Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang dipertanggungjawab untuk mengawasi sempadan pantai negara akan diperkukuhkan dengan pembelian tiga buah helikopter Agusta-Westland.
Pengumuman mengenai pembelian tersebut diumum oleh syarikat berkenaan dan bukan oleh Kerajaan Malaysia atau APMM dan oleh itu tiada keributan atau persoalan timbul.
Bagaimanapun, harga pembelian tidak diumumkan. Oleh itu, kita tidak tahu sama ada pembelian itu mengikut harga pasaran atau sebaliknya. Nampaknya, tiada ketelusan.
APMM dilaporkan akan memiliki tiga buah helikopter AW139. Kontrak pembelian ditanda tangani pada 7 Oktober dan penghantaran akan dibuat tahun depan (tidak pula disebut bila antara Januari hingga Disember 2009).
APMM akan menggunakan helikopter berkenaan untuk gerakan mencari dan menyelamat (SAR), rondaan udara dan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang.
Helikopter keluaran Agusta-Westland terutama AW139 diguna oleh beberapa agensi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang beberapa buah negara termasuk Pengawal Pantai Jepun dan Korea Selatan, Agensi Keselamatan Sepanyol, Pengawal Sempadan Estonia, Agensi Maritim dan Pengawal Pantai United Kingdom dan Pengawal Pantai Itali.
Oleh itu, pembelian helikopter AW139 oleh APMM boleh dikatakan bertepatan dengan keperluan kelengkapan untuk menjalankan tugas dan tangungjawab yang diamanahkan.
5 comments:
Pak Tuan Syed,
Malaysia sekarang dlm mood membeli belah. Kini mana-mana syarikat akan memperkenalkan produk masing-masing kepada negara ini.
Syabas kepada APMM kerana bakal memiliki helikopter Agusta-Westland yang dikira menepati ciri-ciri yang bersesuaian dengan APMM.. Tapi sebelum helikopter ni melalui proses pemeriksaan atau test drive tak? Kalau takde eloklah dibuat. Bagaimana pula dengan harganya? Adakah wajar atau standard? Jangan jadi macam Eurocopter dah la. Harga melampau-lampau mahalnya...Kerja orang tengah..
Salam sejahtera,
Apabila maklumat sesuatu jual beli tidak didedahkan lebih-lebih lagi apabila nilai pembelian tersebut menjangkau jutaan ringgit, ini bermaksud 'Ada Udang Di sebalik Mee".
Mesti ada sesuatu agenda terselindung menyebabkan mereka tidak mahu mendedahkan maklumat jual beli tersebut. Pada kebiasaannya ianya melibatkan "KOMISEN" yang akan diperolehi oleh pihak pembeli atau pun sekiranya mereka ada lain muslihat seperti mengeluarkan resit pembelian yang mana harga yang tertera di atas resit pembelian tersebut jauh lebih tinggi daripada harga sebenar pembelian tersebut. Contohnya:-
- Harga Produk Mungkin RM82.80
- Harga Di Atas Resit mungkin
RM167.00 atau pun RM193.00. Ini
bermaksud baki RM84.20 - RM110.20
masuk poket mereka. Bukankah
sistem ini sudah menjadi tradisi
kita...Faham-faham sudah....
Sekian dan terima kasih
to:-anony.. 5.49
lebih kurang macam kes MAS lah,maggie mee masa tu 50 sen sebungkus,keluar resit $2.50,mana tak jahanam,sayugia di-ingatkan,ini bukan tradisi kita,tapi tradisi pemimpin-pemimpin united malays national organisation yang merupakan PENCURI BESAR,yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun..tunggu apa lagi?HIDUPkan lah SOSIALISMA..!
abgus tu tingkatkan imej dan produktiviti APMM, syabas......tapi kenapa akhir2 nie ramai yang asyik nak beli helicopter? heh
Post a Comment