Sunday, June 03, 2012

Bukan mudah bagi BN nak tawan Pulau Pinang

Barisan Nasional (BN) akan mendapati sukar untuk memenangi pilihan raya bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum yang diramal diadakan sama ada sebelum Ramadhan ataupun selepas Syawal akan datang.

Kedudukan BN dalam DUN mengandungi 40 kawasan undi itu tidak dinafikan lemah dan besar kemungkinan UMNO yang memenangi 11 kerusi pada PRU lalu pun akan mendapati sukar untuk mempertahankannya.

Gerakan, MCA dan MIC akan terus ditolak oleh pengundi. Inilah maklum balas  yang dapat dikumpul semasa berada di Pulau Pinang.

Kedudukan BN peringkat Dewan Rakyat juga terumbang-ambing. Pada PRU lalu, BN hanya mampu mempertahan dua kerusi diwakili calon UMNO, iaitu Kepala Batas (Tun Abdullah Ahmad) dan Tasek Gelugor (Tan Sri Noor Mohamed) dan gagal di Permatang Pauh dan Balik Pulau manakala Gerakan dan MCA gagal mempertahan 11 kerusi yang ditandingi.

Sentimen pengundi Pulau Pinang, khasnya bukan Melayu, terhadap BN jelas tidak menyokong, majoriti menyokong Pakatan Rakyat. Majoriti pengundi Melayu memihak kepada BN tetapi ia tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat akan terus mendapat kepercayaan pengundi Pulau Pinang pada PRU akan datang. 

6 comments:

Anonymous said...

nampak gayanya 'melayu' penang akan berdemo lagi

Anonymous said...

diharap semua pihak dapat memikat
hati pengundi dengan cara aman
dan bertamadun.
kekerasan tidak akan menyelesai masalah.

aman

Syed Imran said...

Melayu Pulau Pinang boleh berdemonstrasi setiap hari tetapi adakah tindakan itu dapat membantu?

Mereka yang berdemonstrasi adalah golongan minoriti yang diketuai oleh 'Melayu peranakan' tertentu. Majoriti Melayu jauh lebih peka yang kuasa berada di tangan apabila memangkah parti atau calon pada pilihan raya, bukan tindakan jalanan. Kenyataan ini tidak ditujukan khusus kepada masyarakat Pulau Pinang tetapi kepada semua pihak yang menjadikan 'politik jalanan' sebagai wadah perjuangan. Lihat saja sahabat kita dari kaum Cina, mereka tidak mengadakan demonstrasi tetapi memperlihatkan kekuatan melalui peti undi. Itulah cara terbaik, bukan melalui demonstrasi dan bantahan demi bantahan jalanan.

Anonymous said...

Saya setuju dengan artikel dan komen Tuan Syed di atas. Sepatutnya rakyat kita harus sedar bahawa berkempen terhadap calon atau parti masing-masing haruslah berlaku dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Bukannya sepanjang tahun. Kalau kita betul-betul faham, selepas mengundi kita teruskan sahaja dengan menumpukan perhatian bagaimana nak jaga kebajikan rakyat dan memajukan negeri masing-masing dan seterusnya negara Malaysia ini. Berganding bahu tidak kira kita ini dari parti komponen mana sekali pun. Kalau calon tak buat kerja atau tak sesuai jangan demo. Undi calon lain pada pilihanraya depan. Ini tidak. Lepas tempoh berkempen, berkempen lagi sampai tempoh berkempen yang lagi satu sampai. Kalau macam inilah mentaliti rakyat kita, memang semakin ketinggalanlah negara kita berbanding negara lain.

Anonymous said...

Masih ada 'melayu' lagi kah di Pulau Pinang? saya tengok,kebanyakkan yang berdemo tu merelik (hitam metalik) semacam saja termasuk ketua pemuda UMNO dan ahli-ahli PERKASA. depa ni la yang selalu dok buat kacau..

Bengkang Ubi

Syed Imran said...

Ada, Melayu 'peranakan' terutama di bahagian pulau. Nenek moyang mereka berhijrah dari tanah yang nun jauh di sebelah sebuah benua kecil.