Thursday, December 04, 2008

Ke mana perginya pasir Malaysia? Tentulah ke ....



Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan jelas mendedahkan perbuatan khianat yang amat sangat oleh pihak tertentu yang sanggup menggondol bumi Malaysia untuk tujuan tertentu.


Kita boleh agak bahawa pasir yang dikaut itu di eksport ke tanah seberang - lebih tepat ke sebuah negara pulau. Jika tidak ke sana ke mana?


Perbuatan menjual pasir secara "haram" ke Singapura bukan perkara baru. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan kesedaran mengenainya pada tahun 2006.

Untuk rekod, Malaysia melarang pengeksportan pasir ke Singapura pada tahun 1997. Ekoran daripada itu, Singapura mengimport pasir dari kepuluan Riau, Indonesia. Tetapi, atas kesedaran nasional, Indonesia pun melarang pengeksportan pasir ke Singapura pada tahun 2007.

Akibat larangan oleh Indonesia, harga pasir untuk industri pembinaan di Singapura melambung sehingga 15 peratus. Singapura mengimport pasir bernilai antara RM145 juta dan RM330 juta setahun untuk menampung keperluan pembangunannya.

Saya masih ingat iaitu pada tahun 2006, ketua pembangkang di Parlimen Malaysia ketika itu, Lim Kit Siang pernah menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir mengenai pembabitan pemimpin tertentu dalam pengeksportan pasir ke Singapura. Tidak tahu pula saya sama ada BPR berbuat demikian atau tidak. Besar kemungkinan tidak kerana sebab-sebab tertentu.

Untuk mengembalikan ingatan, Tun Dr Mahathir mendakwa pihak tertentu di Malaysia mempunyai rancangan untuk mengeksport pasir bernilai berbilion ringgit ke Singapura untuk satu tempoh menjangkau 20 tahun. Katanya, perbuatan itu merupakan satu percanggahan kepentingan pemimpin tertentu dan ada kaitan dengan isu pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa pasir berkenaan akan di ambil dari dasar laut seluas satu bilion meter persegi dan akibat yang akan diterima oleh Malaysia ialah kepupusan ikan dan kesengsaraan hidup untuk para nelayan.

Pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di Johor.

Kita asyik dengan pembangunan Iskandar Malaysia dan dalam keasyikan itu bumi kita digondoli untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Apa nak jadi dengan negara kita jika kerakusan dan kegelojohan terus menguasai pihak tertentu terutama yang bergelar pemimpin dan pentadbir.

Nak harapkan siapa untuk menyiasat?

Harapkan pagar, pagar makan padi.

7 comments:

Cokodok said...

Salam,

bukan curik cokelat kat 7 eleven.. nie curik pasir, takan le tak perasan.. melainkan sengaja buat tak perasan... jgn dek terpukau dgn Wilyah Iskandar.. sampai tergadai pasir kita...

wakketar said...

Curik ceklat tutup dengan suratkhabar baru beli pun kena tangkap dengan salesgirl. Takkan curi pasir guna tongkang sebesar-besarnya (orang negri kata godang amek-amek)boleh tutup dengan kertas suratkhabar lama...

tajudin said...

nampak sangat untungnya jual pasir ye...atas angin je.

kalau nak siasat seribu daya...

Cokodok said...

hahaha... En Mohd... cam selalu buat jer curik ceklat...

Anonymous said...

alaa..alang2 jual pasir jual jer malaysia ni singapork yg greedy pig tu.

Anonymous said...

Tuan Syed,

I don't know who's the actual culprit behind this Sand "Stealing" Subject BUT few times in a week, sometimes daily, LOT OF BIG LORRIES AND TRAILERS fully loaded with sand will stop at PEKAN RABU, TAMPOI parking lots(Just Besides Petronas, where FREE RPK T-SHIRT been distributed)and also along the Skudai Road just to "AVOID" somebody.... Once they get the "signal" then they will continue their journey

I'm not sure whether they're avoiding the JPJ or "someone else" BUT it's happening almost everyday. Sometime I can see all the lorries queing around 11.30am, sometimes around 4.00pm. I suspect MAY BE they have some connection with the sand stealing syndicate.

Actually the entire SAND STEALING, ILLEGAL VCD BUSINESS and ALONG ACTIVITIES are very very big operation so WITHOUT the involvement of the BIG SHOT(s) it's impposible to get it done successfully. Further more all the mentioned activities are happening in big scale in JB. The authority such as Police, JPJ, Custom, KPDNHEP and etc are not doing anything, the most they will pass by.

Oppssss, I almost forgot to include one more important point.....The PEKAN RABU, TAMPOI parking lots is located around 500 meter from Tampoi Police Station (Not 500KM).

Apa pandangan Tuan Syed?

Unknown said...

Terima kasih atas maklumat saudara.

MB Johor Abdul Ghani kata itu bukan pasir, tapi silica, iaitu sejenis sebatian (silikon dioksida) yang digunakan dalam pembuatan kaca.

Kepada rakyat jelata, itu adalah pasir. Silica berada dalam pasir.
Pasir itu adalah pasir Johor.

Di Malaysia semuanya boleh berlaku di hadapan mata pihak berkuasa termasuk berdekatan balai polis.