Thursday, November 10, 2011

Zionis dan Amerika nak serang Iran?

Sudah gah berita yang menyebut bahawa rejim Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran dengan alasan untuk menghalang republik Islam itu daripada memiliki senjata nukliar.

Rejim Zionis secara terang-terangan memberi amaran bahawa ia akan melancar serangan unilateral ke atas kemudahan loji nukliar Iran sebelum negara Islam itu berjaya memuktamadkan penghasilan senjata  nukliar atau peledak atom. 

Kita tahu bahawa Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat serta pelesit mereka di Eropah bimbang sekirnya Iran berjaya menghasilkan senjata nukliar sedangkan negara sekutu mereka tidak dihalang atau dicegah daripada memiliki senjata pemusnah besar-besaran itu.

Walaupun Iran telah beberapa kali menyatakan bahawa program nukliarnya adalah untuk tujuan   keamanan  dan bukan ketenteraan tetapi ia terus ditentang oleh musuh-musuh Iran.

Jika benarpun Iran cuba membangun senjata nukliar untuk mempertahan kedaulatan negaranya, itu adalah hak mereka sama seperti negara-negara lain yang memiliki senjata nukliar. Kenapa Iran disekat dan dinafikan hak tersebut?

Kenapa Amerika dan dunia Barat membisu seribu bahasa apabila rejim Zionis Yahudi menghasil dan memiliki peledak nukliar? Jika Zionis Yahudi boleh kenapa Iran atau negara-negara lain di Asia Barat tidak boleh?

Zionis Yahudi atau Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang memilik senjata nukliar, bahkan dikatakan jauh lebih maju daripada yang dimiliki oleh Britain dan Perancis.

Program senjata nukliar Israel dimula oleh David Ben Gurion, perdana menteri pertama negara Yahudi itu pada lewat tahun 1950-an. Program itu bertapak  di Pusat Penyelidikan Nukliar Negev, di pinggir kota Dimona dan berasaskan keupayaan reaktor nukliar Dimona, Israel dikatakan memiliki tidak kurang daripada 200 peledak nukliar. Progam itu disokong dan dibantu terutamanya oleh Perancis.

Selain senjata nukliar, Israel turut memiliki senjata kimia dan biologi.

Jelas sekali Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang mengancam keselamatan bukan sahaja serantau tetapi dunia dan bukan Iran atau mana-mana negara Arab/Islam.

Barat tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Israel kerana mereka membantu dan menyokong pemilikan senjata nukliar, senjata kimia dan senjata biologi Israel.

Barat berbuat demikian kerena mereka tahu bahawa ekonomi di negara mereka dikuasai oleh Yahudi dan tanpa sokongan Yahudi, negara mereka boleh muflis.

Tindakan serta campur tangan dan pencerobohan ke atas beberapa negara Arab/Islam oleh kuasa-kuasa Barat yang diketuai Amerika Syarikat jelas memperlihat satu muslihat jahat untuk menghancur dan memusnahkan Islam itu sendiri. Mereka bertindak kononnya atas nama keadilan dan demokrasi. Mereka menghasut rakyat di negara-negara berkenaan untuk bangkit menentang pemerintah dan apabila pemberontakan atau kebangkitan rakyat itu berjaya, maka mereka, iaitu kuasa-kuasa Barat, akan menguasai semua hasil bumi negara berkenaan, terutama minyak dan gas.

Negara berkenaan akan menjadi negara boneka Barat dan pemimpinnya pula akan dicucuk hidung untuk mengikuti apa sahaja yang diarah dan diperintah oleh Barat. Lihat saja keadaan di Iraq dan Afghanistan dan selepas ini di Tunisia dan Libya. Mesir mungkin terlepas daripada kongkongan Barat kerana apa yang berlaku di negara itu bukan dihasut oleh Barat atau CIA Amerika Syarikat.

Amerika kini menguasai minyak Iraq sepenuhnya manakala Britain, Perancis dan Itali akan menguasai pengeluaran minyak Libya. 

Dalam kes Iran, pengganas Zionis Yahudi  akan berdepan dengan cabaran paling hebat jika mereka cuba menyerang Iran. Negara majoriti Syiah itu bukan mudah ditakut-takutkan kerana Iran juga memiliki kekuatan yang setanding walaupun tiada senjata nukliar.

Sekiranya Zionis Yahudi dan Amerika menyerang Iran, mereka  melakukan satu kesilapan besar yang  akan mengaitkan negara-negara lain termasuk yang memiliki senjata nukliar. Sudah tentu Israel dan Amerika serta pelesit mereka di Eropah akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan bodoh.

Adalah sesuatu yang bukan mustahil peperangan nukliar akan tercetus sekiranya Iran di serang.

 

13 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Baru-baru ini Presiden Peranchis beritahu Presiden Obama, "I can't bear him (Netanyahu) anymore, he is a liar"

Obama pula berkata" you may be sick of him, but me, I have to deal with him everyday"

Kedua-dua Presiden tidak sedar yang mikrofon mereka sudah "on" dan kesemua pemberita mendengar.

Pengaruh Yahudi dalam Amerika memang amat kuat. Amerika akan menyokong Israel kerana ramai orang Yahudi yang berpengaruh di Amerika.

Berkenaan dengan menyerang Iran, bukan sahaja Israel malah Arab Saudi juga bersungguh-sungguh mahukan Iran diserang mengikut maklumat daripada wikileak.

Sebenarnya ramai antara ketua ketua negara Arab yang dibawah pengaruh Amerika dan Barat terutamanya mereka yang naik tahta atas bantuan barat.

Saya cuma berharap isu palestine akan selesai sekiranya Palestine mendapat kemerdekaan. Antara punca utama Timur Tengah tidak aman adalah kerana isu Palestine yang tidak selesai.

Malangnya Amerika dengan kuasa veto menghalang Palestine daripada menjadi ahli tetap UN sekaligus menghalang Palestine menjadi sebuah negara merdeka. Ini akhirnya memanjangkan lagi masalah ini tidak tahu sampai bila.

Mungkin setelah negara-negara Arab keluar daripada cengkaman diktator dan berubah menjadi demokrasi, akan lebih senang bersatu suara menentang Israel dan Amerika daripada membuat huru-hara di Timur Tengah.

Orang Johor


Orang Johor

Unknown said...

Orang Johor,

Saya setuju. Saya terlupa mengenai isu negara Arab. Terima kasih kerana mengutarakannya. Banyak negara Arab dari Saudi ke Teluk Parsi yang berkiblat ke Washington tidak ingin melihat Iran muncul sebagai sebuah kuasa tentera di rantau itu.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Satu perkembangan yang membimbangkan ialah nampaknya kerajaan kita sekarang sudah kurang 'neutral' dalam isu-isu antarabangsa. Sekarang mereka seperti lebih memihak kepada Barat, semacam telah dipengaruhi oleh Amerika? Kalau kita telitilah kenyataan-kenyataan yang keluar dari Perdan Menteri atau Menteri Luar.

Anonymous said...

Di hati kecil negara-negara barat khususnya AS, berharap supaya Arab Spring menjangkit di Iran. Walaupun beberapa siri protes diadakan membantah keputusan Pilihan Raya negara itu yang diadakan pada 2009, ada yang mengakibatkan kematian, dan terakhir serentak dengan Arab Spring tetapi momentum tidak begitu kuat seperti di Mesir, Libya, Tunisia dan Syria.

Saya tak fikir AS akan melancarkan serangan ketenteraan kerana risikonya amat besar. Berbeza dengan negara-negara yang terguling oleh Arab Spring, Iran tidak boleh dipandang ringan dari segi kekuatan ketenteraanya. Beberapa ketika dahulu Iran telah mengadakan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan jauh. Dan kalau betul Iran telah membangunkan senjata nuklear seperti yang didakwa tentulah risikonya lebih besar lagi. Menteri Luar Russia sendiri menyatkan 'it will a big mistake to launch a military action against Iran.'

Paling kuat ialah mempertingkatkan lagi sekatan ekonomi dan lain-lain sekatan. Dan itu pun belum mendapat kesepakatan sepenuhunya kerana Russia dan China masih ada 'reservation' mereka. Oleh kerana itu, AS katanya akan mengambil tindakan secara unilateral berhubung sekatan ini.

Jadi jawapan kepada niat jahat barat supaya tidak mudah memperkotak-katikkan dan mendominasi negara-negara Islam ialah dengan membina kekuatan ketenteraan yang boleh menggerunkan mereka.

Tapi sayangnya negara-negara Arab seperti Arab Saudi masih memilih berada di celah ketiak AS-jalan pintas untuk mempertahankan diri walaupun dengan menggadaikan maruah negara.

ZMS

Anonymous said...

salam pak tuan,

pak tuan tak mau ulaih ka Pemaju yg Roboh Rumah Melayu (umah pak ali) kat sg. nibong. dgn tak nego, tup tup bawa mai jentolak roboh habih umh, sekali depa lempaq habih ken2 baju, kusi meja pa semua. satu pemaju melayu tak bole nak tolong (nego) dgn satu penduduk melayu. awat pemaju cina bole bagi 12 biji umh sbg pampasan plus dgn duit RM5K, total RM47K. konon nak bela bangsa melayu pulau pinang, satu habok depa tak tinggai.

muaz
desa bestari

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sebenarnya saya terlupa nak ucapkan terima kasih kerana menulis tentang isu ini yang nampaknya kerajaan sekarang tidak begitu berminat malah bersikap 'indifferent' berbanding era TDM. Saya setuju dengan pandangan Anon 8:32.

Lebih berminat untuk tidak sudah-sudah mempertahankan National Feedlot Center (NFC) walaupun lapuran AG jelas menyatakan 'the project is in a mess.' Kenapa tidak beri penjelasan terus kepada AG supaya dapat mmematikan eksploitasi pembangkang.

Maaf Tuan Syed kerana terkeluar dari tajuk yang ditulis.

ZMS

Anonymous said...

Saudara ZMS,

Iran tidak terlibat dengan Arab Spring kerana Iran bukan negara Arab.

Negara yang dikategorikan negara Arab adalah negara yang bahasa kebangsaannya adalah bahasa Arab.

Arab Spring bermula dari Tunisia dan merebak ke negara Arab lain.

Revolusi Iran bermula lebih awal dengan menjatuhkan Shah Iran pada tahun 1970an.

Baru-baru ini saya menonton filem yang berdasarkan sebuah buku. Ini mengisahkan perisik British membunuh kerabat di Raja Oman supaya kerabat yang tinggal akan menaiki tahta memihak kepada British untuk pemberian kontrak minyak. (Tidak tahu sejauh mana kebenarannya)

Hal yang sama berlaku di Arab Saudi di mana terdapat pengaruh British dalam penguasaan keluarga Al-Saud di Arab Saudi.

Perkara ini berlanjutan di Libya kerana terdapat telaga minyak yang banyak.

Orang Johor

Anonymous said...

Sdr Orang Johor,

Terima kasih dan saya setuju :-

1. Iran bukan negara Arab. Berdasarkan 'standard definition' negara Arab ialah negara yang menganggotai Liga Arab, kesemuanya 22, tidak termasuk Iran.

2. Revolusi Iran yang menggulingkan Shah Iran telah dilancarkan pada 1970an.

Mungkin saya tidak menyatakannya dengan jelas berhubung Arab spring. Apa yang saya cuba sampaikan ialah dari segi momentum, dinamik dan 'charactericts' Arab spring itu. Ini tidak tercetus di kalangan penunjuk-penunjuk perasaan di Iran walaupun ada yang terkorban, dipenjara dan diseksa. Kerana itu saya telah menyebut protes-protes yang dilancarkan di bandar-bandar raya utama di Iran dan luar negara yang bermula sebaik Mahmoud Ahmadinejad memenangi Pilihan Raya 2009, jauh sebelum Arab spring melanda dunia Arab. Saya juga menyebut tunjuk perasaan yang diadakan serentak dengan Arab spring, tepatnya pada Feb 2011.

Memang negara-negara barat khususnynya AS berharap kebangkitan rakyat Iran menyamai Arab spring sebagai lanjutan kepada 'grand design' mereka di negara itu. Walaupun semua tahu akan campur tangan CIA di Iran semenjak penggulingan Shah Iran, negara itu masih lagi utuh.

ZMS

Unknown said...

ZMS dan Orang Johor,

Satu perbincangan melalui penulisan yang cukup baik. Saya tidak perlu membuat ulasan kerana anda berdua telahpun menyentuh apa yang hendak saya perkatakan. Saya amat menghargai sumbangan anda berdua dan pengulas lain yang memperturunkan buah fikiran dan ulasan positif.

Muaz,

Terima kasih atas keprihatinan anda. Saya tidak dapat membuat ulasan khusus kerana tidak tahu akan perkara sebenar. Semasa balik kampung (Kelawai) baru-baru ini, saya tidak dengar atau tahu akan kejadian itu. Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas mengenainya.

Anonymous said...

Saudara ZMS,

Saya setuju, Amerika berharapkan momentum Arab Spring merebak ke tanah Iran dan merubah kepimpinan yang sedia ada.

Setakat ini perkara ini tidak terjadi, Iran masih dikuasai oleh Ahmadinejad dan golongan ulama diketuai oleh Khomeini.

Arab Spring lebih dominant di negara-negara Arab mungkin kerana terdapat persamaan dari segi bahasa dan budaya dan juga adanya media komunikasi seperti internet yang menyebabkan apa yang terjadi merebak ke negara-negara Arab yang lain.

Israel tidak senang dengan apa yang terjadi di tanah Arab terutamanya setelah jatuhnya Hosni Mubarak dan kedutaan Israel di Kaherah dibakar.

Setakat ini, mengikut perbualan antara Obama dan Sarkozy dari peranchis, Obama memberitahu tiap-taip hari Presiden Israel berhubung dengan Presiden Obama. Mungkin tindakan mengebom Iran digesa oleh Israel supaya menghentikan Arab Spring dan mengekalkan pengaruh Amerika di Timur Tengah terutamanya setelah keluarnya sebahagian besar tentera Amerika dari Iraq. Wallahuallam.


Orang Johor

Anonymous said...

us tak mampu serang tanpa bantuan kewangan 2 negara arab
-celaka besar di dalam dunia iaitu arab saudi dan kuwait


Di dalam perang iraq2 saudi biaya kos peperangan usd 2billion dan
beri tapak untuk tentera us but air base di negerinya.

Kuwait haram jadah yang jadi provocateur [tali barut] di dalang perang telok
1.0 bekalkan minyak free untuk us di dalam perojek jahanamkan iraq.


Ini lah negara kafir besar kalau ikut fatwar dari al azhar tempoh hari.


Di dalam hal ini semua orang islam yang naik haji yang menyumbang
ke ekonomi negara arab saudi akan bantu us hancurkan iran kerana
si celaka arab saudi akan jadi financier us untuk perang dengan iran.


Mampuslah raja saudi dan kuncunya yang mengkhianati iran. Amin

sejarah
----------

Pada tahun 1980'an lepas revolusi iran Carter hantar 4 pengangkut
untuk selamatkan tawanan us di teheran . Ops gelap mereka gagal
kerana kapal terbang pengangkut mereka berlangar sama sendiri
dan kesemua uskar us mampus.


berkat doa
----------------

Iran tak mampu bertahan dengan serangan us. Tapi berkat kepercayaan
dan doa mereka , insyaAllah mereka akan berjaya mempertahankan
negara mereka. Marilah kita doakan untuk mereka selamat dan askar us mampus
di tengah jalan . Amin

kkk

Anonymous said...

kos peperangan iraq-satu review
------------------------------------------------

mengikut laporan di bawah kos peperangan iraq
adalah usd 700 billion.

Kos ini juga dibiayai sepenuhnya olih kroni amerika -saudi arabia kuwait

dan jepun melalui satu spesial tax keatas penduduk jepun.

Adalah estimate saya saudi dan kuwait membiayai hapir 50 peratus

kos peperangan [ anggaran usd 300 billion] selainnya di serap olih jepun

dan us sendiri.


http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/RS22926.pdf

Tambahan laporan - bacalah:

http://articles.latimes.com/1991-02-06/news/mn-781_1_persian-gulf-war

kkk

Gajha Mada said...

..adalah sesuatu yang bukan mustahil peperangan nukliar akan tercetus sekiranya Iran diserang.. dan ianya pasti berkesudahan dengan kekalahan serta kemusnahan Iran. Selagi negara-negara Arab (Islam) masih menjadi pengecut dan takut untuk bersatu, selagi itulah kemusnahan akan terus berlaku terhadap negara-negara Islam. Adakah dengan sekadar berdoa kita dapat memusnahkan musuh-musuh negara Islam? Pasti tidak!! Lihatlah betapa sombongnya Saddam Hussien suatu ketika dulu. Betapa angkuhnya Muammar Gaddafi beberapa bulan yang lalu.. "Kita akan lawan habis-habisan menentang Amerika serta koncu-koncunya.Negara kita kuat, ada senjata yang canggih.." tapi apa kesudahanya? mereka jatuh ditangan rakyat mereka sendiri. Siapakah dalang di sebalik semua ini? kita mungkin terlupa, bahawa ada satu kaum yang telah dikurniakan dengan kebijaksanaan dan kepandaian melebihi kaum-kaum lain di muka bumi ini.. Yahudi! Zionis juga adalah kaum yahudi. Selagi pemimpin negara-negara Islam masih terus ingin menjadi pengecut, selagi itulah negara-negara Islam yang lain akan terus di tindas dengan cara yang halus..iaitu cara Yahudi!!