Monday, October 08, 2007

Salam Idul-Fitri - Eid Greetings

Apalah ertinya Hari Raya tanpa kanak-kanak, tanpa keriangan dan karenah mereka, tanpa gelak-hilai dan kelucuan mereka. Kanak-kanak adalah permata hati. Lindungi dan jagailah mereka dengan penuh kasih sayang.


Sebatang pokok yang besar bermula dari sebutir benih yang kecil. Sebuah bangunan yang tinggi bermula dari sebakul tanah.
Tiada satu anugerah yang lebih utama yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik.


Jika ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah.



2 comments:

Anonymous said...

hati terasa syahdu bila melihat sikecil tidur dan menghisap ibu jari ....cucu ke tu?

Syed Imran said...

Terima kasih. Yang tu cucu saudara (cucu abang saya) yang juga cucu Tok Mat (mantan Menpen). Cucu saya dua-dua lelaki, seorang dikepit belon dan seorang lagi dikepit dua cucu saudara.

Ya, kanak-kanak adalah permata hati dan hanya manusia benafsu syaitan yang sanggup mendera, mencabul dan membunuh kanak-kanak.