Tuesday, May 12, 2009

Zambry Oh Zambry...

Datuk Dr Zambry Abdul Kader sudah naik tocang apabila dia nak samakan kedudukan dan apa yang sedang berlaku di Perak dengan apa yang dialami oleh pejuang kemanusiaan Afrika Selatan dan Negarawan Dunia Nelson Mandela dan wira rakyat dan pejuang hak kesamaan manusia Mahatma Ghandi.

Agak keterlaluan bagi Zambry untuk menyamakan dirinya dengan Mandela mahupun Ghandi apatah lagi untuk memetik ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika Syarikat Dr Martin Luther King sebagai sesuatu yang nak membenarkan apa yang sedang dialaminya.

Kedudukan Zambry sendiri masih menjadi tanda tanya walaupun dia mendapat perintah Mahkamah Rayuan yang diadili oleh seorang hakim. Perintah Mahkamah Rayuan itu masih samar-samar.

Hakim Ramly Ali yang bersidang seorang diri di Mahkamah Rayuan Putrajaya hanya membuat perintah menangguh penghakiman Mahkamah Tinggi KL bahawa MB Perak yang sah dari segi undang-undang adalah Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, dan bukan membuat perintah bahawa MB yang sah adalah Zambry.

Perintah yang dibuat adalah tangguh, bukan batal atau ketepikan perintah Mahkamah Tinggi. Jika tangguh bermakna akan disambung semula satu hari kelak. Jika Mahkamah Rayuan perintah untuk membatalkan atau mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi, maka ia dengan sendirinya menafikan kesahihan Ir Nizar sebagai MB. Oleh kerana perintah sedemikian tidak dibuat, maka Ir Nizar masih MB yang sah, bukan Zambry.

Keliru? Ya, ramai yang keliru termasuk mereka yang bergelar peguam. Peguam yang pro-UMNO membuat tafsiran pro-UMNO dan peguam yang pro-PR membuat tafsiran pro-PR.

Apa kesudahannya?

PM Najib Tun Razak nampaknya tidak mahu mengembalikan mandat memilih pentadbiran baru kepada rakyat melalui pilihan raya sedangkan itulah cara paling baik untuk cuba menyelesaikan kemelut politik Perak.

Kenapa Najib tidak mahu berbuat demikian sedangkan tokoh veteran UMNO seperti Tengku Razaleigh Hamzah, timbalan presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan SU Agung Gerakan dan SUHAKAM sependapat bahawa penyelesaian terbaik adalah di adakan pilihan raya sekali lagi bagi DUN Perak.

Jawapannya mudah. Maklumat yang sampai kepada Najib melalui sumber-sumber risikan rasmi dan tidak rasmi menunjukkan kemenangan tidak akan memihak kepada BN sekiranya diadakan pilihan raya. Itulah sebabnya.

Oleh kerana BN akan hilang kuasa di Perak maka BN tidak mahu pilihan raya diadakan. BN lebih suka kuasanya yang seakan-akan telur di hujung tanduk itu dikekalkan melalui cara dan kaedah lain.

Jika apa yang diperkatakan ini tidak betul dan BN memang mendapat sokongan rakyat seperti yang didakwa oleh para pemimpin BN, kenapa takut untuk berdepan dengan rakyat sekali lagi? Bukankah berani itu kerana benar dan takut itu kerana salah?

Ayuh! Mohon perkenan Sultan supaya DUN Perak dibubarkan. Rakyat dah naik meluat dengan apa yang sedang berlaku.

Jangan biarkan kemeluatan rakyat berpanjangan kerana padahnya akan dapat dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-13.


23 comments:

FIKIR2 KAN LAH said...

SEBAB BLOG HANG TAK DAK KOMEN LAGI, JADI KOMEN KOMEN INI MEMBUATKAN KITA BERFIKIR SEJENAK.

APASALAH GENG PR YANG FANATIK JE DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN.

FAHAM KAT SINI...PERLEMBAGAAN PERAK.

KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH..

3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

KESIMPULANNYA...

KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.

BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

APAPUN SKRG NI, SEBAGAI ANAK KEDAH AKU SOKONG YB. UST AZIZAN, SEBAB DIA "COOL" JE. TU LA POLITIK MATANG. BUAT APA KEPUTUSAN PUN TAK TERGESA2

NAK MEROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN / PENCAPAIAN LEBIH MUDAH & CEPAT DARI MEMBINANNYA.. FIKIR2 KANLAH.

Anonymous said...

Suruh si Zamry mamak tu ketahui dulu apa sebenarnya Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela korbankan dan lakukan untuk mencapai apa yang mereka capai. Mereka tak merampas kuasa....

buyong said...

En Syed,

Satu lagi sebab mengapa pilihanraya semula tak perlu diadakan (selain dari mungkin BN tak dapat sokongan ramai rakyat) ialah BN mempunyai majoriti 31. PR ada 28.
Itulah sebabnya tak perlu membuang masa dan tenaga utk sesuatu yang tak perlu.
Sememangnyalah pihak yang kalah akan minta replay. Kalau kalah jugak, at least, confirmlah tak dapat sokongan.

Akan tetapi, bagi pihak yang menang, buat apa nak rematch pulak? Kan aku dah menang 31-28?

Itulah adat pertandingan namanya.
Kita perlu terima dengan dada yang terbuka.

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

Kalau kalah sikit-sikit mungkin tak apa tetapi saya begitu yakin sekiranya pilihanraya diadakan hari ini, BN akan kalah teruk di Perak dan secara otomatik akan masuk ke dalam "Malaysia Book Of Record" kerana kekalahan kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah ditempoh oleh BN selama 52 tahun memerintah.

Saya percaya ramai calon BN akan hilang wang deposit, silap haribulan kena pinjam "along" untuk bayar upah pasang banner pilihanraya.

Tuan Syed, rasa-rasa BN berani buktikan yang mereka tu anak jantan dengan terima cabaran kita untuk adakan pilihanraya di Perak tak?

Mat Jerman said...

Ditiup oleh penyokong-penyokongnya yang sudah tidak sabar-sabar untuk mengganyang posisi di dalam negeri Perak, Zambry kini dah hidup dalam dunianya sendiri.

Belum apa-apa lagi....sekadar menjadi MB atas dasar perlompatan parti 3 orang yang 2 daripadanya dituduh rasuah dan lagi seorang yang jelas menipu (pepper spray dikata bilik kunci), dia dah ingat dia dah hebat.

Sungguh bongkak, sungguh takabbur.

Inikah ciri pemimpin yang Yop nak?

Martin Luther, Gandhi dan Nelson Mandela menentang penindasan.

Apakah penindasan yang Zambry sedang tentangi? Bukankah dia ketua yang menindas?

Mungkin ada satu kesamaan dengan 3 pemimpin tu kot....warna kulit.

Anonymous said...

Seperti biasa bila dah "menopouse" tu dia takut la macam macam. Takut rakyat tak undi sedangkan kat Bukit Gantang baru ni semua kata sokongan dah kembali balik jadi sokongla bubar.

Mandela, Gandhi, Martin Luther King...semua tu tokoh yg perjuang hak asasi manusia...tapi hak rakyat Perak yg dok ditipu sana tipu sini tu jauh sangat bezanya...taraf Aung San pun tak leh capai.Macamana dia ni boleh dapat Dr ni?

Gollum

Unknown said...

Fikir-fikirkanlah...

Jangan beremosi untuk beri ulasan. Tak dak komen sebab saya belum "moderate". Saya menyambut baik ulasan yang membina walapupun diselit kata-kata yang agak kasar. Sebab itu saya siarkan komen anda walaupun saya berhak menolaknya.

Antara kuasa besar yang berada di tangan Sultan adalah melantik MB dan membubar DUN.

Anda perlu faham bahawa perlantikan MB berasaskan sokongan majoriti iaitu seseorang yang pada pendapat Baginda akan mendapat kepercayaan, saya ulang, akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli DUN. Ini bermakna dia mendapat sokongan di dalam DUN yang bermakna pihak sebenar yang boleh mengesahkan sama ada MB itu mendapat sokongan atau tidak adalah ahli-ahli DUN.

Dalam hubungan ini, Zambry belum mendapat sokongan ahli-ahli DUN dalam DUN itu sendiri. Selain itu, semasa ia mengangkat sumpah sebagai MB, kedudukan Ir Nizar masih kekal sebagai MB. Fakta inilah yang diambil kira oleh Mahkamah Tinggi KL yang mengesahkan bahawa Ir Nizar adalah MB yang sah.

BN sebenarnya masih belum sebuah parti majoriti kerana tiga ADUN yang lompat parti tidak menyertai BN. Ini bermakna mereka boleh mengundi ikut suka hati dan tidak terikat dengan "Party Whip" seperti ADUN BN mahupun ADUN PR.

Apa yang sedang berlaku di DUN Perak masih belum selesai kerana pasukan guaman Ir Nizar mengemukakan rayuan untuk persidangan panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya. Bukan seorang hakim seperti yang berlaku semalam.

Fikir-fikirkanlah isu sebenar yang memperlihatkan kecelaruan politik dek berebut kuasa.

Soal buang duit bukan menjadi isu kerana banyak perkara lain yang dilakukan oleh pemerintah sebenarnya membazirkan wang rakyat. Tetapi, untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih kerajaan negeri atas keperluan untuk menyelsaikan kemelut politik, tidak seharusnya dilihat sedemikian.

askar melayu said...

Syed
Kenapa tidak diulas dan dikenang pabila Bota disambut dengan tangan terbuka dan dijamu di pejabat menteri besar? Sudah lupakah kita sebaik sahaja PRU 12 dicanang pertukaran kerajaan dengan 30 lompatan katak-katak yang berprinsip katanya. Tidak salah katanya, kehendak rakyat, katanya. Halal katanya. Adakah cara itu menghormati hak rakyat yang sudah memilih? Adakah cara itu menambah nilai kesejahteraan politik, sosial dan ekonomi?

Tetapi (tetapi yang amat besar dan signifikan) pabila berlaku sebaliknya..... tidak perlu diulas panjang.

Kemelut yang berlaku sekarang pada asasnya hanyalah konsekuens daripada pihak yang tidak dapat menerima 'setback' dalam permainan politik itu sendiri. Dalam sukan lompat-melompat ini tiada pihak yang boleh memegang'moral high ground' kerana kedua-dua pihak terlibat.

Jadi disini siapakah yang berebut kuasa?

Anonymous said...

Apakah dasar Zambry selain dari warna kulit menyamakan dirinya dengan Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi?

Nelson Mandela masuk penjara 20 tahun lebih dan Mahatma Gandhi memperjuangkan rakyat untuk mencapai kemerdekaan.

Apa kaitannya dengan Zambri?

Saya kurang faham ahli politik UMNO yang pikiran mereka bukan dalam alam realiti tetapi dalam alam maya.

Saya fikir kita harus lihat dari sudut moral perkara ini.

2 orang yang lompat parti adalah mereka yang ketika ini terlibat dalam prosiding mahkamah.

Oleh itu, dari pandangan rakyat, mereka ini mungkin boleh dilihat diambil kesempatan oleh BN untuk diugut lalu melompat bukan atas dasar sukarela.

Sepatutnya, prosiding mahkamah dipercepatkan untuk mengadili mereka ini dan jika didapati bersalah, by-election diadakan.

Ada unsur ketidakadilan dilihat oleh sebahagian rakyat dimana taktik kotor (mengugut) untuk menjatuhkan kerajaan.

Kalaupun , BN berkuasa, tidak dapat kredibiliti daripada rakyat dan ini akan membawa kepada masalah yang lain.

pakcik said...

jika dahulu..PR @ nizar byk majoriti..jadi PR memerintah..sekarang sudah terbalik..BN @ Zamry sudah menjadi majoriti..maka BN berhak perintah.

silap Zambry @ BN ialah tidak usulkan undi tidak percaya kpd Nizar @ PR masa mereka menjapat majoriti. Beliau terlalu gelojoh untuk berkuasa.

silap nizar @ PR pula adalah, beliau tidak mengaku bahawasanya beliau sudah hilang majoriti.

silap Nizar@PR dan Zambry@BN adalah..masing-masing mengambil pendekatan bergaduh dan bukannya berunding secara bijak sesama sendiri.

kuasa tidak kekal..bila-bila masa boleh jatuh..

usabukata said...

semua ni kan politik. satu pihak kata dia betul, satu pihak lagi kata dia yang betul. jadi ada yang bawa ke mahkamah. ikut saja proses mahkamah. kalau tak nak percaya proses mahkamah jangan bawa kemahkamah. jangan kalau keputusan mahkamah sebelah dia baru kata mahkamah adil, kalau keputusan tak sebelah dia kata mahkamah tak adil. mana ada jalan macam ni.

The Botak Man said...

Sdr. Syed Imran,

Walaupun mengadakan semual pilihanraya menjurus kepada pembaziran, namun ia mesti diadakan.

Biarlah rakyat Perak menentukan.

Sekarang keadaan 31-28 memihak kepada BN. Tetapi kita mesti ingat 2 dari 3 ADUN itu masih ada kes yang belum selesai.

Jika mahkamah mendapati mereka bersalah, maka majoriti akan menjadi 29-28.

Adakah majoriti 3 ini kukuh? Tidak semestinya.

Dalam keadaan sebegini biarlah rakyat menentukan.

Jika, selepas pengundian,:
(1) BN menang, kita terima itulah mandat rakyat Perak; atau
(2) PR menang, kita terima itulah mandat rakyat Perak.

Jikalau dikira dari segi wang Ringgit, memang membazir. Tetapi inilah hakikat demokrasi yang hendak ditegakkan.

Jika tidak diadakan pilihanraya, pembaziran juga berlaku. Terlampau banyak "man-hours" telah terbuang dalam mengejar kuasa.

Jika kita darab "man-hours" ini dengan nilai wang, dah berjuta-juta Ringgit pembaziran berlaku.

Ketidaktentuan akan terus mengakibatkan pembaziran yang tidak ketara.

Kalau pembaziran ini bolih dihentikan, wang Ringgit bolih disalurkan kearah aktiviti ekonomi yang bolih membantu rakyat dalam kegawatan yang sedang dialami.

Sekian

Anonymous said...

FIKIRR2 KAN LAH HIDUP BN...
dashat la hang nie FIKIRKANLAH. umno giler r. kalau nak berkuasa pun gunalah cara betul bukan cara samseng. malaysia bukan untuk BN dan BN bukan untuk malaysia. nizar cuma boleh turun dengan undi tak percaya dan bukan dengan kuasa sultan. kalau sultan punya kuasa lantik sultan maka rakyat tak payah menugundi la. buang masa saja. biar saja asultan lantik. senang. apa yang BN buat selama memerintah. habis satu singapura bagi kat orang. nak kata jaga melayu macam di pulau pinang tu apa kejadah. kerja siapa kalau tak umno. dulu BN jaga orang susah cuma dapat RM50 sebulan sekarang orang susah PAKATAN bagi RM500 sebulan. BN cum atau memperkayakan kaum dia saja. yang hang nak darurat pasai apa. awat yang bodoh sangat bukannya perang. (umno memang suka orang-orang yang bodoh) senang depa nak tipu. tv, paper kata apa pun betul belaka. polis kita pun ikut saja cakap. kat parlimen kata polis tak ada kuasa masuk dewan tapi kat perak boleh pula.SPRM pun sama kes orang PAKATAN kalau tak ada pun mesti bagi ada walau kes kambing korban, kes orang BN kalau boleh tahi pun nak kambus. KEsimpulannya orang BN, POLIS,SPRM,SPR semua nie MUKA TAK MALU. MEMANG TAK TAU MALU TAK TAU ADAB. Cuma mau duit ringgit dan pangkat saja.

askar melayu said...

The Botak Man
Tetapi rakyat Perak dah memilih pada PRU 12. Apa jaminan pilihanraya yang dicadangkan akan menstabilkan keadaan.

Perak telah berpecah dua dan tidak mustahil majoriti akan balik kepada asal ataupun lebih sempit, 30-29?

Bayangkan dengan majoriti 50+ pun Anwar mencanang untuk mendapatkan 30 lompatan, apa akan jadi jika majoriti satu digit? Bertempik gempita lah lagi Anwar dengan mengatakan lompatan ini adalah demokrasi, kehendak rakyat, dihalalkan oleh ulamak dan macam-macam lagi.

Dan kedengaranlah sokongan-sokongan sehinggalah lompatan yang dicanangkan terkena batang hidung sendiri. Akan bermulalah episod ulang-tayang yang dialami sekarang.

Bukankah lebih mudah untuk mengambil undi percaya atau tidak percaya di DUN. Jika Nizar berjaya, mengadaplah Paduka Seri Sultan untuk membubarkan dewan, sebab itulah yang dikehendakinya sangat.

Bukan begitu, Syed?

Blower said...

Salam Tuan,

Saya sangat kasihan dengan Penyokong BN yang membuat ulasan di blog tuan Syed

Mereka hilang punca dalam menafsirkan undang-undang

Pena'kulan mereka cuma mudah seperti belajar matematik bab 'mantik'

Perlantikan MB selepas pilihanraya berbeza dengan perlantikan MB selepas 'dilantik'(hilang kepercayaan di DUN)

Apakah mereka secara separa sedar telah 'menghalalkan' cara bagi melunaskan matlamat

Dipihak PR pula, mereka akan amat berhati-hati dalam menafsirkan undang-undang. Itulah sebabnya mereka membawa isu ini ke mahkamah tanpa 'pertolongan wahyu' yang boleh mempercepatkan prosiding mahkamah

Apa jadi dengan kes rayuan Sirul & Azilah? Bila nak dengar?

Blowdwhistle.blogspot.com

Quantum Metal Consultant said...

Mengadakan atau tidak mengadakan semula pilihanraya di Perak sebenarnya satu agenda politik kedua dua pihak.

Kedua duanya cukup 'miang' untuk mengadakan dan satu pihak lagi tidak mahu mengadakan pilihanraya tersebut, keduanya ada alasan masing2 sedangkan kuasa mutlak membubar ada pada sultan dan kuasa mutlak mengundi ada pada rakyat. Kedua dua pihak tidak wajar merpemain dan memperbodoh kuasa sultan dan kuasa rakyat. Mereka sepatutnya patuh dan berkhidmat kepada sultan dan rakyat tanpa banyak persaolan.

Semuanya berbalik kepada sikap kedua dua pihak dan jika apa yang mereka pamerkan hari ini, mengadakan pilihanraya semula atau tidak bukanlah satu jalan penyelesaian kerana kedua dua pihak mempunyai sikap yang tidak bertanggungjawab kepada sultan dan rakyat.

Sebelum tidur mereka sebok merancang pelan tindakan, celik biji mata besok pagi, mereka sebok laksanakan 'huruhara' yang berterusan.

Unknown said...

Saya merujuk kepada beberapa ulasan di atas.

Masalahnya sekarang kemelut ini turut melibatkan kes di mahkamah. Salah tulis dan salah cakap, akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Kita harus awas dan berhati-hati dalam membuat ulasan.

Perintah tangguh pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan yang diperolehi oleh Dr Zambry Abdul Kader juga membangkitkan banyak tanda tanya.

Peguam UMNO kata "status quo" iaitu balik ke asal.

Mahkamah Tinggi dah pun isytihar siapa MB yang sah dari segi undang-undang. Adakah kita melanggar perintah mahkamah dengan membiarkan Dr Zambry terus bertindak selaku MB kerana dia bukan MB yang sah?

Atau adakah Dr Zambry hanya boleh bertindak selaku "caretaker MB" sehingga kes di mahkamah selesai?

Perlantikan seorang "caretaker MB" dikira perlu untuk memastikan perjalanan pentabiran negeri tetapi ia tidak memberi kuasa penuh untuk membuat dasar atau melaksanakan sesuatu yang belum diluluskan oleh sebuah pentadbiran yang sah.

Ada pengulas yang menyentuh mengenai usul undi tidak percaya.
Jika nak bawa usul undi tidak percaya pun kena rujuk kepada faktor kes di mahkamah.

Kedudukan Speaker yang dilantik dalam suasana kelam kabut dan tidak melambangkan kemuliaan DUN juga dipertikaikan.

Siapa Speaker yang sah? PR kata Speaker yang dilantik semasa DUN mula-mula bersidang manakala BN kata Speaker yang dilantik semasa menghadapi kemelut politik dan dalam keadaan tegang dan tanpa mengikut aturan dan peraturan persidangan.

Jadi, banyak perkara yang belum selesai dan nampaknya tidak akan selesai dalam tempoh yang dekat ini.

Semakin banyak pihak termasuk dari kalangan parti komponen BN sendiri yang mahukan satu pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat membuat keputusan. Inilah jalan terbaik, bukan melalui saluran mahkamah mahupun usul undi tidak percaya kerana perkara itu sudah terlambat, sepatutnya BN bawa usul itu dulu sebelum mengambil alih pentadbiran negeri melalui kaedah lain.

Saya tidak mengaitkan isu "lompat parti" oleh 30 orang MP dari BN ke PR kerana ia tidak berlaku. Saya mengulas dan menulis berkaitan perkara yang berlaku, bukan sebaliknya. Kita harus sedar bahawa DS Anwar Ibrahim membuat banyak janji dan pengumuman yang hanya bertujuan politik, tidak lebih dari itu. Tidak lebih dan tidak kurang - hanya mainan politik. Sama seperti yang berlaku di kalangan parti-parti komponen BN. Jika lompatan parti berlaku, barulah kita ulas.

Apa yang sedang berlaku di Perak hanya merugikan rakyat. Itu yang jelas.

Tiga wakil rakyat yang dipilih atas faktor mereka mewakili PR seharusnya disingkir melalui saluran DUN kerana merekalah punca segala-galanya.

Dua daripada mereka yang menghadapi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga seharusnya digantung keanggotaan sehingga kes selesai. Tetapi, apabila mereka melompat, SPRM pun senyap. Kenapa? Inilah antara perkara yang membuatkan rakyat marah. Rakyat mahu melihat keadilan, kesaksamaan, ketelusan dan kesungguhan dalam penguatkuasaan undang-undang. Bukan sesuatu yang mereka lihat sebagai dwi-standard.

Anonymous said...

Salam,

Best topic nie. Nak selit jugak lah sikit komen. Pendapat peribadi saya wajar diadakan pilihanraya di perak. Ini kerana beberapa perkara:

1. Pada PR12, rakyat Perak telah mengundi PR dgn majoriti undi. Walaupun kecil, tetap PR memperolehi majoriti yg membolehkan mereka menubuhkan kerajaan di negeri Perak.
2. 3 wakil rakyat dari PR yg menang pada ketika itu sekarang ni secara tiba-tiba mengisytiharkan mereka ahli bebas yg pro-BN. Sedikit salah faham antara mereka ahli PR yg 3 ni dgn ahli2 PR yg lain mungkin ada berlaku sehingga menyebabkan mereka keluar PR (mungkin). Perkara ini perlu diteliti dgn lebih mendalam. Mereka harus menjelaskan kpd rakyat yg mereka wakili kenapa mereka berbuat demikian? Saya rasa rakyat berhak tahu.
3. Mereka harus ingat, pada kertas undi bukan ada muka mereka. Yg ada hanya lambang parti mereka. Rakyat mengundi wakil rakyat dan parti yg diwakili mereka sekali. Kalau mereka nak undi ahli parti bebas atau BN, mereka dah undi dah masa PR12.
4. Saya langsung tidak setuju dgn budaya lompat parti terutama ketika ahli parti itu menjadi wakil rakyat. Ibarat menodai kepercayaan yg rakyat berikan kpd mereka. At least tanya la orang kawasan tu dulu ok tak saya nak tukar parti ni. Awak tu wakil rakyat, bukan wakil diri sendiri! Kasi muka la sikit kat rakyat yg pilih awak tu.
5. Saya cadangkan, kalau nak allow gak lompat parti ni, satu sayarat je. Dapatkan persetujuan cara tandatangan semua majoriti pengundi kawasan tu yg undi diaorang masa utk membenarkan wakil rakyat tu keluar parti asal, join parti mana2 atau duduk bebas pro-whoever atau nobody. Itu baru adil. :)
6. Walhasil semua ni punca dari sifat tamak dan gila kuasa BN. Tidak mahu bagi peluang utk PR memerintah walaupun hanya utk 1 penggal. Bagi la peluang BN, kalau diaorang gagal, rakyat cukup bijak utk memilih BN di PR13 kelak. We are not that stupid, as you would like to believe you know. Saja taruk English sikit kasi nampak yg rakyat Malaysia sekarang, bukan rakyat Malaysia 10/20 tahun dulu bai.

Kesimpulan, kalau lu orang (BN/PR/Bebas, whatever) gentle, buat pilihan raya lagi sekali. Kasi hak dan tanggungjawab rakyat yg satu ni dilaksanakan. Baru betul adil dan confirm sapa yg RAKYAT PERAK nak memerintah negeri yg mereka cintai itu. Settle.

Wallahua'alam mis'sawab

Antibarua said...

Assalamualaikum untuk semua (Islam saja, cina kapiaq dgn hndu paria jgn jawab ok)

Wah wah wah..semua yang menulis kat sini tentu berpelajaran tinggi ye...pendapat2 yang bernas dan tinggi nilainya...semuanya bercorak akademik..sure semuanya masuk universiti..bagus betul.

Tuan punya blog...memang baik bagi peluang kpd kedua2 pihak utk menulis..tidak berat sebelah. Memang Perlembagaan Malaysia memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya.

Zambry oh Zambry...salahnya Zambry bila patuh dengan titah Sultan. Kalau sultan lantik aku pun aku patuh. Sultan beb...bukan sivakumar ye..

Nak Bubar DUN? Membazir je...silap-silap mahu bergaduh tapi sayangnya Melayu bergaduh dengan Melayu. Satu Melayu yang ikut cakap Sultan Melayu, Satu Melayu yang pertahankan kuasa cina (Nizar tu barua dan boneka je, semua rakyat Perak faham kecuali yang memang tak nak faham..sebabnya..jawab sendiriler). Orang cina dan india duk gelak2 sebab akhirnya mereka yang menang...Melayu berdarah sana sini, cedera sana sini, mati sana sini...lepas ni boleh panggil ngeh nga baca talkin...orang PAS nga nga saja ler.

Akai ada ka

Syed Mat said...

Pak Tuan Yang Saya Hormati,

Ada beberapa persoalan yang terbuku dalam hati saya yang saya amat mengharapkan jawapan ikhlas dari Pak Tuan.

Soalan 1 :

Pak Tuan rasa la,kalau Anwar berjaya dalam projek 16 September dulu, adakah dia akan mengadakan pilihanraya semula seperti mana dia mintak BN buat pilihanraya semula di Perak?

Soalan 2 :

Pasai apa orang dok kata kat BN kononnya BN tak adil. Tindakan speaker Sivakumar pi gantung 10 orang ADUN BN tu, adil ka? Macam mana nak buang Nizar ikut perlembagaan kalau Speaker sendiri gantung ADUN ikut suka hati dia.

Soalan 3 :

Pasai apa masa Datuk Nasaruddin keluaq BN dan sokong pembangkang, pemimpin pembangkang tak suruh dia letak jawatan dan adakan pilihanraya semula sedangkan dia menang atas tiket BN?

Soalan 4 :

Kalau Pak Tuan la jadi Presiden UMNO yang baru dilantik dalam keadaan parti pimpinan Pak Tuan tu masih dalam proses pemulihan setelah dihancurkan secara total oleh pemimpin sebelum Pak Tuan, adakah Pak Tuan sanggup mengadakan pilihanraya seperti mana Pak Tuan dok suruh DS Najib buat sekarang? Adakah keputusan tersebut bijak?

Soalan 5 :

Hebat sangat ka DS Nizar hinggakan rakyat Malaysia terpaksa membayar kos tidak kurang dari 30 juta ringgit untuk diadakan semula pilihanraya di Perak bagi meletakkan kembali beliau sebagai MB Perak? Tak dan ka tunggu sampai pilihanraya ke-13 nanti?

Soalan 6 :

Katakan la diadakan pilihanraya semula dan keputusannya masih sama dimana perbezaan kerusi antara parti yang bertanding hanya satu dua kerusi saja; lepas tu ada pulak makhluk yang melompat parti, adakah akan dibelanjakan lagi 30 juta untuk pilihanraya semula?

Pening saya pikiaq benda nie. Yang saya tengok, BN ka, Pembangkang ka yang jadi MB, rakyat tetap makan nasik. Rakyat tak dak apa-apa kerugian. Yang ruginya hanya orang politik yang tak boleh naik kereta Camry.

Unknown said...

Syed Mat,

Secara ringkas saya ingin katakan bahawa setiap pemimpin, tidak kira dari parti yang memerintah atau berkuasa atau parti yang membangkang, akan mempertahankan hak masing-masing. Itu adalah hak mereka sama ada ianya betul atau tidak.

Jika parti A yang berkuasa dan kuasanya tiba-tiba hilang atau dikatakan hilang apabila ada orangnya yang melompat parti, sudah tentu dia akan cuba mendapatkan semula kuasa pemerintahan. Apa yang berlaku di Perak termasuk soal lompat parti dan siapa MB yang sah bukan perkara baru, ia pernah berlaku di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Apa yang sedang berlaku di Perak dimana majoriti parti yang "berkuasa" adalah kecil, semasa Pakatan Rakyat berkuasa dan juga BN, maka masalah tidak dapat dielak. Masing-masing hanya berbekalkan majoriti kecil. Jangan samakan dengan isu Sept 16 kerana bagi saya ia bukan isu. Ia tidak berlaku.

Soal Speaker menggantung ADUN termasuk MB dibuat melalui JK DUN dan ia telahpun diselesai di Mahkamah walaupun ada pihak yang berpendapat Mahkamah telah mencampuri urusan Legislatif. Apa yang berlaku pada persidangan DUN baru-baru ini, pada pendapat saya, tidak betul dan Speaker tidak seharusnya memerintah MB (BN) dan Exconya keluar kerana ia berkaitan perintah atau perisytiharan Mahkamah. Itu tak betul dan pihak BN, melalui beberapa orang ADUNnya telah membuat laporan polis.

Soal "kalau" adalah tidak lebih daripada satu alasan, contoh, kalau si A tidak memandu kereta maka dia tidak akan terlibat dalam kemalangan. Si A boleh terlibat dalam kemalangan tanpa memandu kerata kerana itu adalah suratan takdir.

Soal sama ada seseorang itu hebat atau tidak bukan jawaban kepada kemelut yang berlaku. Ia bukan soal orang perseorangan tetapi lebih daripada itu. Pendapat banyak pihak menyokong supaya diadakan pilihan raya kerana itulah kaedah terbaik untuk selesaikan masalah.

Andai kata masalah tidak dapat diselesaikan melalui proses pilihan raya, pihak berwajib ada penyelesaian lain sama seperti yang dilakukan ke atas Kelantan.

Pokok pangkalnya kemelut yang sedang melanda Perak adalah atas sifat manusia berebut kuasa.

PR dan BN adalah sama saja.

Syed Mat said...

Pak Tuan, ayat last dalam komen Pak Tuan tu saya sokong 100%.

Bebalik kepada cerita nak bubar DUN Perak, saya rasa Pak Tuan pun taukan, bila BN gagal mendapat undi majoriti, Tajol Rosli ada mengadap Sultan untuk bubarkan DUN kerana tak dak parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak. Tapi, Sultan tak perkenankan. Masa tu pembangkang pun tak setuju untuk bubar DUN, saya rasa Pak Tuan pun tau pasai apa pembangkang tak setuju untuk bubarkan DUN pada masa tu.

Jadi, saya rasa, bila kuasa dah tak berada ditangan mereka, mereka tak sepatutnya menimbulkan isu yang dahulunya mereka sendiri menolaknya.

Bebalik kepada pendapat banyak pihak yang mahukan DUN Perak dibubarkan, saya rasa kena tau jugak sumber dan tujuan pendapat tersebut dibuat. Adakah ianya ikhlas atau sekadar meraih populariti.

Unknown said...

On this, I can't help but agree with U!