Friday, June 08, 2012

BN sukar pertahan Kepala Batas tanpa Pak Lah

Barisan Nasional, khususnya UMNO, akan mendapati bukan senang untuk pertahan kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang jika penyandangnya, Tun Abdullah Ahmad tidak bertanding.

Pak Lah yang mula dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas pada 1978 menggantikan allahyarham Datuk Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim adalah sinonim dengan Kepala Batas. Tanpa Pak Lah, Kepala Batas berkemungkinan besar jatuh ke tangan PAS, parti yang dijangka akan mewakili Pakatan Rakyat.

PAS perlu meletakkan calon yang boleh diterima rakyat, yang bukan sahaja kelihatan bersih daripada rasuah dan sebarang salahlaku jenayah seperti salahguna kuasa dan sebagainya tetapi benar-benar bersih dan boleh dipercayai, jika ingin menawan kerusi Kepala Batas 

Bagi pihak UMNO, parti itu hanya akan menggali kubur sendiri sekiranya meletak salah orang sebagai calon menggantikan Pak Lah.

Dua nama disebut-sebut sebagai bakal calon, iaitu ketua pemuda UMNO Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan mantan timbalan ketua menteri dan timbalan menteri Persekutuan, Dr Ibrahim Saad. Jika benar mereka adalah bakal calon UMNO, maka parti itu kenalah siap siaga untuk mengadakan majlis talkin dan tahlil. Kedua-duanya bukan calon yang terbaik dan popular di kalangan pengundi. Inilah hakikat yang mesti diterima oleh UMNO.

Yang pasti, pilihan raya kali ini bagi kawasan Kepala Batas akan menjadi antara yang diamati ramai kerana ia akan memperlihatkan sokongan sebenar pengundi, iaitu kepada calon  dan bukan kepada parti. BN dapat mempertahan kerusi Kepala Batas pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan tsunami politik bukan atas kekuatan UMNO tetapi atas kekuatan dan penerimaan rakyat terhadap Pak Lah.

Tanpa Pak Lah, sukar bagi UMNO untuk pertahan keruai Kepala Batas.


4 comments:

Anonymous said...

assalam,

PAS bukan seperti UMNO. Letak calon kroni. Tuan usah lah bimbang mengenai bakal calon PAS sebalik nya bimbang yg UMNO akan main kotor lagi.

Anonymous said...

Walaupun Pak Lah nampak lembek masa jadi PM tapi reserved negara dan ekonomi naik. Orang tua ni hemat berbelanja , beza dgn Najib, gerun tengok cara dia menggunakan dana negara dan hutng pun bertambah.

Syed Imran said...

1. Saya setuju PAS bukan seperti UMNO dalam pemilihan calon pilihan raya. Tetapi, PAS tidak boleh alpa memilih calon yang sesuai dan boleh diterima rakyat. PAS tidak boleh terlampau yakin walaupun saya percaya PAS berpeluang cerah untuk menang di Kepala Batas.

2. Betul, Pak Lah bukan kaki belanja duit rakyat. Namun begitu, sebagai manusia biasa ada kelemahan tetapi tidaklah teruk sangat. Saya mengenali Pak Lah agak lama dan amat menghormatinya sebagai seorang manusia yang jujur, beramanah dan mesra. DS Najib menggunakan wang rakyat untuk menagih sokongan. semua orang suka menerima wang dan bantuan tetapi yang membimbangkan ialah kesannya ke atas khazanah negara. Saya khuatir kos hidup akan melonjak selepas pilihan raya dan ia sudah tentu akan membebankan rakyat.

Kamal said...

Kepala Batas mempunyai ramai pemimpin berkelibar.Reza Marican,Helmi,tak kurang hebatnya.Sukar bagi PAS untok menang.Untok menang lebeh banyak minta Tun Mahathir peegi berkempen di Kepala Batas.Ha ha ha.