Mungkin dah tak ada isu lain atau dah ketandusan modal, maka seorang wakil rakyat di negara jiran Indonesia, menimbulkan persoalan hak milik lagu klasik malar segar, Rasa Sayang.
Dia mahukan pemerintah Indonesia mengambil tindakan ke atas Malaysia kerana menggunakan lagu Rasa Sayang dalam kempen penggalakan Tahun Melawat Malaysia dengan alasan lagu itu hak milik Indonesia.
Dalam erti kata lain, Malaysia telah melanggar hak cipta milik Indonesia dan tindakan sewajarnya perlu diambil. Persoalannya, tidak ada orang yang tahu asal-usul lagu rakyat itu, siapa yang mengarangnya dan siapa yang memegang hak ciptanya.
Oleh itu, adalah tidak wajar, kurang bijak dan tidak boleh diterima oleh bukan sahaja Malaysia bahkan Singapura dan Brunei bahawa lagu itu adalah hak milik Indonesia.
Apabila diminta mengulas, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Rais Yatim, atas sifat profesionalnya selaku seorang peguam, meminta pihak yang menimbulkan perkara itu memberikan bukti. Menteri Pelancongan Teuku Adnan Teuku Mansor pula berkata lagu itu adalah milik Nusantara dan bukan mana-mana negara tertentu kerana ia adalah lagu rakyat Nusantara Melayu.
Mungkin selepas ini, ada pula wakil rakyat lain di Indonesia yang akan meminta pemerintah republik itu membuat tuntutan ganti rugi ke atas hak milik mi jawa, mi bandung, asam jawa, bahulu betawi, air bandung, Kampung Jawa dan keris Taming Sari atas alasan semuanya hak milik mereka.
Apa kesudahannya?

Lagu Rasa Sayang sudahpun menjadi salah satu lagu wajib bagi ASEAN kerana ia didendangkan sebagai lagu rakyat di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia sebenarnya hak milik manusia yang berbahasa Melayu.
Oleh itu, adalah tidak wajar, kurang bijak dan tidak boleh diterima oleh bukan sahaja Malaysia bahkan Singapura dan Brunei bahawa lagu itu adalah hak milik Indonesia.
Selain lagu Rasa Sayang, mereka juga mempersoalkan hak milik dan hak cipta Indonesia yang mereka dakwa kononnya ditiru oleh Malaysia seperti batik dan wayang kulit.
Apabila diminta mengulas, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Rais Yatim, atas sifat profesionalnya selaku seorang peguam, meminta pihak yang menimbulkan perkara itu memberikan bukti. Menteri Pelancongan Teuku Adnan Teuku Mansor pula berkata lagu itu adalah milik Nusantara dan bukan mana-mana negara tertentu kerana ia adalah lagu rakyat Nusantara Melayu.
Mungkin selepas ini, ada pula wakil rakyat lain di Indonesia yang akan meminta pemerintah republik itu membuat tuntutan ganti rugi ke atas hak milik mi jawa, mi bandung, asam jawa, bahulu betawi, air bandung, Kampung Jawa dan keris Taming Sari atas alasan semuanya hak milik mereka.
Apa kesudahannya?
1 comment:
Assalamulakum dan Selamat Sejahtera
Punca segala terjadi adalah kerana emosi
tak terkawal di pihak Indonesia lantaran generasi baru Indonesia yang lupa sejarah lama mereka sendiri.
Mereka termasuk media masa Indonesia seperti tidak mahu menerima hakikat orang-orang Melayu Malaysia mungkin 50% berasal dari Seberang. Kita ada Melayu yang nenek moyang berasal Aceh, Jawa, Banjar,Rawa, Mekasar/Bugis dan lain-lain. Adakah satu dosa saudara-saudara kita ini membawa lagu-lagu rakyat dan budaya dani wilayah asal mereka dan menyebarkan warisan ke tempat baru mereka dan di ikuti oleh massa setempat.
Persamaan lagu, kain batik dan lain-lain sudah tentu berlaku sinonim dengan hadirnya masyarakat Indonesia ke Malaysia.
Jangan terkejut jika ada orang-orang seberang akan mengatakan Semenanjung Malaysia adalah milik Indonesia kerana Kerajaan Melaka di buka oleh orang dia.
Sekian dan terima kasih
Post a Comment