Kata orang tua yang cukup arif dengan nilai kehidupan, dek nila setitik rosak susu sebelanga. Saya memilih perumpamaan ini kerana inilah yang berlaku di kampung saya menjelang sambutan Aidil-Fitri atau Hari Raya Puasa.
Apa yang berlaku mengaibkan dan menjejas imej Islam dan adab serta budaya Melayu terutama pada bulan Ramadhan Al-mubarak dan di ambang Syawal.
Islam telah dijadikan alasan untuk orang berkenaan bertindak sedangkan ia berlawanan dengan ajaran Islam. Orang berkenaan mungkin berfikir bahawa dia sudah cukup alim sedangkan apa yang dilakukannya memperlihatkan kejanggalan pemikiran.
Apa yang berlaku?
Kedua-dua wakil rakyat itu turut memberi sumbangan berbuka puasa kepada masjid berkenaan dan turut sama menjamu selera.
Semasa mereka berada di kampung untuk mengagih-agihkan sumbangan raya, mereka diherdak dan dimarahi oleh seorang penduduk dengan alasan kedatangan mereka tidak diperlukan kerana mereka orang kafir dan bermacam alasan lain yang tiada kaitan seperti Yahudi dan soal bangsa (ras).
Perbuatan individu berkenaan yang mendakwa dia mewakili penduduk kampung sebenarnya tidak direstui dan disokong oleh hampir semua penduduk kampung.
Ia bukan kerana mereka berkehendakkan sangat sumbangan yang tidak seberapa itu tetapi ia melibatkan penghormatan ke atas tetamu yang datang dengan tujuan yang baik, bukan datang untuk bermusuhan.
Kita dididik untuk menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja yang tidak bermusuh atau mengancam keselamatan bukan menentang orang yang datang sebagai tetamu tanpa mengira bangsa dan anutan agama.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Itulah amalan hidup kita. Kita tidak seharusnya membalas manisan dengan tuba atau madu dengan racun.
Saya dan kebanyakan orang kampung tidak melihat kedatangan MP dan ADUN itu sebagai satu isu politik kerana politik adalah hak individu. Sebagai wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat, mereka hanya melakukan apa yang mereka fikir betul, iaitu mendekati rakyat tanpa mengira sama ada penduduk yang mereka kunjungi itu mengundi mereka atau tidak.
Ketua cawangan UMNO yang masih muda dan masih belum matang dalam meredah liku-liku hidup, seharusnya tidak bertindak seperti mana dia bertindak. Dia harus sedar bahawa sebelum pilihan raya lepas, kampungnya diwakili oleh BN/Perikatan (sama ada MCA atau Gerakan) dan dia mungkin tidak tahu atau lupa bahawa wakil rakyat BN/Perikatan tidak menjejak kaki ke kampungnya apatah lagi untuk memberi sumbangan kepada warga emas seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat bukan BN sekarang.
Orang kampung bukan begitu daif dan mengharapkan sumbangan atau bantuan daripada mana-mana pihak tetapi mereka menghargai ingatan wakil rakyat berkenaan. Tidak lebih daripada itu.
Orang kampung juga ingin tahu apa yang dilakukan oleh UMNO Cawangan Kelawai untuk mereka selepas UMNO asal diharamkan? Apa yang berada selama ini adalah hasil perjuangan UMNO asal bukan UMNO yang ada sekarang.
Apa yang berlaku bukan atas kehendak penduduk kampung tetapi tindakan mereka yang mungkin terlalu taksub dengan sesuatu sehingga bertindak melampaui batasan adab dan budaya.

Yang turut menyedihkan apabila ketua cawangan UMNO turut sama sedangkan ia tiada kaitan sama sekali dengan UMNO mahupun isu politik. Sikap sedemikianlah yang memberi gambaran salah mengenai Islam dan adat budaya Melayu.
Apa yang berlaku?
Seperti tahun lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus Koay Teng Hai dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kedua-duanya mewakili DAP/Pakatan Rakyat memberi sumbangan (bukan wang) kepada warga emas berusia 50 tahun ke atas (untuk sebuah rumah) sempena Hari Raya. Pada tahun lepas, mereka menghantar wakil tetapi tahun ini, YB Liew dan YB Koay sendiri turun padang.
Sebelum mengunjungi kampung berkenaan mereka telah menemui bendahari Jawatankuasa Kariah Masjid yang juga bendahari JK Kampung untuk meminta izin berbuat demikian. Mereka diberi kebenaran dan semasa mengagih-agihkan sumbangan itu, mereka disertai oleh bendahari berkenaan dan salah seorang penduduk kampung.
Kedua-dua wakil rakyat itu turut memberi sumbangan berbuka puasa kepada masjid berkenaan dan turut sama menjamu selera.
Semasa mereka berada di kampung untuk mengagih-agihkan sumbangan raya, mereka diherdak dan dimarahi oleh seorang penduduk dengan alasan kedatangan mereka tidak diperlukan kerana mereka orang kafir dan bermacam alasan lain yang tiada kaitan seperti Yahudi dan soal bangsa (ras).
Perbuatan individu berkenaan yang mendakwa dia mewakili penduduk kampung sebenarnya tidak direstui dan disokong oleh hampir semua penduduk kampung.
Ia bukan kerana mereka berkehendakkan sangat sumbangan yang tidak seberapa itu tetapi ia melibatkan penghormatan ke atas tetamu yang datang dengan tujuan yang baik, bukan datang untuk bermusuhan.
Kita dididik untuk menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja yang tidak bermusuh atau mengancam keselamatan bukan menentang orang yang datang sebagai tetamu tanpa mengira bangsa dan anutan agama.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Itulah amalan hidup kita. Kita tidak seharusnya membalas manisan dengan tuba atau madu dengan racun.
Saya dan kebanyakan orang kampung tidak melihat kedatangan MP dan ADUN itu sebagai satu isu politik kerana politik adalah hak individu. Sebagai wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat, mereka hanya melakukan apa yang mereka fikir betul, iaitu mendekati rakyat tanpa mengira sama ada penduduk yang mereka kunjungi itu mengundi mereka atau tidak.
Ketua cawangan UMNO yang masih muda dan masih belum matang dalam meredah liku-liku hidup, seharusnya tidak bertindak seperti mana dia bertindak. Dia harus sedar bahawa sebelum pilihan raya lepas, kampungnya diwakili oleh BN/Perikatan (sama ada MCA atau Gerakan) dan dia mungkin tidak tahu atau lupa bahawa wakil rakyat BN/Perikatan tidak menjejak kaki ke kampungnya apatah lagi untuk memberi sumbangan kepada warga emas seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat bukan BN sekarang.
Orang kampung bukan begitu daif dan mengharapkan sumbangan atau bantuan daripada mana-mana pihak tetapi mereka menghargai ingatan wakil rakyat berkenaan. Tidak lebih daripada itu.
Orang kampung juga ingin tahu apa yang dilakukan oleh UMNO Cawangan Kelawai untuk mereka selepas UMNO asal diharamkan? Apa yang berada selama ini adalah hasil perjuangan UMNO asal bukan UMNO yang ada sekarang.
Apa yang berlaku bukan atas kehendak penduduk kampung tetapi tindakan mereka yang mungkin terlalu taksub dengan sesuatu sehingga bertindak melampaui batasan adab dan budaya.
15 comments:
mentaliti Umno memang macam tu sejak kalah
Kadang kadang memang betul bila ada orang berkata orang Melayu itu Muslim tetapi tidak Islam tetapi orang kafir itu pulak yang mengamalkan Islam.
Begitulah bila rasional tidak lagi dapat mengawal kewarasan.
Malu nak berkawan dengan orang macam ni. Lebih baik menjauhkan diri.
Ahlil
Inilah puncanya kenapa UMNO akan kalah teruk pada PRU akan datang. Rakyat dah MENYAMPAH dgn sikap angkuh, taksub, bongkak, sombong, tamak, mementingkan diri sendiri serta mengejar duniawi yg diamalkan kebanyakkan pemimpim UMNO. Apa yg berlaku di Jepun, akan bakal berlaku di Malaysia. Bila lagi UMNO nak sedar?
UM NO MORE.
We are 1-Malaysia - should live
peacefully between Muslim and non-muslim.
The silence muslim ( i hope the majority of them) should speak out like Pak Syed to say no to such
rude and uncivillised behaviour.
peace for Malaysia
Good man Syed Imran for our future Minister ! Saya sokong kuat !
Ah Beng
Saja nak tanya..
Adakah sumbangan yang diberikan oleh ADUN tersebut sebahagian dari peruntukan kerajaan negeri?
Kalaulah begitu, semasa BN mentadbir negeri ini pun sudah semestinya ada peruntukan sedemikian. Tapi mengapa selama ni orang kampung tak pernah menerima apa-apa sumbangan sedemikian rupa dari kerajaan negeri yang lalu?
Setahu saya, setiap ADUN diberi peruntukan tertentu sama seperti Ahli Parlimen. Tapi, MP dari parti bukan BN tak dapat peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. ADUN negeri dapat daripada peruntukan negeri masing-masing. ADUN BN di negeri yang tidak ditadbir oleh BN, mereka dapat peruntukan khas dari Putrajaya.
saya setuju dengan KR. kita telah tidak mencerminkan keperibadian/akhlak yang baik kepada orang lain.
saya suka baca (lihat link ini) >>> http://hannahyeoh.blogspot.com/2009/09/ramadan-joy-in-subang-jaya.html
salam aidlfitri.
Sdr SIA,
Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin (Maaf, terlewat mengirim ucapan kerana tak sihat sejak beberapa hari lepas).
Saya tertarik apabila Sdr menyebut tentang UMNO asal dan UMNO yang ada sekarang. Saya kerap membuat perbandingan tentang kedua-dua UMNO ni semasa bersembang dengan rakan-rakan dan anak-anak saya. Sebagai orang yang pernah terlibat secara rapat dengan kedua-dua parti tu, mungkin Sdr boleh cerita panjang lebar perbezaan kedua-duanya. Saya dapat rasakan Sdr begitu terasa akan kehilangan UMNO asal.
-- Balanglama
sapa tak kenai dgn perangai org UMNO??? juah nak mampuih... apsere
Sapa budak ni!!! bodohnya dia.... bagi malu warga yang tinggal di Kampung Syed. Suruh dia minta maaf.. selalunya budak budak dari Kampung Syed handal handal belaka macam pak tuan. Tulaa depa ni tak buka minda mereka pak tuan tolong bagi nasihat sikit. Islam tak suruh umatnya bermusuh musuhan tambah tambah di Hari Raya.
Warga Pulau Tikus
woi, dalam perut ada budak.
UMNO lagi BODOH hg tau ka!!!!
kamjad punya "anon".
Balanglama,
Pada hakikatnya UMNO asal tidak wujud. UMNO asal ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dan ditamatkan riwayatnya pada 4 Februari 1988. Hayat UMNO asal adalah 42 tahun.
Apabila Mahkamah Tinggi KL mengisytihar UMNO sebagai sebuah pertubuhan tidak sah (haram) menurut peruntukan dalam Akta Pertubuhan, maka berakhirlah riwayatnya.
Berikutan itu, dua puak atau dua kumpulan berasingan berebut untuk mendaftar sebuah pertubuhan baru menggantikan UMNO asal. Ya, menggantikan UMNO asal bukan meneruskan hayat kerana dari segi undang-undang ia sudah berakhir.
Penubuhan UMNO (Baru) oleh kumpulan yang dikepalai oleh Dr Mahathir Mohamad adalah sebuah pertubuhn yang baru berdaftar dan bukan menyambung hayat UMNO. Kita tahu bahawa kumpulan pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan disokong oleh dua orang mantan presiden UMN asal, iaitu Parti Melayu Semangat 46 mendahului UMNO (Baru) untuk mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tetapi pihak pendaftar memilih UMNO (Baru) kerana ia dikemukakan oleh puak DR Mahathir yang ketika itu PM.
Beza antara UMNO asal dengan UMNO yang ada sekarang amat luas - dalam UMNO asal kita tidak mendengar rasuah politik atau politik wang, tetapi dalam UMNO sekarang ianya tidak ubah seperti pekung (kanser), dalam UMNO asal orang tidak berebut jawatan untuk menjadi wakil rakyat atau mendapat kontrak dan lesen perniagaan, tapi dalam UMNO sekarang ianya seolah-olah satu budaya.
Itulah perbezaan besar antara UMNO asal dengan UMNO yang ada sekarang.
Warga Pulau Tikus,
Jika budak senang diajar dan dididik. Yang ni tak boleh ditegur kerana mindanya sudah dipenuhi fahaman kolot walaupun pada zahirnya kelihatan seperti seorang ulama atau ahli agama. Amat malang sekali.
Sdr SIA,
Saya setuju benar dengan penjelasan Sdr tentang UMNO asal dan UMNO lama. Tapi, malangnya ada pihak yang sanggup mengenepikan hakikat semata-mata kerana gilakan kuasa dan nama. Depa ingat semua orang percaya dengan kelentong depa tu! Depaa juga tak malu membohongi orang ramai tentang usia UMNO sekarang, setelah yang asalnya berkubur.
-- Balanglama
Post a Comment