Monday, September 14, 2009

Osama Bin Laden - pengganas nombor satu?



Inilah mangsa kekejaman pengganas Israel dan Amerika Syarikat.

Kediaman mereka dibom dan dimusnahkan. Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Kenapa media Barat tidak melabelkannya sebagai mangsa pengganas? Kenapa Al-Qaeda, Osama Bin Laden, Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah dan pejuang pembebasan Palestin dirujuk sebagai pengganas? Kenapa media Malaysia dengan begitu senang terikut-ikut dengan rujukan media Barat?














Media Malaysia terutama yang dimiliki dan dikawal oleh pemerintah seperti RTM dan Bernama, tidak semestinya terikut-ikut dengan sudut laporan media Barat berkaitan isu-isu tertentu, lebih-lebih lagi yang berkaitan dunia Islam.

Pihak Barat, terutama Amerika Syarikat, mempunyai tujuan dan agenda tertentu dan kita di Malaysia tidak seharusnya ikut saja apa yang dilapor atau disalurkan oleh media mereka.

Contoh paling terkini ialah kemunculan pita rakaman terbaru Osama Bin Laden yang dituju khas kepada rakyat dan pentadbiran Amerika Syarikat.

Semasa menonton berita melaui RTM, saya amat kecewa mendengar laporan yang menyebut Osama Bin Laden sebagai pengganas - satu tuduhan yang diada-adakan oleh Amerika Syarikat dan Barat. Tetapi, kenapa media Malaysia terikut-ikut merujuk kepada Osama sebagai pengganas? Adakah Osama mengganas terhadap kita atau kepada dunia atau dia berjuang untuk membebaskan sebuah negara yang dicerobohi dan dinodai oleh Amerika Syarikat dan Barat?

Media Malaysia mesti tahu untuk membezakan antara pengganas dan pejuang kebebasan dan jangan terlalu mudah mencedok apa saja yang disajikan oleh media Barat melalui agensi-agensi berita mereka.

Osama sanggup meninggalkan kekayaan dan kemewahan hidup untuk berjuang bersama-sama para Mujahidin Afghanistan menentang pencerobohan Soviet Union dan seterusnya pendudukan Amerika Syarikat dan NATO. Dia tidak seharusnya dilabel sebagai pengganas tetapi seorang pejuang kebebasan yang berani menentang pencerobohan sebuah kuasa besar ke atas sebuah negara Islam atas alasan untuk menghapuskan pengganas.

Kita marah apabila pihak Barat, terutama Inggeris, merujuk kepada Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela, Rosli Dhobi, Dato Naning dan Rentap sebagai penderhaka dan pengganas. Kepada kita, mereka adalah pejuang bangsa yang menentang sebuah kuasa asing. Mereka adalah pejuang kemerdekaan dan pejuang kebebasan.

Begitu juga dengan Osama, dia adalah pejuang kebebasan, bukan pengganas seperti yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat dan Barat. Kenapa kita begitu mudah mengikut telunjuk asing untuk turut sama merujuk kepada Osama sebagai pengganas?

Jika nak lapor berita mengenai Osama, tidak perlu menyebut atau merujuk kepadanya sebagai pengganas, cukup dengan menyebut namanya sahaja. Pengganas bagi Amerika Syarikat dan Barat bukan bermakna pengganas bagi kita di Malaysia.

Bukan semua yang dilaporkan oleh media Barat itu benar dan betul belaka. Mereka sering menipu dan memutar-belit berita semata-mata untuk kepentingan negara mereka seperti yang dilakukan sebelum mereka menyerang dan menduduki Iraq. Mereka juga sedang memutar-belitkan berita untuk memburuk-burukkan Iran dengan matlamat untuk menyerang negara republik Islam itu.

Media Malaysia semestinya peka dengan apa yang sedang berlaku atau yang sedang dilakukan melalui edaran berita dan tidak seharusnya mengambil bulat-bulat sumber berita dari Barat.

2 comments:

Anonymous said...

tuan syed,
selamat berpuasa dan berbuka ,seben
ar nya,media malaysia berorintasika
n akhbar2 barat ,begitu jaga pemimp
in kita secara senyap2 terikut2 pan
dangan orang2 barat,bagi mereka arab ini tak bertamadun dan ganas tapi mereka takut utk menyatakan
secara terangan2,nanti rakyat bangkit menentang mereka.saya rasa
tuan pon tahu dlm kalangan elit kita.mereka tidak teragak2 utk berjumpa orang2 yahudi secara senyap, konon nya bangga berjumpa
dgn orang2 maju,sedangkan yahudilah punca segala mala petaka
yg berlaku sekarang ini dgn di dukung oleh orang2 barat.

Unknown said...

chegarMD,

Terima kasih dan selamat merayakan aidil fitri, InsyaAllah.

Seperti yang umum ketahui, Yahudi menguasai hampir segala-galanya sama ada secara langsung atau secara proksi dan kroni. Media antarabangsa dikuasai Yahudi, industri hiburan antarabangsa juga dikuasai mereka dan yang paling ketara ekonomi dunia berada dalam tangan mereka. Negara paling gagah di dunia, Amerika Syarikat, pun dikuasai mereka.

Benar, Yahudi adalah punca segala-galanya.