Wednesday, April 10, 2013

PRU-13 - Penamaan Calon dan Hari Mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Sabtu 20 April  sebagai hari penamaan calon dan Ahad 5 Mei  sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

PRU-13 dijangka sebagai pilihan raya umum paling sengit dihadapi oleh Barisan Nasional (BN). 

BN pimpinan Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak mendapat sokongan kuat media arus perdana termasuk semua stesen televisyen.  Pakatan Rakyat (PR) pula mendapat sokongan sebilangan besar media alternatif atau meia sosial.

Jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13, 268, 002 orang.

SELAMAT MENGUNDI (Bukan Buang Undi).


2 comments:

Fadila said...

Salam Pak Imran.

BN lawan PR - siapa yang boleh mantapkan kewangan dan hutang negara?

Para akademik ternama negara dah bersuara meminta PR dan BN nyatakan langkah-langkah.

Rujuk surat terbuka mereka (versi BM):

http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2516&catid=216

Syed Imran said...

Sdr Fadila,

Satu persoalan yang begitu penting yang semestinya mendapat jawaban daripada kedua-dua pihak.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan tidak menuju ke arah itu. Terlalu banyak isu yang mengaibkan dan memperkecil-kecilkan lawan dibangkitkan oleh kedua-dua pihak.