Friday, May 22, 2009

ZAMBRY MB SAH, KATA MAHKAMAH RAYUAN

Datuk Dr Zambry Abdul Kader adalah Menteri Besar Perak yang sah, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

Panel tiga hakim terdiri daripada Md Raus Sharif, Puan Zainun Ali dan Ahmad Maarop membuat keputusan itu sebulat suara.

9 comments:

Anonymous said...

Dengan keputusan itu bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu susah-susah memujuk ahli Parlimen mengundi di Parlimen bagi menjatuhkan najib. Cuma mintak mereka menulis surat tidak percaya kepada najib secara beramai-ramai ke hadapan Sultan Mizan dan habis perkara. Sultan boleh arah najib letak jawatan sebab surat dah berlambak depan baginda menandakan ahli MP dah beralih sokongan dari najib ke Anwar. So, otomatiknya DSAI boleh jadi PM dengan tak payah angkat sumpah apa-apa lagi. Ah, senangnya. Herannya, ngapalah dulu Pak lah sampai sanggup berhabis ratusan ribu RM hanya hendak membawa lari MP BN ke Taiwan dan Hong Kong semata-mata takutkan mereka mengundi dalam parlimen. Kan ke tak payah?

Syed Imran said...

Episod ini belum selesai. Pihak Ir Nizar nak kemuka rayuan di Mahkamah Persekutuan, iaitu saluran undang-undang terakhir. Tetapi, rasa-rasa macam dak tahu keputusannya...

Bab Pak Lah, akhirnya apa dah jadi... terpaksa lepas jawatan.

Manusia hanya mampu merancang...

siakap said...

Pak Syed,
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, selesaikah kemelut politik Perak?
PKR pasti buat rayuan pula ke Mahkamah Persekutuan. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. Rakyat Perak terus menjadi mangsa politik, PKR dan BN terus tuduh menuduh. Sistem kehakiman negara terus dipersoalkan, Sampai bila ini semua akan berakhir. Inilah ego orang politik, semua tak mahu beralah. Tidak sedarkah mereka bahawa rakyat yang mmberi kuasa kepada mereka dan kini rakyat pula dikotakkatitkan.Kalau kemelut berterusan Pilihanraya ke-13 harapan BN nak kekal 28 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya lepas di Perak akan melepas. Malah banyak kerusi ADUN dab Parlimen BN di semenanjung yang dimenangi pada pilihanraya ke-12 akan jatuh ke tangan lawan pada pilihanraya umum akan datang. BN kena ingat 4 juta lagi penggundi baru terdiri drp anak-anak muda akan menggundi buat kali pertama empat tahun akan datang. Silap langkah UMNO dan BN akan berkubur kerana sikap angkuh dan ego semata-mata gila kuasa.
Kepada MB haram/halal mengadap Sultan pohon DUN dibubarkan serahkan kepada rakyat menjadi hakim. Habis cerita.

Anonymous said...

Kuda Ranggi,
Kalaulah saya Zambry Abdool Kader, Isnin ini, selepas solat subuh, saya akan berdiri di hadapan Istana, memohon meengadap Tunku Sultan, untuk mendapat berkenan supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibuburkan bagi memberi laluan satu pilihanraya negeri Perak diadakan. Ini memberi kuasa rakyat Perak untuk menjadi hakim menentukan bentuk kerajaan yang mereka ingini.
Kalaulah saya Najib Razak, saya akan amat berterima kasih kepada Zambry kerana semangatnya yang perihatin kepada Rakyat dan Perak.
Kalaulah saya pengundi Perak, saya akan pasti parti/kumpulan parti mendapat lebih daripada 2/3 majoriti untuk tubuh kerajaan. jngan lagi beri majoriti mudah, ini memberi jalan kotak-katak melompar bila lihat gambar agong.

cikgu said...

Zambry menang di Mahkamah Rayuan tetapi adakah Zambry akan menang juga di mahkamah raykat? Dia boleh buktikan dengan membubarkan DUN Perak.

weber said...

ini semua sebab 3 orang ADUN yang lompat parti.. kalau tak lompat tak jadi la macam ni..
so..kalau betul BN & PR gentleman.. ubah sket undang2.. sesiapa nak lompat.. kena letak jawatan dan kena bertanding semula...

lepas ni zambry jadi MB.. tetiba ada pulak 3 orang ADUN BN lompat ke PR.. sejarah pun berulang semula... bila nak abis...

askar melayu said...

Bila kalah dengan tiga hakim, dikatakan tidak dapat lima hakim. Kalau kalah lagi mintak pula bersidang dengan sembilan hakim.

Bila menang satu hakim dikatakan mahkamah berani, adil, semangat untuk demokrasi....

Dengan barisan peguam-peguam terkenal kenapa terlalu naif untuk memikirkan bahawa keputusan terhenti setakat mahkamah tinggi sahaja?

Persoalannya, siapa yang membawa kes ini ke mahkamah?

Anonymous said...

Salam, tuan Syed

Simple sahaja. kali ini Datuk Nizar tak payah lawan balik dgn undang2. biarkan sahaja mb perak yg baru memerintah.Kalau tidak rakyat negeri Perak akan menjadi mangsa.

Jika DUN tidak dibubarkan pun tak mengapa...sebab dalam masa 4 tahun lagi Pilihanraya Umum akan diadakan dan akibatnya kita kan lihat bagaimana UMNO akan ditalkinkan. Insyallah

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt Pak Syed,

Apalah sangat Mahkamah Dunia ini, kita sama2 akan diadili di mahkamah Allah s.w.t. di padang Masyhar nanti. Nauzubillah.