Lawatan Menteri Pembimbing Singapura Lee Kuan Yew ke Malaysia ada tujuan dan muslihat tersendiri. Suka atau tidak, lawatannya dan siri pertemuan yang diadakan termasuk dengan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, bukan sesuatu yang lazim dalam hubungan diplomatik tetapi berkepentingan.
Lee Kuan Yew bukan calang-calang orang, dia adalah manusia pintar yang membangun dan meletakkan Singapura dalam peta dunia sebagai sebuah negeri yang paling berjaya di Asia Tenggara. Sebuah kuasa tentera dalam erti kata pemilikan senjata canggih. Itu bukan sesuatu yang mudah. Dunia menghormati kepintarannya.
Jadi, apabila Lee Kuan Yew berkunjung ke Malaysia, lebih tepat ke Semenanjung Melayu, dia ada sebab dan musebab untuk berbuat demikian.
Dia menghabiskan empat hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam untuk bertemu dan berbincang dengan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga orang naib presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Hishamudin Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Shafie Afdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Kuan Yew juga menemui MB Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Pertemuannya dengan Khairy dan Mukhriz menarik perhatian kerana ia seolah-olah membayangkan bahawa Singapura melihat kepada kedua-dua pemimpin pelapis itu sebagai bakal pemimpin Malaysia, iaitu yang berkemungkinan bakal Perdana Menteri.
Apa yang pasti ialah dia ingin "meramal" hubungan masa depan antara Malaysia, terutama kepimpinan Melayu, dengan Singapura. Ke mana hala tuju kepimpinan baru Malaysia, pandangan mereka terhadap Singapura dan hubungan ekonomi serta kemasyarakatan.
Semasa bertemu Najib, soal pembinaan sebuah jambatan yang bakal mendekatkan hubungan laluan darat antara Changi di Singapura dan Desaru di Johor, turut dibangkitkan. Media Malaysia gah melaporkan bahawa Lee Kuan Yew sokong cadangan pembinaan jambatan itu. Nokhtah.
Apa yang tidak "ditonjolkan" oleh media tempatan ialah "syarat" Singapura untuk menjadikan kenyataan (realiti) cadangan Najib itu. Rakyat Malaysia tidak tahu apa yang dipertaruhkan oleh Singapura jika Malaysia ingin mendapat sokongan republik itu.
Kita harus sedar bahawa Singapura tidak semudah itu untuk memberi sokongan tanpa mendapat faedah daripadanya.
Bagi Singapura, adalah tidak masuk akal untuk bekerjasama berkaitan pembinaan jambatan ketiga (sebenarnya kedua kerana tambak bukan jambatan) sekiranya Johor tidak menarik balik larangan eksport pasir ke republik itu.
Ya, pasir menjadi taruhan. Jika Malaysia mahu membina jambatan, maka Malaysia mesti tarik balik larangan eksport pasir. Itulah syarat yang diberi oleh Kuan Yew kepada Malaysia. Sokongan untuk projek yang dicadangkan itu adalah bersyarat. Inilah yang tidak dilaporkan oleh media Malaysia.
Malaysia mengeksport pasir ke Singapura sejak berpuluh tahun lalu tetapi menarik balik pengeksportan atas sebab-sebab tertentu, Singapura kemudian mendapat bekalan dari Indonesia tetapi tidak lama kerana Indonesia pun melarang eksport pasir ke republik itu.
Singapura yang amat memerlukan pasir untuk industri pembinaan dan pembangunan negara dan mungkin untuk menambak laut, kini mendapat bekalan dari Vietnam dan ia menelan belanja yang besar jika dibandingkan dengan sumber dari Malaysia mahupun Indonesia.
Selain isu pasir, Kuan Yew juga menegaskan bahawa kerjasama antara kedua-dua negara mestilah dalam tempoh jangka panjang dan menyeluruh. Kita percaya antara "kerjasama" jangka panjang yang dimaksudkan termasuk soal hak terbang lalu di ruang udara Malaysia oleh pesawat pejuang/pengebom Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), soal bekalan air mentah dan soal pembangunan tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar.
Pelaburan yang diharapkan dari Singapura dalam Iskandar Malaysia juga menjadi "syarat" kerjasama jangka panjang.
Lawatan lapan hari Kuan Yew ke negara ini bukan sesuatu yang boleh diibaratkan sebagai "mengimbau kenangan lalu dan untuk bertemu kawan lama" tetapi lebih jauh daripada itu. Kita membicarakan tentang Lee Kuan Yew, bukan Goh Chok Tong atau Wong Kan Seng.
Lee Kuan Yew tidak akan merestuai sesuatu sekiranya ia tidak menguntungkan Singapura. Oleh itu, awas akan tindak-tanduk mereka sebelum mempersetujui apa saja yang dikemukakan termasuk "kerjasama jangka panjang". Jangan pula kita menang sorak, tetapi kampung tergadai.
13 comments:
Salam Pak Syed,
Minta maaf, tahap pemikiran media malaysia adalah sangat rendah dan tidak paham antara yang tersurat dan yang tersirat.LKY seorang ahli fikir dan seorang ahli politik yag amat pintar. Dia tidak akan memberi betih jika tidak dapat paha sekurang-kurangnya.
Jika LKY/Singapura dan Najib ikhlas mengapa tidak teruskan projek Jambatan Bengkok yang semua kajian telah pun siap. malah sdbahagian daripada projek itu telah siap dibina di bahagian Johor (komplek kastam dan immigrasen). Mengapa perlu projek Jambatan baru pula dicadangkan. Mengapa perlu malaysia akur dengan kehendak Singapura, yang lebih menunungkan negara itu daripada negara kita sendiri. Jika jambatan baru Desaru-Singapura menjadi kenyataan, habislah pasir, air, kedaulatan ruang udara, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. ramailah orang politik kaya raya daji broker pasir, habis tanah orang Melayu di timur Johor.
kalahlah BN pada pilihanraya umum akan datang. najib mencatat sejarah sebagai PM satu penggal.
Cicit Hang Tuah.
Sangat setuju!!
Kita dah letakkan diri kita sama tinggi dengan TUMIT kuan yew.
Dah takda apa yang nak dibanggakan sejak zaman dolah badawi hinggalah zaman najib.
Cuma di zaman Tun Mahathir kita boleh mengankat muka dan declare openly 'I M Malaysian'!
Buyong,
Betul tu.
Kuan Yew memang tidak berapa suka untuk berdepan dengan Tun Mahathir. Dia tahu Tun bukan calang-calang orang yang mudah di pengaruhi.
Semasa bertugas di Singapura ketika era pemerintahan Kuan Yew, saya mendengar Kuan Yew menyifatkan Tun M sebagai "Silat master" atau Tok Guru Silat, iaitu seseorang yang sukar untuk di ketahui langkah seterusnya (some one who is not easy for you to know his next move).
Malangnya, pemimpin selepas Tun M agak mudah di "ratah" bukan saja oleh Kuan Yew tetapi anaknya Hsien Loong.
Dah tiba masa nya Najib di-piat telinga nya oleh Tun Mahathir.
Masa dulu nya pun tanpa sokongan Singapura, Malaysia tetap berjaya menjadi negara yang boleh di-banggakan. Mengapa sekarang mesti jadi pengemis ekonomi? Dah tak tahu malu lagi ke??
-malulahsikit-
BAHAGIAN PERTAMA
Salam sejahtera Tuan Syed,
Selalunya saya bersetuju dengan komen dan pandangan Tuan Syed TETAPI kali ini tidak. Saya tidak begitu bersetuju dengan kritikan atau pun tuduhan seolah-olah Singapura sahaja yang bersalah dan ingin mengambil kesempatan sedangkan segala "bapak- bapak buaya" berada di sebelah kita. Singapura sebenarnya tidak ada banyak pilihan, apa yang mereka lakukan hanyalah SURVIVAL !!! Untuk terus "bernafas" mereka terpaksa menbuat keputusan yang paling tepat dengan mengambil kira segala kekurangan yang terdapat pada diri mereka.
Seperti kata Tuan Syed di mana Tuan Syed telah bertugas di Singapura semasa era LKY. Saya percaya Tuan Syed mempunyai waktu dan kesempatan yang cukup untuk menganalisa mengenai "kelebihan" dan "kekurangan" Singapura. Saya percaya Tuan Syed dan lain-lain kawan setuju yang Singapura tidak mempunyai sebarang hasil bumi dan hanya "bergerak" dengan menggunakan kepakaran tenaga manusia dan dengan menyediakan perkhidmatan awam kelas pertama.
Tuan Syed tahu tak, hanya dengan berbekalkan kedua-dua perkara yang saya nyatakan di atas, Singapura telah memberikan pekerjaan kepada lebih 300,000 rakyat kita dan sekiranya dicampurkan dengan keluarga mereka maka lebih 1 juta rakyat kita mendapat manfaat daripada kemakmuran Singapura. Dengan perkataan lain LEBIH DARIPADA RM1.71 billion SEBULAN atau pun RM12.852 billion SETAHUN dibawa masuk ke dalam negara kita oleh pekerja-pekerja kita yang bekerja di Singapura. Bukankah wang sebesar ini disumbangkan ke arah kemajuan negara kita dan secara khususnya kemajuan Negeri Johor.
Jumlah ini tidak termasuk dengan satu lagi jumlah wang yang besar yang dibelanjakan oleh rakyat Singapura di JB dan di lain-lain negeri di atas alasan "SHOPPING". Pernah satu ketika saya terbaca satu laporan akhbar tempatan (MSM) di mana seorang menteri atau pun timbalan menteri kita dipetik berkata "Sejumlah RM5 billion setahun dihantar oleh pekerja Indonesia ke negara mereka". Kenapa RM12.852 billion yang di bawa masuk hanya dari Singapura tidak disebut oleh menteri tersebut atau pun mana-mana menteri kita???
Kenapalah kita ini dengki sangat dengan Singapura sedangkan
"Pencuri dan Penyanggak" yang sepatutnya dihukum sebenar berada di kalangan kita? Sebenarnya keuntungan yang kita perolehi daripada Singapura bukannya sikit.
Sambung di BAHAGIAN KEDUA....
BAHAGIAN KEDUA
Izinkan saya beri satu lagi contoh untuk menjelaskan secara lebih khusus mengenai siapa yang sebenarnya "menipu" kita dan bagaimana kita sekalian rakyat Malaysia "dipaksa" untuk "menyumbang" supaya "mereka" hidup kaya raya sampai ke 7 keturunan sekali pun harta mereka takkan habis. Saya terima maklumat ini melalui emel.
1) Harga BMW 535i di USA ialah
RM178,000. Harga kereta yang
sama di negara kita ialah
RM450,000. Ini bermaksud lebih
RM272,000 mereka telan.
2) Harga BMW 328i 2 Pintu
Convertibledi di USA ialah
RM155,000. Harga kereta yang
sama di negara kita ialah
RM460,000. Ini bermakna lebih
RM305,000 mereka telan.
3) Harga Audi A4 2.0 T Cabriolet
Convertible 2 Pintu di USA
ialah RM142,000. Harga kereta
yang sama di negara kita ialah
RM265,000. Ini bermakna lebih
RM123,000 mereka telan.
4) Harga VW GTI 2.0T di USA ialah
RM85,000. Harga kereta yang sama
di negara kita ialah RM200,000.
Ini bermakna lebih RM115,000
mereka telan.
5) Harga Toyota Camry 2.4L di USA
ialah RM69,396. Harga kereta
yang sama di negara kita ialah
RM170,000. Ini bermakna
RM101,000 mereka telan.
6) Harga Toyota Altis di Indonesia
ialah RM46,000. Harga kereta
yang sama di negara kita ialah
RM112,000. Ini bermakna RM66,000
mereka telan.
7) Harga Honda Jazz di Indonesia
ialah RM36,000. Harga kereta
yang sama di negara kita ialah
RM108,000. Ini bermakna RM72,000
mereka telan.
Tuan Syed, sekarang Tuan Syed tolong komen, yang mana DRACULA yang lebih besar, yang berada di kalangan kita atau pun yang di luar??? Ini baru satu subjek (kereta), kita ada seribu satu macam subjek dalam negara kita. Kalau kita siasat satu persatu, saya rasa kesemua 26 juta rakyat kita akan pengsan kerana "ditipu hidup-hidup".
Saya nak tanya Tuan Syed, adalah rakyat kita ini lebih kaya atau lebih mewah daripada rakyat USA? Jadi kenapa kita bayar lebih kurang 3 kali ganda lebih tinggi daripada USA untuk membeli kereta?
Kenapa Indonesia yang jauh lebih miskin daripada kita boleh menjual kereta lebih kurang 2 atau pun 3 kali lebih murah daripada kita???
Akhir kata saya berharap Tuan Syed dan lain-lain rakan tidak berkecil hati dengan komen saya. Sebenarnya Singapura hanyalah seperti papan DART, di mana ahli-ahli politik kita gunakannya untuk tujuan dan kepentingan politik dan kekayaan mereka.
Sebenarnya negara kita ini jauh lebih mewah, kaya dan makmur sekiranya hendak dibandingkan dengan lain-lain negara MALANGNYA negara kita ini tidak "dikemudi" dengan baik seperti mana pemimpin-pemimpin Singapura mengemudi negara mereka yang langsung tidak mempunyai hasil bumi. Itu sahaja.
Saya harap dapat mendengar daripada Tuan Syed.
Sekian dan terima kasih.
Saya telah nyatakan tentang kepintaran LKY dan saya tidak nafikan yang dia telah berjaya membawa Singapura jauh lebih maju daripada Malaysia, iaitu 10 tahun mendahului kita jika dikira dari segi jurang pembangunan dan kemajuan.
Sebab itu saya kata Singapura tidak dengan mudah bersetuju mengenai apa saja sekiranya ia tidak menguntungkan mereka. Saudara sendiri tahu yang mereka tiada hasil bumi seperti kita dan mereka semestinya teliti dalam berbelanja. Lain pula dengan kepimpinan kita, belanja, belanja dan belanja.
Saya sekadar mengingatkan kita agar berhati-hati apabila berurusan dengan mereka kerana jika silap langkah, kita yang rugi.
Mengenai pekerja Malaysia, kita harus akui hakikat bahawa tanpa tenaga kerja kita, Singapura menghadapi masalah besar kerana kilang, limbungan kapal, sektor perkhidmatan dan peruncitannya akan terjejas. Jadi ia menguntungkan kedua-dua pihak, inilah hakikat "win-win" yang sebenar.
Soal harga kereta, benar, saya pun membaca laporan yang di e-mel kepada saya. Ia berpunca daripada cukai import dan cukai-cukai lain yang dikenakan oleh kerajaan kita. Tanpa cukai yang turut melindungi industri kereta tempatan, harga kereta import akan jauh lebih murah daripada sekarang.
Salam Tuan Syed
Saya beranggapan pendapat Anon di bahagian pertama dan kedua ada benarnya.
Namun ia harus dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi di antara kaum dalam negara kita.
Negara kita terpaksa membebankan orang 'kaya' di Malaysia dengan cukai yang pelbagai kerana mereka mudah lupa untuk membantu 'pihak' yang lain
Oleh itu, walaupun fakta yang diberikan adalah benar, tetapi ianya adalah 'bagus' dalam konteks acuan negara kita
Semoga cukai yang pelbagai dapat mengimbangkan taraf sosio-ekonomi yang tidak semakin 'seimbang'
Wassalam
LKY telah mengangkat martabat Mahathir jauh lebih tinggi darinya sehinggakan di kalangan rakyat Malaysia 27 juta ini, yang dia tidak mampu untuk bertentang mata hanyalah Mahathir.
Cuba tanya LKY kenapa dia tidak mahu berjumpa Mahathir? Mahathir dahpun menjawab di dada akhbar termasuk 'taktik' LKY untuk minta pasir pun Mahathir dah bagitau awal2.
Mungkin mintak bawak balik MAS SELAMET?
MRSM Kalae Chepo 66/73
Kepada Anon;
Tolong jangan banding kan harga kereta saja. Tau tak Income Tax di Eropah boleh menjangkau 50% - 60%; dan di USA 40% - 50%?
Kenapa perlu ambik contoh Eropah atau USA untuk kereta murah? Paling murah kereta di Negrei Teluk Arab! personal Income Tax pun tak ada.... Asyik nak ambik contoh Eropah/USA! pegi teluk Parsi kerja sana... mewah, gaji tinggi, kereta murah, Income Tax tak ade... Mau?
MRSM Kalae Chepo 66/73
Kepada Anon,
"Tolong jangan banding kan harga kereta saja. Tau tak Income Tax di Eropah boleh menjangkau 50% - 60%; dan di USA 40% - 50%?"
Inilah masalah orang kita yang membuat komen tanpa ilmu dan fakta.
Memang income tax di negara Eropah lebih tinggi kerana pendapatan mereka tinggi. Kalau negara kita mengenakan cukai sekian maka rakyat kita tidak dapat menanggung kerana pendapatan yang tidak seberapa.
Tax bracket USA boleh didapati dibawah.
http://en.wikipedia.org/wiki/Income_tax_in_the_United_States.
Memang harga kerata dinegara kita terlampau tinggi (hampir dengan harga rumah) disebabkan cukai yang tinggi oleh kerajaan.
Jay bee
Anon Jay Bee;
Saya hidup dan kerja di UK & US sema 10 tahun. Apa yang saya perkatakan itu adalah "percentage".
Di Malayisa, Max Tax bracket personal Income Tax adalah 27% sahaja.
Memang lah dapat banyak, keluar banyak. Tapi kau dari segi peratusan mana mau; Income tax Malaysia atau Income Tax US/Eropah?
Jangan lupa juga labaour rate untuk maintain kereta di US/Eropah jauh lebih tinggi dari Malaysia? Bagaimana pula dengan harga parking di Tokyo/jepun? walaupun harga kereta meraka murah?
jangan ambik pilih contoh yang baik-baik. Tengok secara keseluruhan. Total ownership cost.
Kalu murah sangat harga kereta di Eropah?USA, kenapa tidak semua penduduk pakai kereta2 yang best2? kenapa masih ada yang tepaksa beli Proton/Kia/Yugo - yang jadi kereta cabok2?
MRSM Kalae Chepo 66/73
Post a Comment