Saturday, November 22, 2008

Melaka terima tamparan hebat dpd Shahrukh Khan

Terkini: Isnin 24 November - Kerajaan Negeri Melaka berkata pelakon itu kini bersetuju untuk hadir pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu pada 6 Disember. Semoga dia tak buat hal sekali lagi.




Kerajaan Negeri Melaka terutama ketua menterinya, Ali Rustam, menerima tamparan hebat yang memalukan apabila pelakon Bollywood, Shahrukh Khan membatalkan kehadirannya untuk menerima anugerah bintang kebesaran Melaka yang membawa gelaran datuk.


Alasan yang diberikan... dia terlalu sibuk dan tiada masa untuk ke Melaka.


Apakah ertinya tindakan pelakon Bollywood itu?


Yang dapat difahami ialah dia tidak menghargai dan menghormati penghargaan itu kerana dia adalah seorang pelakon hebat, bernama besar dan disanjungi bukan sahaja di benua kecil India tetapi melepasi sempadan negara itu.


Jadi, peduli apa dengan sebuah negeri kecil bernama Melaka. Peduli apa dengan maruah kerajaan negeri, ketua menterinya dan Yang Dipertua Negeri Melaka itu sendiri. Bagi Shahrukh, bukan dia yang meminta anugerah itu.


Inilah padah yang diterima oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Ali Rustam apabila memilih untuk memberi anugerah kepada seorang pelakon Bollywood yang kononnya "berjasa" kepada Melaka semata-mata kerana "memperkenalkan" negeri itu ke seluruh dunia melalui lakonannya.


Apakah sebelum ini Melaka tidak dikenali? Apakah sebelum ini tiada pelancong dari Barat dan Timur Jauh yang mengunjungi Melaka?


Sebenarnya, nama Melaka sudah gah di seluruh dunia bukan kerana filem Hindustan atau Shahrukh Khan tetapi kerana warisan sejarah kesultanannya. Bukankah ia pernah dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho dan pelayar serta pengembara dari dunia Barat. Bukankah laluan laut penting yang memisahkan Malaya dengan Sumatera bernama Selat Melaka! Nama Melaka cukup terkenal dan tidak memerlukan penganugerahan darjah kebesaran kepada seorang pelakon Bollywood untuk menyatakan perasaan terima kasih.


Jikapun Ali Rustam ingin menghargai Bollywood kerana menjadikan Melaka sebagai tapak penggambaran filem, ia tidak semestinya diberi kepada pelakon kerana yang memilih Melaka bukan pelakon tetapi sama ada penerbit atau pengarah filem itu sendiri.


Tindakan Shahrukh Khan tidak akan ke Melaka seperti yang ditetapkan semata-mata kerana dia terlalu sibuk bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri Melaka tetapi kepada negara Malaysia.


Dia sudah tahu dan diberitahu tentang majlis khas yang bakal diadakan khusus untuknya di Melaka. Dia tentu sedar bahawa majlis itu membabitkan Yang Dipertua Negeri dan persediaan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Dia sudah tentu menyemak dan mencatat jadual majlis itu dalam jadual catatan hariannya kerana dia adalah pelakon Bollywood yang pertama diberi penghargaan tersebut oleh sebuah kerajaan negeri di Malaysia.


Oleh itu, adalah tidak wajar bagi Shahrukh Khan untuk membatalkan kehadirannya semata-mata dengan alasan dia terlalu sibuk.


Yang jelas, dia tidak menghormati Yang Dipertua Negeri Melaka, dia tidak menghormati Kerajaan Negeri Melaka dan dia tidak menghargai anugerah yang bakal diterimanya itu.


15 comments:

Anonymous said...

baru ali rustam ADA AKAI..!!

Anonymous said...

Jangan salahkan Shah Rukh Khan tetapi diri sendiri perlu disalahkan. Pepatah Melayu ada menyatakan "Anak Sendiri Mati Kelaparan, Kera Di Hutan Disusukan".

Masih ramai lagi artis tanah air yang patut dan lebih layak menerima sebarang darjah kebesaran. Artis-artis seperti, Yahya Sulung, Hamid Gurkha, Norlia Ghani, Azean Irdawaty dan ramai lagi.

Kepada mereka yang masih teringin sangat untuk kurniakan darjah kebesaran kepada artis luar negara, masih ada ramai lagi artis bollywood dengan nama Khan contohnya Salman Khan, Amir Khan, Rajini Khan, Amjeet Khan dan Ma khan:)... cuba-cuba lah jemput mereka... manalah tahu kalau-kalau pun teringin sangat kat darjah kebesaran tersebut

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Orang dari India tak pandang pandanglah anugerah yang dari Melaka atau negeri lain di Malaysia kerana bagi mereka tak glemer lah. negera itu masih memandang tinggi kepada England dan the Queen. Anugerah Sir yang diidamkan bukan datuk. Tidak seorang pun rakyat India tahu apa itu Datuk. Semasa Datuk Seri S. samy Vellu mewakili negara ke acara rasmi jemputan kerajaan India, beliau hanya di panggil Honourable Minister sahaja, gelaran Datuk Seri tak disebut pun.
saya cadangkan kepada Ali Rustam, beri gelaran Sir kepada Shahruh khan pasti ia datang.

Unknown said...

Shah rukh khan tidak ke melaka kerana bergegas ke dubai untuk http://1426.blogspot.com/2008/11/percikan-bunga-api-atlantis-menyinar.html

Unknown said...

Sdr Fudzail,

Ada ramalan yang menyebut bahawa Dubai akan menghadapi masalah ekonomi yang agak genting dalam masa dua tahun lagi. Pemborosan yang sedang dilakukan akan memakan diri.

Anonymous said...

dia ni kan yang ada hati nak jadi Timbalan Perdana Menteri? HAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHA. Tapi, apa nak hairan, Pak Lah pun boleh jadi Perdana Menteri...HAHAHAHHAHAHAHAHA

Anonymous said...

Rajinikanth lebih layak terima Datukship dari Shah Rukh Khan. Rajinikanth jauh lebih popular, jauh lebih berpengaruh, dan jauh lebih lama menyumbang kepada masyarakat Malaysia, kaum Tamil khususnya.

Filem Tamil bukan sahaja kelakar, bahkan menyentuh hati dan mudah dihadam. Filem Tamil memaparkan pergolakan kaum, kesempitan hidup, jurang ekonomi dan kenegaraan.

Berbeza dengan filem Hindi yang lemas dalam fantasi, dan recycle aspek percintaan terhalang, cinta antara dua darjat dan seorang kawan yang sanggup mengorbankan cintanya untuk teman rapatnya.

APA KEJADAH INI SEMUA?

Kita dengan penuh rasa hormat menggesa mana-mana kerajaan negeri untuk mengurniakan gelaran datuk kepada Rajinikanth.

Berikut adalah senarai tentang mengapa Rajinikanth patut diberi gelaran Datuk :

1.Beliau makan gula-gula getah dengan penuh gaya.

2.Beliau mempunyai misai yang lebat dan sungguh menawan.

3.Beliau berjaya menumpaskan menteri-menteri yang korup.

4.Beliau mempunyai pengikut yang ramai.

5.Sudah masuk penjara pun, masih bergaya.

6.Bila bergaduh, mesti menang walaupun menentang berpuluh-puluh orang.

7.Berjaya mengumpul berbilion-bilion wang dan membina universiti, kolej, jalan raya, hospital dll dalam masa yang singkat.

8.Kalau tackle awek confirm dapat.

9.Boleh mengelak peluru.

10.Pastinya akan mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dan beberapa orang menteri yang lain.

(Dicedok dan diolah semula dari blog tertentu. Identitinya tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran empunya blog.)

Anonymous said...

Pak tuan,
Shah Rukh Khan dah nengok dlm dictionary Datuk bermakna Granfather ..elok jugak dia tak datang..kalau tidak kembang idung Ali Ketam..

Al said...

Hi all ...
I still cannot comprehend the rational giving Datukship to this fellow ... what has he done for Melaka & Malaysia? But looking at the way every states gives away datukship, datuk-seriship & what not ... one tak payah wonderlah!! Now dah tak ada grand value ... cuma duit-value saja!

Anonymous said...

Mungkin jugak dia tau yang gelaran 'Datuk' ni amat mudah diperolehi di Malaysia dan dah berlambak-lambak 'Datuk' di sini.. nothing special!

Anonymous said...

ketawa 3x kah kah kah pelakun haprak dah malukan satu melaya, ba mana nak letak muka

Anonymous said...

haaaa...baru tau!.itu lah dia.punyalah ramai lagi warganegara Malaysia yang layak menerima gelaran tu tapi Shah Ruh Khan juga yang dipilih.

akhirnya Shah Rukh Khan sendiri tidak dapat hadir pada untuk menerima gelaran tersebut.

jadi moralnya disini ialah utamakan yang mana patut diutamakan.

Cokodok said...

salam,

aper yg sedih Tan Sri P.Ramlee sendiri mendpt darjah kebesaran setelah beberapa tahun beliau meninggal dunia.... kekadang tak paham aku camne kriteria pemilihan bagi penerima darjah kebesaran nie... tgk ler sendiri... setakat nyanyi lagu hit raya, dpt datuk.. berlakon satu dua crita jadi datuk, tup tup pon dpt datuk... aper citer nie??

kita tgk knighthood kat UK... bila ada org cadang nak bagi 'Sir' kat Beckham, satu UK membantah.. atas alasan beliau belum layak utk carry the title... walhal kita semua tahu camne contribution beckham terhadap bolasepak england... bandingkan negara kita.. cukup murah datukship tu beri sana sini...

mungkin ada baiknya jika pihak berkenaan standardizekan proses pemilihan penerima anugerah... atau kalu nak lebih drastik, satu suruhnajaya khas ditubuhkan bagi menilai setiap individu yg dicalon utk menerima aper jua anugerah..

Anonymous said...

ali rustam kena akal
juga dikata takde akal
srk eksyen perangai jengkel
kita dimain2kan begitu dangkal

macam ni ke nak jadi timbalan presiden umno merangkap timbalan pm?

bodos ya rabbi

Anonymous said...

Ayooo Encik Ali Rustam, itu worang bukan saja tarak layak dapat datok, tapi dia sendiri pun tarak mau itu 'grandfather' punya gelaran... Yena dei macaa...