Thursday, May 24, 2012

Mereka bukan mereka-mereka - "Oh My Bahasa Melayu"

Saya tidak faham kenapa ramai orang yang bergelar pemimpin, sama ada peringkat pentadbiran seperti Menteri dan Timbalan Menteri atau Menteri Besar dan peringkat jabatan seperti Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan ataupun Ketua Setiausaha masih tidak faham maksud perkataan "mereka".

Semalam, MB Selangor mengulangi sebanyak tiga kali perkataan "mereka-mereka" ketika berucap pada sidang media berkaitan rumah maksiat manakala Ketua Pengarah Kesihatan menggunakan perkataan itu sekali. Saya mengikuti kedua-duanya melalui siaran televisyen.

Kenapa mereka masih tidak tahu maksud atau pengertian perkataan "mereka?

Jika mereka merujuk kepada bilangan orang yang banyak, perkataan yang betul ialah "mereka" bukan "mereka-mereka" seperti yang selalu disalah sebut. Perkataan mereka diguna sebagai gantinama diri ketiga, iaitu untuk bilangan yang banyak. 

Mungkin pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu menganjur kursus atau bengkel penggunaan Bahasa Melayu yang betul khas untuk mereka yang bergelar pemimpin atau ketua  agar kesilapan kecil seperti penggunaan perkataan "mereka-mereka" dapat diperbetulkan.

Pihak Astro pula boleh memikirkan untuk menerbit sebuah rancangan sama seperti "Oh! My English" dengan memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu yang betul.   

3 comments:

Anonymous said...

kalau ikut ngaji bahasa arab la pak tuan, kalau dia dia....
dia yang kedua tu membawa maksud 'tashdid' iaitu penekanan pada seseorang. Bukan orang lain, tapi semata mata dia.

tak tahulah tatabahasa begini wujud didalam bahasa melayu ataupun tidak.

skuadpeninjau

1 melayu said...

Ya ,saya pun tidak tahu kenapa mereka ini belum mahir berbahasa melayu yang baku. Saya rasa mereka fikir bahasa melayu tidak ada nilainya maka mereka hanya meringan ringankan bahasa melayu yang sungguh ajaib dan indah itu.

Syed Imran said...

Kesilapan yang dilakukan seperti yang disiarkan oleh media elektronik telahpun menjadi ikutan kerana orang menganggap ia bukan satu kesilapan.

Media elektronik kebelakangan ini banyak melakukan penodaan bahasa apabila pengacara atau penyampai mencampur aduk bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan ia menjadi ikutan terutama oleh golongan muda. Media elektronik sepatutnya menjadi wadah terbaik untuk memperkasa dan mendaulatkan bahasa Melayu, bukan bahasa rojak.