Thursday, May 07, 2009

DUN PERAK dan KEMATANGAN WAKIL RAKYAT

Apa yang sedang dan telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak melambangkan sejauh mana mereka yang bergelar Yang Berhormat, tak kira dari parti politik mana sekalipun, berfikiran dan berkelakuan matang.

Itulah yang dapat dikatakan. Ia adalah sesuatu yang memalu dan mengaibkan. Ia mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa dan sekali lagi imej negara terjejas.

Jika YB Husam Musa dan kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk "puasa bercakap" maka eloklah saya "puasa menulis" mengenai apa yang sedang berlaku di Perak.

Bacalah perkembangan yang memalukan itu sama ada di laman sesawang Malaysiakini atau The Star dan NST.


8 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
saya pun nak puasa komen sat (sat saja) lepaih tu, tak boleh janji pak tuan.

Anonymous said...

Takpela tuan. Ini penunjuk kepada PRU 13 nanti.

Yang baik kita sanjung yang jahat itu kita nyahkan.

Pak Anjang

Anonymous said...

sebelum di kat taiwan ahli parlimen diorang betumbuk juga skrg kat malaysia pulak

mat

luah fikiran said...

Pandangan saya terhadap apa yang berlaku di DUN Perak: SIDANG KECOH SEMACAM TIDAK ADA PERATURAN; SITUASI SEMACAM DALAM BILIK DARJAH SEMASA KETIADAAN GURU; NILAI-NILAI MULIA SEPERTI KESOPANAN DAN HORMAT-MENGHORMATI SEMACAM DIKETEPIKAN; MATLAMAT SEMACAM MENGHALALKAN CARA, KREDIBILITI DAN IMEJ DUN PERAK SEMACAM SUDAH TERCALAR, KRISIS POLITIK DAN PERLEMBAGAAN PERAK SEMACAM AKAN BERLANJUTAN! LF tak pasti siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam pertandingan persahabatan di DUN Perak ini?
Apapun, yang pasti, suatu lagi catatan dalam kisah sejarah Negari Perak sesudah Sidang DUN di bawah pokok! Tahniah kepada mereka yang merasakan diri mereka telah menang! APA LAGI SELEPAS INI?

Anonymous said...

Patut bubar je DUN dan Sultan tetapkan tak nak lihat muka-muka ADUN sekarang pada persidangan yg akan datang.

Nani Cheras

Syed Imran said...

Sdr Afrar Yunus,

Puasa ada tempohnya. Sekarang tempoh tu dah berlalu.

Pak Anjang,

Sama-sama kita tunggu PRU 13.

Mat,

Malaysia Boleh!

Luah Fikiran,

Saya pun nak ucap tahniah kpd YB kita di Perak Darul Ridzuan.

Nani Cheras,

Inilah masalahnya. Sultan tak mahu bubar DUN. Sebabnya? Jika bubar BN akan kalah teruk, kata orang ramai di Perak.

Anonymous said...

slm'kum. what's happening in perak is a 'FITNAH & BALA' from Allah swt. For us to ponder....
1)Awat Raja Nazrin sanggup tunggu sampai 5/6 jam untuk rasmikan persidangan...under such situation should he not turn back to his istana kinta? tertanya-tanya juga rakyat semua....
2)Tu lah ...SULTAN AZLAN boleh percaya dgn pengakuan 2 ADUN yg ada kes dgn MACC.
3) Awat suruh baca NST / STar --- semua tu pun cerita yg tak benar punya. jadi lain report / tulis lain... haprak lah. teruk lagi TV3...As stated in the Holy Quran, bila ada masaalah, perlu rujuk pada Allah dan Rasul saw.... cara bagaimana nal selesai... bukan dgn hawa nafsu....NI SEMUA MABUK KUASA...ALAHAI KESIANNYA

Mat Jerman said...

Hadis Rasulullah s.a.w:

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Masyaallah....

Dalam hadis itu bukannya dikatakan Allah benci, tetapi PALING BENCI akan orang yang berkeras dalam perbalahan.

Nauzibillah tidak mahu termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.