!

awak ingat rakyat bodoh lagi ke ??



Mona

Syed Imran said...

mona,

pedas sangat kah cili yang anda makan...

Anonymous said...

Hi Mona,

Apa yang tersiratnya? Dia tulis benda yang betul. Apa yang orang India Malaysia tu sensitif sangat. Dia cerita benda yang betul di India tu. Dia tulis supaya orang India Malaysia sedar seburuk-buruk Malaysia yang mereka ka macam-macam itu, di sini 1000 kali lebih baik dari Tanah Besar India mereka itu!

Anonymous said...

Pak Tuan,

Kalau dia orang tak suka dipanggil keling, panggil saja pariah. Banyak songeh lah.


Kuda Padi.

Anonymous said...

Salam,

saya berharap ada pihak kaum india tampil kehadapan memberitahu kita semua apa yg menyebabkan perkataan "KELING" terlalu hina buat mereka.

Semasa saya masa keick2 dulu ada orang memberitahu bahawa orang British menggelarkan mereka keling kerana wanita India suka memakai rantai kaki yg berloceng yg mengeluarkan bunyi "kling..kling"
Begitulah ceritanya.

Ada juga mereka ini memanggil kita dgn "Melayu Belachan" takder masalah pun.

Mengada-ngadalah dia orang ni...

Kuda semetot

Anonymous said...

Saudara Syed,

Sekiranya sesuatu golongan tidak suka dipanggil sekian nama, maka kita harus menghormatinya. Mengapa kita harus terus menggunakan perkataan yang mereka tidak suka.

Saya sendiri berasal dari keturunan arab, berapa banyak golongan arab dipanggil arab, tok arab dan tak payah saya namakan lagi. Perkataan arab digunakan dimana mana umpamanya sekolah arab sekian sekian, tetapi jika dipanggil seseorang itu "Arab" , bukan dengan namanya maka ini sendiri menimbulkan rasa penghinaan.

Mungkin ini tidak berlaku di Utara Malaysia (Pak Tuan), tetapi di Selatan dan Singapura, orang Syed/Arab selalu di panggil secara umum/ringkas "Arab".

Saya tidak setuju dengan saudara dan saya berasa memang patut orang india marah apabila dipanggil keling.

Jay_Bee

Syed Imran said...

JayBee,

Kalau begitu, apa hal pula dengan nama MASJID KAPITAN KELING, nak tukar sebab ada pihak yang membantah sedangkan masjid itu wujud sejak 1802 tanpa sebarang masalah. Tak kan umat Islam keturuna India nak namakan sebuah masjid dengan nama yang tak senonoh, jijik dan hina...

Anonymous said...

Saudara Syed,

Persoalan yang utama disini adalah perkataan "keling" ini sudah umum diketahui oleh masyarakat kita sejak puluhan tahun yang orang India tidak suka.

Saya pernah bergaul dengan orang Barat, mereka akan bertanya "What do you want to be called". Mereka tidak mahu memanggil dengan nama yang tidak disukai oleh seseorang. Dari sudut moral, masyarakat timur seharusnya mempunnya nilai moral yang lebih tinggi dari barat.

Kita mempunya golongan yang ternama dalam masyarakat kita yang mempunyai pertalian darah dari India. Namun kita tidak akan menyebut dikhalayak ramai yang dianya berasal dari keturunan "Keling" melain dengan niat untuk menghina.

Saya tinggal dalam masyarakat yang komposisinya berbagai kaum. Perkataan "Keling" atau "Hei Keling" adalah dipanggil dengan niat untuk menghina.

Saya komen disini kerana saya berasa masyarakat kita memanggil nama ikut sesedap mulut dan mengganggap golongan yang diberikan nama ini harus berkerjasama menerima saja apa yang dipanggil walhal nama satu individu atau kaum adalah hak mereka sendiri.

Persoalan masjid yang ada perkataan keling ini sudah beratus tahun lamanya. Sekiranya orang india tidak suka nama ini boleh diubah saja nama masjid, tidak menjadi masalah.

Kesimpulannya di sini, sudah ada perkataan "India" atau "India Muslim". Perkataan lain seperti "Keling' tidak sesuai digunakan untuk khalayak ramai.

Sallam

Jay_Bee

Anonymous said...

Kepada Anon 5.52
Awak ni tak tak sedar diri betul. Awak tu yang sepatutnya pergi berambus dari negeri Melayu ni. Kalau menumpang tu buat la cara menumpang. Janganlah nak menghalau tuan punya negara ni pulak. Belajarlah sejarah asal usul awak! Kalau bangsat tu, bangsat jugaklah perangainya.Kenapa awak tak berambus saja ke negara asal usul datuk nenek awak supaya awak boleh jadi kutu rayau dan hidup merempat. Pasal agama jangan main-main tau! Belajarlah dalam-dalam agama awak supaya supaya awak lebih sesat.

Dee

Syed Imran said...

JayBee,

lain padang lain belalang. di satu tempat tiada masalah manakala di tempat lain ada masalah.

Anonymous said...

BAHAGIAN 1

Salam sejahtera Tuan Syed,

Sebenarnya, dalam hal ini kita menggunakan kuasa "mutlak" kita (kuasa majoriti)untuk membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira sensetiviti dan penerimaan orang lain dan kemudian kita mahu orang tersebut mengikut dan bersetuju dengan keputusan kita walau pun kemungkinan besar mereka tidak bersetuju dengan keputusan kita.

Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Syed, memang asal usul kepada perkataan Keling itu datangnya daripada satu kerajaan yang lama daripada India Selatan iaitu Kerajaan Kalinga. Masalah atau pun isu di sini timbul adalah disebabkan kita menyebut perkataan Kalinga itu dengan tidak betul dan mengikut sesuka hati kita dan akhirnya kita sendiri "mengujudkan" nama baru iaitu dari KALINGA kepada KELING dan kita "mahu" orang-orang yang terlibat kepada nama ini menerimanya bulat-bulat.

Izinkan saya memberi satu lagi contoh yang begitu jelas dan ketara di mana ianya membuktikan kita memberi sesuatu ungkapan mengikur SESUKA HATI DAN SEDAP MULUT kita tanpa mengambil kita sensetiviti orang lain. Saya percaya, Tuan Syed pernah dengar ungkapan "INDON". Ya, inilah ungkapan yang kita berikan kepada rakyat INDONESIA yang berada di negara kita.

Sekarang, saya ingin utarakan beberapa soalan kepada Tuan Syed.
1) Apakah maksudnya INDON?
2) Adalah rakyat Indonesia ataupun
kerajaan mereka gembira dan
bersetuju dengan ungkapan INDON
ditujukan kepada mereka?
3) Apakah reaksi orang Indonesia
apabila kita memanggil mereka
dengan ungkapan INDON?

Tuan Syed, saya pernah terbaca dan pernah terdengar yang rakyat dan kerajaan Indonesia menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan panggilan INDON yang kita gunakan terhadap rakyat mereka yang berada/bekerja di negara kita.

a)Jadi, adakah kita MEMPERBETULKAN
kesalahan kita?
b)Adakah kita menghormati
sensetiviti orang lain?

Tuan Syed, adakah disebabkan rakyat Indonesia berdiam diri dengan panggilan INDON bermaksud mereka bersetuju dengan panggilan tersebut?

Perlukah mereka memberontak dan mengganas untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap panggilan INDON terhadap mereka?

BERSAMBUNG

Anonymous said...

BAHAGIAN 2

Begitu juga situasinya dengan rakyat Afrika yang berada di negara kita. Kita memberikan nama baru kepada mereka iaitu "AWANG HITAM". Bukankah kita memberi ungkapan ini mengikut sedap mulut kita tanpa "restu" dan rela hati tuan yang punya badan....

Untuk orang-orang Punjabi atau pun Sikh pula kita memanggil mereka sebagai BENGALI, walau pun mereka tidak menyukainya...

Kita panggil dan mengkatogorikan orang mengikut sesedap hati dan sedap mulut kita kemudian kita cuba menyalahkan mereka apabila mereka menyatakan rasa tidak puas hati mereka, adakah ini adil?

Dalam isu penggunaan perkataan KELING, saya yakin rakyat kita berketurunan India dulu yang kurang/tidak berpendidikan tidak begitu selesa dengan ungkapan KELING dari dahulu lagi tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya dan kepada siapa harus diluahkan jadi mereka memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Hari ini disebabkan pendidikan, kemajuan teknologi,
internet dan sebagainya, masyarakat dunia termasuk rakyat kita sudah tahu untuk meluahkan perasaan mereka dan rasa tidak puas hati mereka kepada umum.

Kalau Tuan Syed dan lain-lain saudara yang melayari blog ini mempunyai sahabat daripada kaum India, mungkin saudara-saudari boleh cuba bertanyakan kepada mereka samada mereka senang dengan panggilan KELING ditujukan kepada mereka. Begitu juga dengan kaum-kaum lain.

Akhir kata, untuk pengetahuan Tuan Syed, ungkapan ORANG KELING atau pun ORANG HINDU adalah ungkapan-ungkapan yang salah atau pun kurang tepat tetapi tetap digunakan oleh kita mengikut sesedap mulut kita. Kenapa saya menyatakan ianya adalah ungkapan yang kurang tepat???

Kalau Orang India kita panggil Orang Hindu, adalah kita memanggil Orang Cina sebagai Orang Buddha? Adalah kita memanggil orang berketurunan Punjabi sebagai Orang Sikh? Adakah kita memanggil Orang Putih sebagai Orang Christian? Adalah kita memanggil Orang dari Arab Saudi sebagai Orang Muslim? Adalah kita memanggil Orang Palestine, Iran, Iraq, Kuwait, Jordan, Mesir, Turki dll. sebagai Orang Muslim? Tidak, kita memanggil mereka mengikut negara atau pun negeri tanah tumpah mereka.

Adakah kita memanggil Orang Melayu sebagai Orang Islam, kalau kita panggil Orang Melayu Malaysia sebagai Orang Muslim, adakah kita memanggil Orang Melayu Indonesia sebagai Orang Muslim? Tidak, kita hanya memanggil mereka sebagai Orang Indonesia atau pun INDON...

Jadi kesimpulannya, kita memanggil mereka mengikut SEDAP MULUT KITA, itu sahaja..

Apa komen Tuan Syed dan lain-lain saudara-saudari terhadap pandangan saya

Terima kasih dan harap maaf sekiranya penjelasan saya ini agak sensetif.

Anonymous said...

Saudara Syed,

Sekiranya orang india muslim yang majoritinya menjadi makmum di masjid kapitan keling tidak suka lagi perkataan keling, tidak ada kitab yang mengatakan nama masjid tidak boleh tukar.

Individu yang mendirikan masjid itu (Kapten Kapitan Keling) tidak akan terhindar daripada mendapat pahala sekiranya namanya tidak berkait dengan nama masjid.

Maksud saya orang India Muslim bukan Hindu, tidak munasabah jika kita menukar nama masjid kerana orang hindu tidak suka nama keling.

Memang benar kata Saudara, Lain padang lain belalang.

Jay Bee

Sallam

Anonymous said...

Saudara Jay Bee, pemikiran anda saat universal, saya salut, jika nanti kami indonesia invasi ke negara saudara, maka saudara dan orang orang seperti saudara tidak perlu kami perangi.

Wassalam.

Anonymous said...

Sepatutnya bangsa keling balik ke negara asal mereka iaitu india dan indon balik ke negara asal mereka indonesia.kenapa masih berada di negara ini?apa yang mereka cari?siapa tuan punya tanah ini,orang barat menggelarkan mereka bermacam-macam nama tapi mereka tak marah?memanggil mereka dengan pelbagai nama tapi mereka tak marah,sebab orang barat tak bagi muka dan peluang pada orang yang tak sedar diri ini,tapi bila orang melayu panggil mereka,mula lah rasa di hina dan marah sebab kita dah bagi muka dan peluang pada mereka.pergilah balik ke tanah nenek moyang korang dan hidup merempat di sana,mana pegi maruah dan rasa malu korang menumpang di rumah orang tapi benci pada tuan rumah.korang semua ni menyemak dan menghabis harta tanah melayu sahaja.mungkin korang ni buta sejarah atau tak nak mengaku sejarah sebab menjadi bangsa yang hina di tanahair sendiri.

Anonymous said...

Keling = Murtad ( Dlm agama islam)

Orang yg menghina agama sendiri Dan mengkhianati agama dipanggil keling Dimana orang yang keluar dari agama hindu Dan peluk agama lain... Biasanye orang keling adalah orang yang keturunan hindu Tapi skrg peluk agama islam. Ianya "INDIA MUSLIM"

Walinong Sari said...

istilah keling dah diterima masyarakt kita sebagas indian musli.