Dalam keheningan fawana Ramadan, tanpa ribut dan taufan, tiba-tiba Ketua UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee buat kejutan. Beliau memang terkenal dengan kenyataan-kenyataan politik yang sering 'mengejutkan' orang yang disasarkan.
Kali ini Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Rafidah Aziz, yang tidak kurang dengan kehandalannya dalam gelanggang politik tanah air dengan sepak terajang dan tangkisannya yang tepat dan jitu, menjadi sasaran.
Secara terbuka dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Rekreasi Cheras yang juga menempatkan pejabat UMNO Cheras, Syed Ali mengumumkan bahawa UMNO Cheras akan menyokong mantan ketua Puteri UMNO yang kini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said sebagai calon Ketua Wanita UMNO.
Maka terperanjat besarlah Ketua Wanita UMNO Cheras Datuk Faridah Abu Hassan yang juga Penolong Setiausaha UMNO (Wanita) Pusat. Faridah adalah orang kanan Rafidah dan jika bahagian UMNO yang turut diwakili oleh Faridah menyokong orang lain selain Rafidah, apa dah jadi?
Sudah tentu Faridah panas pinggul apabila berdepan dengan Rafidah. Apa alasan yang nak diberikannya? Mungkin Faridah akan mengaitkan isu ini kepada 'masalahnya' dengan Syed Ali di bahagian Cheras.
Seperti biasa, Rafidah tidak mudah dibawa berdebat mengenai isu ini dan ulasannya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan memperlihatkan kematangannya berpolitik. Yang pasti, Rafidah tidak akan duduk diam. Dia akan mengatur strategi dan muslihat 'perang' dan apabila tiba masanya, Rafidah akan bertindak.
Timbalan Rafidah dalam panitia Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil seperti biasa ambil jalan selamat dengan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah bagi kepada bosnya itu. Sharizat sedar dia tidak mungkin dapat menewaskan Rafidah sekiranya dia dicalonkan untuk merebut jawatan tertinggi Wanita itu. Jadi, jalan paling selamat ialah terus menyokong Rafidah.
Walau bagaimanapun, pemilian Azalina untuk mencabar Rafidah, itupun jika Azalina berani berbuat demikian, agak menghairankan dan menjadi satu tanda tanya. Apakah tiada calon lain yang lebih sesuai dan lebih layak untuk memimpin Wanita UMNO?
Ramai pemimpin di kalangan Wanita UMNO tidak dapat menerima kepimpinan Azalina atas sebab-sebab tertentu yang berkaitan 'cara kehidupan' menteri wanita yang masih bujang itu. Pendek kata mereka mementingkan soal 'kewanitaan' selain kemampuan dan kebolehan untuk menjadi pemimpin wanita UMNO.
Kita tidak harus lupa kenapa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alasan yang diberikan oleh Tun ialah dia tidak mahu negara ini dipimpin oleh seorang yang terlibat dalam homoseks atau sering disebut orang "gay". Itu alasan Tun. Itu kata Tun. Sama ada benar atau tidak Anwar gay adalah satu perkara lain.
Tetapi, Tun juga orang yang membawa masuk Azalina ke dalam UMNO dan merestui penubuhan Puteri UMNO yang dipimpin oleh Azalina. Jika Anwar dikatakan gay dan tidak layak menjadi pemimpin, bagaimana pula dengan Azalina? Saya masih belum terbaca atau mendengar penafian oleh Azalina mengenai perkara ini. Mengikut firasat orang Melayu, diam itu bermakna benar.
Saya percaya Syed Ali ada alasan dan ada sebab-sebab tertentu kenapa dia membuat pengumuman yang memeranjatkan itu. Tetapi, ia sudah tentu bukan kerana dia tak dapat AP untuk 'buat duit' macam orang lain. Dia tak perlu AP kerana dia dah pun ada banyak duit. Jadi apa alasannya?
Bagi saya, ini adalah satu permainan politik yang cukup halus dan amat menyusuk hati sesiapa sahaja yang terkena pukulannya. Lihat sajalah reaksi segera daripada seorang Naib Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), daripada Sharizat sendiri dan daripada seorang Exco wanita yang juga ahli Parlimen Ampang, Dr Radziah Talib.
Bagi media, terutama Utusan Melayu, inilah bahan berita yang dinanti-nantikan untuk menyemarakkan suasana politik menjelang pilihan raya yang besar kemungkinan akan diadakan sebelum bulan April 2008.
8 comments:
Pak Tuan,
Depa dok main wayang kot.
Ami Ban,
Secara logiknya, apabila pilihan raya sudah hampir tiba macam2 orang akan buat, bak kata orang kalau dalam politik kita kena berani, antara terus ikut telunjuk atau bangkang, kalau salah langkah terus jatuh tersembam.
Jadi kita sama2 tunggu dan tengok kesudahanya.
-mijan-
Dalam politik mana ada kesetiaan. Kalau hari ini mereka berkawan baik, esok mereka menjadi musuh paling ketat. Orang politik akan buat apa sahaja untuk menang termasuk menikam kawan dari belakang. Pada satu masa, Datuk Syed Ali dan Datuk Faridah adalah kawan rapat dan saling tolong satu sama lain. Tiba-tiba dua-dua jadi musuh. Inilah politik. Lihat saja keadaan Tun Mahathir selepas dia tak jadi PM. Mana kawan-kawannya yang dulu penuh taat dan setia, cium tangan dan sebagainya. Inilah politik.
Clash of the mulut murai?!!
Salam 'Aidil Fitri kpd Pak Tuan sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين
Kita ikut resmi buah kelapa tua ..lambat laun akan gugur jua kebumi
Kelapa tua atau orang Tanjong kata nyok tua hasilkan santan yang bermutu tinggi. Antara Syed Ali dengan Faridah, yang tua adalah Faridah, tapi masih adakah santan?
Salam, Saya selalu heran mengapa lelaki harus campur tangan urusan wanita. Biak pi la sape nak calon sape. Datuk Ali ni macam la dia boleh undi sangat azalina jadi ketua wanita.
Sesiapa yang tahu tentang perjalanan UMNO pun akan tahu bahawa bukannya UMNO Bahagian yang menentukan pencalonan Ketua Wanita UMNO Malaysia, tetapi Wanita UMNO Bahagian yang menentukannya. Kalau Farida kuat di kalangan pergerakannya maka beliau boleh membetulkan muka Syed Ali, kalau tidak, maka benarlah bahawa Fairdah tidak berkhidmat di bahagian tetapi menghabiskan masanya di pusat.
Apapun, Hidup Azalina. check-matekan Sharizat.
Post a Comment