Sunday, January 06, 2013

Insan disebalik nama Jalan Haji Hashim Imam

Jika anda melalui Jalan Sungai Pinang, George Town, Pulau Pinang, sudah pasti akan temui sebatang jalan yang mengambil sempena nama Haji Hashim Imam. Anda tentu tertanya-tanya siapakah Haji Hashim Imam sehingga namanya disebati pada sebatang jalan? 

Haji Hashim Imam atau nama penuhnya Haji Muhammad Hashim bin Muhammad Salleh bin Jaafar bin Muhammad Salleh adalah  seorang guru, pemimpin masyarakat dan imam Masjid Sungai Pinang. 

 

(Keterangan gambar yang dirakam pada tahun 1920 - Haji Hashim Imam dan dua orang anak saudaranya Sayed Ahmad dan Sharifah Noor, iaitu zuriat Alsayed Alshariff  Muhammad bin Alsayed Hashim (asal Shubaika, Makkah) dan Hajah Mahzum binti Muhammad Salleh (adik Haji Hashim Imam).
.
Moyang Haji Hashim Imam, Haji Muhammad Salleh, yang dikenali sebagai Muhammad Salleh Brunei atau Pengiran Muhammad Salleh,  adalah seorang menteri Kesultanan Melayu Brunei yang berasal dari Kadayan. Allahyarham meninggalkan Brunei dan berhijrah ke Pulau Pinang berikutan perbalahan mengenai waris Kesultanan Brunei. 

Haji Muhammad Salleh Brunei dikatakan membuka penempatan di Permatang Damar Laut dan kemudian Kampung Masjid, Bayan Lepas. 

Haji Hashim Imam dilahirkan pada 10 Julai 1870 di Bayan Lepas dan meninggal dunia pada 8 April 1948 di Sungai Pinang dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Bayan Lepas. Ibunya bernama Hajah Fatimah binti Haji Kasa, asal Teluk Intan, Perak. 


19 comments:

didah zakaria said...

Abg hj hashim ialah hj ayob?

Syed Imran said...

Benar. Haji Ayob anak ketiga pasangan Haji Muhammad Salleh bin Haji Ja'afar dan Fatimah Haji Kasa. Abang sulung bernama Abdullah, manakala kakak Haji Ayob bernama Salmah atau Salamah dan selepas Haji Ayob lahir Haji Muhammad Hashim, kemudian Abdul Aziz (meninggal umur dua tahun), kemudian Abdul Rahman (meninggal semasa bayi), kemudian Salbiah (isteri Kiyai Agung Sheikh Muhammad Suhaimi) dan Hajah Mahzom.

didah zakaria said...

Moyang saya mohd saman.saya ada salasilah yg disusun oleh hj ayob pd 1.12.60

didah zakaria said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Syed Imran said...

didah zakaria,

Salasilah itu disalin oleh Haji Ayob daripada yang dihasilkan oleh Haji Muhammad bin Haji Zain pada 1 Januari 1957. Salasilah yang ditulis semula oleh Haji Ayob adalah dalam tulisan Jawi.

Moyang anda mungkin Mohamad Saman bin Haji Sulaiman atau nama gelarannya "Seman Ikan". Dia adalah anak bongsu daripada empat beradik, iaitu Abdul Razak, Itam dan Sa'edah.

Mohamad Saman ada tiga orang - Sulaiman, Sa'ad dan seorang anak perempuan yang saya kurang pasti namanya.

Adakah Mohamad Saman ini moyang anda?

didah zakaria said...

Mengikut salasilah yg bertulisan jawi tepatlah Moyang saya Mohamad Saman bin Haji Sulaiman bin Haji Ja'afar.
Ayah saya Haji Zakaria bin Omar bin Muhammed bin Mohd Saman.Kg ayah saya di Bayan Lepas berdekatan lapangan terbang Bayan Lepas.

Syed Imran said...

Ini bermakna Mohamad Saman mempunyai lebih daripada tiga orang anak. Maklumat ini yang tiada dalam pengetahuan saya.

Haji Hashim Imam adalah sepupunya. Almarhum bapa Haji Hashim bernama Haji Muhammad Salleh adalah adik Haji Sulaiman bin Haji Jaafar.

Keluarga Haji Jaafar bin Haji Muhammad Salleh ramai yang menetap di Kampung Masjid, Bayan Lepas, Sungai Pinang (Tanjong) dan Jelutong.

didah zakaria said...

Terima kasih Tuan Syed .

Ahmad Shaari said...

Aslm.....sdr. didah zakaria..saya kenalkan diri saya adalah cucu kpd aruah hj. ayob tentang salsilah keluarga memang saya ta'ketahui.. kini setelah umur saya menjelang senja baru tergerak hati utk mencari kaum keluarga.....kini syukur kpd NYA saya telah dapat berkenalan dgn kaum keluarga dari saudara aruah datok saya ... yg terdiri dari klg HJH.Mahzom/Hj. Jaafar/Hj. Daim dam Hj. Ahmad kini saya masih mencari yg lain2......ingin dimaklumkan saya pernah tinggal di QRT jalan Geruda bayan lepas dari tahun 1970 hingga tahun 1986 tapi saya ta'pernah cari kaum keluarga yg saya ketahui berada di bayan lepas.. agak sedih juga apabila saya kenangkan peristiwa ini...dgn ini harapan saya dapat tuan nyatakan/berikan no. contact anda agar dapar saya hubungi .... tks..

Syed Imran said...

Sdr Ahmad Shaari - masih belum lambat untuk mencari kaum keluarga. Teruskan usha.

Ahmad Shaari said...

Aslm.... Tuan Syed jutaan terima kasih saya ucapan kpd tuan yg banyak menolong ceritakan tentang / perihal aruah datuk saya aruah Hj. Ayob....kini saya telah ketahui bila/tahun berapa aruah kembali juga tentang perihal keluarga Hj. Hashim sg. pinang...insya ALLAH saya akan terus mencari .....tks.

didah zakaria said...

Assalamualaikum Tuan Syed dan En Ahmad Shaari.Saya amat bersyukur kerana dapat juga saya teruskan usaha arwah bapa saya Hj Zakaria bin Omar untuk mencari saudara mara demi menyambung silaturahim.Kebetulan hari ini kami baru mengadakan majlis perjumpaan keluarga waris Tok Omar.Bapa saudara saya Hassan Bin Omar masih tinggal di Bayan Lepas.Benarlah seperti yg Tuan Syed katakan iaitu nama gelaran Mohd Saman ialah 'Seman Ikan'setelah saya tanyakan pada bapa saudara saya Hassan Omar & Ismail Omar.Jika En Ahmad Shaari inginkan salinan salasilah itu bolehlah email pada saya didah_ros62@yahoo.com.T.Kasih.

Ahmad Shaari said...

Aslm.... sdr didah zakaria...baru sahaja saya emailkan cerita tentang / sewaktu saya tinggal kat bayan lepas dahulu... tks

Fadzly Aziz said...

assalamualaikum saudara2 ku..saya Fadzly Abdul Aziz adalah dari keturunan generasi ke-6 Pengiran Haji Muhammad Salleh. Kami ada group di facebook yg berketurunan Kesultanan Brunei... 1) Brunei Royal Families 2)Keturunan Sultan Sultan Brunei. Kalau yang sudi add facebook saya Fadzly Abdul Aziz email insightideas@yahoo.com . Abang penakan saya ada menyimpan salasilah keluarga tapi tidaklah lengkap.. mungkin dgn pertemuan kita dapat kite melengkapkan sebaik mungkin salasilah keturunan kita.. In Sya Allah

Fadzly Aziz said...

pembetulan... saya generasi ke-7

Fadzly Aziz said...

pembetulan... saya generasi ke-7

Tim said...

Thank you for researching and writing about Jalan Haji Hashim Imam. I came across your page while doing my research on Haji Hashim Imam for Penang Travel Tips. I am putting a reference on my page to yours at http://www.penang-traveltips.com/jalan-haji-hashim-imam.htm

Anonymous said...

Tuan Syed,

Moga sihat wal afiat dan berada di dalam lindungan Allah Ta ala sepanjang masa.

Kisah asal usul dari Brunei ini juga sering diceritakan dalam keluarga saya di Ipoh semasa masih kecil dulu. Tetapi hari ini sayangnya mereka yang seharusnya menjadi tempat rujukan kebanyakannya telah kembali menemui Illahi tanpa sempat saya membuat rekod catatan sedangkan saya seperti Tuan Syed juga, adalah bekas seorang "pencatat". Salah saya sendiri. Oleh itu saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Syed kerana melalui catatan ini dapat saya menemui maklumat yang berkaitan malah beberapa nama yang boleh saya hubungi dalam usaha saya mengetahui mengenai asal usul nenek moyang saya ini.

Ps. Lama sungguh tak berjumpa boss lama saya ni..

Azman AT

Syed Imran said...

Azman AT, apa khabar saudara, saya doakan agar saudara berada dalam kandungan sihat wal afiat.

Benar, ada kaum kerabat Muhammad Salleh Brunei di Perak, khususnya Ipoh dan Taiping. Malangnya, tiada banyak maklumat yang diperolehi, mungkin kerana putus hubungan.

Walau pun demikian, saya dapat mencungkil sedikit maklumat.

Pada tahun 1931, salah seorang waris bernama Saodah binti Ahmad bin Abdul Rahman menikahi Muhammad Salleh, orang Ipoh. Saodah meninggal dunia tiga tahun kemudian (1934) di Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Di Taiping Siti Misbah atau Jumbi bt Abdul Ghani menikah dengan Muhamad Noor bin Ibrahim, iaitu di Asam Kumbang. Saudaranya Siti Mariam bt Abdul Ghani pula menikahi Sheikh Muhammad bin Sheikh Ahmad Izrail di Asam Kumbang. Abdul Ghani bin Muhammad Noor meninggal dunia pada tahun 1945 di Taiping. Anaknya bernama Mohd Yusof bin Abdul Ghani pun meninggal dunia pada tahun yang sama di Tiping.

Siti Mariam bt Abdul Ghani ada seorang anak lelaki bernama Abdul Hamid Khan. Siti Mariam meninggal dunia pada tahun 1947, iaitu setahun selepas melahirkan Abdul Hamid Khan.

Seorang lagi anak Abdul Ghani bernama Siti Salbiah menikahi Abdul Hamid bin Kechik, orang Gunung Semanggul (seorang guru) di Jalan Silibin, Ipoh, iaitu dirumah abangnya Mohd Noor. Mohd Noor pula menikahi Taifah bt Muhammad (1947) di rumah beralamt 7 Lorong Silibin. dan ada seorang anak lelaki bernama Abdul Ghani (sempena nama datuknya) pada tahun 1948.

Itu sahaja yang dapat saya huraikan dan jika saudara Azman ada maklumat tambahan, sila kemukakan.