Wednesday, October 10, 2007

Angkasawan - tahniah untuk Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad tersenyum selepas menonton pelancaran kapal angkasa Soyuz dari kamarnya di Institut Jantung Negara. Foto ini dikutip daripada blog anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir. Selamat Hari Raya Tun. Semoga cepat sembuh.





Angkasawan Malaysia yang pertama, Dr Sheikh M. Shukor selamat dilancarkan ke angkasa lepas kira-kira pukul 9.22 malam ini. Dr SMS dijadualkan berada di stesen angkasalepas antarabangsa (ISS) selama 10 hari untuk menjalankan uji kaji saintifik.

Semua stesen tv utama - RTM, Media Prima dan Astro menyiarkan peristiwa bersejarah itu secara langsung. Masing-masing mengucapkan tahniah kepada PM Pak Lah dan mereka yang berada di sebalik tabir projek Angkasawan.

Saya menonton melalui saluran 588 Astro. Malangnya tiada ucapan terima kasih disampaikan kepada mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang mencetuskan akal untuk mewujudkan program tersebut. Nampaknya, media Malaysia mudah lupa!

3 comments:

Anonymous said...

... atau pun media Malaysia diarah tidak memberi kredit kepada Tun M?

Anonymous said...

Ami Ban..

Biasa la duniawi...
mana org nak ingat... sedang terlantar di IJM, cuba masih di kedudukan PM...
Walau bgaimanapun, rakyat biasa seperti saya yang tiada kepentingan, masih ingat pada jasa TUN... dan kami sentiasa doakan Tun cepat sembuh -amin-

-Mijan-

Anonymous said...

saya amat menyedari hal ini dan tertanya-tanya mengapa tiada media yang menemuramah Tun M ttg perasaan dan harapan beliau mengenai angkasawan negara ini.. saya sgt sedih apabila cetusan idea beliau dilupakan..bagaimanapun saya gembira tatkala menonton siaran langsung ini my family member mengetahui ia adalah perancangan oleh Tun M bersama-sama kumpulan belakang tabirnya..
Kepada Tun M.. saya sekeluarga mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan semangat kuat beliau..I really miss his karisma, capability, ideas etc..