Wednesday, September 16, 2009

Hari Malaysia



Hari ini adalah ulang tahun pembentukan Malaysia 46 tahu lalu. Tarikh ini cukup besar ertinya kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak tetapi agak sepi dan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja di Semenanjung Malaysia.

Hari Malaysia sepatutnya dirayakan di seluruh negara sebagai Hari Kebangsaan. Bukan 31 Ogos, iaitu tarikh kemerdekaan Malaya atau Tanah Melayu. Dari sudut politik kenegaraan, Malaya sebagai sebuah negara tidak lagi wujud kerana ia telah diperbesarkan menjadi sebuah negara baru bernama Malaysia.

Jika PM Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak benar-benar ingin menjayakan konsep 1 Malaysia, dia sepatutnya menjadikan tarikh 16 September sebagai Hari Kebangsaan dan satu tarikh yang benar-benar melambangkan 1 Malaysia.

Dengan berbuat demikian, rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak akan lebih merasai kesatuan dan penyatuan dalam sebuah negara bernama Malaysia. Mereka tidak boleh dipaksa menerima tarikh 31 Ogos sebagai ulang tahun kemerdekaan kerana pada tarikh itu pada tahun 1957 mahupun 1963, Sabah dan Sarawak belum merdeka.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

9 comments:

Anonymous said...

lepas 46 tahun baru nak fikir pasal sambutan hari malaysia

buat malu orang luar aje mereka pasti akan mengutuk kita seolah-olah kita adalah seorang budak yang berumur 46 tahun yang baru teringat harijadinya

ha ha ha ha ha ha

suvarnabumi ni sebenarnya ibarat lubuk mencari emas ianya bukan sebuah negara ia hanya tempat tinggal kita mencari makan dan mengisi perut

ITULAH SEBENARNYA MALAYSIA YANG DIPANGGIL TANAHAIR INI


JanganSampaiGigitJari

Unknown said...

Bukan baru fikir. Dah lama dituntut oleh Sabah dan Sarawak tapi pemimpin di KL tak layan. Mungkin permintaan mereka akan diambil kira jika Pakatan Rakyat mendapat tempat di sana.

Sekarang dok cakap fasal 1 Malaysia tapi penyatuan sebenarnya belum tercapai.

Sabah dan Sarawak masih sambut ulang tahun 16 September dan 'terpaksa' ikut orang Malaya sambut 31 Ogos.

Banyak orang dah lama menggigit jari termasuk jari kaki!

Anonymous said...

Tuan Syed,
Sempena hari baik ini saya ingin mencadangkan beberapa pekara kepada kerajaan pusat kerajaan negeri.
1. Naikkan taraf jalan raya di Sarawak dan Sabah. Kalau memandu dari Kuching ke Miri jaraknya 800 kilometer mengambil masa 15 jam. Jalanya sesetengah tempat macam belayar di laut gelora.
2. Luaskan skim Felda, Felcra ke kawasan pedalaman Sarawak. Kita cemburu tengok tiap tahun Felda/Felcra agih dividen kepada peserta tapi di Sarawak dilaksanakan model pembangunan tanah yang merugikan rakyat.
3. Sarawak juga perlukan pembaharuan ekonomi dan politik. Peluang business dikuasai oleh keluarga yang pegang kuasa politik. Politik juga begitu. Tengoklah pilihan raya negeri 2010/2011 akan datang, tsunami kecil kalau tidak besar akan melanda Sarawak kerana rakyat sudah muak dengan keadaan sekarang.
4. Pembangunan luar bandar Sarawak mesti diberi perhatian. Setelah 46tahun masih terlalu banyak kampung rumahpanjang tiada bekalan air, elektrik dan jalan raya yang baik.
5. Datuk Seri PM mesti tengok masalah tanah di Sarawak. Di kebanyakan tempat masalah ini agak kronik dengan tanah rakyat diagihkan kepada syarikat perladangan yang dikuasai orang politik Sarawak.
6. Teropong-teroponglah masalah bumiputera dalam perniagaan di bandar-bandar seperti Sibu, Miri, Bintulu dan bandar lain. Peluang bumiputera untuk berniaga di bandar ini hampir tiada langsung disediakan kerajaan.

Sekian.
Rosli Dhoby

Anonymous said...

Kerajaan boleh mengisytiharkan 16 Sept sebagai Hari Kebangsaan atau hari Malaysia, dengan cuti umumnya sekali untuk seluruh negara. Dan 31 Ogos dirujuk sebagai Hari Merdeka. Hari Merdeka tidak payah cuti. Tapi apabila dibuat sambutan dan cuti pada Hari Kebangsaan, kita turut mengingati 31 Ogos sebagai hari yang bersejarah untuk Negeri negeri di semenanjung.

sri hartamas

Unknown said...

Apa yg nak di banga sangat dgn hari
malaysia, sedangkan rakyat malaysia
tidak pernah menghargai nya,kita kalau di bandingkan dgn indonesia
jauh mereka kedepan dlm kesetiaan dan semangat petriotik, saya percaya kalau berlaku peperangan di
negara kita separoh rakyat akan lari keluar negara.kerja2 polis dan
tentera di anggap kerja orang yg tidak berpelajaran malah tidak di
hargai oleh setengah rakyat kita.

Anonymous said...

ORANG MELAYU SUDAH LAMA MENGGIGIT JARI DAN JARI KAKI

DARI KEGAGALAN NASIONALISME MELAYU DALAM MEMBENTUK NEGARA BANGSA MELAYU HINGGLAH SANGGUP MENAJDI BARUA BRITISH DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN

APAKAH ERTI MALAYSIA DAN MELAYU SEBENARNYA

PEMIMPIN SEJATI SEPERTI DR BURHANUDDIN AL-HELMY YANG SUDAH DILUPAKAN ORANG DAN AHMAD BOESTAMAM MUNGKIN ADA JAWAPANNYA

AKAN ADAKAH SUATU HARI NANTI KESEDARAN BAHAWA SEMANGAT PERSEKUTUAN MALAYSIA TAK LEBIH HANYA SESUATU YANG DIPAKSAKAN

bulat said...

hek e leh.....itu pun nak jadi kes....dah takde bende lain yang penting lagi ke?

Anonymous said...

Salam Pak Syed,

Saya suka dengan slogan Pak tuan ..
boleh saya terjemahkan ..
"kita boleh bawa kuda kesungai tapi kita tak boleh paksa dia minum" ...betul ke ni Pak Syed

kalau tak betul tolong betulkan .
sekian.

Unknown said...

OK la tu. Salam Aidil-fitri untuk semua.