Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO - iaitu mencabar ketuanya sekarang Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.
Keputusan yang diambil oleh Shahrizat adalah tepat kerana amat jelas suara majoriti pemimpin Wanita UMNO peringkat negeri memberi sokongan kepadanya.
Bagi Rafidah, inilah masa yang paling sesuai untuknya bersara dan melepaskan jawatan ketua wanita kerana pelan peralihan yang diilhamkannya amat janggal dan menimbulkan banyak tanda tanya.
Apa yang Rafidah nak buat dalam tempoh tiga bulan sebelum menyerah jawatan itu (atas sifat pemangkuan) kepada Shahrizat?
Jika Shahrizat tidak mencabar Rafidah, kedudukannya selaku naib ketua akan berada seperti telur di hujung tanduk dan kemungkinan besar dia akan tumpas di tangan Datuk Kamilia Ibrahim. Dengan itu, pelan peralihan daripada Rafidah kepada Shahrizat sudah tentu akan gagal. Shahrizat tidak boleh dan tidak seharusnya mempergadaikan kedudukannya.
Rafidah tiada jalan lain melainkan menarik diri daripada bertanding untuk mempertahankan jawatannya jika ia ingin melihat wanita UMNO terus bersatu, mantap dan kuat.
Bak kata Allahyarham P. Ramlee dalam lagunya "Tidurlah Permaisuri" yang diubah sedikit gurindamnya ...... "Undurlah wahai permaisuri, undurlahlah, tinggalkanlah ah ah tinggalkanlah.....
undurlah wahai permaisuri".
13 comments:
we need her (rafidah), she would shut whatever left of badawi's regime.
salam pak tuan.
rafidah sudah berakar dlm wanita umno. nak lepaskan jawatan tu baginya sesuatu yg luar kotak pemikirannya buat masa ini. apapun, masanya telah tiba, dia perlu samada dengan rela atau paksa, pergi meninggalkannya.
Rumah kata "Pegi, pegi", Kubur kata "Mari, mari". Sepatutnya waktu yang berbaki di antara rumah dan kubur ini digunakan sebaik mungkin oleh sesiapa saja untuk melakukan amalan-amalan yang baik.
Kalau tak dapat melakukan apa-apa amalan yang baik sekurang-kurangnya, jangan lah menyakitkan hati rakyat yang sememangnya dah lama luka dan hidup dalam serba kekurangan.
Takkan duit $$$berjuta$$$ yang dikumpulkan selama 3 dekad ini masih tak cukup-cukup. Adat kata 10keturunan boleh hidup macam raja dan masih makan tak habis.
Jangan lupa, pepatah ada mengatakan yang "Orang Tamak, Selalunya Rugi".
Biarlah orang lain pula jadi Menteri AP.
Sekian dan terima kasih
AP Queen!
Malaysians will always remember her, she is one of the many ministers with a funny character!
my latest article-
An Exposé on Raja Petra Kamaruddin and the ''hidden-hand'' behind Malaysia Today **
http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/
hanya kak fidah kita saja yang ada tel** untuk bantai rejim anak beranak nie..oh..ya..our bet goes to kak fidah 7-3..
Inilah namanya rezeki bagi Kamilia. Tak payah susah bertanding dengan Shahrizat. Kiranya menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua Wanita la... Ok la tu. Rafidah pun satu. Sampai bila beliau nak pegang jawatan Ketua Wanita? Ada baiknya jika beliau undur diri.
Saya amat setuju dengan pengunduran TS Rafidah kerana sudah tiba masanya ditunjukkan signage 'keluar' Dewan Merdeka. Bagi pendapat saya, wanita bahagian hampir 80% menyokong peralihan kuasa pada Mac ini. TS Rafidah juga perlu berundur dengan secara terhormat sepertimana lazimnya sejarah wanita UMNO. Percayalah..TS Rafidah dalam 2-3 hari ini akan membuat kenyataan akhbar 'menarik diri atas kehendak akar umbi' because she has nothing to lose...
Jangan dipaksa Rafidah berundur. Apa hak engkau? Kau Wanita ke?
Rafidah lebih perform dari Shahrizat Lalang. Rafidah lebih berwibawa di Malaysia dan juga di pentas dunia. Rafidah menang di KK, Shahrizat tersungkur ngan budak beringus di LP.
Anon 11:48am
Inilah masalah orang yang masih belum dewasa dan matang berfikir. Berilah ulasan atau komen yang elok dan cerdik sikit.
Ini bukan soal paksaan atau hak. Ini soal kepimpinan politik dan sebagai orang politik, Rafidah atau sesiapa sahaja adalah hak rakyat dan rakyat boleh beri pendapat dan teguran.
Pak Tuan Syed,
Shahrizat akkhirnya berjaya membaca taktik licin Rafidah untuk menyinkirnya menterajui pergerakan Wanita UMNO sekali gus membunuh karier politiknya. Peralihan kuasa JUN datang hanya janji mulut manis Rafidah sebelum memenangi kerusi Ketua Wanita tanda pertandingan. Saya yakin apabila Rafidah tidak ditandingi, Rafidah akan menggunakan kedudukannya sebagai pemimpin sayap kiri UMNO, untuk tawar menawar jawatan kabinet daripada Najib.pada masa yang sama Exco baru Wanita akan mendesak untuk Rafidah kekal menterajui Wanita UMNO, maka di mana peranan Shahrizat? Rata-rata Wanita UMNO berkizat tidak bertanding jawatan no 1 Wanita UMNO, mereka tidak akan menyokong Shrizat untuk jawatan naib ketua. Mereka akan sokong Kamalia. Maka hilanglah Sharizat dalam pergerakan Wanita UMNO.Amat sukar bagi Shahrizat untuk kembali menterajui pergerakan itu, selepas tiga tahun diketepikan. Pancong memancong dalam politik adalah lumrah alam politik terutama apabila kita disisihkan.Saya yakin pertandingan Shahrizat dan Rafidah adalah menarik, knowing Rafidah yang sukar mengawal mulutnya, pasti "membogelkan" pencabarnya selama empat bulan akan datang ini.Rafidah tidak dapat terima perlantikan Sharizat sebagai Penasihat Perdana Menteri dalm hal Ehwal Wanita, sunguh pun kalah pada pilihan raya umum lepas, mankala Rafidah, yang kekal mempertahan kerusi parliamen Kuala Kangsar, digugurkan dlm barisan jemaah menteri. Masihkah kita ingat semasa rafidah kalah kepada Dr Siti Zaharah, Rafidah mendesak Dr Mahathir (PM pada masa itu) supaya kekalkan jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Itulah Rafidah, beliau tidak dapat terima hakikat yag beliau digugurkan sebagai Menteri.
Pak Tuan Syed,
Rafidah bukan senang nak berundur malah sahari dua ni semakin garang.
Jangan bimbang, bulan Mac depan tahulah nasib dia. Harap-harap perwakilan Wanita pilihan secara rasional dan bukan emosi. Pada perwakilan Wanita, plan peralihan kini plan pergaduhan. Hidup Wanita.
"Inilah masalah orang yang masih belum dewasa dan matang berfikir. Berilah ulasan atau komen yang elok dan cerdik sikit.
Ini bukan soal paksaan atau hak. Ini soal kepimpinan politik dan sebagai orang politik, Rafidah atau sesiapa sahaja adalah hak rakyat dan rakyat boleh beri pendapat dan teguran."
Bagus sekali teguran Tuan Syed kepada mereka ini.Berita semalam kata Rafidah takkan berundur malah masih mahu bertanding.Mungkin ada agenda disebalik keputusannya itu. Wallahu'alam. Saya pernah dengar cara Rafidah menguruskan Kementeriannya dulu amat dikagumi oleh kakitangan Kementerian itu.Itu dari soal pentadbirannyalah.Apapun biarkan saja wanita Umno menentukan siapa ketua yang mereka mahu.Sama ada minda mereka masih tertutup atau telah terbuka itu kita akan tahu nanti.
Oh yea,saya baru saja memberi buku tulisan Syed Husin Ali - Orang Melayu :Masalah & Masa Depan. Amat menarik sekali kandungannya.Mungkin Tuan Syed telahpun katam.Saya amt syorkan buku ini kepada semua Melayu dan bukan Melayu.
Sharizat reminds me of Paklah..flipflop style..no character..Rafidah much better but a bit too long overstayed..Kamilia should be the one.
Post a Comment