Monday, December 29, 2008

Pulau Tikus dan Pulau Tikus


Di Negeri Pulau Pinang terdapat dua tempat berasingan yang mempunyai nama yang sama. Di daratan Pulau Pinang, sebuah pekan yang kini membentuk sebuah kawasan Dewan Undngan Negeri bernama Pulau Tikus. Ia sebenarnya bukan sebuah pulau kerana berada atas darat.

Kira-kira dua kilometer dari pantai Tanjung Bunga, terdapat sebuah pulau batuan yang juga diberi nama Pulau Tikus. Di pulau yang lebih kurang sama besarnya dengan Batu Putih di selatan pantai Johor, terdapat sebuah rumah api dan makam seorang yang dikatakan keramat (Wali). Pulau Tikus tidak berpenghuni.

Pasar Pulau Tikus yang terletak di daratan Pulau Pinang.
Pekan Pulau Tikus di persimpngan Jalan Burma dan Jalan Cantonment

Pulau Tikus yang sebenar terletak kira-kira dua kilometer dari pantai Tanjung Bunga. Pulau ini pada hakikatnya terbentuk daripada batuan sama seperti Batu Putih di luar pantai selatan Johor yang kini menjadi milik Singapura.


4 comments:

Fazrulls said...

Salam bro,

Betul tu.. pulai tikus begitu sinonim dengan penduduk jati pulau pinang..

Apa pun selamat bercuti ke pulau pinang...

Lain kali mai roger lah kawan disini..

salam

Anonymous said...

pada awal kedatangan inggeris ia dikenali sebagai Pulo Ticoose.

Anonymous said...

di Puchong ada Pulau Meranti... atas darat juga

tajudin said...

baru la ni tau kewujudan pulau tikus kat laut tu. tq