Tuesday, September 15, 2009

Apabila kita berpecah dan tidak sepakat

Satu demi satu perbuatan, kejadian dan tingkahlaku pihak dan golongan tertentu terhadap maruah dan kedudukan orang Melayu dipaparkan dan dipancarkan ke seluruh dunia.

Saya tidak mahu mengulangi semua perbuatan yang bersifat biadab itu tetapi cukuplah dengan menyebut suara si baghal yang menghadiri mesyuarat agung Kongres India Malaysia (MIC) yang mahu mengalung selipar pada gambar mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lazimnya, masyarakat India akan mengalung 'bunga malai' kepada individu yang dihormati terutama pemimpin dan mereka yang diiktiraf sebagai ketua. Kalungan itu menandakan penghormatan tinggi yang diberikan kepada tokoh berkenaan. Tun Dr Mahathir pernah dikalung bukan satu, dua atau tiga bunga malai oleh masyarkat India tetapi lebih daripada itu pada satu majlis. Sesungguhnya masyarakat India menghormati dan menyanjungi Tun Mahathir.

Mungkin ada yang berkata itu semasa Tun Mahathir berkuasa, benar tetapi amalan itu diteruskan selepas dia bersara kerana Tun Mahathir adalah seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan amat dihormati.

Persoalannya, kenapa si baghal dalam MIC itu berani mengeluarkan kata-kata yang turut memeranjatkan sebilangan besar perwakilan MIC termasuk presidennya Datuk Seri S Samy Vellu?

Dia berani berbuat demikian kerana dia belajar daripada 'keberanian' puak-puak tertentu mencabar kerajaan dan kepimpinan negara. Dia melihat betapa kepimpinan Melayu mula dipertikai dan dipersoalkan secara terbuka walaupun kita sedar sebelum ini ia sememangnya berlaku secara berselindung.

Kenapa golongan tersebut berani berbuat demikian? Kenapa si baghal itu berani menghina Tun Mahathir dalam satu perhimpunan rasmi masyarakat India dan secara terbuka?

Jawapannya - dia dan mereka sedar bahawa orang Melayu tidak lagi bersatu, orang Melayu sudah berpecah-belah dan kepimpinan Melayu dilihat sebagai lemah. Itulah puncanya dan ianya bermula selepas era pemerintahan Tun Mahathir.

Salah siapa?


17 comments:

-thethinker- said...

saya rasa tak patut saudara menyamakan TDM ngan Melayu keseluruhan. Ianya tak sama... tambahan pulak.. ini battle antara india-india... india tamil vs india kerala

Anonymous said...

Salah Dr M juga...bila tengok Timbalan Timbalan dia lebih kuat...kena suruh berhenti dan dipecat la Timbalan dia...supaya dia dapat memerintah lebih 22 tahun.

Tak semestinya bila ada orang nak kalung selipar kat Dr M menunjukkan kita lemah dan berpecah tetapi ia menunjukkan rakyat dan keluar dari kepompong ketakutan untuk menyuarakan pendapat.

Habis tu kalau Presiden Bush dan China kena baling kasut dulu bolehlah kita anggap sebab mereka berpecah jadi menyebabkan orang berani baling kasut.

Jangan ribut ribut Pak...

Mas

Syed Imran said...

thethinker,

ada India yang dah diMelayukan dan ada India yang kekal India.

Mas,

tak sama. berlainan adab dan berbeza budaya.

MelayuMan said...

Pak Tuan yang dihormati...

Puak2 Hindu (org utara macam saya panggei depa ni lahu ni la? cukup korang ajaq la nie...sejak pembangkang menang besaq la...

Hindu and Cina Kapiaq cukup naik kepala tapi apa orang yang mengaku Umno buat?...

Pasai ada Melayu durjana mcam had yang mai dpa Cerok Tok Kun dok bagi muka maka depa2 ni, segala keriang dot ni pun naik la muka, x sedaq diri dok jadi pecacai angkat najih saja....

Melayu yang bersekongkol pun lagi la pelaq....

Bukan Apa, Nak Bagi Elorqqq....

Pak Cu Nawi said...

BERITA TERKINI : MIC Lulus Dua Usul Tergempar

KUALA LUMPUR 15 Sept : Datuk Seri Samy Vellu memberitahu pemberita bahawa MIC meluluskan 2 usul tergempar dalam Persidangan Agong parti tersebut semalam. Beliau menambah, usul tersebut amat penting kerana ianya akan menetukan halatuju parti tersebut dimasa depan.

Usul yang diluluskan itu adalah :-

1) Semua pembahas yang akan berucap dalam Persidangan Agung dimasa akan datang dikehendaki mengikat tangan masing-masing agar tidak terlepas cakap.

2) Semua perwakilan dilarang memakai kasut terutamanya selipar dan capar ketika menghadiri persidangan bagi mengelak mereka mengkalungkan selipar di kepala Presiden parti.

Ketika menjawap salah satu soalan lain dari wartawan Tamil Osai berkenaan hubungan beliau dengan Tun Mahathir, Datuk Seri Samy Vellu berkata beliau akan bertemu dengan Tun dalam masa terdekat untuk mencium selipar milik Tun - Berita Weil Weil

MANSOR JUNUS said...

Kuda Ranggi, jangan marah sama Presiden MIC. Cuba kaji, siapakah yang telah membuat dia bagitu juah dan biadap.Orang ada kuasa dan banyak duit memanglah ada tabiat macam itu. Selama lebih 20 tahun dulu, siapakah yang telah memberi ruang dan kedudukan yang bagitu luas kepada dia.(Kalau dia tak kalah, dia akan masih jadi menteri).Bukan itu saja, kita rakyat M'sia,kongsi kuasa pula dengan dia, atas semangat BN konon. Kerja siapakah itu. Sekarang apa nak kesal. Kuda Ranggi pun termasuklah juga dalam kelompok yang restu kongsi kuasa tu. Waktu itu apa Dr.M semua setuju. Sekarang sudah terlambat.Barulah tahu sapa yang kena main dengan sapa. Mansor Junus

Anonymous said...

Salam,
mereka ini saya anggap spt "LALANG"
tunggu dan lihat apabila mereka pula yg berpecah belah nanti. " OOii lu tarak nampak kah kita worang mabuk".

Anonymous said...

syed imran
betul. Golongan muda dan golongan liberal tidak lagi memandang adat dan budaya sebagai alat membentuk personaliti dan jati diri.
Mungkin bagi mereka adat/budaya org melayu adalah sesuatu yg mengongkong dan tak dapat membawa kemajuan.
lupakan adat/budaya ini lah menyebabkan ramai melayu lebih suka menghina dan dengki daripada maju kehadapan.
semoga melayu tidak lupa

Syed Imran said...

MelayuMan,

Oghang utara macam Utarawan memang tau benda-benda macam ni... tambah lagi oghang Tanjong.

Pak Cu Nawi,

Hang memang lawak... teringat aku akan Hassan Putu Mayong dan Mat Keling. Ada kelas!

Mansor Junus,

Saya tak marah Samy Velu sebab dia naik pun kerana sapa... tapi setiap perbuatan tu ada batasnya. Macam mana orang benci Tun Mahathir sekalipun, orang tak boleh nafi jasa dan sumbangannya... sebagai mantan PM, dia adalah lambang kejayaan Melayu tak kiralah sama ada seseorang Melayu itu berakar umbi di India, Pulau Jawa, Makasar, Papua, Ambon mahupun tanah Arab.

mr edz said...

salah UMNO la.. memecahkan belahkan orang islam.. yang kaya bertambah kaya yang miskin di lupakan..

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Saya terpanggil untuk bersuara kali ini dan seikhlasnya saya sependapat dengan ulasan Pak Tuan Syed.

Punca perpecahan ketara melayu yang berlaku pada masa ini, pada pendapat saya, disumbangkan secara besarnya melalui perbezaan "ikutan" ideologi fahaman politik di negara ini, ditambah pula dengan hasutan senyap pihak berkepentingan. Memang saya katakan "ikutan" kerana tidak semua ahli parti politik tahu asas pembentukan yang menjadi tunjang utama penubuhan sesebuah parti. Ia secara langsungnya mencetuskan keberanian pihak-pihak tertentu, malah kaum-kaum minoriti negara lantang bersuara, termasuk mempertikaikan asas-asas pembentukan Malaya yang dizahirkan melalui perlembangaan negara.

Dalang sebenar perbuatan ini amatlah jelas khususnya bagi sesetengah pihak yang boleh dikatakan bertuah dilemparkan maklumat sulit negara secara tidak langsung. Namun demikian, amatlah sukar untuk menegakkan kesahihan sekiranya rakyat memilih menghadkan mindanya.

Pak Tuan yang pernah berada dalam kelompok itu pada satu masa tidak berapa lama dahulu, tentunya lebih faham akan maksud saya.

Salam hormat.
MSF

Syed Imran said...

Mr Edz,

Ada kebenaran dan saya setuju.

MSF,

Saya faham sangat tapi... faham-fahamlah ada Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

chegarMD said...

Tuan,
Yang merbahaya kpd kekuatan dan kehormatan undand undang ,kerajaan ubn takut kehilangan kuasa ,jadi apa yg di laku olehkan pihak2 tertentu, juga permintaan mereka yg
tak berpatutan di tunaikan,ini akan
membahayakan kepentingan negara.

Mat Jerman said...

UMNO lah penyebab perpecahan Melayu.

Anonymous said...

Saya tak setuju ...kalung selipar jepun..menghina tu..
Saya cadangkan gantung KEPALA LEMBU..kat leher Madday..baru lah tak menghina sebab lembu binatang suci ugama hindu..kan kan..amacam Sammy ...setuju..

Anonymous said...

Apa nak marah ini kan hasil yang di semai oleh BN.. di mulakan oleh PM Mahadir. Dia pengasas so dia patut dapat KALUNG SELIPER TU...

relex lah bro..jangan emosi..

labu said...

Salah dollah!