Thursday, June 25, 2009

Indonesia wajar henti penghantaran pembantu rumah

Pemerintah Indonesia bertindak bijak apabila ia mengarahkan agensi pekerjaannya memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai esok.

Kita turut sedih melihat betapa sesetengah majikan melayan pembanu rumah seolah-olah mereka bukan manusia. Yang lebih menyedihkan ialah mangsa penderaan adalah insan yang beragama Islam dan pendera pula bukan. Ini adalah hakikat daripada majoriti kes yang diketahui umum.

Oleh itu, arahan menteri tenaga kerja Indonesia Erman Suparno adalah wajar. Pemerintah Indonesia akan menarik balik larangan itu sekiranya berpuas hati akan jaminan keselamatan ke atas warganya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Perwakilan dari kedua-dua negara dijadual bertemu pada 15 Julai untuk membincang pelbagai masalah berkaitan tenaga kerja Indonesia di Malaysia, sudah tentu yang sah bukan yang diseludup atau yang menyeludup masuk ke negara ini.

Setakat ini, lebih 300,000 wanita Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia secara sah dan tidak kurang juga jumlah yang bekerja secara tidak sah. Setiap bulan, kira-kira 3,000 tenaga kerja baru datang ke Malaysia untuk bekerja.

Adalah diharapkan dalam rundingan yang bakal diadakan bulan depan, kedua-dua pihak akan bersetuju agar tenaga kerja beragama Islam hanya boleh dibenar bekerja dengan keluarga Islam.

Selain itu, pihak Indonesia perlu memastikan agar pembantu rumah yang ingin bekerja di Malaysia memiliki taraf pendidikan yang tertentu kerana terdapat ramai pekerja yang datang ke negara ini di dapati buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Mereka sering menjadi mangsa penipuan oleh majikan kerana buta huruf.

Walau apa sekalipun, majikan tidak boleh melayan pekerja atau pembantu rumah sebagai hamba abdi. Mereka adalah manusia biasa yang sanggup meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki secara halal dengan membanting tulang empat kerat.

Kita akui ada pembantu rumah yang tidak jujur, tidak amanah dan berkelakuan sumbang. Tetapi, bilangannya sedikit. Perkara ini juga harus ditangani oleh kedua-dua pihak.

13 comments:

Anonymous said...

Pembantu rumah yang diperlakukan seperti binatang ialah dari majikan berbangsa CINA sahaja. maka macam tu lah melayu akan dihina dan didera sekiranya CINA seperti DAP,MCA,Pakatan Rakyat, Gerakan yang akan mentadbir negara Malaysia nanti..yang sesetengah kaum melayu dok suka ssangat menyokong parti cina ni...

Anonymous said...

bagus tu,kalau boleh yang lain pun bawak balik.rimas di buatnye,

Anonymous said...

Tuan Syed,

Memang benar, saya telah banyak melihat pekerja Indonesia diperlakukan seperti binatang.

Persepsi Rakyat di negera kita ini menganggap orang indonesia seperti orang asing yang tidak ada nilai walaupun majikan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Walaupun agak ketara kes yang berlaku baru baru ini yang menyebabkan kecederaan fizikal, banyak yang saya lihat pekerja rumah Indonesia ditengking herdik dan disuruh membuat kerja yang amat membebankan seolah olah mereka ini hamba abdi.

Tidak terlintas oleh majikan yang mereka ini manusia biasa.

Saya juga amat bersetuju untuk diberhentikan seketika oleh kerajaan Indonesia supaya rakyat kita sedar dan insaf.

Skuad Peninjau said...

Sokong artikel ni 200%.

Couldnt agree more on this.

Orang gaji nenek saya pun kes macam ni.
Dia menderita sebelum ni.

siakap said...

Jangan marahkan nyamuk kelembu dibakar.
Mengapa kerajaan Indonesia tidak panggil balik semua rakyatnya yang bekerja di negara ini supaya pulang ke republik itu sekarang juga. Dengan konsep 1Malaysia, kerajaan akan pasti dapat atasi masalah kekurangan pekerja pendatang Indonesia di negara ini. Negara -negara jiran kita dlam ASEAN lain, Vietnam, kampuchea, Loas, Thailand dan Filipina pasti bersedia membekalkan rakyat masing-masing untuk bekerja di Malaysia. Indonesia mesti mahi ingat daripada 300,000 pembantu rumah Indonesia, hanya bila dikira dengan jari yang didera makala yang lainnya (jumlah yang amat besar) dijaga dengan baik malah hidup mereka lebih sempurna daripada setengah rakyat Malaysia sendiri.Ramai pembantu rumah Indonesia yang telah pulang ke negara asal, telah berjaya memakmurkan kehidupan masing-masing dengan hasil pendapatan semasa bekerja di Malaysia. Bagi majikan yang mendera pekerjanya, patut dikenakan tindakan sewajarnya termasuk penjara wajib dan dirotan. Majikan binatang ini juga disenaraihitam sebagai majikan. Kerajaan Malaysia mesti pasti Pembantu bergama Islam dihalang sama sekali bekerja dengan majikan bukan Islam.

Anonymous said...

Ya memang betul kesemua kes Penganiyaan Pemabntu Rumah di Malaysia dilakukan oleh Majikan berketurunan Cina, ini adalah kerana bahasa dan bangsa yang berbeza
Majikan Cina di Malysia pula tidak berapa pandai berbahasa Melayu!!

Fedap said...

Kalau setakat pelangkung, jentik telinga tu bolehlah. Hangpa tak tahu ke yg org2 Indon ni kuat menipu. Ditipunya kita hidup2 semasa isi borang pembantu rumah, katanya pandai masak, boleh jaga anak2 tapi sebaliknya berlaku. Byk yg berlaku pd budak2 di Msia angkara amah dr indon ni tapi kita tidak bising pun....basuh berak dgn kaki, kasi panadol suruh budak 6 bulan tidur, letak jem di anunya dan budak 6 bulan jilat, bawak lari pelbagai brg2 selepas kerja 5 thn dah org anggap mcm keluarga sdiri....penyepak memadai tak? Org Msia ni kecoh betul bila org Msia sbg majikan ketuk kepala amahnya, tapi kalau keluarga majikan yg kena balun dek org Indon, tak pulak kecohnya. Betul anon 1145, bawak balik yg lain gak, rimaeh....bak kata dato hisham, kita tak suruh depa dtg kerja, yg nak dtg adalah mereka sdiri....

Unknown said...

Hmmmm.... I say, there's two sides to the story.

Why only focus on the mere few who complained of abuse? What about the thousands who made their living here in the homes of good and responsible employers? Sending back and taking taking back up to RM10,000 during the duration of stay here.

I agree, this a classic case of "marahkan nyamuk, bakar kelambu".

We must admit that both countries are dependent on each other in this issue. We need their people to come in as maids and they need place for their people who needs jobs. Not all maids wannna go to Hong Kong, Saudi or Singapore, even if the pay is higher there. Mostly cite language and culture differences as a barrier to an effective working environment.

I would still saya that Malaysia is the closest that they can get to their birth origin, in terms of language and culture. And this factor should also be considered when makind decisions on this kinda issue.

Just my 2 cents woth....

Anonymous said...

bagaimana pulak keadilan apabila pembantu rumah indonesia walaupun dilayan macam keluarga tetapi baru 2 bulan bekerja sudah lari??

sepatutnya kerajaan Malaysia tegas dengan melarang terus kemasukan semua tenaga buruh indonesia ke malaysia..

sekarang solah-olah indonesia sedang MENGUGUT Malaysia.. sepatutnya kerajaan MALAYSIA bertindak dengan terus menyekat kemasukan semua buruh indonesia dan baru kita lihat SIAPA yg sebenarnya memerlukan siapa..

baru 2 3 kes penderaan dah bising tetapi beribu-ribu kes pembantu indonesia lari tidak pula di BANGKITkan...

Anonymous said...

Kes penderaan pembantu rumah bukan kes terpencil di Indonesia. Dan penderaan di Malaysia hanya sedikit yang berlaku. Cuba bandingkan kes samun, pecah rumah dan jenayah lain yang berlaku di Malaysia yang melibatkan warga Indonesia... rasanya sudah tiba masanya peluang2 pekerjaan dibuka semula untuk warga tempatan. Hentikan terus pengambilan pekerja asing dari Indonesia. Sapu habis!!!!! Barulah kerajaan Indonesia tahu betapa terdesaknya rakyat mereka utk cari rezeki di Malaysia. Masa tu baru nak menyesal...

Anonymous said...

Saya telah menggunakan lebih 10 pembantu rumah. Yang lari, yang mengandung (gara2 bagi cuti), yang penyamun, yang pemalas semua ada. Akhirnya saya berhenti kerja, saya jaga anak2 sendiri. Anak2 lebih rajin dan sedia membantu saya, pandai lipat kain, pandai basuh pinggan, pandai jaga adik.Kalau ada pembantu? Jadi pemalaslah agaknya. Alhamdulillah rezeki suami bertambah luas sejak saya berhenti kerja. Kepada suami isteri yg bekerja, bukan alasan duit saya utk hidup yg lebih selesa. Rezeki itu urusan Allah. Kalau terlalu bergantung pada maid, lihatlah nanti hasilnya pada anak2 nanti.

Anonymous said...

Setuju dengan Fedap. Pembantu rumah ni kebanyakannya tak sedar diuntung. Dapat majikan Islam, boleh tunai solat, dapat waktu rehat yang cukup, dapat makanan halal, tapi balasannya, kebanyakan mereka suka guna ilmu hitam. Bagi majikan makan benda-benda kotor, bawa minyak dagu, nak rampas suami majikan kerana dah perasan boleh jadi rakyat Malaysia dan dah pandai berangan nak jadi mem...ini semua kenyataan. Saya yang alami sendiri...maka fikirkanlah wahai bakal-bakal majikan wanita. Kebanyakan yang datang ini bukan tangan kosong, tapi penuh ilmu hitam di dada...

Anonymous said...

Tak Payah ambik lagi Pembantu Rumah Dari Indonesia. Kita jaga dia elok-elok, pastu lari ikut jantan. Anak anak kecil tinggal, harta kita diambiknya. Tak sedar diri itu dah untung, "demand" mereka keterlaluan. Lebiah baik ambik maid dari Combodia atau Vietnam.