Tuesday, November 25, 2008

Warisan George Town perlu dipertahankan

Bangunan yang dikenali sebagai Town Hall (atas) dan City Council (bawah) adalah sebahagian daripada binaan yang diiktiraf sebagai warisan kebudayaan (senibina) Inggeris yang membolehkan George Town diterima oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.


Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang ditunjangi oleh DAP harus peka dan berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek pembangunan di dalam kawasan yang diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia, Bandar Bersejarah di Selat Melaka.

Sebarang projek pembangunan yang hendak diluluskan mesti mematuhi dan menepati syarat yang ditetapkan oleh UNESCO, badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan penganugerahan tersebut. Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng harus sedar bahawa bukan senang untuk mana-mana negeri atau bandar untuk diiktiraf sebagai tapak waisan dunia (aspek kebudayaan) seperti yang dinikmati oleh Melaka, Bandar Raya Bersejarah dan Bandar Raya George Town.


Pemilihan George Town sebenarnya berkat usaha Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan kita akui ada projek pembangunan terbabit diluluskan oleh kerajaan itu. Ini tidak bermakna kerajaan yang ada sekarang boleh melakukan sesuatu tanpa merujuk kepada syarat pemilihan George Town selaku tapak warisan dunia atau melepaskan tangan begitu sahaja.


Adalah diharapkan Lim Guan Eng, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (pengganti Majlis Bandar Raya George Town) akan lebih peka akan kedudukan George Town sebagai tapak warisan dunia.


Dalam hubungan tapak warisan dunia, Lim Guan Eng mewarisi sesuatu yang dimulai dan diperjuangkan oleh kerajaan BN dan bak kata orang, dia dan anggota pentadbirannya seolah-olah memasuki rumah hanya dengan sehelai sepinggang kerana semuanya sudah tersedia. Apabila menghuni rumah tersebut, jangan pula bertindak bodoh dengan merosakkan segala kemudahan yang ada. Buruk padahnya!

4 comments:

Anonymous said...

Ami Ban,

GUAN ENG jangan terlalu bangga dan riak, beliau harus jaga apa yang di amanahkan oleh beliau, dia harus ingat orang Pulau Pinang bukan bodoh, jadi beliau harus jaga elok-elok Pulau Pinang yang di pimpin sekarang, kalau tak jaga kemungkinan penggal ni saja dia akan jadi CM (ketua menteri)
-renung-renungkan, selamat beramal-

mijan

arif omar said...

INI JENISNYA KERAJAAN YANG KURANG BERFIKIR DAN NAK MUNTUNG JANGKA PENDEK. DIBARAT TANDAS BURUK PUN DIPELIHARA BERIBU TAHUN. INI ORANG DAH BERI ANUGERAH . SENANG-SENANG AJE NAK DIUBAH DAN TAK FIKIR KESAN JANGKA PANJANG. PENIAGA NI FIKIR HAL DUIT AJE. BUKAN FIKIR MASA DEPAN DAN SEJARAH NEGARA.

Anonymous said...

ketua menteri yang tak pakai otak buat sesuatu. tak fikir lansung sejarah negara.

LAWYERBUROK said...

Seronok lihat komen semua nya datang dari orang melayu dan bumiputera Pulau Pinang komen pasal Ketua Menteri P.Pinang dari Pemerintah BN sampai Pakatan Rakyat
hanya benda nama jalan, DEB serta benda remeh temeh. Yang komen pula semua nya ali baba, ali bangladesh dan juga ali indo itu yang bahagian kontraktor. Yang bahagian konporat pula semua nya jadi chairman atau director buta yang dipunyai oleh alibaba juga. kadangkala boria pulau pinang tu betul pi mai pi mai tang tu juga hanya beri sedap komen. Lawak lagi yang komen pasal nama jalan pula tak pernah pun nampak muka dikawasan itu dan juga tak tahu tempat tu dimana??? lagi lawak tak ada rumah melayu atau bumiputra dikawasan tersebut. Kawasan Parlimen ni hanya ada pengundi melayu/bumiputera 4000 sahaja yang tak pegang apa apa jawatan dalam UMNO Bahagian Tanjung selamanya. Undi tersebut pula tak laku kepada semua parti yang bertanding kerana pecah tiga DUN pun tak boleh menentukan undi apa apa. Sudah lah jangan dok buat lawak kalau nak bela berjuang pertama sekali cuba buat perniagaan sendiri dulu. Pulau Pinang ini hanya kawasan melayu/bumiputera hanya 15 kerusi berbanding kaum lain 25 kerusi. Kalau Dewan Undangan Negeri buat tambahan kerusi DUN apa macan ??? maaf ya jangan marah lebih baik buat kerja dari jual poto dalam paper kerana rakan kongsi alibaba gelak tapi tak apa memang dah macan tu nak buat macan mana.