Thursday, January 17, 2013

Sharifah Zohra Jabeen cetus masalah

Dek keceluparan dan kesombongan seorang perempuan keturunan India Muslim, beberapa pihak terkena tempiasnya termasuk UMNO, Barisan Nasional, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tidak terlepas mereka yang bergelar 'Sharifah' atau 'Syarifah' ikut ejaan baku Bahasa Melayu.

Wanita yang pernah memegang jawatan timbalan ketua wanita Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) itu bernama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Namanya itu membawa masalah kepada Sharifah atau Syarifah yang bernasab kepada Sayidina Hussein r.a.

Sharifah/Syarifah berkenaan terkena tempias itu semata-mata kerana nama sedangkan ia tiada kaitan sama sekali. Mungkin ada yang berkata apa ada pada nama dan gelaran atau nama Sharifah/Syarifah kerana ia bukan hak mutlak sesuatu kaum atau keturunan. Benar, ia bukan ekslusif tetapi lazimnya ia dikaitkan dengan nasab atau silsilh/salasilah perempuan keturunan Sayidina Hussein r.a. 

Yang pasti, Sharifah Zohra Jabeen bukan keturunan Arab tetapi India Muslim dan kita sedar ada India Muslim yang mempunyai nama bermula dengan "Syed" walaupun bukan bernasab kepada Sayidina Hussein r.a.. Mungkin ada sebab atau alasan tertentu yang mereka berbuat demikian.

Presiden KIMMA yang juga penyokong kuat UMNO/BN juga berpangkalkan nama "Syed" iaitu Senator Datuk Syed Ibrahim Kader begitu juga dengan seorang lagi Ahli Dewan Negara, Syed Akbar Ali. Tidak pula timbul masalah kerana di Indiapun ramai yang bergelar "Syed" sedangkan tidak bernasab kepada Sayidina Hussein r.a.

Di Pulau Pinang, umum mengetahui bahawa di kalangan India Muslim atau Keling, ada yang menamakan anak lelaki "Syed" apabila dilahirkan pada hari Jumaat. Yang membezakan mereka dengan "Syed" keturunan Arab ialah nasab dan nama keluarga. Itu saja.

Mungkin ada pihak yang akan melenting apabila saya guna perkataan "Keling". 

Kepada mereka saya tegaskan bahawa perkataan itu bukan asing kepada orang Pulau Pinang dan Utara Tanah Melayu. Jika ia satu perkataan yang jijik dan hina, sudah tentu umat Islam terutama yang berasal dari benua kecil India membantah sebuah masjid yang pernah berperanan sebagai masjid negeri Pulau Pinang dinamakan Masjid Kapitan Keling. 

Gelaran "Kapitan Keling" diwujudkan semasa  pentadbiran Inggeris (Francis Light). Ia adalah jawatan tertinggi bertaraf ketua yang dilantik mewakili masyarakat India Muslim/Chulia sama seperti jawatan atau gelaran "Kapitan Cina" untuk masyarakat Cina.

Saya minta ma'af kerana terbawa-bawa hingga ke zaman Francis Light tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana sayapun terkena tempias keceluparan dan kesombongan seorang perempuan India Muslim bernama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Saya ucap tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kerana begitu cepat menafi kaitan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) yang diketuai Sharifah Zohra Jabeen dengan UMNO atau BN. Khairy sedar bahana yang boleh berlaku sebaliknya.

Naib Canselor UUM pun menafikan ia menjemput Sharifah Zohra atau SW1M tetapi hanya membenar penggunaan dewan dalam kampusnya.  Bayangkan sebaliknya, iaitu jika apa yang berlaku itu memberi manfaat kepada UUM, UMNO atau BN, apa pula yang akan dikata oleh Naib Canselor.

Pendek kata,  seorang perempuan bernama Sharifah Zohra Jabeen benar-benar mencetuskan masalah kepada banyak pihak. Dia lebih hebat daripada Umi Hafilda Ali.


13 comments:

Jawa Bernam said...

assalamualaikum tuan..
ulasan tuan menarik perhatian saya..
tapi tidak boleh menyalahkan Sharifah Zohra kerana mahasiswa itu yang membuat provokasi melampau. Untuk pengetahuan tuan, acara tersebut telah sampai ke penghujung, tapi secara tiba-tiba Bawani telah muncul dan memberikan soalan yang tiada kaitan langsung dengan forum yang dianjurkan oleh SW1M. Hak kebebasan bersuara telah diberikan namun Bawani tidak mahu berhenti bercakap apabila Sharifah Zohra ingin menjawab satu persatu soalan yang dikemukakan. Sehinggalah berlaku sedikit kekecohan.

harap tuan faham.

Anonymous said...

Kepada Jawa Bernam,

Sila rujuk versi Bawani dalam you tube (Listen:saya tidak sangka video ini meletup:KS Bawani)

Meningikut versi Bawani, hanya 2 orang daripada 2300 yang diberikan masa untuk bertanya dan ada hal lain-lain yang timbul.

Saya tidak nampak yang ada provokasi yang melampau. Bawani menanyakan perkara yang bersangkut paut dengan haknya iaitu pendidikan percuma dan juga perkara yang bersangkut paut dengan forum itu.

Saya tidak percaya kepada pendidikan percuma, di negara maju seperti Amerikan dan Britain pun tidak ada pendidikan percuma.

Masalahnya, Sharifah Zohra ini amat kasar adabnya. Antara yang menjadi kemarahan "netizen" adalah menyuruh pergi ke negara lain, memperbodoh dan memalukan Bawani di khalayak ramai dan juga memberi contoh perbandingan isu dengan haiwan dengan niat untuk memperbodohkan mahasiswa.(Intimidation)

Ada juga saya terbaca yang Zohra ini digelarkan Tokoh Pembodohan Mahasiswa.

Tuan Syed,

Banyak di Singapura gerai rojak yang tuannya bernama Syed kelihatan pakai sarung putih mamak.

Kita sedia maklum yang sebahagian orang India muslim yang meletakkan anaknya Syed sekiranya lahir hari Jumaat. Orang Johor kata Syed jumaat.

Perlu juga diberitahu Jabatan Pendaftaran Negara perkara ini kerana boleh menyebabkan kekeliruan. Syed Jumaat anaknya diletakkan Sharifah.

Saya sendiri mengalami masalah kerana hendak meletakkan Al sekarang ini tidak diberikan. Kalau di Indonesia, orang Syed tidak diletakkan Syed tapi Al (Bani Alawi)kerana nama keluarga yang penting.

Sallam

Orang Johor

Nurie Hashim said...

Nurie Hashim: Bavani, UUM student vs Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, President of Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) - http://beautea2c.blogspot.com/2013/01/bavani-vs-sharifah-president-of-suara.html?m=1

kayru1 said...

kucing ada masaalah,anjing ada masaalah,burung ada masaalah,ikan jerung lagi banyak masaalah.apa nko org ingat haiwan tu je ke ada masaalah?mek itam pun lagi banyak masaalah

mat kerja said...

SAYA SANGAT SETUJU APA DIA CAKAP. MENGAPA PERLU TAKUT. YANG BERTANYA TU MEMANG MACARI PASAL.
SHARIFAH ZOHRA BUKAN PENCETUS MASALAH. SIPENANYA TU TAK PATUT BERADA DI SITU.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya terlintas untuk komen lagi setelah membaca perkembangan yang baru berkenaan topik ini.

Perihal Mahasiswa Bawani atau "Little Ambiga" telah dikomen oleh Ambiga sendiri.

Dia telah menyelar S.Zohra kerana perbuatannya dalam forum yang berkenaan.

Yang memeranjat saya, Ambiga menasihatkan orang ramai jangan keterlaluan mengaibkan S.Zohra.

Walhal, dalam Forum tersebut, S.Zohra mengaibkan Ambiga agak keterlaluan sebagai pencetus Anarki atau huru-hara, begitu juga,(mengikut bacaan saya) ahli SW1M yang mengatakan
Ambiga sebagai Am"babi"ga.

Saya agak heran, bagaimana seorang yang Tuan Syed bahasakan sebagai "keling", boleh terbit dalam dirinya sifat ehsan dan nilai yang tinggi.

Sebelum itu, saya juga terbaca, semasa isu Bersih, Tarian Punggung dilakukan di rumah Ambiga oleh bekas tentera (kalau tidak silap, bekas tentera). Reaksi, Ambiga sebaliknya menjemput mereka masuk ke dalam rumah dengan baik.

Saya berpandangan, nilai-nilai murni bukan diwarisi tetapi dibelajar dan diterapkan dalam diri sendiri.

Kalau Tuan Syed ingat, zaman 70 dan 80'an, orang habaib mempunyai keperibadian yang amat tinggi, sekarang sudah berbeza dan sifat dan nilai setempat diikuti, bukan lagi sifat keperibadian Nabi.

Saya setuju dengan isi kandungan Tuan Syed, terdapat kekeliruan "Sharifah Zohra" yang asal usul orang India berbanding dengan kebanyakkan Sharifah yang berasal daripada bangsa Arab dan mempunyai nasab.

Ada yang membuat kaitan S.Zohra dengan orang Arab yang sebenarnya tiada kaitan.

Sallam

Orang Johor

Anonymous said...

Adakah tidak umat manusia adalah terdiri dari anak Adam? Kita terima Allah SWT sebagai yang maha kuasa dan maha esa. Dalam konteks itu, semua manusia adalah sama. Sebab itu lah kita sembahyang sacara duduk dlantai mesjid.Tiada yang tinggi atau rendah. Harap kita jangan terkeluar dari aqidah Islam kita dalam debat asal usul keturunan.

Anonymous said...

Anonymous 5.02pm,

Memang dari sudut idealisma semua manusia sama. Tetapi, dalam dunia yang nyata,tidak semudah itu.

Kalau semua manusia sama, mana datang perkataan patik dan baginda?. Sampai sekarang digunakan. Adakah hendak tutup sebelah mata?.

Dalam hadis nabi bersabda, "yang paling mulia antara kamu adalah yang bertaqwa".

Orang yang bertaqwa, hatinya bersih daripada sifat hasad dan iri hati. Jangan kita mudah untuk menuduh orang terkeluar aqidah ikut nafsu .

Adalah amat sedih di zaman ini, orang Islam lebih buruk daripada orang kafir dalam perihal tuduh menuduh, iri hati dan hasad dengki.

Sila rujuk kitab Mazhab Syafii dalah perihal ini dan perbetulkan mengikut Mazhab Syafii. Sudah sedia ada huraian dalam Mazhab Syafii (perihal keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib, dalam bab zakat dan Baitulmal dll).

Pada pandangan saya, antara intipati artikel ini sebenarnya bukan berkenaan dengan keturunan tetapi untuk menjelaskan Sharifah Zohra tidak ada kaitan dengan orang Syed/Sharifah daripada orang Malaysia keturunan Arab. Dia adalah orang India.

Tidak timbul soal siapa-siapa yang menjadi kafir atau terkeluar aqidah.

Orang Johor.

Unknown said...

Orang Johor,

Terima kasih atas ulasan saudara mengenai bab keturunan yang dibangkitkan oleh seorang pengulas tak bernama. Saya setuju dengan ulasan saudara.

Sebenarnya, saya kurang berminat untuk berbahas mengenai isu keturunan kerana ia bukanlah sesuatu yang baru dan selalu dibangkitkan. Saya harap si pengulas berkenaan dapat menonton You-tube Ustaz Azhar Idrus mengenainya.

Cuma saya ingin menyatakan bahawa salasilah keturunan amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun.

SyedK said...

Assalamu alaikum Pak Tuan,

Apa yang dikatakan dan dibuat oleh Sharifah Zohra memang kurang beradab dan tidak berhikmah ...majlis itu pun untuk 'brainwashing' pelajar.

Kita perlu tegur kelakuannya dan pemikirannya sahaja dan bukan mengungkitkan keturunannya.Dia memang keliling( Ahli KIMMA), saya tak tahu daripada Tanjung ke tidak...Adakah Pak tuan sudah semak nasabnya, keluarganya untuk mempastikan samaada dia tu Syed Jumaat ke Syed Ahlul Bait? Mana tahu mungkin dia ada salasilah?!

Kalau Syed keliling tu mungkin Pak tuan rasa tak original kot? Syed Arab saja ori ke?

Ahlul bait sudah ramai diseluruh dunia...ada Syed Africa, Syed Cina pun ada, Syed Parsi Shia ramai...

Syed & Sharifah keturunan Arab bukan semuanya berakhlak mulia... Sharifah penyanyi pun ada, Syed/ Sharif Arab yang berperibadi jahat dan bersengkongkol dengan musuh Islam pun ramai...

RasulAllah, datok kepada para Syed/ Sharifah mengingatkan kita dalam khutbah wida'..kullun min Adam, wa Adam min thurab..Kamu semua daripada Adam dan Adam daripada tanah, tidak ada kemuliaan seorang Arab daripada bukan Arab, atau orang berkulit putih daripada yang berkulit hitam, melainkan taqwa.

Allah swt menyebut dalam S Al Hujurat:13, 'Yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang bertaqwa'...tidak disebut pun pasal nasab atau pun Syed Arab!!

wassalam

Syed Kamarulzaman Kabeer Al Hussaini,
Jln Kelawei.
Penang

Unknown said...

Wa'alaikumsalam,

Hanya mereka yang kena tempias faham apa yang saya maksudkan.

Saudara tentu setuju nasab dan salasilah penting.

Apa yang saudara bangkitkan bukanlah sesuatu yang baru dan saya dah jangka ada orang yang akan berbuat demikian. Dalam tulisan saya, tidak pula disebut yang keturunan Sayidina Ali semuanya baik-baik belaka. Ia bukan satu isu atau perkara yang diperkatakan.

Saudara tentu tahu akan cerita Abu Lahab dan Abu Jahal dan siapa mereka.

Anonymous said...

Pak Tuan,

VC UUM menafikan? Itu satu kelakar besar kerana kita tahu VC ini adalah individu yang memakai pelbagai songkok yang sering dijemput oleh media prima untuk pelbagai program untuk menjadi hulubalang UMNO sejak berpangkat pensyarah UUM lagi.

Jika program yang disertai oleh Sharifah Zohara ini berjaya dengan cemerlang, adakah VC ini akan berkata seperti itu juga? saya berani bertaruh dia akan menyanyi lagu yang lain pula sebab saya sering mengikuti pencak silatnya dikaca tv dalam jangka masa yang lama juga.

bat8

Unknown said...

bat8,

Benar apa yang dikata.

Saya nak kutip apa yang dikata oleh mantan profesor undang-undang UIA Abdul Aziz Bari mengenai kakitangan akademik universiti tempatan. Katanya mereka tidak berani untuk perjuang kebebasan akademik. Kenapa? Kerana ia mungkin menjejas peluang mereka untuk dinaikkan pangkat termasuk sebagai naib canselor. Mereka juga bimbang nama mereka tidak dikemukakan untuk diberi bintang kebesaran terutama yang membawa gelaran 'datuk'.

Sebab itulah kedudukan universiti tempatan dalam senarai universiti terbaik dunia jauh di belakang, terlampau jauh.