Sunday, June 28, 2009

Kasih sayang yang merentasi benua

Kasih sayang seorang bapa, datuk dan moyang kepada anak, cucu dan cicitnya tidak mengenali sempadan dan jarak jauhnya. Itulah yang diperlihatkan oleh seorang veteran perang dunia kedua, John McMahon baru-baru ini.

Walaupun sudah berusia 89 tahun, beliau sanggup menaiki pesawat dari United Kingdom ke Malaysia semata-mata untuk menemui anaknya, Mary (Mariam) McMahon, menantunya Abu Bakar, cucunya Adrian Abu Bakar dan isteri Zainab serta dua orang cicitnya Aimar dan Arman.




Aimar, enam tahun, dan adiknya Arman, tiga tahun, begitu gembira menemui "great grandpa John."















John McMahon tetap berpakaian segak. Wajah riang insan berusia 89 tahun dan wajahnya semasa berkhidmat dalam pasukan kereta kebal British ketika perang dunia kedua.

Beliau melalui pengalaman peperangan di Mesir, Denmark dan Belium dan menyaksikan malapetaka yang terpaksa dilalui akibat peperangan.







John McMahon menjejak kaki buat pertama kali ke Malaysia semata-mata untuk menemui anak, cucu dan cicitnya. Usianya yang agak lanjut itu membuatkannya sesekali lupa ingatan dan akibat daripada itu, dalam penerbangan ke Malaysia, dia tertinggal bagasi semasa pesawat yang dinaikinya mendarat untuk transit di Jerman.

Apa yang menarik perhatian saya ialah semangatnya untuk menemui ahli keluargnya yang beragama Islam di Malaysia, yang menurutnya, buat kali terakhir sebelum dia pulang menemui penciptanya.

Sebagai seorang veteran perang dunia kedua, disiplin ketenteraan masih jelas kelihatan pada gerak geri dan tingkah lakunya. Dia berpakaian kemas dan bertali leher ke mana sahaja semasa di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan cara dia bertutur dan bertegur sapa dengan orang yang diperkenalkan kepadanya.

John McMahon adalah peminat setia pasukan bolasepak Celtic United, sebuah pasukan yang beraksi dalam liga perdana Scotland.





3 comments:

Antus said...

Salam...
Cinta dan kasih sayang seorang yang bernama ayah terhadap anak nya tidak pernah terpadam walaupun ia nya tidak dizahirkan dengan perkataan..walaupun kebanyakan orang berkata kasih sayang ibu tampak di mata tetapi kasih sayang seorang ayah lebih terpahat di hati ayah tersebut.Mungkin sifat seorang lelaki yang jarang menunjukkan rasa kasih sayang maka sering dianggap tidak prihatin.Tetapi kasih sayang seorang ayah lah yang benar2 menusuk jiwa bilamana ianya dizahirkan seperti ditunjukkan oleh Mc Mohan ini.Kasih bapa sepanjang hayat.Hargailah bapa kita seadanya beliau.

Anonymous said...

I couldn't agree more with your statement! Precisely.

Anonymous said...

Sungguh terharu. Perasaaan kasih dan sayang memberi kesan yang mendalam pada setiap insan dan ia tidak mengenal ugama, bangsa, dan negara.